Saturday, April 9, 2011
Menjelang Maghrib
Kena Cekup SPRM
TENGAH hari tadi seorang anak butir Umno Malaysia yang sudah tidak mempercayai kepada Umno menelefon saya mengkhabarkan sesuatu berita mengejutkan. Bersungguh benar dia memberi tahu saya. Sebenarnya saya tahu berita ini beberapa minggu lalu, tetapi tidak mengambil serius. Pada saya perkara itu biasa kalau menimpa orang Umno!
Mulanya saya kira ia hanya gossip saja. Berita ini tidak banyak disiarkan dalam blog, baik pro pembangkang atau blog upahan Umno. Mungkin ada bloger UBN yang mengetahuinya tetapi tidak berminat untuk menyiarkannya. Mereka lebih suka kepada isu atau berita porno. Umno!
"Sheikh you di mana?" tanya putera Umno yang terbiar dan dilupakan itu.
"Kuching!" jawab saya. Dia selalu menelefon saya untuk mendapat apa-apa maklumat dan juga mengesahkan maklumat. Banyak juga hal-hal pelik dan anih dalam partinya dibukakan kepada saya.
"Ini I nak bagi tahu satu cerita besar," katanya.
"Apa dia?" tanya saya suspen. Saat itu saya dalam perjalanan ke Telaga Air. Mungkin ia besar kalau tidak masakan dia akan mencari dan sedia bercakap walaupun saya di Kuching. Bil telefonnya tentu meningkat. Ini penting, begitu fikir saya.
"Dua minggu lepas seorang setiausaha politik kepada ******* ** telah dicekup oleh SPRM di sebuah hotel di Bukit Bintang. Bersamanya ditemui wang tunai sebanyak RM750,000 cash. Selepas disiasat di dalam akaunnya ada sebanyak RM5 juta....di rumahnya pula ada lima buah kereta mewah!"
Saya hanya mendengar. Kebetulan semasa sembang di sebuah hotel berhampiran sungai Sarawak (waterfront) semalam saya terdengar cerita seorang menteri sedang menceri setiausaha politik barunya. Katanya calon sudah ada. Sekali lagi kebetulan calon berkenaan ada sama di hotel berkenaan jadi saya langsung bertanya kepada tuan tubuh.
"Kata nak jadi setiausaha politik pulak, trahniah!" kata saya tumpang bangga sebab dia anak butir Kelantan.
Calon ini keberatan untuk menjelaskan. Tetapi reaksi mukanya menunjukkan dia setuju atau suka kalau dilantik. "Mana ada..." balasnya tawar...tetetapi dengan senyuman memanjang.
Sungguh saya tidak tahu kalau desas desus itu ada sangkutan dengan berita yang baru disampaikan oleh putera Umno itu tadi. Oh...
"Tetapi apa yang hendak saya sebutkan kat you, setiausaha politik berkenaan dibebaskan. SPRM tidak charge dia... sebab apa you tahu, sebab ada kompromi. Katanya beliau didesak letak jawatan kalau tidak dia dichargekan. Beliau dibebaskan kerana nak jaga menteri berkenaan...
"You jangan tulis dulu nama setiausaha politik ini. Cukup kalau you sebut dia adalah setiausaha politik kepada menteri dari Selatan, tulis menteri kanan..cukup!" pesan dan ajar putra berkenaan panjang lebar.
Saya akan ikut dan tidak akan menulis nama putra Umno berkenaan kerana berpegang kepada manahnya. Etika dalam penulisan kalau kita mendedahkan sumber atau tidak berpegang kepada jani lama kelamaan dia tidak akan sanggup menyampai apa-apa berita lagi. Sumer harus dijaga sebagai mungkin.
"Kejadian ini memalukan Umno. SPRM juga terlibat, bila mana kalau ia menimpa orang Umno ia akan dilindungi dan cari sejuta helah untuk tidak didakwa, tetapi kalau kena ke batang tubuh pembangkang, cepat-cepat dichargekan...." jelasnya lagi tersempuk-sempuk kerana benci dan geram dengan apa yang berlaku.
"Bila you balik? tanya.
"Kenapa?" soal saya dan menjawab mungkin Selasa atau Rabu.
"Saya nak you ambil gambar hotel berkenaan dan masukkan dalam blog you!" katanya. Iya... nantilah bila balik saya akan pukul gambar hotel berkenaan dan pamerkan dalam blog. Kalau tidak menjadi masalah saya akan masukkan muka penyangak negara itu sekali. Bila orang tengok betapa besarnya hotel tempat setiausaha politik itu sering melaram orang boleh agak berapa banyak wang yang dia punya.
Sehingga saat ini belum ada apa-apa komen dari bos setiausaha politik berkenaan. Sebalik nampaknya dia masih bercakap perihal buruk orang lain tetapi menyembunyikan perangai buruk anak buahnya sendiri. Atau pun soal rasuah ini bukan mengejutkan lagi Umno kerana kebanayakan mereka begitu. Eluk juga statistik dikeluarkan untuk melihat ahli parti mana yang banyak terjebak dengan rasuah, apakah Umno, Pas, PKR ataupun DAP.
Dan dalam kes di atas tadi Umno tidak akan boleh menyembunyikan nama setiausaha politik berkenaan. Ia akan diketahui juga nanti. Tindakan Umno menyembunyikan kes dan penama itu samalah dengan tindakan kangaroo menyembunyikan anaknya dalam poket di bawah perutnya. Tindakan itu sia-sia saja kerana yang akan diketahui juga. Samalah dengan anak kangaroo itu betapa disusuk tetapi kadang-kadang si anak akan jenguk dan menunjukkan kepalanya. [kuching 6:10 pm 09/04/11]
Catatan Dari Kuching 2
PAGI tadi saya bergerak lebih jauh dari bandaraya Kuching memasuki beberapa daerah atau perkampungan di luar bandar. Melalui beberapa kawasan Dun, bermula dari Santok sampai ke Sameriang bersempadanan dengan Pantai Damai. Sempat juga singgah dan merakam gambar rumah baru TYT Sarawak di Matang.
