Sunday, May 8, 2011

Susupan Tengah Malam

Yayasan Sultan Kelantan Dilancar

SEKEJAP tadi saya menghadiri majlis perlancaran Yayasan Sultan Kelantan dan santapan malam bersama Sultan Mohamad ke-V bertempat di Pusat Konvensyen KLCC, Kuala Lumpur.

Sepanjang hidup saya baru dua kali saya menghadiri majlis santapan malam melibatkan sultan Kelantan. Kali pertama ialah pada tahun 1986 bertempat di hotel Istana Kuala Lumpur. Ketika itu Sultan Kelantan ialah Tuanku Ismail Petra.

Majlis itu dianjurkan oleh Pakatan Kelantan Darul Naim (Pakatan) - pertubuhan yang dianggotai oleh anak-anak Kelantan yang berada di KL, terutamanya mereka yang memegang jawatan besar dalam kerajaan, ahli korporat dan politik.

Pakatan ketika itu sungguh hebat dan menjadi payung kepada anak-anak Kelantan. Bagaimana pun gah dan kehebatan akhirnya pudar apabila ia tidak lagi bertindak menjadi sebuah persatuan kebajikan sebaliknya menjadi salah satu 'sayap dalam' kepada Umno.

Manakala kali kedua majlis santapan bersama Sultan ialah baru sekejap tadi, majlis makan malam bersama Sultan Mohamad Ke-V bersempena dengan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan. Majlis yang berlangsung sekejap tadi sungguh hebat dan meriah sekali. Ia mencerminkan ikatan kekeluargaan dan persaudaraan sesama anak Kelantan masih kental dan utuh. Lebih 2,000 para tetamu yang hadir termasuk para pesara kerajaan yang jarang jarang kelihatan lagi akhir-akhir ini.

Terharu saya melihat kehadiran yang begitu ramai. Sambutan terhadap majlis berkenaan sebagai menyatakan sambutan ke atas Tengku Muhammad Faris Petra yang kini menaiki takhta kesultanan Kelantan. Jelas dari wajah-wajah yang hadir menggambarkan kegembiraan dan penghormatan tinggi kepada Tuanku Sultan Kelantan.

Melihat kepada pameran kecil mengenai aktiviti baginda sejak menaiki takhta masing-masing menyatakan gembira dan kagum kepada keperihatinan Tuanku. Penampilan baginda secara sederhana menyebabkan rakyat dapat merasai baginda benar-benar sultan yang berjiwa rakyat, dan mempraktikkan aspirasi berkenaan.

Hampir semua orang-orang penting di Kelantan hadir terutamanya para pegawai kerajaan negeri dan pemimpin parti politik. Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat dan barisan Exconya hadir bersama isteri masing-masing. Begitu juga wakil rakyat juga kelihatan sama.

Antara wakil rakyat yang hadir Wan Ismail Wan Jusoh (Adun Melor), Nasarudin Daud (Adun Meranti), Abdullah Yaacob (Air Lanas).

Kalaupun yang tidak hadir atau ternampak oleh mata saya hanya Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Annuar Musa. Tidak ada kelibat beliau yang saya nampak dan juga namanya disebut. Semasa beberapa orang naik ke pentas menyerahkan sumbangan untuk Yayasan Sultan Kelantan, tidak disebut nama Annuar Musa.

Begitu juga dengan bekas Presiden MTRK, Ibrahim Ali. Biasanya kalau dalam majlis-majlis makan malam melibatkan sultan begini Ibrahim kelihatan berada di meja vvip paling depan. Tetapi kali ini tidak kelihatan wajah bulat Ibrahim. Seorang lagi orang penting yang seharusnya tidak mis hadir ialah Tengku Razaleigh Hamzah. Nama dan wajah Tengku juga tidak kedengaran disebut atau terpandang dek mata saya.

Kehadiran yang ramai malam tadi jelas menandakan sokongan kepada usaha Sultan Mohamad Ke V untuk mencari dana bagi membantu rakyat Kelantan yang memerlukan. Seperti mana kata Pengerusi Yayaysan berkenaan Tengku Abdul Halim, kebajikan untuk rakyat Kelantan bukan saja terletak ditangan kerajaan, tetapi pihak lain termasuk institusi kerajaan Kelantan juga ikut sama berperanan.

Penubuhan Yayasan Sultan Kelantan ialah untuk membantu mana-mana rakyat Kelantan yang memerlukan bantuan dan juga sebagai menggerakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan lainnya di samping memberi fokus kepada kegiatan pengembangan agama Islam. Sudah tentu memandangkan Tuanku Sultan Mohamad Ke V yang begitu mengambil berat soal kebajikan rakyat tujuan penubuhannya ialah bagi meringankan beban rakyat Kelantan Darulnaim yang dinaunginya. [wm.kl. 12:30 am 08/05/11]

Saturday, May 7, 2011

Laporan Kegiatan

Yayasan Amal Malaysia,
Satu Dekad Mencurah Bakti

DIAM tidak diam Yayasan Amal Malaysia (Amal Malaysia) telah berusia 10 tahun. Dalam waktu satu dekad itu yayasan ini telah melangkaui hampir seluruh benua dalam mencurahkan khidmat bakti membantu mereka yang tidak bernasib baik dan memerlukannya. Tanpa riuh randah dan hebahan Amal Malaysia selalu membawa delegasi dan misi ke serata lokasi di mana saja manusia yang memerlukan pertolongan dan bantuan kemanusiaan.

