SUSUPAN SUBUH
[kemaskini] Walaupun sumpah laknat dilakukan Najib Razak tidak dapat menyelesaikan tuduhan dan dakwaan yang beliau terlibat dalam episod pembunuhan Altantuya, tetapi nampaknya Najib lakukan juga.
Selepas Jumaat tadi Najib melafazkan, WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI, mengakui dia sedia dilaknat Allah sekiranya dia terlibat dalam pembunuhan wanita Mongolia itu seperti didakwah dalam SD Azilah Hadri.
HARI ini Najib Razak dijangka akan melafazkan sumpah laknat dengan menggunakan nama Allah; WALAHI, WABILLAH, WATALLAHI, menafikan yang beliau mengarahkan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Azilah Hadri membunuh Altantuya Shaariibuu 13 tahun lalu.
Najib memberi tahu dia akan melakukan persumpahan itu di masjid. Tidak pasti masjid mana, mungkin masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Najib bersedia untuk melafazkan sumpah laknat itu ekoran keluar SD dibuat Azilah yang memberi tahu Najib menyuruhnya membunuh Altantuya. Shoot to kill, kata Najib seperti didakwa Azilah dalam SDnya dengan membuat isyarat tangan diletakkan di tekak.
Pengeluaran SD Azilah yang panjang itu menggemparkan dan dianggap sebagai satu bukti baru berhubung kematian ngeri wanita Mongolia itu. Dengan adanya SD itu juga membolehkan Azilah memohon mahkamah menyemak semula hukuman dijatuhkan terhadapnya.
Ekoran itu juga Lim Kit Sing minta Najib melakukan hal sama bagi menafikan bekas PM itu terlibat dengan skandal 1MDB. Najib juga bersedia untuk melakukannya. Apa dilakukan Kit Siang itu silap dan menunjukkan pemimpin spiritual DAP itu jahil mengenai agama Islam.
Apa yang hendak saya sebut di sini, tentang bangangnya manusia berkaitan dengan sumpah itu. Sumpah itu tidak akan membawa apa-apa erti pun kepada apa yang sudah dan akan berlaku. Perlu difahami Najib kini dalam keadaan orang terjempik apabila menghadapi puluhan tuduhan di mahkamah setelah kekuasaanya lebur dalam Piraum lalu.
Sebagai seorang yang dalam keadaan desperate beliau sanggup melakukan apa sahaja. Seperti orang kelemasan di air, beliau akan sanggup capai apa sahaja untuk menyelamatkan nyawanya. Bukan sahaja batang kayu tetapi tubuh buaya juga akan dicapainya.
Dalam keadaan terdesak begitu seorang yang lemas tidak akan peduli lagi apakah dicapai itu bahaya atau tidak kerana apa yang difikirkan keadaanya sedang terancam. Kalau ia tidak berpaut kepada sesuatu dalam keadaan dirinya dibaham bahaya dia mungkin maut.
Nah, bagi Najib dia sanggup melakukan apa sahaja termasuk bersumpah laknat itu. Apa lagi sumpah laknat itu tidak akan memberi kesan dan natijah segera kepadanya sama ada beliau benar melakukan apa dituduh itu atau pun tidak sesudah bersumpah kelak.
Mereka yang meminta Najib bersumpah dan kesediaan Najib untuk melakukannya jelas merupakan perbuatan dangkal dan jauh daripada syara'. Mungkin kerana menyedari hakikat inilah maka Anwar Ibrahim yang difitnah melakukan liwat sebelum ini enggan bersumpah kerana beliau memahami dengan sumpah itu tidak akan menyelesaikan tuduhan dan fitnah itu.
Walaupun melakukan sumpah laknat tetapi apabila kes sudah dibawa ke mahkamah, ia perlu diselesaikan di mahkamah juga. Lainlah kalau dengan bersumpah kes ditarik balik. Dan mahkamah sama sekali tidak menerima sumpah laknat demikian.
Di sinilah menunjukkan proses perbicaraan di mahkamah itu lebih praktikal untuk menentukan seseorang itu bersalah atau tidak menerusi perbicaraan berbanding dengan pengakuan secara bersumpah.
Jadi melakukan persumpahan itu tidak memberi apa-apa kesan fizikal, kalaupun ada mungkin kesan spiritual itu pun kepada mereka yang imannya sangat lemah. Hanya mereka yang benar-benar beriman sahaja akan takut kepada sumpah dimana dirinya akan menggeletar apabila menyebut nama Allah. [wm.kl. 7:42 am 20/12/19]
Najib sedang melakukan sumpah laknat menafikan terlibat mengarahkan Azilah bunuh Altantuya. |

No comments:
Post a Comment