Pemandangan di luar bandar pinggir Kucching nampaknya poster banyak mengatasi poster Pakatan Rakyat. Nisabha 10 poster BN 2 poster Pakatan Rakyat. Dari segi perang poster ternyata poster BN tersusun dan menunjukkan kewangan yang banyak. Berbagai bilboark gergasi juga sudah mulai dipasang oleh BN dan DAP, tetapi belum ada billboard PKR dan Pas.
Mood atau selara rakyat Sarawak ternyata berubah. Ia menunjukkan ada sinar kepada PR untuk menambah kerusi. Dalam perkiraan saya dengan gambaran yang ada kini PKR sedang memunggah beberapa kerusi daripada apa yang saya jangkakan sebelum ini. Kalau sebelum ini PR boleh menang di 10 atau 15 kerusi mungkin angkanya sudah meningkat ke 20.
Saya yakin kalau momentum hari ini kekal hingga ke hari mengundi Pakatan akan dapat menafikan majoriti dua pertiga di Dun Sarawak. Tetapi ada pemerhati lebih berani mengatakan tidak mustahil juga kalau BN rebah.
"Saya memberi ingatan kepada Pakatan Rakyat supaya tidak untuk tidak memikirkan soal pembentukan kerajaan," kata pemerhati yang mengatakan perbezaan dari segala semangat dan mood rakyat pada pilihan raya ini berbeza.
Ketika singgah di pasar Santok - pasar yang menjadi tumpuan ramai, beberapa pengujungi ditemui menyatakan perasaan sama. Pilihan raya kali ini ada perubahan. Punca utamanya ialah kepada Taib Mahmud. Isunya pengambilan tanah untuk kengkayakan diri dan kornisnya.
Seorang pemandu teksi ketika ditanya, menjawab perkara yang sama. Begitu juga dengan seorang bekas pegawai kerajaan pencen, walaupun masih simpati kepada BN tetapi kebencian kepada Taib sudah melampau.
"Dia ambil tanya rakyat ata snama pembangunan. Dibayar pampasan tetapi sedikit," begitu kata pegawai kerajaan yang pencecen itu. "Kalau saya, saya mahu Taib dikalahkan tetapi bukan BN.." ujarnya.
Kebencian kepada Taib merebak kepada wakil rakyat lain juga. Di Putra Jaya, rakyat sudah berani membohong calon BN, Daud yang juga menteri muda Sarawak nyaris kena pukul ketika memasuki ke satu kawasan untuk berkempen. Si Daud ini mempunyai rumah ala-ala istana yang terletak di Putra Jaya. Setiap rakyat miskin yang melalui jalan itu dan tersilau ke arah rumahnya akan merasa pedih di mata dan pedih dihati.
Di Pantai Damai ketika singgah minum air kepala saya sempat bercakap dengan beberapa orang rakyat di sana. Rata-rata mereka miskin dan hidup sebagai nelayan tradisi. Seorang daripadanya menceritakan mengenai rakyat mula protes kepada BN dengan menulis dan memasang spanduk yang BN bohong. Satu majlis anjuran Rela untuk bertemu dengan rakyat lenggang, sambutan kepada majlis BN juga di kawasan ini kurang.
Suasana ini semua tidak ada sebelum ini. Rakyat sudah benci, tetapi mereka tidak berani berbuat begitu. Tetapi kali ini rakyat sudah berani. Itulah gambaran diberikan rakyat.
Manakala sewaktu singgah di pos PKR yang dikawal oleh ahli PKR Kelantan di bawah seliaan Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir, dari taklimat rengkas dari petugas berkenaan, dalam pemerhatiannya pilihan raya umum Sarawak kali ini ada sedikit perubahan. Dalam tinjauan dan analisis sikap ada kesungguh dari cakap-cakap rakyat untuk tidak suka kepada BN. "Mereka yang kami jumpa nampaknya bersemangat dan mereka lebih memberi maklumat dan input daripada kami terutamanya kebencian mereka kepada Ketua Menteri," jelas Prof Shahrum yang bertugas disitu.
Malam ini saya akan menghadiri satu ceramah PKR oleh Naib Presiden, Nurul Izzah.
Malam esok dijangka menjadi kayu ukur sebenar sambutan orang Melayu khasnya kepada PKR dan Pas apabila dua tokoh utama mereka Nik Aziz Nik Mat dan Anwar Ibrahim dijangka akan berceramah di beberapa tempat di Sadong Jaya, Muara Tuan, Demak Pantai dan lain-lain. Saya suka membuat ukuran dan analisa dari ceramah mereka ini. Ualasan mendalam dkan dimuatkan dalam Siasah minggu depan. [kuching 5:41 pm 09/04/11]
Friday, April 8, 2011
Catatan Dari Kuching
LEWAT petang tadi saya dan rombongan kecil bersama tiga orang teman sampai ke Kuching untuk meninjau pilihan raya umum Sarawak. Kedatangan saya ini adalah kali kedua. Sebelum hari penamaan calon 6 April lalu saya sudah menziarahi ke beberapa buah kawasan khasnya di sekitar Kuching untuk mengetahui mood rakyat Sarawak terhadap pilihan raya kali ini.
Seperti mana saya postingkan dalam entry yang lalu, kala itu suasana pilihan raya masih belum terasa. Belum ada bendera yang dipsang. Keadaan tidak seperti di Semananjung, di mana menjelang hari penamaan calon suasana sudah berubah dan bendera atau sepanduk sudah dinaikkan. Bagi mereka yang pertama kali menyaksikan pilihan raya Sarawak akan terkejut dengan keadaan di sini.