Berbunyi saja loceng kecemas tidak kira di mana saja, delegasi Amal Malaysia akan bergegas dengan penuh kesedaran dan keinsafan atas amanah bergerak untuk memberi bantuan. Para sukarelawaannya akan sedia meninggalkan orang tersayang di rumah demi menyelamatkan makhluk sesama insan.

Dalam tempoh itu Amal Malaysia telah mengibarkan bendera kemanusiaan Malaysia ke nun jauh di timur di Kwan Yen Cina, timur Kharton dan Kassala di Shara, Afrika. Pengembaraan Amal Malaysia ini bukan saja berhenti di situ, mereka sedang membuat persiapan untuk menghantar misi kemanusiaan jauh ke Timur, di Jepun dan jauh ke Barat di Benghaji di Tripoli Libya tidak lama lagi.

Paling merujakan kadang kala ketibaan para sukarelawan Amal Malaysia ini di lokasi-lokasi di mana manusia memerlukan bantuan medahului dari Ngo-Ngo yang lebih besar dan bertenaga dari mereka. Inilah kepantasan dan semangat yang ada kepada sukarelawan Amal Malaysia ini. Mereka bergerak tanpa mengira sempadan dunia dan memberi bantuan tanpa melihat warna kulit, agama dan fahaman politik. Bagi mereka sesiapa juga asalkan manusia perlu dibantu.

Saya sendiri penah dua kali terserempak dengan delegasi yayasan ini. Pertama sewaktu berlakunya tsunami di Aceh pada tahun 2004 dan ketika gempa bumi di Yogjakarta, Indonesia dua tahun kemudian.

Semasa di Yogjarkata saya sungguh kagum melihat penglibatan para delegasinya. Mereka bukan saja menyediakan bantuan kemanusiaan seperti makan dan minum serta pakaian tetapi juga turut membawa paramedic dan beberapa orang doktor membantu memberi rawatan kepada mangsa. Mereka juga membantu memasang khemah perlindungan sementara dan sanggup berembun dan berhujan dengan mangsa gempa bumi.

Demikian juga penglibatan mereka di Aceh. Bantuan mereka bukan saja terhenti selepas beberapa tahun selepas tsunami itu tetapi batuan kemanusiaan itu berterusan sampai kini. Amal Malaysia masih meberi peduli kepada nasib rakyat Aceh yang membutuhkan bantuan ekoran tragedi berkenaan. Untuk itu yayasan ini juga telah membangunkan sebuah rumah kebajikan untuk anak-anak yatim di mana seluruh kos perbelanjaannya ditanggung atau diusahakan oleh yayasan berkenaan.

Seperti dikatakan tadi penglibatan Amalan Malaysia dalam memberi bantuan kemanusiaan bukan saja terhadap di rantau Asia sahaja, tetapi seluruh dunia. Di mana saja ada bencana dan kecelakaan alam, di mana saja ada manusia yang menangis dan merintih memerlukan bantuan, yayasan ini dengan segala kudratnya akan bergegas, melaksanakan misi tanggungjawab dan amal mereka seperti mana dituntut oleh agama - beramal kerana Allah.

Sesuatu yang paling manis buat yayasan ini, rombongan mereka juga turut sama terlibat dalam membawa bantuan makanan dan perubatan ke Gaza bersama kapal Mavi Marvara yang ditahan oleh Isreal. Orang kuat yayasan ini sendiri Jamaludin Elias hampir-hampir kehilangan nyawa apabila kapal dinaiki itu ditahan dan ditembak oleh askar Israel serta menyaksi sendiri akan kekejaman Israel dalam menindas rakyat Palaestin.

Pagi tadi telah berlangusng mesyuarat agung perwakikan dwi tahunan yayasan berkenaan bertempat di Pusat Dakwah Serantau di Sungai Merab, Bangi Selangor. Sesungguhnya kalau saya tidak hadir ke mesyuarat berkenaan saya tidak tahu akan keupayaan dan juga segala aktiviti yayasan ini. Terkejut juga saya kerana Amal Malaysia disokong bukan saja oleh pelbagai glongan profesional tetapi turut sama disokong oleh beberapa wakil rakyat, antaranya Dr Rani Othman, Dr Halimah Ali Abdullah, Mohd Zaki Ibrahim, Shafei Salleh, bekas Ahli Parlimen Jeli, Apndai Mohamad dan lain-lain.

Lebih 200 orang perwakilan dari seluruh negara hadir pada mesyuarat pagi tadi yang dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim yang juga penasihat yayasan berkenaan. Penglibatan Khalid dalam Amal Malaysia ini tidak ramai yang mengetahuinya, di mana beliau dilantik menjadi penasihat sebelum beliau jadi Menteri Besar Selangor lagi.

Segala macam aktiviti yayasan dan penglibatan mereka dalam misi bantuan kemanusiaan dipapar dalam mini pameran kecil di perkarangan pusat dakwah berkenaan sempena mesyuarat itu. Dari situ menyerlahkan akan peranan yayasan ini sebenar, bessar dan mereka bekerja memberi bantuan kebajikan seolah tidak mahu diketahui orang sesuai dengan marfum sebuah hadith mengatakan, kalau kita hendak melakukan kebaikan biarlah secara diam umpama tangan kanan yang memberi tangan kiri tidak tahu.

Ternyata aspirasi yayasan ini bukan saja menyediakan bantuan kemanusiaan untuk mereka yang melarat ditindas, tetapi yayasan ini juga turut berperanan lebih luas dari itu memainkan peranan sebagai badan dakwah. Amal Malaysia juga telah mengagaskan sebuah pusat dakwah guna menyediakan kader yang akan membawa risalah Allah ke seluruh alam.

