Showing posts with label PERUTUSAN. Show all posts
Showing posts with label PERUTUSAN. Show all posts

Tuesday, December 31, 2019

Selamat tahun baru, terima kasih

PERUTUSAN

Salam tahun baru 2020.
ESOK kita akan melangkah ke tahun baru 2020. Ini bererti blog Merah Tinta sudah memasuki tahun ke 13. Alhamdulilah saya masih dapat bertahan untuk mengisi blog ini pada saat sudah ramai blogger meninggalkan dunia blogging kerana lebih minat dan mudah ke media sosial lain, khasnya Facebook, Twitter, Instagram  dan lain-lain.

Ternyata sejak kewujudan pelbagai media sosial, blog kurang diberi perhatian. Antara sebab kerana penulisan dalam blog agak rumit dan bersungguh tidak semudah media sosial lain, Fb, Twitter atau Instagram yang rengkas dan boleh ditulis dimana-mana dan dalam keadaan apa sahaja.

Thursday, January 1, 2009

Salam Masihi

Tahun Baru: Mari Bertekad Untuk Kebaikan Bersama

SAYA ingin mengambil kesempatan untuk membuat perutusan ini kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya warga politik Malaysia. Saya berharap dengan tibanya tahun baru Masihi 2009 ini bangsa kita dan negara akan melakukan beberapa tindakan dan persefahaman untuk kebaikan bersama.

Bagi kerajaan, baik kerajaan BN atau kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat haruslah berusaha melaksanakan beberapa tuntutan terkini rakyat dan bangsa Melayu yang dikira sangat terdesak dewasa ini dan memerlukan bingkasan segera daripada semua. Tanggungjawab ini menjadi tanggungjawab kerajaan. Beberapa tuntutan itu ialah;
  • Bertekad untuk menghapuskan rasuah dalam segenap aspek kehidupan. Harap dengan adanya akta pencegahan rasuah baru SPRM yang diluluskan oleh Parlimen akhir tahun lalu akan membawa hasil seperti diharapkan.
  • Bertekad untuk mengurangkan kadar jenazah (semua jenis jenayah) yang berlaku hari ini yang cukup merisaukan.
  • Bertekad untuk mengurangkan pengangguran dan berusaha untuk memberi peluang pekerajaan kepada para penganggur.
  • Bertekad untuk menghapuskan penggunaan bahasa Inggeris dan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Metamtik.
  • Bertekad untuk menghapuskan kemiskinan dan mengurangkan bilangan kemiskinan tegar.
  • Bertekad untuk meyelesaikan masalah sosialn khasnya di kalangan remaja yang semakin merebak dan merosakkan anak bangsa.

Bagi parti-parti politik pula terutamanya Umno dan Pas hendaknya menggunakan tahun 2009 merubah pendekatan, mempertegakkan prinsip dan matlamat perjuangan agar lebih fokus ke arah membawa kebaikan bersama. Oleh itu Pas dan Umno hendaknya;

  • Mengurangkan perbalahan, kata mengatakan dan saling runding menunding antara satu sama lain. Pemimpin perlulah mengajar rakyat dan pengikut masing-masing menjadi warga politik yang cerdik dan profesional.
  • Mencari satu makenimse bagaimana membolehkan Umno dan Pas duduk sekali dalam merangka pembangunan bangsa dan kemajuan negara serta memelihara keharmonian rakyat negara ini.
  • Bersama menghadapi ancaman global dan juga ancaman dalam negeri terhadap bangsa dan agama yang makin serius dilakukan menerusi berbagai cara berbagai tektik dan strategi.

Bagi rakyat pula hendaklah menanamkan keazaman dan cita-cita tinggi untuk memajukan diri masing-masing, cuba belajar berdikari dengan menerokai bidang-bidang baru, bersikap kreatif dan lupakan angan-angan untuk mendapatkan sesuatu yang membawa perubahan dalam kehidupan secara mudah atau pun subsidi.

Kepada para ulama, cerdikpandai Islam dan ilmuan hendaklah lebih berani dan yakinkan diri dengan ilmu yang ada untuk berfungsi ditengah masyarakat dengan memberi panduan, tunjuk ajar dan didikan yang sempurna. Senantiasa menempatkan diri di hadapan dalam apa juga keadaan, gelanggang dan jangan bersifat rendah diri dan menjadi penlengkap majlis-majlis tertentu saja.

Sebagai waratul ambia' para ulama masih dihormati dan dilihat golongan yang boleh dipercayai. Hendaklah mereka menggunakan peluang ini untuk mendidik manusia ke arah kebaikan yang nyata dan benar.

Selamat menyambut tahun baru semoga kita semua berjaya dan mendapat keredhaan Allah s.w.t. [wm.kl 9:30 am 01/01/09]

Monday, December 29, 2008

Sebuka Mata

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430

HARI ini kita sudah melangkah masuk ke tahun baru Hijrah 1430. Ini bermakna sudah 1,430 tahu peristiwa penhijrahan Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah berlaku. Apakah kita semua sudah dapat menyelami dan menghayati tujuan, erti dan filsafah di sebalik penghijrahan itu?

Apakah kita sudah padankan perpindahan Rasulullah itu dengan kehidupan kita hari ini?

Kalau perpindahan Rasulullah itu untuk melayari sebuah perjuangan yang dituntutan Allah ke atasnya, nah kita juga seharusnya berbuat demikian. Penghijrahan itu ialah satu islah dalam kehidupan, bermulanya sebuah perjuangan baru yang dilahirkan untuk menentang perjuangan lama yang kufur dan mungkar.

Kalau wadah yang kita depani selama ini kabur dan tidak dapat menjamin kehidupan yang baik dan sempurna seperti mana dituntut oleh Yang Maha Besar kita wajib meninggalkannya. Berada dalam kekaburan yang jelas adalah satu dosa dan kezaliman kepada diri sendiri.

Rasulullah begitu menyayangi Makkah, di situlah tempat tumpah darahnya dan berkumpulnya keluraga baginda. Di bumi Makkah juga baginda berjumpa dengan Jibrail yang membawa wahyu pertama. Malahan semuanya permulaan kehidupan baginda berlaku di Makkah.

Namun apabila bumi Makkah, masyarakatnya tidak bersedia menerima perubahan, beriman kepada Allah maka Rasulullah berhijrah mencari tapak baru. Membina kekuatan iman, kekuatan fizikal di tempat lain dan kembali semula ke Makkah setelah semua prasarananya mencukupi.

Jika Rasulullah boleh meninggalkan Makkah demi menjamin kehidupan yang sebenar kenapa tidak dengan kita untuk meninggalkan wadah perjuangan yang kita diami yang diwarisi dari datuk nenek selama ini yang makin hari makin kabur tujuan dan maksudnya untuk mencapai perubahan baru yang haq! Kalau Rasulullah mementang perjuangan suku kaumnya yang berlandaskan assobiyah kenapa tidak dengan kita?

Mudah-mudahan kepada mereka yang masih terus berada dalam gua kegelapan keluarlah dari gau berkenaan dan lihat sinar di luar. Begitu juga mereka yang masih sesat dalam diri dengan fahaman kebendaan cepatlah minggat dan hiruplah udara baru melalui kehidupan yang hakiki.

Kepada mereka yang masih meronta-ronta untuk terus berada dalam kekaburan itu dia adalah sezalim-zalim manusia ke atas dirinya sendiri.

Selamat tahun baru Hijrah teristimewa kepada penjenguk blog Merah Tinta. Salam - MSO. [wm.kl 7:45 am 29/12/08]