Satu kapal bersama saya tadi ialah beberapa rombongan kecil seperti saya juga. Ternampak Bob Lokman yang baru ini mengistyharkan diri menyertai Pas. Saya bersama dua teman Sobree dan Dr Wan Suhaimi menaiki Airasia, manakala seorang lagi teman sdr Rushdan Mustafa menailki firefly.
Kami bergabung di aiport. Menurut Rushdan bersama satu flight dengannya Nurul Izzah dan juga Hanifa Maidin.
Permandanbgan dari lapangan terbang ke Bandaraya Kuching sudah berubah berbanding dengan minggu lepas. Kini kanan sudah terpacak bendera parti politik bertanding. Yang banyak bendera dacing. Apabila memasuki pusat bandararaya Kuching suasana berubah di mana poster dan papan tanda kempen DAP mengambil alih keadaan.
Melihat kepada billboard DAP mencerminkan parti berkenaan sebuah parti yang kemas dan tersusin. Papan tanda yang seragam dengan slogan yang memikiat menjelaskan bahawa DAP begitu berdisplin dan mempunyai startegi yang kemas. Jadi tidak hairan kalau DAP mampu meraih banyak kerusi dalam pilihan raya ini.
Malam ini saya akan cuba meninjau di beberapa buah ceramah di sekitar Kuching. Kalau cuaca mengizinkan saya bercadang untuk turun ke tempat ceramah DAP yang dikatakan mendapat sambutan. Dari maklumat Mus... teman yang mengambil saya di lapangan terbang, ceramah DAP didatangi ribuan orang sementara ceramah BN tidak sampai 300 orang.
Mendengar itu meremangkan bulu roma. Katanya juga suasana pilihan raya Sarawak kali ini berbeza dengan pilihan raya umum 2006 lalu. "Tahun ini ada lawanlah, BN nampaknya tidak boleh selesa sangat," begitulah kata Mus.
Perubahan ini katanya bukan saja di bandar tetapi di kawasan luar banda juga. Rata-rata sambutan nampaknya memberangsangkan. Bersambung...
Malam tadi saya sempat menghubungi beberapa teman yang berada di lokasi ceramah. Di Miri Anwar Ibrahim menghadiri lapan program. Sambutan diluar dugaan. Sambutan bukan saja daripada Cina yang sudah menguasai Miri tetapi dari kaum Melayu dan lain-lan juga.
Hal yang sama juga berlaku di Beting Maro di mana salah satu kawasan yang dijangka akan dimenangi oleh Pas. Pentada sejauh mana kekuatan Pakatan Rakyat dijangka akan terpamir malam esok apabila dijangka Tok Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim akan bersatu dalam kempen di beberapa kawasan di sekitar Kuching. Horas. [kucing. 9:08 am 09/04/11]
Thursday, April 7, 2011
Terserempak Wakil Rakyat Lompat
SUDAH lama dan acap kali orang memaklumkan mengenai kisah hidup salah seorang wakil rakyat PKR Perak yang melompat parti yang menjadi kaya, hidup bahagaia dengan isteri mudanya di sebuah kawasan terpencil di pinggir ibu kota Kuala Lumpur. Ia dilaporkan hidup di sebuah banglow di Ukay Height, Selangor. Katanya wakil rakyat ini selalu berkepit dengan isteri mudanya, dan akan keluar bersantai di restoran mamak dan coffee house tertentu waktu malam.
Ada orang berkata dia senang lenang sekarang termasuk dapat berbini muda setelah mengkhianati parti dan membantu UBN merampas kerajaan Perak dari Pakatan. Sebenarnya saya tidak hairan dengan apa yang dilakukan itu kerana begitulah dunia politik. Dunia politik susah untuk kita ramalkan mengenai pemainnya. Hari ini dia kawan baik esok dia akan jadi musuh yang keparat kejam dan dahsay.Sebab apa, sebabnya orang politik tidak ada iman. Tidak ada kepercayaan kepada hari akhirat. Kerana kalau dia percaya kepada hari pembalasan, dia perlu takut kepada balasan-balasan dihari kemudian. Sebab itu bagi saya orang politik adalah munafik, ya munafik.
Kalau saya tidak lihat sendiri, saya tidak akan percaya kepada berita-berita atau maklumat mengatakan wakil rakyat berkenana sudah menjadi kaya dan hidup senang lenang dengan isteri muda. Kenapa tidak, kes rasuah sex dilepaskan, wang dapat, bini muda pula dapat. Kan senang. Dalam hidup lelaki yang bertuhankan nafsu, bila dapat bini muda seolah sempurnalah kehidupan dia sebagai seorang lelaki. Lelaki miang nafsunya akan meronta siang dan malam untuk bebas...
Dan pagi ini saya mengesahkan apa yang diberitakan mengenai wakil rakyat berkenaan. Sewaktu makan beraama tiga teman di sebuah kedai cepati di Lembah Keramat pagi ini saya terserempak dengan wakil rakyat berkenaan bersama isteri mudanya.
Kalau ada orang menuduh dia mendapat upah kerana mengkhianti parti bernilai jutaan ringgit, saya percaya. Ia tidak mustahil. Katanya salah seorang dari mereka bukan saja beli rumah dan tanah tetapi turut membeli kondo mewah yang dibeli atas nama anaknya secara tunai. Dari mana wang itu didapati kalau bukan kerana upah kepada sebuah pengkhianatan?
Mulanya saya tidak terperasaan yang wakil rakyat berkenaan. Saya sudah melihat sekali imbas kepada sepasangan suami isteri yang masuk melalui meja kami duduk. Mulanya dia menarik kerusi berhampiran dengan meja kami. Sekejap kemudian dia tidak jadi duduk dan pindah jauh dari meja kami mencari tempat yang agak terlindung. Kenapa?
Sehinggalah seorang teman memberi tahu, itu ***** *****, wakil rakyat PKR yang lompat, dia dengan perempuan, mungkin bininya," kata salah seorang teman saya yang cukup mengenainya. Saya terus menyilau dan memerhatinya ke arah pasangan itu. Iya, benar dia adalah muka yang pernah ditayang tv dan surat khabar siang dan malam setahun lepas.
Keduanya memakai spek mata hitam, menyebabkan orang tidak kena wajah mereka. Hairan juga saya kerana dia masih mengenakan spek hitam walaupun sudah duduk di meja dan memesan makanan. Nampaknya agak takut-takut untuk menanggalkan spek hitam macam zorro itu.
Perbualan saya dan teman teralih topik sebaik melihat wakil rakyat berkenaan. Mereka nampak bergaya. Yang perempuan berumur sekitar 27 atau 32 tahun. Gayanya anggun. Sekali lihat macam datik dan dua kali lihat macam artis sahaja. Jarak usia keduanya macam ayah dengan anak.
Saya melihat dia tidak lepas dari menjeling ke arah meja saya. Semacam ada kecurigaan. Beberapa kali saya menanti ruang dan cerlak untuk merakam gambarnya, tetapi matanya tetap meleret kejauhan ke meja kami. Keadaan itu menyebabkan menguatkan lagi andaian saya bahawa mereka dalam curiga dan berwaspada.
Apa nak takutknya. Anda telah berjaya mengkhinati sahabat anda dan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat atas alasan untuk membela kaum anda, Melayu. Tidak salah. Tetapi melihat kepada gelagat anda dan isteri anda menunjukkan anda semacam tidak selesa. Semacam ingin menyebunyikan diri dan semacam anda dikejar bayangan dosa. Kenapa? Dosa apa?
Sebelum saya melangkah sempat juga saya merakam gambar mereka dari kejauhan. Mulanya saya ignin mendekati dan bersalaman, tetapi tidak tergamak pula tidak mahu menganggui privancy mereka berdua. Kalau mereka merasa senang, selamat dan puas dengan apa yang mereka lakukan, nah lakukan dan kecapilah apa yang anda sedang nikmati kini.
Cuma jangan lupa atas perbuatan apa juga yang yang kita lakukan anda akan bertanggunjawab. Saya tidak sabar untuk melihat apakah selepas Dun Perak dibubarkan nanti anda masih lagi bergelar Yang Berkhianti? [wm.kl.10:30 am 07/04/11]
Wednesday, April 6, 2011
Susupan Petang
Apa nak jadi dengan negara ini? Mungkinkah ianya angkara sumpah laknat yang pernah dilafazkan oleh rakyat negara ini tidak lama dulu. Kesan sumpah laknat adalah teruk dan dahsayat sekali. Kecelakaan tidak saja akan menimpa kepada orang yang melafazkan sumpah, tetapi ia juga akan menimpa seluruh penduduk negeri di mana orang yang membuat sumpah berkenaan mukimi.
Makanya jarang orang suka-suka untuk bersumpah laknat. Laknat ertinya kalau apa yang diakui atau diikrar itu tidak benar dan tidak betul, Allah akan melaknat orang berkenaan dan seluruh penduduk di dalam negaranya dengan satu keaiban dan keazaban yang tidak terfikir.
Apakah sumpah laknat itu kini sedang memakan korbannya? Kejadian terbaru yang menimpa negara hari ini sungguh mengerikan, seorang pengarah kanan Jabatan Kastam DiRaja (JKDM) Ahmad Sarbini Mohamed mati kerana dikatakan terjatun dari bangunan SPRM di Jalan Conceren di Kuala Lumpur apakah ada kena mengena dengan sumpah laknat itu?
Mayatnya dijumpai jam 10:15 minit pagi ini. Menurut laporan beliau datang ke pejabar SPRM untuk menemui seseorang tanpa membuat temu janji. Beberapa hari lalau beliau ditahan dan disiasat oleh SPRM berhubung kehilangan wang berbillion ringgit. Beliau adalah termasuk 62 pegawai Kastam yang ditahan untuk siasatan berhubung kehilangan wang berkenaan.
Biarlah kita jangan membuat andaian dan mengemukakan teori tertentu di sebalik kematiannya itu. Mungkin selepas ini sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat kematian itu. Kalau kematian misteri itu dibiarkan begitu saja tanpa dipertikaikan oleh mana-mana pihak rasanya tidak adil. Sebab kemetian Teo Beng Hock diperlakukan demikian rupa sehingga tertubuhnya suruhanjaya bebas. Kita tunggu Ngo mana akan bangkit dan lantang membela kematian itu?
Kita tunggu apakah hasilnya nanti.
Tetapi apa yang hendak diperkatakan di sini ialah rentetan kejadian itu. Dunia dan negara masih panas dan belengah dengan isu video lucah yang cuba dikaitkan dengan Anwar Ibrahim tiba-tiba Sarbini pula jatuh terlentang di gelanggang badminton. Kenapa?
Sedikit sebanyak peristiwa itu melenyapkan sektika ivu video yang sudah pun menemui jawabannya; bahawa watak dalam video berkenaan dikenali bukan Anwar Ibrahim. Wan Azizah sendiri mengesahkan bahawa watak itu bukan Anwar. Begitu juga dengan sesetengah pakar dalam pembikinan filem dan kreatif dalam mengubah filem, meragui akan watak itu Anwar Ibrahim.
Bagaimana pun kata Nazri Aziz, Azizah tidak layak untuk mengesahkan itu bukan Anwar kerana Azizah ada kepentingan. Anwar adalah suaminya. Maka di sini saya cadangkan supaya Narzi menayangkan video berkenaan kepada Rosmah dan Umi Aflida Ali biar mereka yang membuat kajian kemudian mengesahkan siapakah yang sebanarnya. Bukankah Nazri sangat mengharap video berkenaan akan mendatangkan kesan dan impak besar untuk negara ini.
Panggilah kedua wanita itu dan tonton video berkenaan kemudian buat kenyataan. Kalau tidak cukup dengan itu panggil juga para pemimpin apa dinamakan Ngo Perkasa, saksi kemudian buat kenyataan. Kalau tidak cukup lagi panggil sama Mahathir Mohamad, Muhyuddin dan Najib untuk menjadi juri-jurinya.
Dengan apa yang berlaku ke atas Sarbini hari ini ia merupakan satu bala kepada negara ini. Apakah kejadian itu ditakdirkan demikian untuk menutup dan meredakan perbicaraan umum terhadap video. Perancangan Tuhan lebih sofisikated. Ternyata selepas tersemburnya berita kematian pegawai Kastam itu pagi ini disegenap sudut dan jerung orang memperkatakannya. Apa lagi kejadian yang sama pernah menimpa seorang warga negara ini bernama Teoh Beng Hock.
Mungkin takdir menimpa Beng Hock boleh dianggap kes terpencil, tepi kalau dalam masa tidak sampai 1,000 tahun berlaku satu lagi kes sama menyebabkan orang tertanya tanya, tertanya tanya dan tertanya tanya. apa dah jadi dengan negara ini? Saya tidak mahu mengatakan SPRM berhantu atau sebaliknya, tetapi kenapa Tuhan memilih perkarangan atau pejabat agensi penguatkuasa rasuah itu untuk menerima mayat Sarbini.
Begitu juga apabila fitnah dilakukan berturut-turut ke atas Anwar menyebabkan orang tidak percaya kepada ketulinannya. Atau ia sengaja dilakukan Anwar secara hetrik begitu untuk mengelirukan pandangan umum? Maka bijaklah Anwar. Sebab itu saya katakan kalau hendak berbuat sesuatu jangan melampau kerana kalau melampau ia akan memakan diri. Yang jelasnya kematian Sarbini dan penayangan vodeo lucah itu ada hikmah yang perlu direnungi dan jadikan iktibar.
Percaya dan yakinlah perancangan jahat oleh sesiapa pun ia tetap dalam pemerhatian Tuhan dan Dia akan mempertimbangkan sebagai mungkin akan natijah dari perancangan itu. Isu video lucah yang diperniagakan hari ini dipintas oleh isu kematian Allahyarham Sarbini itu. Al Fatihah untuknya sekali. [wm.kl. 5:20 pm 06/04/11]
Menungan Tengah Malam
PAGI tadi saya menerima panggilan dari seorang veteran Umno dari Rantau Panjang Kelantan. Rumahnya di pekan Rantau Panjang yang berjarak 3 km saja dari rumah orang tua saya. Veteran ini dikenali sebagai seorang ahli Umno yang pejal atau diistilahkan sebagai karat biru.
Di Kelantan kalau seseorang itu pejal dan keras menyokong sesebuah parti akan diketogerikan sebagai karat mengikut warna parti itu.Kalau Umno karat biru kerana dacing warna biru air laut. Manakala kalau Pas dikatakan karat hijau. Ada pun yang menjadi ahli PKR belum dikaratkan lagi sebab parti berkenaan baru. Weeepppp!
Veteran ini karat biru. Dalam tilikkan saya ia sudah tidak boleh disembur cap lain lagi. Malahan tidak pun boleh dikikis ataupun di polis lagi kerana kalau dikikis dan dipolis kulitnya akan lokah, bergelupas dan relai. Jadi hendak tak hendak ia akan dibiarkan terus berendam dalam karat biru bergelupas-lupas macam kerepok keping kena goreng.
Bila seseorang ahli sudah jadi karat sukar untuk diubahnya lagi. Selalunya mereka sudah sampai ke tahap taksub sampai meletakkan parti itu sebagai agama yang tidak boleh dikritik dan dicanduinya setengah mati. Malam siang dia akan perasap (sintuk limau) partinya macam perasap keris pusaka tujuh keturunan.
Sungguh pun begitu dia seorang ahli pejal yang ikhlas dan tidak seperti setengah yang lain. Dia sokong Umno kerana padanya Umnolah segala-galanya. Umno banyak jasa, bukan kepadanya tetapi kepada negara. Kehidupannya anak beranak biasa saja. Tetapi dia jaga Umno macam ibu lembu merah jaga anaknya. Dia akan meringus dan 'unggal' menerkam sesiapa yang hendak usik anaknya.
Begitulah dengan veteran ini. Jangan cuba-cuba usikan parti Umno yang dianggap keramat, wali dan berhantu itu. Mahu dikejarnya macam ibu lembu merah mengejar penganggu anaknya. Saya masih ingat macam mana dia mengejar sekumpulan budak kampung yang nakal telah mengoyak poster dacing pada satu pilihan raya. Dia marah betul sampai kejadian itu dibawa ke balai polis. Baginya kalau khianat kepada Umno dan apa-apa tentangnya ia boleh jadi ketulahan.
Kenapa dia call saya tadi ialah bersabit dengan berita vadio lucah yang disiarkan dalam akhbar hari ini. Terkejut juga saya apabila menerima panggilan veteran Umno ini dan mendengar butiran percakapannya tentang video berkenaan.
"Apa negara ini sudah tidak ada kerja lain lagi ke selain daripada membicarakan soal lubang ***** dan lubang *****?" tanyanya dengan bahasa mencarut. Malu saya nak eja sepenuhnya kecuali disimbolkan dengan bintang (*) saja. Tetapi kalau media UBN akan menulis dengan terang dan jelas. Mana mereka ada maruah dan etika.
