Thursday, December 26, 2019

Pesta mangga seluruh dunia dirancang adakan di Kelantan

ULASAN

Sebahagian usahawan yang menerima sumbangan
masing-masing bergambar bersasma Husam.
LEMBAGA Pertanian Kemubu (Kada) merancang untuk mengadakan festa dan karnival pertanian bertaraf dunia pada tahun 2020.

Festival itu merupakan julung-julung kali akan dianjurkan oleh Kada, yang diadakan sempena Kada diambang 50 tahun.

Festival itu juga dirancang akan dimasukkan sebagai program dalam kelendar tahun melawat Kelantan 2020.

Untuk merealisasikan rancangan itu kemungkinan Kada akan bekerjasama dengan kerajaan Kelantan dengan penglibatan beberapa agensi kerajaan Pusat juga.

Hal ini dibayangkan oleh Pengerusi Kada Senator Husam Musa ketika berucap dan menyampaikan bantuan peralatan keusahawan kecil dibawah skim Rezeki Tani untuk warga Kada bertempat di PKK di Tanjung Puri, Kubang Kerian kelmarin.

Husam meninjau gerai hasil
jualan seorang usahawan berjaya.
Kata Husam menerusi festival itu akan diadakan pelbagai kegiatan berkaitan pertananian dan pameran termasuk hasil pertanian dalam negeri khususnya dikeluarkan oleh warga tani Kada dan daripada luar negera.

Salah satu hasil pengeluaran pertanian luar negara dicadang untuk dibawa ke festival berkenaan ialah mengadakan pameran buah mangga dari seluruh dunia.

Jika rancangan ini menjadi kenyataan seluruh jenis mangga di daripada seluruh dunia akan dibawa ke Kelantan.

Menurut Husam negara luar sudah lama terkenal dengan penghasilan buah mangga yang mana mangga menjadi hasil eksport yang lumayan. Kerana penglibatan mereka dengan penghasilan mangga setengah negara mengadakan festa tahunan mangga yang mendapat sambutan menggalakkan.

Sebagai contoh menurutnya, di India, setiap tahun negara itu mengadakan pesta mangga dimana pesta berkenaan secara tidak langsung menarik pelancong ke negara berkenaan.

India merupakan negara pengeluar mangga yang paling bermutu di dunia dan mempunyai 750 jenis mangga.

Sempena dengan pesta itu juga dirancang untuk diadakan kernival dengan penganjuran berbagai bentuk pameran dan juga pertandingan kesenian dan kebudayaan Kelantan dan sebagainya.

"Kita berharap festa dan karnival itu nanti akan menjadi daya penarik pelancong ke Kelantan dimana tahun 2020 merupakan tahun melawat Kelantan, dan Kada boleh menjadi sebahagian daripada penggalak perlancong ke Kelantan dengan aktivitinya," ujarnya lanjut.

Sementara itu seramai 50 orang para usahawan kecil terdiri peladang, penternak dan petani yang bermukim dalam kawasan Kada menerima bantuan pelbagai peralatan bernilai RM500,000. Skim Rezeki Tani adalah usaha Kada untuk membantu usahawan kecil dalam Kada yang ternyata sudah memberi kesan positif dapat merubah kehidupan petani.

Pada majlis itu tiap seorang usahawan terpilih menerima RM10,000 berbentuk peralatan perniagaan seperti mesin dan sebagainya. [wm.kl.6:45 pm 26/12/19]

No comments: