Thursday, January 13, 2011
Berita Baru
PKR Pahang mungkin akan menerima kedatangan seorang ahli baru tidak lama lagi apabila tokoh Umno negeri berkenaan sedang menimbangkan untuk menyertai PKR. Tokoh berkenaan pernah menjadi orang penting di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur.
Kemasukan tokoh berkenaan akan diumumkan dalam satu majlis khas sempena lawatan penasihat umum PKR, Anwar Ibrahim ke negeri Pantai Timur berkenaan.
Penyertaan tokoh bergelar Datuk itu kelak menyuntik semangat kepada PKR Pahang dan dalam masa sama ia memberi kesan kepada Umno.
Tokoh berkenaan yang rapat dengan pemimpin Umno veteran di Kuala Lumpur katanya membuat pilihan itu kerana kecewa dengan apa yang berlaku di dalam Umno hari ini yang sudah hilang sifat origanlitinya.
Selain dari tokoh itu katanya ada beberapa tokoh veteran Umno yang cukup dikenali akan sama mengikut jejak lanagkah tokoh berkenan. Ini termasuklah dua hingga tiga orang pemimpin peringkat bahagian.
Katanya perkara ini sudah pun ke pengetahuan Pengerusi Perhubungan Umno Pahang, Adnan Yaacob dan arahan memujuk tokoh berkenaan agar terus bersama Umno sedang dilakukan. [wm.kl.10:00 am 13/01/11]
Sebuka Mata
SEMALAM Khir Toyo tidak lagi boleh dipanggil Datuk Seri kerana beliau telah mengembalikan (sementara) darjah kebesaran yang membolehkan beliau dipanggil Datuk Seri Mohamad Khir Toyo. Khir mengembalikan darjah berkenaan kerana nak jaga nama baik darjah berkenaan. Beliau tidak mahu bau busuk yang mengelilingi dirinya kini kerana didakwa atas kesalahan rasuah terpalit kepada darjah berkenaan.
Khir lalu mengajar orang yang hendak memanggilnya dalam majlis rasmi tanpa menyebut Datuk Seri dan panggil saja Dr Khir Toyo. (Rasanya tak payah ajar sebab orang sudah tahu..)Lama juga gelaran Datuk Seri itu terpegang kepada nama Khir Toyo. Asalnya Khir Toyo sama dengan nama-nama rakyat, petani dan pencuci longkang yang lain. Tanpa ada apa-apa marga atau status di awal namanya. Tiada Dr dan tiada juga datuk dan 'datang'.
Tetapi kerana usaha Khir Toyo, kejayaannya dalam pengajian beliau memperolehi gelaran doktor. Doktor gigi. Dan bila bernasib baik jadi Menteri Besar Selangor dipilih oleh Dr Mahathir maka beliau dianugerahkan gelaran Datuk Seri.
Menarik juga cerita macam mana Khir boleh menjadi MB. Ketika itu Umno bermasalah hendak melantik seorang menteri besar apabila menteri besarnya pada masa itu dipalit dan tercemar bila skandalnya dengan orang gaji didedahkan. Mungkin generasi muda tidak mengetahui kisah ini, bukalah buku-buku politik lama kisah ini ada dirakamkan.
Katanya presiden ketika itu Mahathir Mohamad gawat untuk mencari calon MB. Dalam perhatian Mahathir semua pemimpin Umno senior dalam Umno Selangor korup dan mempunyai skandal. Macam-macam skandal dari menjadi samseng lombong sampailah kepada menjadi hantu tanah. Yang terlibat dengan skandal perempuan juga ramai. Yang bawa lari anak dara dan termasuk anak sultan juga ada. Semua dilakukan oleh pemimpin Umno Selangor. Kisah ini juga ada dirakam dalam buku.
Cari punya cari terjumpalah Mahathir dengan seorang tokoh muda bernama Khir Toyo. Nun anak Jawa di Pasir Panjang. Dia pula berkebetulan seorang lulusan doktor sama dengan Mahatahir. Mahathir percaya orang berkelulusan doktor tidak banyak ragam dan bersih seperti dia? Khir ketika itu juga menjadi ahli biro agama pemuda Umno.
Kedudukan dan status itu menyebabkan Mahathir mengambil Khir Toyo atas kepercayaan beliau bersih sikit daripada pemimpin lain. Itu saja punca dan sebabnya. Lain tiada. Atau pun Mahathir sudah membuat perkiraan, Khir bersih kerana beliau belum ada kuasa lagi. Orang tidak ada kuasa biasanya miskin dan sesak dah...
Bukan saja dalam Umno, dalam Pas pun begitu. Bila sudah ada kuasa kehidupan sudah berubah. Dari kereta Toyota kepada kereta CRV. Rumah pun besar, isteri pun ramai. Kalau di Kelantan hampir suku wakil rakyat Pas berbini lebih dari satu, tiga pun ada empat dalam proses. Ada seorang wakil rakyat itu pula pantang ada pilihan raya kecil, maka akan berbinilah dia di situ. Tidak pula dapat dipastikan apakah di Tenang ni dia akan mencari seorang lagi bini.
Melencung sikit... Bayangkan kalau bukan kerana keadaan itu Khir Toyo tidak akan menjadi MB. Berkemungkinan dia terus menjadi doktor gigi. Sebab itu semasa Khir Toyo dilantik jadi MB ramai yang tidak setuju dan protes. Tetapi kerana ia adalah pilihan Perdana Menteri dan presiden, maka semua kena akur. Biasalah dalam politik kalau presiden sudah memberi restu tongkol kayu pun boleh jadi menteri atau menteri besar.
Begitulah cerita Khir Toyo. Dan hari ini bila beliau didakwa kerana rasuah, memiliki harta diluar kemampuannya ternyata bahawa pemimpin Umno semuanya korup. Kalau orang yang dipilih oleh Mahathir seperti memilih antah pun boleh didakwa rasuah, apalah yang lain. Nasib yang menimpa Khir Toyo itu tentu sangat mengecewakan Mahathir.
Kembali kepada fasal pemulangan darjah membawa gelaran Datuk Seri tadi. Satu sudut tindakan Khir Toyo itu sebagai ikhlas dan bijak. Ia menggambarkan Khir seorang bertanggungjawab dan gentleman. Tetapi dari sudut lain orang dapat membaca tindakan Khir Toyo itu untuk melindungi malunya.
Sebelum beliau menulis dalam blognya dan dipetik sebagai berita yang beliau serahkan darjah itu saya sudah mendapat maklumat mengatakan ada perbincangan oleh pihak tertentu untuk menarik balik darjah kebesaran yang diberikan kepada Khir Toyo. Bermakna, Khir menyerah darjah itu setelah ada perbincangan itu.
Walaupun dalam blognya mengatakan dia sudah menulis surat kepada Majlis Perajaan Selangor untuk berbuat demikian, tetapi penyerahan dibuat itu adalah kerana ianya diminta oleh pihak tertentu. Dalam erti kata lain, Khir menyerah selepas ianya diminta bukannya atas keihlasan hatinya berbuat begitu.
Belum ada orang yang menulis surat atau minta untuk pulangkan darjah kebesaran tatkala dia sedang dibicarakan. Malahan ada pemimpin yang dipenjara atas kes bunuh pun darjah kebesarannya tidak ditarik balik. Khir ini hanya sedang didakwa tapi sudah menyerah balik darjah kebesaran. Khir mahu menunjukkan dia lebih bertanggungjawab dan hebat dari Anwar Ibrahim.
Apakah yang boleh disimpulkan tragedi yang berlaku ke atas Khir Toyo itu lebih teruk dan busuk dari penjenayah lain? Bahawa kesalahan Khir bukan saja setakat memiliki harta diluar kemampuannya tetapi mungkin ada yang lebih besar dari itu sehinggakan segala darjah kebesarannya diminta dipulangkan.
Ingat, penganugerahan pingat dan darjah kebesaran hanya dilakukan oleh Sultan. Orang yang sultan berkenaan saja, termasuk tanpa ada jasa dan bakti kalau sultan berkenaan mereka akan dianugerahkan gelaran. Apakah tindakan dilakukan Khir dan berlaku ke atas Khir menunjukkan beliau sudah dimurkai Sultan?
Mungkin hal ini boleh dirujuk kepada Salentia yang baru-baru ini gelaran Datuknya juga ditarik oleh dia punya sultan. Hanya jauhari mengenali maknikam. [wm.kl.9:20 am 13/01/11]
Wednesday, January 12, 2011
Sebelum Makan Tengahari
PANJANG lebar Dr Mariah Mahmud (foto) membuat penjelasan berhubung kedatangannya ke majlis membakar novel Interlok oleh kelab penyokong Pas dari kalangan India di Klang dua tiga hari lepas. Katanya dia tidak ada semasa upacara pembakaran novel berkenaan. Pembakaran itu berlaku selepas dia pulang. Ertinya dia tidak saksi nyalaan api dan menghidup asap novel berkenaan.
Katanya, beliau hadir sebagai Ahli Parlimen dan sekadar menyatakan simpati kepada orang India yang terasa pedih dengan frasa tertentu dalam novel berkenaan. Tidak lebih dari itu. Ertinya Dr Mariah pergi bukan bermakna dia sokong pembakaran novel berkenaan dan jauh sekali kalau hendak menafikan sejarah yang dicatat dalam novel Abdullah Hussein itu. Dr Mariah tidak menolak sejarah dan hakikat yang ada.Dr Mariah membuat penjelasan itu kerana ada yang mempersoalkan tindakannya. Ada yang marah-marah dan beranggapan dia juga sebagai menyokong bantahan ke atas novel berkenaan kerana dianggap telah menghina kaum India. Antara yang menghantar SMS membantah atau mempersoalkan tindakan beliau itu (menurutnya), Sasterawan Negara A Samad Said, penyair Disman dan lain-lain.
Dinsman bertanya apakah Mariah tidak membaca kenyataan Paksi dalam Malaysiakini dan Samad pula mengambil tindakan akan tidak turun ke Tenang gara-gara tindakan ahli Parlimen Kota Raja itu. Amboi begitu sekali, boikatlah tu...
Jika diamat-amati kenyataan Dr Mariah itu sama dengan apa dilakukan Khalid Ibrahim dalam kes Khusrin Munawi. Khalid yang sebelum itu menentang perlantikan Khusrin habis-habisan, tetapi hadir pada majlis angkat sumpah dan lafaz taat setia memegang jawatan di hadapan Sultan Selangor. Kata Khalid, dia pergi bukan bermakna dia setuju dengan perlantikan Khusrin, tetapi hanya hormat dan tanda kasih kepada Selangor saja.
Jadi samalah dengan tindakan Dr Mariah itu, dia pergi bukan bersetuju meraikan pembakaran itu cuma menghormati kaum India yang menjadi pengundinya itu. Dalam konotasi lain pengundi adalah rakyat dalam sistem demokrasi ala Malaysia Barat dan Malaysia Timur ini. Kalau Khalid pergi atas kapasiti MB ke majlis angkat sumpah, Dr Mariah pula pergi sebagai Ahli Parlimen. Tidak salah kalaupun ia tidak betul!
Mungkin Dr Mariah dan Khalid ikhlas dengan kenyataan itu. Tetapi orang mentafsir berbagai-bagai. Orang merasakan tindakan itu kurang bijak dan ianya satu persilatan politik demokrasi. Dalam kedudukan seperti Dr Mariah dan Khalid itu ia sangat kekok. Bagaimana untuk Khalid memulau majlis angkat sumpah itu sedangkan ia melibatkan Sultan. Demikian juga Mariah macam mana boleh dia menolak pelawaan itu sedang mereka adalah sebahagian pengundinya? Tidak memenuhi keinginan dan ajakan pengundi bermakna mengundang kesan buruk bagi seseorang wakil rakyat.
Kalau kita tenangkan otak dan tidak lekas prejudis kita akan merasakan tindakan Mariah itu tidak ada apa yang tidak kenanya. Keserbasalahan yang dirasai Mariah sepatutnya didahului daripada beranggapan dia juga bersetuju dengan India yang hendak bakar novel berkenaan. Rasanya kalau pun Mariah sedia mempermudahkan politik tetapi sebagai orang Melayu dan Islam dia tidak tergamak untuk mengenepikan perasaan demikian.
Seperkara lagi sebagai wakil rakyat, Dr Mariah tidak terikat dengan beliau sebagai orang Melayu ataupun berparti Pas saja. Dia adalah wakil semuanya. Dr Mariah lebih terbuka dan rasional berbanding dengan perdana menteri sendiri yang hanya melayan (bagi projek) kepada orang Umno saja dan menagaikan orang lain.
Di sini saya tidak mahu menghukum kedua pihak seperti mana orang lain mempersoalkannya. Lebih-lebih kepada Mariah. Saya rasa dia sudah melaksanakan satu tanggungjawab sebagai wakil rakyat tulen. Kalau orang pernah menjadi wakil rakyat dan duduk ditempatnya, betapa kekokonya sitausi itu kepadanya. Dalam kes ini saya tengok Dr Mariah juga bukan seorang hipokrasi.
Beliau tidak sesetengah wakil rakyat lain bila ia merasakan terbeban dengan sesuatu dia akan memberi seribu helah untuk tidak dilibatkan dengan masalah itu.
Mereka yang bercakap dari luar bingkai siasah atau duduk atas dahan rambutan mungkin senang untuk melempar dan menuduh apa saja atas apa yang berlaku ke atas ke atas wakil rakyat seperti mana dilakukan Dr Mariah itu.
Seharusnya orang rasional dalam melihat tindakan Mariah itu. Yang jelasnya dia tidak menentang novel itu. Tindakan beliau itu adalah tindakan politik yang tidak memberi untung kepadanya dan juga kepada pengundi. Ini boleh dapat dirasakan kalau ia difahami benar-benar. Orang luar juga harus memahami akan keadaan itu.
Rasanya sudah sampai masa orang politik kita, khususnya para pemerhati politik memiliki minda politik yang sihat, objektif dan cergas progresif serta melihat sesuatu itu dari segenap penjuru dan bukan dari penjuru mata sendiri sahaja. Iya, kalau kita ikutkan pandangan kita saja tanpa memahami hati budi orang lain, banyaklah percanggahan dan konflik antara kita dengan orang lain.
Saya juga mulanya terikut hendak 'murihkan' Dr Mariah tetapi tidak jadi apabila saya perlahan-lahan menjadi beliau sebagai seorang wakil rakyat - yang sememangnya mempunyai seribu masalah dan bebanan termasuk kadang-kadang terpaksa memikul biawak hidup dan menjujung kapas dalam bakul besi. [ttdi.kl 2:20 pm 12/01/11]
Kejutan Pagi
[kemaskini] Sudah jelas dan berjawab, tiada Adun di Selangor yang mengumumkan perletakkan jawatan pagi ini. Salah seorang pemimpin muda PKR Selangor telah menjelaskan dalam satu kenyataan pagi ini, berita mengatakan Adun Selangor akan letak jawatan tidak benar.
Kata pemimpin itu berita itu palsu dan ia disebar menerusi pesanan ringkas SMS malam tadi. Bagaimana pun Adun berkenaan tidak hadir dalam sidang akhbar pagi ini kerana dikatakan menghadiri satu mesyuarat lain. - mso 12:56
Sehingga jam 9:41 ini belum ada kesahihan mengenai desas desus Adun Selangor ini yang hendak meletak jawatan. Pembantu peribadinya ketika dihubungi tidak tahu menahu mengenai maklumat berkenaan.
Pembantu itu juga tidak mengetahui ke mana menghilannga Adun berkenaan. Beberapa orang wakil rakyat Selangor yang ditanyai mengenai perkara ini juga tidak tahu. Apakah ia hanya gimik?
Apapun pejabat Adun berkenaan akan menjadi tumpuan pagi ini. mso: 9:41
Seorang Adun Selangor yang menjadi perhatian dan sasaran golongan redikal dua tiga hari lepas katanya akan membuat kejutan pagi ini dengan mengumumkan perletakan jawatan. Belum dipastikan apakah Adun itu akan melepaskan kerusi yang disandang kini ataupun jawatan dalam kerajaan dan parti.
Katanya pengumuman akan dibuat pagi ini di pejabatnya di Shah Alam.
Sekiranya benar berlaku perletakkan jawatan Adun berkenaan ia akan membuka satu lagi polemik dalam politik Selangor. Peristiwa itu akan dipergunakan oleh UBN untuk terus menyerang Pakatan Rakyat.
Apakah ini sebahagian lagi daripada episod pihak tertentu yang hendak menggoncangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor? [wm.kl.8:25 am 12/01/11]
Tuesday, January 11, 2011
Kandit Tengahari
AHAD lalu ketika saya melewati Jalan Pekeliling (Tun Razak) KL dan ketika lengguk ke bangunan Umno ternampak beberapa buah skylift sedang bergayutan di satu sudut bangunan berkenaan. Di sekeliling bangunan itu pula ternampak semacam ia dilingkungi atau dipsang dengan sesuatu berbentuk tali atau dawai.