"Kenapa?" tanya saya dalam keadaan terkejut cuba memahami apa maksudnya dan di belah mana beliau kali ini.
"Saya sungguh malu dengan kerajaan hari ini, seolah-olah tidak ada kerja lain lagi. Banyak lagi yang boleh dipertahankan bukan apa yang dibuat itu...huduh sangat," veteran ini terus membebel tanpa ada koma dan titik lagi.
"Apa benda, ***** ***?" tanya saya agak keliru dan belum mengetahui apa hujung jatuhnya.
"Rasa nak muntah wei kali ni...kerja kerajaan hari ini (dia tak sebut Umno kok bimbangan ketulahan) dah jahat benar wei, dah sampai ke tahap Abu Lahab dan Abu Jahal rasanya.. Apakah ini maruah kerajaan kita, saya tak faham Sayuti... tak faham sungguh kali ini." luahnya. Marahnya bergetar-getar macam naik kereta melalui jalan ke Gua Musang ke Jedok.
"Seingat saya sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman ke zaman Tun Razak membawa ke zaman Hussein Onn tidak ada kejahatan dan fitnah seperti berlaku di zaman Najib ini. Ini sudah teruk... negara kita sudah tidak ada maruah. Bila kerajaan sendiri memain peranan menyebarkan video lucah, kita sudah tenat..." katanya. Kerajaan? "Kenapa kerajaan tak sekat?" hujahnya.
Saya terus mendengar menahan telinga. Saya tahu dia call pun kerana nak lepas geram dan kemarahannya. Jarang sdkali dia membuat panggilan kecuali bila ada hak mustahak. Jadi panggilan pagi tadi mustahak dan rohak.
"Apa nak jadi kita ni?" soal dia kemudian sambung; "Semuanya kita dah jadi macam beruk, diperintah oleh beruk yang tidak tahu malu. Kalau beruk sengoti pula tak apa? Tau beruk..berukkkkkk? Beruk dia tidak malu apa dia boleh tungging punggung merahnya depan kita, ha itulah kerajaan hari ini", tekannya.
"Saya ni Sayuti sudah tua, sudah lebih 70 tahun. Lama juga saya terlibat dalam politik dan pernah buat jahat dan aniaya orang. Tetapi apa yang saya buat dulu tidak sampai ke tahap hari ini. Ini dah teruk dan melampau," katanya mengakui dan mendedahkan zaman jahiliahnya. Saya tahu dan membaca sejarah veteran Umno ini. Jahatnya masih bermoral, dia setakat menghalang orang Pas untuk ke tempat ceramah.
Paling teruk lagi dia akan ganggu dan ugut penceramah. Akan baling telor tembelar ke arah penceramah ataupun melepaskan belalang peras yang disalut dengan tahi. Itulah bentuk kejahatannya. Paling sadis veteran ini akan memberi penampar Jepun kepada mana-mana warga emas yang cuba nak tunjuk belang sokong Pas.
Dalam satu pilihan tahun 1969 saya masih ingat macam mana veteran ini tempeleng nenek saudara saya. Hal dan sebabanya kecil saja, kerana nenek saudara saya itu enggan pangkah kapal layar. "Mak Da nak pakah apa hari ni,?" tanya veteran ini. "Nak pangkah hak atas langit (bulan bintang). "Oh nak pangkah hak atas langit, ini... " katanya sambil melayangkan penampar sira parkkkkkk....ke muka nenek saya. Aduh... menyengeng dan pedih dibawa sampai ke bilik mengundi.
Ha itulah gedebe dan jahatnya veteran ini. Dia mengakui semua kejahatan di zaman jahiliah dulu. Semasa nenek saudara saya sakit dia datang dan memohon kemaafan atas apa yang dilakukan dulu. Dia masih tetap Umno.
"Sayuti tahu han... jahat dan kejamnya politik 60-an, jahat.... tetapi ia tidak sejahat hari ini. Hari ini saya tenguk sudah melampau, mengaibkan orang bukan saja dalam kampung tetapi di seluruh dunia...apa cerita ni!"
"Ini tidak boleh tahan, saya sedih wei kerana ia berlaku ke atas batang tubuh bangsa dan keturunan sendiri. Kenapa ni?" Kegeramanya sudah memuncak. Nasib baik saya duuduk jauh kalau dekat boleh saksikan macam mana veteran ini melepaskan geram sambil menumbuk-numbuk apa saja yang ada di depannya.
"Jadi nak buat macam mana ***** ***?" tanya saya.
"Barang kali Tuhan telah buka pintu sanubari saya. Apa yang dilakukan ke atas Anwar dan anak beranak ini sudah klimeksnya... untuk saya. Mulai saaat ini saya bertekad tidak akan memberi sokongan lagi kepada parti yang saya dokong selama ini kerana ianya sudah tersangat kejam, lebih kejam dari komunis dan kejam lagi dari Jepun dan Yahudi," kata veteran ini. Di hujung telefon saya terdengar dia menangis dan terisak-isak.
Nanti saya balik nak jumpa ***** *** dan belanjakan mee rebus di kedai Daud di Banggul Kulim. Kalau boleh nak tolong dia belikan cat baru untuk melindungi karat yang kesekian lama menutupi dirinya. [wm.kl.7:50 am 06/03/11]
Tuesday, April 5, 2011
Susupan Pagi
Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengesahkan bahawa lelaki yang mirip suaminya dalam klik video lucah yang hangat diperkatakan kini bukan suaminya. Azizah berkata demikian dalam satu sidang akhbar khas di rumahnya pagi ini.