Tanpa sesiapa sedari, pusat dakwah berkenaan telah pun wujud dan kini kumpulan pertama sudah pun bermula. Kumpulan pertama ini terdiri dari saudara baru yang berasal di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Pasukan pelajar petama akan berakhir pada bulan Ogos depan dan kumpulan kedua akan mulai masuk September depan. Begitu mengkagumkan selain daripada pelajar ini dilengkap dengan asas-asas dakwah tetapi mereka juga dibekalkan dengan ilmu untuk mengurus diri berupa asas-asas dalam bidang pertanian.

Sesuai dengan kemajuan yang dicapainya Yayasan Amal Malaysia ini berhasrat untuk memperluaskan bidang pengajian ini dengan waktu ini sedang mengagaskan untuk menubuhkan sebuah bangunan sendiri bagi dijadikan pusat dakwah bekenaan. Tanah seluas empat ekar sudah pun diperolehi dan pembinaan kompeleks bernilai RM10 juta akan bermula bila-bila masa saja.

Tanhnia dan syabas diucapkan kepada Yayasan Amal Malaysia. [wm.kl.5:45 pm 07/05/11]

Friday, May 6, 2011

Susupan Pagi

Wah... Hebatnya Setopa Anak Setawa

DUA malam lalu saya dibisikan oleh seorang teman yang memberi tahu Najib anak Razak akan turun ke Kelantan dalam sIri gelajah negara untuk melihat mood dan suasana semasa. Lawatan itu adalah untuk melihat perkembangan terkini di Kelantan. Mungkin juga Najib hendak tenguk sejauh mana perubahan rakyat Kelantan terutamanya mengenai sikap mereka terhadap Umno.

Najib mahu tengok sendiri apakah isu liwat ke-2 dan terbaru isu video lucah pakej sumpah lankat telah dapat mengubah persepsi rakyat Kelantan kepada Anwar dan juga Pas Kelantan. Dengan melanyak secukup-cukupnya Nik Aziz sebagai orang bersubahat dengan maksiat dilakukan Anwar, jadi Najib hendak tinjau apakah ada perubahan dari dalam diri orang Kelantan.

Selebihnya juga, mungkin Najib hendak tenguk sejauh mana arus gelombang merah yang dicetuskan oleh Pemuda Umno Kelantan bergelombang, atau ianya hanya gelora dan gejolokkan nafsu anak-anak muda yang bekerja di ibu pejabat Umno Kelantan saja, atau yang mrnguruskan sebuah blog dari atas menara tingkat 27?

Mungkin juga hasrat Najib itu didolor oleh cakap-cakap Annuar Musa yang mengatakan beliau kini sudah ada sokongan baru dari kumpulan Gedebe Merah (Red Warriors. Dakwa Annuar beliau ada lebih 50,000 penyokong Gedebe Merah yang menjadi penyokongnya. Ada kemungkinan juga Najib mempercayai dakwaan Annuar itu

Jadi atas dorongan dan perkembangan itulah Najib katanya hendak mencemarkan duli ke Kelantan. Apa yang istimewanya pemergian beliau kali ini, Najib akan singgah dan rihat di rumah Ketua Pembangkang Alwi Che Amat di Ketereh. Menjadi kemusykilan saya kenapa, di rumah Alwi bukan di rumah Annuar Musa, atau Awang Adek Husin atau Setopa? Apakah Najib kini lebih percaya kepada peranan dan juga pendapat-pendapat Alwi mengenai politik Kelantan yang dibuat lebih bertanggungjawab dan berfakta?

Annuar Musa katanya sudah menjaja bahawa penyokong bola sepak Kelantan merupakan penyokong Umno. Kononnya beliau sudah berjaya menjinakkan mereka akan mendekati BN dan melupai Pas. Najib pada mulanya ikut teruja juga dengan caka-cakap Annuar itu.

Begitulah nampaknya. Annuar bijak mempengarhui Najib kononya dia ada penyokong seramai itu. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk Najib melihat come back yang beliau buat menerusi bola sepak Kelantan mengutungkan Umno.

Timbul pertikaian mengenai jumlah penyokong bola sepak Kelantan yang mengena baju merah itu. Seorang tokoh Umno Kelantan yang juga duduk dalam komiti bola sepak menafikan kalau penyokong Gedebe Merah itu adalah penyokong peribadi Annuar Musa atau Umno. "Cuba demo tengok setiap kali diadakan perlawanan penyokong ada membawa bendera siasah. Demo tengok banyak mana bendera dacing dan banyak mana pula bendera bulan?" begitu kata orang Umno itu menceritakan hakikat yang berlaku. Katanya nisbah bendera yang dibawa 10 : 2.

Panjang pula berlebeh di sini. Apa yang hendak diceritakan di pagi hari ini ialah mengenai Najib yang dikatakan hendak melawat Kelantan pada awal Jun ini tidak jadi. Mulanya sudah ditetapkan pada 4 atau 5 atau 6 Jun. Alih-alih semua tarikh itu tidak jadi. Ia dibatalkan pada saat-saat akhir. Dengan pembatalan itu menyebabkan Najib akan tundak dan mengunjungi negeri lain.

Ada pun pembatalan itu bukan kerana cerita Gedebe Merah tajaa Annuar Musa tadi, tetapi dibatalkan kerana Setopa anak Setawa ada kerja besar pada tarikh tersebut. Setopa akan mengahwinkan anak perempuannya pada tarikh tersebut. Pembatalan itu tidak ada kena mengena dengan kerja lain melainkan kerana kerja Setopa hendak kahwinkan anak. Besar mana dan hebat mana majlis perkahwinan itu tidaklah diketahui, tetapi boleh diukur sendiri apabila lawatan Perdana Menteri pun terpaksa dibatalkan. Ada mis-mis macam perkahwinan di raja mungkin?