Bila memerhatinya dengan lebih cerat, rupanya bangunan itu sedang dilengkapi dengan sesuatu bagi tujuan mencantik dan menggahkan bangunan itu. Tidak dapat dipastikan apakah yang dipasang itu. Yang dapat dibayangkan bangunan itu sedang diperindahkan (dikosmetikan).
Mungkin ianya sedang dipasang dengan lampu atau neon ataupun dibelit dengan slogan besar 1 Malaysia. Ia dijangka akan siap sedikit masa nanti. Kalaulah kerja-kerja itu merupakan pemasangan lampu atau neon atau apa-apa bererti Umno sedang melakukan pencerahan kepada bangunan berkenaan.Kerja pencerahan ini akan memberi imej baru kepada Umno. Mungkin pihak pengurusan baru bangunan Umno merasakan bangunan itu sudah lapuk dan hilang serinya. Jadi untuk menampakknya ianya baru dan sumeringah maka pencerahan perlu dilakukan.
Yang pastinya di samping melakukan kerja pencerahan yang memakan kos yang tinggi sudah pasatilah ia juga akan turut mcerahkan dan mengembungkan poket pihak tertentu.
Kata orang sambil menyelam kena minum air, atau kalau boleh selepas minum air kena hisap rokok. Yang juga boleh disoal dari manakah wang digunakan untuk mencerahkan bangunan itu? Kalau Umno sendiri dari hasil kutipan yuran ok. Tapi kalau dari sumber lain, ah ok juga... kerana Umno adalah Umno.
Saya rasa kerja pencerahan itu ada kena mengena dengan kehadiran pilihan raya. Pencerahan itu menjadi salah satu tanda awal pilihan raya tidak lama lagi. Umno berusaha menunjukkan mereka ceria, ataupun dalam keadaan selesa untuk menghadapi pilihan raya. Pencerahan itu akan jadi daya tarikan baru buat Umno.
Kalau benar begitu soalnya apakah Umno boleh menyakinkan orang ramai bahawa mereka ceria, kuat dan mempunyai wang banyak dengan melakukan pencerahan itu? Biasanya kosmetik dipakai oleh mereka yang tidak yakin dengan keaslian dan keanggunan semulajadi wajahnya. Kosmetik adalah alat untuk menipu si pemandang dan kebanyakannya ia diperbuat daripada bahan-bahan terlarang.
Maka demikian juga dengan kerja pencerahan itu untuk mengajak setiap mata memamdangnya mengatakan Umno dalam situasi, kuat, sedangkan hakikatnya Umno dalam keadaan sakit dan bermasalah!
Kalau Umno tidak bermasalah Umno tidak akan menyerang pihak lawannya bertubi-tubi sedangkan sesertengah serangan itu tidak relevan langsung. Harap Mat Maslan dapat mengulas sinikal ini. [ttdi.kl.12:00 t/h 11/01/11]
Monday, January 10, 2011
Sikit Saja Sebelum Panjang
Kelmarin dan semalama saya menerima dua maklumat berhubung Menteri Tv dan Komunikasi, Malaysia. Seorang itu memberi tahu dakwaan yang berlaku ke atas menteri itu diakui sendiri olehnya bernama Dino.
Kata sumber itu kawannya adalah kawan baik kepada Dino. Menurut Dino ada sesuatu yang tidak kena ke atas bapanya. Kononnya apa yang dilakukan menteri berkenaan terserempak dengan Dino. Perbuatan nakal menteri berkenaan katanya berlaku di balik pintu.
Manakala semalam satu sumber memberi nama orang yang dikatakan rapat degan menteri berkenaan. Orang ini pernah bekerja dengan menteri itu dan orang juga menguruskan orang gaji untuk menteri itu. Orang ini pada masa ini ada di Terangganu berkerja di sebuah syarikat pembalakan dan kenal rapat dengan MB Terangganu, Ahmad Said. Ahmad Said juga dikatakan tahu cerita ini.