Pengesahan itu dibuat setelah beliau dan anak beranaknya mengambil keputusan berani untuk menonton video lucah berkenaan. Tindakan Wan Azizah itu boleh dianggap satu cabaran besar kepadanya yang melibatkan maruah. Sebelum ini beliau benci untuk melihatnya tetapi akhirnya terpaksa ditonton ekoran klik video berkenaan tersebar di seluruh dunia menerusi youtube.Nah, sekarang setelah Wan Azizah dan keluarga sendiri mengesah bahawa itu bukan Anwar maka jelas watak dalam video berkenaan palsu, bukan Anwar sebenarnya. Orang paling gembira dan berbahagia dengan penjelasan Azizah ialah Anwar sendiri.
Biarlah tiga juta orang Umno menerima itu sebagai benar, tetapi bagi Anwar dan jutaan penyokongnya yang lain akan berpuas hati dengan penjelasan Azizah seorang. Penjelasan dan kenyataan Aizzah boleh membunuh bukan saja tiga fitnah besar tetapi juga kebenaran-kebenaran kecil yang lain.
Dalam situasi beginilah seseorang pejuangan memerlukan seorang isteri (zaujah) yang tulus terhadap suami yang memahami perjuangan suami serta yang bersimpati sepanjang masa dengan musibah ditimpa suami. Kehebatan di sini bukan lagi Anwar tetapi Azizah yang menampong dan memperkasakannya.
Bagaimana pun pada saya, biarlah Azizah membuat penjelasan bersumpah laknat sekalipun menolak segala fitnah itu ia tidak mudah membersihkan kotoran yang dilumurkan. Seperti mana orang tidak percaya kepada sumpah laknat pembacuh kopi yang mendakwa diliwat Anwar maka begitulah juga orang akan menolak sumpah dan penjelasan Azizah itu.
Semuanya ia bergantung kepada nawaitu dan matlamat kita. Sekarang ini sama-sama kita tepuk dada dan tanya hati kita. Pada saya, keperibadian Anwar satu hal yang lain, manakala perjuangannya membela rakyat satu hal yang perlu diutamakan.
Kita bukan mahu membela keperibadiannya tetapi membela perjuangannya. Kalau ada orang lain yang baik, lebih warak dari Anwar kebetulan pula mempunyai idelisme seunggul Anwar maka berpalinglah kepada pemimpin itu.
Kalau belum ada sesiapa yang boleh bersuara dan membentangkan perjuangan menyentuh hati nurani kita, maka sukar untuk menafikan Anwar sebagai seorang hero dan wira negara ini. Melihat segala ancaman, serangan termasuk secara fitnah dan liar namun Anwar tetap juga mampu berdiri teguh, ini menggambarkan akan kehebatan dan keagungan Anwar sebagai tokoh politik.
Rosmah dan Mahathir agaknya terjua mengenai kehebatan seorang manusia ini tetapi begitu ego untuk menerimanya kerana kehebatan itu merampas kepentingan dan kehebatan diri mereka. Mat Maslan pula ketika ini kehilangan suara untuk berkata-kata. [ttdi.kl. 10:50 am 05/04/11]
Monday, April 4, 2011
Video Tukaran Akan Datang
Klik video ini khas untuk para pejenguk blog Merah Tinta yang kempunan untuk menonton klik video dan bagi mereka yang tidak tergamak untuk melihat klik video lucah yang nmengaitkan dengan Anwar Ibrahim yang sedang bertebaran kini.
Saya harap klik video ini menjadi penawar kepada semua orang. Klik video ini dirakam pada tahun 2010 secara tidak sengaja dilokasi agak terlindung dari umum. Saksi dan kajilah sendiri tentang kesahihan dan ketulenannya.
Kilik video ini juga mungki disuruhanjayakan! Catatan: Maaf kepada sdr Ariffahami kerana saya curi video ini dari blognya. [wm.kl.11:05 pm 04/04/11]
Susupan Petang
Ulasan Isu
Zainuddin Maidin Bermimpi Tanpa Tidur
Wah... sok alim (tunjuk baik) Zainuddin Maidin menasihat supaya Pas mengambil langkah drastik menyelamatkan parti berkenaan. Bila masa pula Zainuddin dilantik oleh Pas menjadi tukang penasihat parti berkenaan? Kenapa pula tiba-tiba saja, Zainuddin baru kabar diri melihat Pas selamat dan terus berfungsi dalam negara ini. Apakah jadahnya tiba-tiba Zainuddin mengatakan Pas diperlukan?
Bukan sejarah negara ini sudah mengenali seorang wartawan asal kampung yang menjadi penentang Pas nombor satu. Beliau juga seorang penentang gerakan Islam dan dakwah negara ini. Bukankah orang masih ingat betapa benci beliau kepada Pas. Semasa beliau memimpin Utusan, bukankah beliau yuang membuat arahan agar akhbar itu tidak memakai atau menonjolkan wanita pakai tudung.
Masa beliaulah juga Utusan akan menonjolkan orang yang berimej (berkopiah) berperangai jahat. Kalau ada banduan atau orang salah pakai kopiah akhbar itu akan meletakkan dimuka utama atau muka depan. Apa tujuannya ia nak dikaitkan bahawa orang beridentiti Islam itu jahat dan hipokrit.
Zainuddin membuat seruan itu - supaya Pas menyelamatkan diri, kerana pada kaca matanya pemimpin Pas membisu dalam isu video lucah. Beliau cuba membentangkan kepada umum yang pemimpin Pas berbelah bahagi dalam soal isu video lucah membabitkan Anwar. Dalam masa sama beliau meneji pemimpin Pas yang bersama Anwar.
Saya tidak tahu apakah beliau masih hanya membaca Utusan Malaysia saja dan meninggalkan media baru blog, website dan segala macamnya.