Terkejut juga saya apabila mendengar alasan pembatalan kunjungan Najib itu hanya kerana Setopa hendak kahwinkan anak. Itu saja. Nampaknya di sini kerja mengahwinkan anak lebih besar daripada kerja untuk parti. Bukankan kedatangan PM itu untuk menguatkan kedudukan BN di Kelantan dan mengayunkan lagi gelombang merah yang nampaknya kurang bergelombang itu?

Inilah yang saya katakan Setopa ini hebat juga orangnya. Orang tidak sangka dalam diam dia ada menyimpan hobi yang besar. Dia boleh batalkan kedatangan PM kerana ingin kahwinkan anak. Siapa boleh lakukan begitu kecuali Setopa.

Urusan perkahwinan anaknya lebih besar daripada urusan parti. Sepatutnya Setopa tunda atau tangguhkan perkahwinan anaknya, tetapi utamakan kunjungan Najib. Pun begitu mungkin Najib dan pemimpin Umno lain rasa senang juga dengan pembatalan itu, kerana, dalam keadaan hari ini susah untuk Umno hendak kumpul orang sampai belasan ribut. Apa lagi Pakatan Rakyat baru sahaja buat ceramah di Machang yang dihadiri lebih 15,000. Angka itu mungkin sedang menganggu minda Setopa.

Malulah PM pergi Kelantan kalau yang hadirnya tidak seramai itu. Kalau pun tidak dapat kumpul orang sampai 50,000 tetapi cukup untuk 10,000. Apa lagi yang lebih memalukan khasnya Setopa kalau tiba-tiba semasa kunjung Kelantan itu Najib nak tenguk sungai Kelantan dari jambatan Sultan Yahaya, di mana Setipa dan kontrektor projek tempel jambatan itu hendak letak muka? Mat Maslan ada jawabannya. [wm.kl.9:20 am 06/05/11]

Thursday, May 5, 2011

Berita Jauh Malam

Apakah Pendedahan Mengenai Anwar Seterusnya?

SELEPAS membuat pendedahan sungguh tidak bermoral dan mencemarkan maruah negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam, dengan penayangan video lucah yang menjelekkan, Eskay menjanjikan akan membuat satu lagi kejutan minggu depan, akan mendedahkan satu lagi menggemparkan tentang Anwar Ibrahim.

Katanya apa yang akan didedahkan itu memberi implikasi lebih teruk lagi daripada pendedahan video yang dikatakan melibat Anwar Ibrahim. Apakah pendedahan itu? Ia menjadi tanda tanya. Kini makin jelas niat Eskay terlalu busuk dan hina ke atas Anwar Ibrahim.

Apakah pendedahan seterusnya itu membuktikan pendedahan busuk mengenai video itu bersama Rahim Tamby Chik dan Suhaib Lazim tidak memberi kesan besar. Walaupun video berkenaan sudah tersebar di seluruh dunia, dari ruang jamban hingga ke ruang masjid tetapi ia tidak memberi kesan besar untuk menghancurkan kerjaya Anwar.

Kerana video berkenaan tidak memberi kesan besar maka sesuatu harus direka bagi terus memburukkan Anwar dan mengharu birukan Pakatan Rakyat?

Satu maklumat yang diterima malam ini apa yang bakal didedahkan Eskay itu ialah berhubung dengan apa yang dinamakan sebagai tindak tanduk Anwar yang dilakukan di luar negara terhadap negara ini. Katanya satu ucapan Anwar di sebuah negara jiran akan didedahkan kononnya ia memberi ancaman keselamatan negara.

Dalam ucapan di majlis itu, Anwar dikatakan telah berucap sehingga boleh menimbulkan keadaan tidak tenteram di negara ini. Di mana dan apakah butiran ucapan Anwar itu sama-sama kita tunggu yang akan didedahkan oleh Eskay.

Menurut maklumat berkenaan Eskay katanya turut berada sama pada majlis berkenaan dan kemungkinan ia ada merakam ucapan atau tindak tanduk Anwar itu. Kalaulah ia hanya semata-mata berdasarkan ucapan Anwar rahsia yang dikatakan menggemparkan itu tidaklah sangat mengejutkan kerana mustahil polis tidak mengetahuinya.

Kata sumber itu mereka yang membenci Anwar sangat berharap apabila ia didedahkan menyebabkan Anwar akan disiasat kemudian ditangkap! Tambahnya juga beberapa orang tokoh Umno sudah pun mengetahui akan butiran yang bakal didedahkan oleh Eskay seperti mana dijanjikan itu. [wm.kl. 11:45 pm 05/05/11]
Wan Ismail Dapat Wang Tersepak

SAMAN malu yang dikemukakan oleh Adun Melor Wan Ismail Wan Jusoh ke atas akhbar harian Mentro dan penerbitnya The New Strait Times Press diselesaikan diluar mahkamah. Keputusan penghakiman yang dibuat pada 24 April di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, memutuskan akhbar berkenaan dan NSTP bersetuju untuk membayar sejumlah wang kepada Wan Ismail sebagai penyelesaian ke berkenaan di luar mahkamah.

Wan Ismail menyaman Harian Metro dan NSTP ekoran penyiaran tiga artikel di dalam akhbar berkenaan pada bulan September 2008. Akibat penyiaran artikel berkenan telah timbul prejudis terhadap Wan Ismail kononnya beliau tidak bertanggungjawab dan menganiaya isterinya.