Saya belum konteks orang ini untuk mengesahkan dakwaan mengatakan dia rapat dengan menteri itu dan mengaturkan menteri itu tentang sesuatu yang sulit. Saya harap kalau orang ini dihubungi dengan nombor yang kepada saya, saya akan dapat penjelasan sebenarnya mengenai Rais. Sdr Hambalid Latif yang berkeja dengan Mat Said juga boleh membantu saya. Sara rasa Hambali telah tahu perkara ini. [wm.kl.8:45 pm 10/01/11]
Saturday, January 8, 2011
Hanya Sebuah Ilusi
KETUA Pemuda Umno Malaysia yang tidak diikhtiraf kemampuan dan kemenangannya, Khairy Jamaluddin tidak mahu berkongsi rahsia pertemuan beliau dengan Presiden Umno, Najib Abdul Razak hari ini. Katanya biarlah ia menjadi rahsia beliau dengan Najib. Amboi...!
Memang itu hak Khairy dan beliau tidak perlu mendedahkannya. Tetapi adalah hak orang lain juga untuk membuat spekulasi apakah isi perbincangan di antara keduanya. Dalam masa lima minit pertemuan itu, selain Khairy menceritakan masalah dan potensi Parlimen Rembau yang diwakilinya, tentulah juga Khairy bertanya Najib mengenai kedudukannya dalam pilihan raya akan datang.Ataupun Najib mungkin ada menyebut kepada Khairy yang menantu bekas perdana menteri itu harus berundur dalam pilihan raya akan datang. Atau Najib menggunakan bahasa isyarat atau bahasa tubuh untuk meminta Khairy berundur.
Kalau Najib menyebut secara terang juga tidak mustahil kerana isyarat dari Najib sebelum ini seperti tidak diendahkan oleh Khairy. Atau Khairy sekaan tidak mengerti dan peka kepada cara dan sinisme Najib berpolitik. Dalam sisi lain Khairy seolah ikhlas dan tulus, tetapi dalam hatinya hanya Tuhan saja yang tahu. Saya tidak percaya kalau orang sepintar Khairy dia tidak tahu isyarat Najib.
Najib telah memberi beberapa isyarat kepada Khairy, di mana dengan isyarat ini sudah cukup kalau Khairy berundur dan melepas jawatan. Ataupun tukar parti. Tetapi Khairy tidak menerima isyarat itu ataupun tidak merasai ia satu 'kebencian' Najib kepadanya. Rada politik Khairy lemah menerima isyarat Najib yang dihantar dengan gelombang simbolik. Begitukah?
Umum tahu walaupun kemenangan Khairy merebut jawatan ketua pemuda kerana rasuah, tetapi beliau adalah ketua pemuda yang sah dari sisih undang-undang Umno. Tetapi hakikat itu ditolak hidup-hidup oleh Najib sebagai presiden Umno.
Dalam susunan kabinetnya Najib tidak menamakan Khairy sebagai menteri atau timbalan menteri. Paling mengejutkan Najib melantik pemuda yang kalah dengan Khairy untuk menjadi timbalan menteri. Itu satu pukulan maut buat Khairy. Tidak cukup dengan pukulan itu satu lagi tukul terkena ke kepala Khairy bila mana naib ketua Pemuda, Razali Ismail dilantik jadi timbalan menteri.
Apakah maksud semua itu? Iya tidak lain dan tidak bukan satu ejekan besar buat Khairy. Tetapi Khairy masih cuba menyejutkan dirinya, dengan mengatakan dia tidak perlukan jawatan untuk berkhidmat. Betulkan Khairy tidak mahu jawatan? Kalau benar begitu untuk apa dia bertanding dan bolehlah tanpa jawatan kami berkerja?
Susupan Tengahari
PERSATUAN Penulis Nasional (Pena) menjadi NGO pertama yang mengambil inisiatif mengadakan majlis untuk mempertahankan novel Intrelok yang menjadi teks bacaan wajib pelajar sastera tingkat lima yang menjadi persoalan segelintir masyarakat India di negara ini pada masa ini.
Tindakan Pena itu kena pada tempatnya memandang NGO berkenaaan bergerak atas landasan bertunjangkan maksud untuk meneguh, mengawal dan mengamalkan persurataan (sastera dan budaya) Melayu di negara ini.Adalah perlu dirasakan kalau Gapena dan selurh anggota gabungannya bangkit mempertahankan keutuhan ataupun menjawab bantahan segelintir masyarkat India terhadap novel berkenaan. Lebih baik lagi kalau Gapena mengunggulinya dan mengajak sama NGO lain kkhasnya yang mengaku dan mendakwa mereka sebagai memperjuangkan Melayu untuk mempertahankan karya sastera berkenaan.
Pagi Pagi Murai Tidak Berkicau
Assamualaikum wbt wbh.