Kalau beliau masih berwala kepada Utusan saja benarlah apa yang dirasakan itu. Sebenarnya Zainuddin tertinggal jauh ke belakangan dan masih berfahaman konservetif dalam dunia maklumat dan IT dewasa ini. Tetapi kalau beliau sesekali menjenguk blog dan membaca Siasah atau akhbar alternatif lain beliau akan tahu apa yang berlaku dalam Pas dan juga akan tahu tentang kudis buta yang berada di bawah pelipatan betis dan ketiaknya.
Dipihak Pas tidak ada sikap membisu dalam isu video lucah. Kalau ada pun pemimpin Pas di hujung kampung yang tidak sampai akhbar atau ada kemudahan internet. Kalau mereka hanya dengar radio Rais Yatim saja, memang bersetuju dengan Zainuddin Maidin itu, bahawa Pas berpecah dalam isu video lucah.
Rasa saya semua pemimpin Pas sudah menyatakan sikap terhadap video lucah dan isu moral lainnya. Semua sudah mengulas. Mengenai serangan peribadi ke atas Anwar Ibrahim baik sejak zaman liwat pertama membawa ke liwat kedua dan terbaru video lucah, pemimpin parti Islam itu sudah pun menyatakan sikap dan pendirian. Sikap mereka jelas dan bukan kabur lain. Mereka mengambil pendiriannya ia adalah fitnah selagi segala bukti yang didedahkan itu tidak dikemukakan secara syari'. (Tahukah Zainuddin Maidin erti syari' itu?)
Presiden Pas, Abdul Hadi Awang sudah menyatakan, serangan ke atas Anwar itu adalah sekongkolan fitnah. Beliau mencabar kerajaan agar menyiasat bagaimana video berkenaan dan pendedahannya boleh dibuat. Kata Abdul Hadi perkara pokok yang perlu disahkan bukan siapa dalam video berkenaan tetapi pembikinan dan pendedahannya sudah bersalah dan perlu diambil tindakan. Anihnya kenapa mereka yang mendedahkan video berkenaan tidak dikenakan apa-apa tindakan baik menerusi undang-undang sekluar atau Islam?
Beliau juga menyarankan siasatan berhubung perkara itu dilakukan berdasarakan prinsip undang-undang sebenarnya.
Begitu juga kalau kerajaan (UBN) benar-benar ingin tegakkan keadilan kenapa tidak disiasat mengikut kehendak syariah Islam? Apakah Zainuddin tidak faham mengenai komen Hadi ini dan ini bukan sikap Pas? Untuk pengetahuan Zainuddi di dalam Islam sebarangan tuduhan dakwaan berkaitan zina harus ada empat orang saksi.
Kalaupun ketiga mereka yang mendedah video berkenaan boleh diterima sebagai saksi, tetapi ia masih belum mencukupi kerana perlu ada seorang lagi saksi. Korum persaksiakn dalam Islam ialah empat. (Arba'a). Manakala sekiranya si pendakwa itu gagal mengemukakan saksi maka mereka perlu disebat sebanyak 80 kali. Apakah tatacara hukum Islam ini diketahui oleh Zainuddin Maidin?
Manakala Nik Aziz pula telah berdoa untuk menghindarkan fitnah dan meminta Allah memusnahkan si pefitnah. Ada orang mempertikaikan kenapa dalam himpunan solat hajat dan pidato, di stadium Melawati Shah Alam, Nik Aziz tidak berpidato dan hanya berdoa. Bagi mereka yang arif aulia dan afdal mengenai doa tidak akan tergamak untuk mempersoalkan tindakan Nik Aziz itu. Doa adalah menunajat dan permohonan direct kepada Tuhan bukan seperti pidato yang penuh retorik.
Bila Zainuddin tiba-tiba macam tersedar dari kejahatan yang panjuang terhadap Pas mungkin ada sesuatu yang tidak kena kepadanya. Mungkin dia dapat mimpi bahawa Umno akan musanah kali ini. Kenyataan itu mungkin dibuat dalam keadaan mata tertutup, mumai. Kalau dia sedar kejahatannya kepada Pas selama ini dia tidak akan membuat kenyataan konstruktif begitu. Untuk apa dia mahu Pas diselamatkan? Sepatutnya dia membiarkan saja Pas berpecah seperti mana tanggapan itu kerana cara itu cepat memusnahkan Pas.
Tetapi bila dia membuat saranan itu dia tahu bahawa Pas kini makin kuat. Pas semakin mantap sebagai parti alternatif terbesar di negara ini. Slogan Pas Ganti Umno nampaknya telah menggangu minda Zainuddin Maidin. Orang Pas patut berterima kasih atas nasihat Zainuddin itu tetapi tidak perlu mempercayainya. Dari sudut mana sekalipun tidak ada secawan keikhlasan di hati bekas Menteri Penerangan ini yang pernah melancarkan serangan media ke atas Pas menjelang piliihan raya 2004 lalu.
Kejahatan Zainuddin ini sebenarnya tidak terbatas kepada Pas saja tetapi kepada Umno juga. Pertemuan saya dengan bekas timbalan menteri penerangan Mahadzi Khir menyebabkan saya tahu sedikit sebanyak temberang beliau dalam Umno dan juga sebab-sebab kenapa beliau boleh ditendang pengundi di Sungai Pettani. Satu masa mungkin ia boleh dibukakan.
Tentang isu video lucah, apa yang pentingnya Pas telah mengambil sikap yang jelas terhadap apa juga isu. Dalam konteks Anwar Pas berpegang kepada tali persahabatan tanpa mengira peribadi Anwar. Saya rasa Pas tidak akan mengkhianati kawan dan juga lawan secara melampau seperti mana parti Zainuddin Maidin akan menyembelih kawan apabila mereka ketiadaan haiwan korban. Jadi apa nak dinamakan parti Zainuddi ini? [ttdi.kl 11:40 am 04/04/11]