Berita lanjur boleh diikuti dalam Siasah keluaran terbaru. [wm.kl.6:30 pm 05/05/11]

Wednesday, May 4, 2011

Analisa Berita

Timbalan Presiden Pas

Nasharudin Umum Pertahan, Tuan Ibrahim Sedang Berfikir?

SELEPAS memerhati perkembangan perjalanan hampir lebih 150 kawasan Pas di seluruh negara yang telah selesai mengadakan mesyuarat masing-masing, akhirnya Nasharudin Mat Isa membuat pengumuman akan mempertahankan jawatan timbalan presiden yang disandangnya selama dua penggal sejak 2004 itu.

Laporan Bernama hari ini yang memetik laporan satu sumber parti itu menyebut Nasharudin akan mempertahankan jawatannya.

Kesediaan ahli Parlimen Bachok mempertahankan jawatan, laporan itu dipetik memandangkan pencalonan yang menggalakkan diterimanya. Menurutnya keputusan bertanding itu juga bagi meneruskan semangat bersama Presiden untuk membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum yang diramal diadakan tahun depan.

Nasharudin tidak mengemukakan apa-apa agenda khsus atau istimewa melainkan akan cuba memperkuatkan Pas bersama presiden Abdul Hadi Awang.

Dengan pengumuman itu setakat ini dua calon sudah hampir pasti akan merebut jawatan timbalan presiden. Selain Nasharudin, bekas calon Timbalan Presiden dua tahun lepas Mohamad Sabu mengumumkan kesediaan merebut jawatan berkenaan. Mohamad Sabu membuat keputusan itu lebih awal, bagaimana pun tetap akan melihat kepada jumlah pencalonan.

Kata Mohamad Sabu dia akan membuat pengesahan selepas menerima pencalonan. Kedudukan hari ini Mohamad Sabu diberitakan mendapat pencalonan tertinggi, namun angka yang dipaparkan menimbulkan keraguan. Apa yang jelasnya tidak ada angka rasmi dikeluarkan oleh mana-mana sumber dalam Pas kerana pencalonan adalah sulit. Ertinya jumlah pencalonan yang diperolehi mana-mana calon belum sah, cuma agak-agakkan.

Selain dari Nasharudin dan Mohamad Sabu ada beberapa tokoh Pas lain dicalonkan untuk merebut jawatan berkenaan. Mereka ialah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya Pas Kedah, Azizah Abdul Razak. Nama Sallahuddin Ayub juga turut sama dicalonkan.

Begitu juga dengan Husam Musa yang kalah dalam perebutan tiga penjuru dua tahun lepas turut sama dicalon untuk sekali lagi merebut jawatan berkenaan.

Bagaimana pun setakat ini Husam tidak menunjukkan minat untuk mencuba nasib sekali lagi dan dikatakan lebih menumpukan kepada ahli jawatankuasa agung sahaja. Sokongan untuk Husam dikatan meluas kerana beliau diharap akan dilantik untuk mengetahui satu jabatan penting dalam Pas yang sesuai dengan kepakaran dan kebolehannya.

Walaupun ada desakan supaya beliau ikut sama bertanding tetapi masanya sudah terlewat kerana sudah banyak kawasan menyelesaikan mesyuarat mereka.

Walaupun Husam sudah cukup kouta untuk bertanding (dua kawasan) tetapi angka itu tidak begitu kondusif buat seseorang yang ingin merebut jawatan nombor dua parti. Timbul juga tanggapan apabila Husam enggan bertanding ini bermakna beliau menerima kemenangan Nasharudin sebagai timbalan presiden dua tahun lepas dan beliau menerima Nasharudin dapat melaksanakan tungas dan tanggungawab sebagai timbalan dengan baik.

Sekiranya Husam tidak berpuas hati sudah tentu beliau akan mendaftar diri untuk merebut jawatan itu sekali lagi. Adapun kenapa Kubang Kerian mencalonkan Mohamad Sabu ialah untuk memberi kepuasan kepada bekas Naib Presiden itu yang mencang awal-awal lagi akan merebut jawatan berkenaan atas alasan hendak membantu presiden.

Pada saya tidak nampak kerjasama rasional di antara Husam dengan Mohamad Sabu. Saya tidak fikir Husam lebih senang menerima Mohamad Sabu dari Nasharudin. Kedua mereka itu dalam pemerhatian saya ada masalah atau sesuatu yang kurang disenangi Husam. Tetapi jika dibalik kepada sejarah asal sewaktu Nasharudin dicagarkan bertanding timbalan peresiden bersama Allahyarham Hassan Shukeri, Husam adalah orang yang bersama Nasharudin.

Apabila Husam tidak ikut sama bertanding perhatian kini kepada Tuan Ibrahim. Seperti dikatakan Mohamad Sabu hanyalah calon untuk 'berseloka' sahaja dan bukan serius. Lainlah kalau Mohamad Sabu digunakan untuk menyapu Nasharudin yang dilihat mempunyai berapa kelemahan dari sudut pandangann mereka. Tetapi apakah keistimewaan Mohamad Sabu?

Persoalannya apakah Tuan Ibrahim akan ikut sama merebut jawatan itu. Sebelum ini beliau sudah menegaskan tidak akan melangkah ke jawatan itu. Ramai berpegang kepada kenyataan awal Tuan Ibrahim itu dilihat beliau akan akur kepada kenyataan itu. Tetapi sesuatu yang harus disedari dunia politik itu berkembang dan boleh berubah mengikut masa.

Keputusan semalam tidak pasti tetap hari ini. Begitu juga keputusan hari ini belum tentu akan tetap sampai ke besok.