HARI ini engin 'buka kelih' blog Merah Tinta sudah menunjukkan angka 6,012559 pada pukul 8:40 pagi ini. Sekiranya angka ini ditambah dengan jumlah yang tidak dikira sebelum ini, ini bermakna blog ini sudah mencecah ke angka lebih 6.5 juta pengunjung.
Sementara jumlah penjenguk yang mendaftar diri sebagai ahli pelawat blog ini pula seramai 1,061 penjenguk.
Peningkatan jumlah pembuka kelih blog ini menggembirakan saya dan menandakan blog ini terus mendapat sokongan dan kepercayaan daripada pejenguk sekalian. Terima kasih diucapkan.
Dalam pada itu ingin saya nyatakan kepada para penjenguk supaya dapat membaca dengan baik setiap mesej yang ingin saya sampai. Jangan baca sesuatu itu secara leteral atau penuh sentimen. Bacalah dengan fikiran terbuka dan cuba mencari mesej dan makna yang dipaparkan.
Penyelitan mesej dalam penulisan mengindahkan sesebuah karya itu. Di sinilah juga akan terletak daya kreatif dan ketrampilan penulis dalam menyenikan tulisan atau karyanya. Justeru mungkin anada dituntut untuk memahami secara halus dan berterusan. Selalunya tulisan saya ada kesenimbungan di antara isu yang dipaparkan, tetapi jarang disedari.
Ada penjenguk mengatakan saya tidak telus dan menyembunyikan sesuatu rahsia yang hendak didedahkan. Ingin dijelaskan, saya tidak bersedia membuka aib orang keterlaluan. Misalnya saya memiliki gambar tertentu yang jelek, tetapi saya tidak akan mendedahkan (melainkan dicabar), saya hanya simpan sebagai bukti dan peringatan. Teguran kepada sesiapa juga bukan bertujuan mengkhianatinya tetapi memberi keinsafan dan kesedaran.
Sebab itu kalau dilihat kepada pendirian saya agak unik di mana saya boleh menghentam seseorang itu hari ini dan memujinya pula pada hari esok. Kita menuntut kepada kebaikan dan kebenaran.
Sehubungan itu kritikan dan teguran saya terus mengalu-alukan. Bagi saya kritikan dan teguran itu pendorong semangat kepada saya untuk terus berblog. Bagaimana pun sebagai manusia saya tidak terlepas daripada mengikut alunan emosi apabila diacah berlebihan. Saya terpaksa menggunakan istilah 'kemetot' dalam menjawab dan mempertahankan diri.
Saya juga merasa bangga kerana boleh terus memberi sumbangan dalam blog ini. Walaupun ianya dilakukan secara sukarela secara berterusan, saya masih utuh berblog demi memenuhi permintaan dan mengisi kekosongan yang mungkin tidak ada dalam blog lain. InsyaAllah saya akan terus berbolog selagi ada penjenguk.
Semoga anda akan terus bersama saya dan mendoakan kesihatan dan kekuatan akal dan fikiran buat saya.
Sekali lagi diucapkan terima kasih atas komnitmen anda sekalian.
Salam hormat,
MSO
Friday, January 7, 2011
Soksek Malam Sebelum Makan
Persoalan Najib Tidak Selesai Masalah
NAJIB Abdul Razak tidak berapa nak ulas mengenai dakwaan salah seorang menteri kabinetnya yang dikatakan merogol pembantu rumahnya sendiri. Kes majikan rogol ataupun memperkosakan amah ini bukan asing. Ia berlaku di mana-mana saja termasuk Malaysia.
Najib mempersoalkan kenapa kes itu baru ditimbulkan sekarang. Laporan sebuah portal di Indonesia menyebut amah itu berkerja dengan menteri berkenaan dari tahun 1999 hingga 2007. Kira-kira lapan tahun. Beliau dirogol pada tahun 2007. Bermakna selepas kena rogol dan perkosa - (mungkin dirogol balik pintu atau dalam stor sewaktu isteri menteri berkenaan pergi jogging), amah itu pulang ke negaranya.
Saya katakan dakwaan itu tidak munasabah dan alasannya longgar. Tetapi ia tidak boleh ditolak begitu saja. Sama dengan kenyataan Dr Mahathir yang menuduh Anwar menghantukkan matanya ke lutut sebab itu mata Anwar lebam.