Tuan Ibarhim boleh melupai kenyataan asalnya itu dengan memberi alasan biasa dalam politik. Ertinya tidak semestinya Tuan Ibrahim sudah muktamad dengan keputusannya itu. Saya yakin kalau ada desakan dan perkembangan-perkembangan terkini atau pun untuk dijadikan penawar mengelakkan pertembungan, Tuan Ibrahim boleh mengikut sebarang formula untuk itu kandati membabitkan dirinya.

Khabarnya banyak juga kawasan yang mencalonkan Tuan Ibrahim. Paling ketara ialah di Kelantan. Sebaik saja Muryidul Am Pas memberi signal menolak Mohamad Sabu, beberapa kawasan yang dikatakn bersedia untuk mengikut jejak langkah Kubang Kerian sudah berubah hati memberi pencalonan kepada Tuan Ibrahim. Dipercayai sekurang-kurang empat kawasan mencalonankan Tuan Ibrahim, tiga untuk Mohamad Sabu dan selebih untuk Nasharudin Mat Isa.

Selain Kelantan beberapa kawasan di Pahang, Perak, Johor dan Kedah juga turut mencalonkan Tuan Ibrahim. Perkembangan inilah mungkin merubahkan keadaan menyebabkan Tuan Ibrahim akan meralatkan kenyataan sebelum ini. Selain itu kemungkinan Tuan Ibrahim juga akan dilonjakkan untuk merebut jawatan itu sekiranya Mohamad Sabu dilihat mendahului Nasharudin.

Dari segi penguasaan mengikut negeri pula Nasharudin dikatakan mendapat pencalonan besar di dua buah negeriu, Selangor dan Terengganu. Beliau juga memperolehi pencalonan dari Kedah, Perlis, Johor dan Negeri Sembilan. Pencalonan Mohamad Sabu juga menyeluruh tetapi tidak ada dominasi di mana-mana negeri.

Kesimpulannya pertandingan merebut jawatan timbalan presiden ini yang hari ini kelihatan akan menemukan dua tokoh sahaja Nasharudin dan Mohamad Sabu tetapi ia boleh berubah menjadi tiga dengan kemasukan Tuan Ibrahim. Bagaimana sehingga kini belum ada kata putus dari Tuan Ibrhaim mengenai kedudukan ini.

Namun saya yakin kalau pencalonan diterima Tuan Ibrahim nanti mencecah 30 kawasan beliau mungkin akan membuat ralat kepada keputusannya sebelum ini kerana pencalonan itu adalah suara dari kawasan dan kehendak akar umbi. [wm.kl.3:40 pm 05/05/11]

Sesudah Subuh

Kelewatan Projek Tempel Jambatan Sultan Yahaya
Perlu Laporan 'Hitam Putih'

DUA tiga hari lepas BN Kelantan telah mengadakan konvensyen tahunannya. Dalam konvensyen itu dibuat beberapa resolusi. Salah satu resolusinya ialah meminta kerajaan Kelantan membuat laporan 'hitam putih' mengenai projek Ladang Rakyat. Setopa anak Setawa (SS) telah membuat kenyataan mengenai resolusi berkenaan.

Menurut SS laporan itu perlu kerana timbul berbagai masalah dan tanda tanya di sebalik projek berkenaan. Beliau meminta kerajaan menjelaskan berapa perolehan hasil hutan, syarikat mana terbabit dalam mengendali projek berkenaan dan sebagainya.

Kelmarin SS sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri (MPTN) telah membuat lawatan ke projek tempel (tambahan) jambatan Sultan Yahaya Petra yang menghubungkan Kota Bharu dengan Wakaf Baru. Projek itu dimulakan pada tahun 2009 tetapi masih belum siap sampai ke hari ini. Katanya kerja menyiapkan sudah ke tahap 63 peratus.

Kelewatan projek itu menyusahkan para pengguna jambatan berkenaan. Kelewatan juga menyebabkan kos bertambah. Saya tidak tahu mungkin sudah ada yang termuntah kerana terpaksa berhinjut-hinjut kenderaan di jambatan berkenan terutama waktu pagi dan petang masa pergi dan balik kerja.

SS menjelaskan kelewatan itu disebabkan masalah teknikal. Antaranya kata SS ialah masalah pengambilan tanah, pemasangan paip air dan paip Tenaga Nasional dan juga masalah ketinggian tiang yang dipacak dalam sungai tidak mencukupi. Tidak ukur dulu ke?

Kalau dilihat kepada masalah teknikal disebut SS itu jelas ianya adalah kesilapan pihak yang mengendalikan projek berkenaan. Kenapa pihak JKR atau mana-mana agensi yang mengawasinya tidak mendalami kerja-kerja berkenaan. Apakah semasa menyerahkan plan ianya tidak diteliti dan disemak terlebih dahulu? Atau ia pakai beri begitu sahaja? Apakah prosuder biasa tidak dituruti? Atau pun projek itu ada keistimewaan-keistimewaan tersendiri?

Ada terdengar bahawa projek itu pakai beri saja atau dalam erti kata lain projek itu diberi secara runding terus. Kontrektor yang mendapat projek itu adalah kontrektor kroni, Umno. Apakah kerana ada sesuatu kepentingan projek itu diberi tanpa mengikut prosuder biasa? Kalau ini berlaku maka tidak hairanlah kalau berlaku masalah teknikal termasuk soal tiang pendek itu atau semin tak cukup.