Sebenarnya andaian Mahathir itu tidak mustahil. Ramai orang percaya. Lepas itu ditubuhkan suruhanjaya di raja. Selepas disiasat mata Anwar lebam kerana ditumbuk oleh Rahim Noor.
Rahim Noor adalah ketua polis negara. Tak logik kalau seorang ketua polis negara boleh tumbuk tahanan dalam lokap dalam keadaan mata tertutup. Apa lagi dia ialah bekas timbalan perdana menteri. Tetapi itu bukan cerpen atau drama, tetapi realiti yang berlaku dalam negara ini. Benar-benar berlaku.
Jadi kalau menteri itu perkosa amahnya ia tidak pelik. Jika dibandingkan dengan apa dilakukan Rahim Noor tadi ia boleh berlaku bila-bila masa saja. Apa lagi dalam kes menteri itu membabitkan nafsu. Nafsu ini pula tidak mengira aib atau apa. Yang penting ia boleh dilepaskan.
Kita dengar ada datuk rogol cucu, ada penjaga budak rogol budak bawah kawalannya. Bukan itu saja kita juga dengar ada oraang merogol lembu dan kambing. Apa nak hairannya. Macam juga menteri dan pemimpin mereka nampak tertib dan sopan dalam kaca tv dan surat khabar, tetapi kehidupan dan sytle mereka sebenarnya tak siapa tahu. Amanah itu mungkin tahu?
Pembantu rumah itu orang, cantik dan ada nafsu. Menteri berkenaan juga masih gagah. Dia juga ada dikatakan pernah membeli ubat kuat dari seorang penjual. Ini tak hairan kalau menteri itu berbuat demikian. Sebab ada perkara yang ganjil dan tak sepatut dilakukan menteri berkenaan, pun dilakukan. Mengejutkan kalau disebut dan diceritakan di sini.
Berbalik kepada persoalan Najib kenapa baru sekarang perkara itu ditimbulkan? Sekarang atau bila, tidak tidak timbul. Begitu juga dengan kes liwat membabitkan Anwar. Ia dikatakan berlaku sejak lama dulu tetapi kenapa ditimbulkan pada tahun 1998?
Kalau apa yang ditimbulkan terhadap Anwar itu ada motif untuk menjatuhkan Anwar mungkin begitu juga tuduhan ke atas menteri berkenaan, nak malukan dia. Tuduhan liwat ke atas Mahathir tahun 1990 lagi saya dengar tetapi kenapa selepas lapan tahun ditimbulkan? Nampaknya angka lapan ini menjadi angka misteri dan diminati?
Hari ini sebuah media di Indonesia menyiarkan penafian amah berkenaan dirogol menteri. Malahan katanya menteri berkenaan melayan dia dengan baik semasa dia jadi amah di rumah menteri Najib itu. Mungkin benar... kalau berlaku asmara, semasa berasmara sesiapa pun akan melayan regunya dengan baik. Tetapi selepas itu baru ada hal-hal yang tidak disenang dan menjadi pertikaian. Jadi rogol yang dimaksudkan itu diistilahkan selepas selesai 'main'. Mungkin begitu. Agaknyalah, nak tahu tanya Mat Maslan?
Penafian amah itu tidak akan menamatkan isu menteri berkenaan. Dalam kepala orang kampung, budak sekolah, guru Tadika, tukang gunting, pemandu teksi, penjaga lif, budak pejabat semua bertanya... betulkah? Benarkah? Takkan le? Semua pertanyaan berbentuk tanda seruan itu sudah cukup untuk menteri berkenaan berundur perlahan-lahan.
Tidak susah untuk beliau berundur kerana tuduhan itu (kalau ia benar). Menteri itu seorang ahli bahasa, dia boleh putar dan menghalalkan tindakan itu. Dia boleh tenggelamkan dalam bahasa berbunga-bunganya.
Dia juga pernah membakar jambatan, tetapi boleh menyeberang lautan politik dengan jambatan baru. Dan dia juga seorang anti tesisnya sendiri. Kalaulah itu lagak dan wajah dirinya, maka tuduhan dia menggodam amah itu tidak menjadi perkara yang pelik? Tidak hairan kalau menteri kabinet terlibat dengan jenayah rogol, sebab ada bekas menteri bagi wang RM20,000 agar pasangannya menggurkan kandungan di Johor? [wm.kl.8:15 pm 07/01/11]