Nampaknya begitulah. Soal teknikal disebut SS itu ada kena mengena dengan kesongsangan projek berkenaan diuruskan. Ada juga cerita mengatakan projek itu telah dijual awal-awal lagi. Kontrektor asal sudah pun sapu tangan dan kekenyangan di bilik hawa dingin. Kontrektor asalnya sudah lama bergedik kaki.

Penjualan projek itu katanya berlaku sebaik saja surat hasrat diberikan. Ertinya kesalahan teknikal berlaku awal-awal lagi. Apakah begini caranya UBN membahagikan projek?

Memandang projek berkenaan ada masalah, maka eloklah kalau laporan hitam putih dikeluarkan berhubung projek berkenaan. Orang ramai ingin tahu secara terpeinci kenapakah ianya lewat. Kata SS projek tempelan itu akan siap tahun depan. Harga projek itu kini seperti mana disebut SS ialah RM159 juta. Apakah boleh diberi jaminan ia akan siap tahun depan? Kalau ia tidak juga siap pasti kosnya akan bertambah lagi.

Jumlah asal juga sudah dinaikkan. Sebelum ini harganya tidak sampai ke tahap itu, tetapi setelah berlaku penjualan maka harganya dinaikan. Jadi pendedahan laporan hitam putih diperlukan untuk melihat sejauh mana projek itu diuruskan. Di sini orang menuntut SS mendedahkannya untuk menilai sejauh mana ketelusan dan juga integriti yang ada kepadanya.

Selama ini orang menganggap SS bersih, tegas, tidak korup dan seorang menteri yang begitu detail dalam membuat sesuatu perkara. Atas kapasiti itu maka kita minta beliau tunjukkan integriti beliau mengenai pembinaan projek tempel jambatan itu. Saya percaya kalau SS menyembunyikan fakta-fakta mengenai pembinaan itu, siapa pemilik projek itu kepada siapa dijual dan berapa nilainya, akan ada pihak-pihak di luar sana akan memberi butirannya secara tidak bertanggungjawab. Kalau semua 'jabil' dokumen itu keluar ia akan memalukan.

Jadi sebelum jabil projek tempelen itu dibuka elok SS mengambil tanggungjawab menyediakan laporan hitam putih mengenainya.

Selain itu (ini yang sedapnya..) ada juga cerita mengatakan berlaku tumbuk rusuk oleh pihak tertentu untuk melindungi masalah pembinaan jambatan berkenaan. Seorang ahli Parlimen dikatakan menerima sejumlah wang daripada seorang kontrektor berhubung projek berkenaan. Ahli Parlimen berkenaan diberi ganjaran supaya tidak membongkarkan masalah dan penyelewengan projek berkenaan.

Kalaulah orang yang tidak ada kena mengena secara langsung dengan projek berkenaan sudah terlibat dengan tumbuk rusuk, mungkin mereka yang berada di dalam projek berkenaan turut mengalami hal sama. Tumbukan yang mungkin berlaku bukan rusuk lagi, tetapi perut.

Apa pun sesuai dengan hasrat Setopa anak lelaki Setawa yang meminta kerajaan Kelantan menyediakan laporan hitam putih berhubung Ladang Rakyat, maka wajarlah kalau pihak UBN khasnya SS sendiri sebagai pengerusi MTPN juga menyediakan laporan hitam putih mengenai perjalanan projek tempelan jambatan Sultan Yahaya Petra itu dan juga projek-projek lain yang dikenadalikan UBN yang menimbulkan tanda tanya umum.

Kepada mereka yang ada maklumat lebih mengenai projek tempelan jambatan Sultan Yahaya Petra itu bolehlah berkongsi maklumat dan serahkan kepada SS. [wm.kl.7:12 am 04/05/11]

Tuesday, May 3, 2011

Sementara Tidur

Najib Perdana Menteri Yang Lemah

TIDAK pula diketahui apakah ada umat Islam di negara ini yang melakukan sembahyang ghaib ked atas Osama Ben Laden atau tidak. Mungkin tidak ada yang berbuat begitu kerana belum pasti sama ada benar atau tidak Osama dibunuh oleh tentera Amerika atas arahan Borack Obama.

Amerika mendakwa mereka telah mengebumikan mayat Osama di lautan. Sehingga kini tidak pula ditunjukkan wajah Osama yang dibunuhnya. Sekeping gambar Osama yang di dalam keadaan luka parah disiarkan, diragui kerana posisi gambar itu sama dengan posisi gambar Osama yang disebarkan di dalam internet sebelum ini.

Bagi mereka yang sudah tahu propaganda dan tektik jahat Amerika tidak akan mempercayai bahawa gambar yang disiarkan di internet hari adalah Osama ben Laden. Kita semua akan mempercayai apabila gambar sebenar disiarkan dan juga ujian DNA dilakukan dan mengesahkan ianya adalah Osama Ben Laden.

Namun sebagai orang Islam kita tetap berdukacita atas kematian Osama itu. Seperti mana jelas Tok Guruku Nik Aziz seburuk mana dosa seseorang itu kalau ianya masih dalam Islam ia perlu dimaafkan. Serahkan soal itu kepada Tuhan. Kalau pun benar Osama syahid dan telah menghadap Allah kita redha. Kita juga merindui apa yang dicapai itu.

Itulah sikap (sikap Nik Aziz) yang kita kena ambil, bertawakuf. Tetapi malang perdana menteri kita nampaknya tidak peka dan prihatin dalam soal ini. Belum apa-apa Najib Razak sudah menyifatkan kematian Osama yang belum sah itu akan mengamankan dunia. Katanya kematian Osama menyebabkan dunia akan selamat.

Wah... begitu sekali Najib bahagia atas kematian saudara segamanya. Mungkin begitu jugalah pendirian dan sikap Najib terhadap Anwar seterus politiknya. Malaysia ini akan aman kalau Anwar dipenjara. Begitukah?

Saya settuju dengan pendapat yang mengatakan kalau pun Najib terpaksa berlutut dengan Amerika dan dunia Barat tetapi beliau perlu juga menjaga hati rakyat negara ini terutamanya orang Islam dalam menerima kematian Osama. Kalau orang bukan Islam tidak berani memberi komen terhadap kematrian itu kenapa pula Najib sanggup berbuat begitu. Nampaknya orang Islam lebih faham dan prihatin daripada Najib.

Tindak tanduk Najib itu menjelaskan bahawa dia seorang pemimpin yang yang tidak ada pendirian dan keberanian. Apa lagi keyakinan kepada orang yang berjuang atas agamanya sendiri. Saya bimbang kalau beginilah sikap lemah, takut dan bagaikan lalang Najib menyebabkan dunia tidak akan hormati Najib sebagai pemimpin dan kesannya negara kita mudah digertak dan diperkotak katikan.

Untuk Osama al Fatihan kalau saudara telah kembali ke hadrat Allah, subhanalllah kalau anda masih hidup dan mengheret senjata memburu tenteta laknautullah Amerika. [wm.kl.10:540 am 03/05/11]

Monday, May 2, 2011

Notis Perbendaharaan

Dua Kawasan Pas Kelantan Bertukar YDP

Semua 14 Pas kawasan di Kelantan sudah selesai mengadakan mesyuarat. Sesetengah kawasan berlaku pertandingan sengit untuk semua jawatan. Bagaimana pun dua kawasan saja yang bertukar YDP baru. Kawasan itu ialah Gua Musang di mana bekas YDP Zulkefli Mohamad dikalah kepada Ketua Pemuda, Abdullah.

Satu kawasan lagi yang mendapat ketua baru ialah Machang, di mana Adun Pulai Chondong, Zulkefli Mamat diamanahkan selaku YDP menggantikan Hassan Mahmod yang berundur secara sukarela.

Kawasan-kawasan lain masih kekal dengan YDP lama, bagaimana ada timbalan YDP dan Naib berubah kepada penjawat baru.

Salah satu timbalan berubah ialah di Pasir Puteh di mana Drs Zainuddin Awang Hamat telah ditewaskan oleh Yuganu Yunus dalam perebutan sengit tiga penjuru.

Laporan penuh dan ulasan mengenai mesyuarat kawasan Pas Kelantan akan dimuatkan dalam Siasah terbaru Jumaat ini. [ttdi.kl 6:53 pm 02/05/11]

Susupan Tengahari

Osama Ben Laden Sudah Mati?

Hari ini sekali lagi dunia Islam dikejtukan dengan berita kematian Osama Ben Laden. Saya tidak pasti berita seperti ini sudah keberapa kali diwar-warkan. Sebelum ini, beberpa tahun lalu sudah hebuh mengatakan Osama Ben Laden sudah mati. Sudah dibunuh. Yang menjadi juara fitnah menghebuhkan kesyahidan Osama ialah Amerika Syarikat.

Hari ini sekali lagi berita Osama Bem Laden sudah mati tersebar di seluruh dunia. Seperti selalunya orang memberi tahu kematian Osama ini ialah Amerika. Kali ini dari mulut presiden barunya Borack Obama.

Kata Obama, Osama mati dalam satu serangan atas arahannya di Obbottabad, Pakistan. Katanya serangan itu dibuat setelah tentera Amerika
mengadakan pengintipan dan memastikan Osama berada di situ berminggu-minggu. Ia adalah atas bantuan Presiden Pakistan, Asif Ali.

Apabila Obama mendedahkan bahawa kematian Osama itu atas bantuan presiden Pakistan ia hendaklah diteliti sehalus-halus. Apakah motif Obama membuka mulut seperti itu. Tidak lain dan tidak bukan tujuannya iala mahukan umat Islam bergaduh sesama sendiri. Ia mahu memberi gambaran bahawa Osama mati itu kerana orang Islam juga yang mahu mujahidin itu dibunuh.

Inilah tektik dan strategi Yahudi Amerika. Kalau umat Islam tidak berhari-hati khasnya di Pakistan dan di sebelah Asia Tenggara ini dengan maklumat Obama itu menyebabkan boleh timbul kekeliruan dan pergaduhan sesama sendiri.

Soalnya kini apakah Osama benar-benar sudah mati? Atau seminggu dua lagi akan muncul beliau dalam klik video mendedahkan dia masih hidup. Kata Obama mayatnya ada dalam simpanan mereka. Untuk apa mayat itu disimpan tidak diketahui. Yang pastinya mayat itu belum dipersaksikan lagi kepada umum. Selagi mayat Osama tidak dipersaksikan, umat Islam malahan orang ramai di seluruh dunia tidak akan mempercaya kerana mereka sudah arif dengan propaganda Amerika - Yahudi.

Kita berharap malam ini Obama akan menyiarkan mayat Osama di televisyen. Kena sahkan juga DNAnya. DNA itu jangan pakai ambil di mana-mana saja tetapi biarlah tulen. Jangan pula kurung orang dalam lokap kemudian ambil DNAnya.

Menusia hari ini bukan mudah hendak menerima apa-apa berita kerana banyak orang fasik membawa berita benar yang palsu. Peralatan canggih hari ini boleh digunakan untuk mengabui mata rakyat. Pelacur yang senantiasa dahagakan wang juga banyak yang boleh dikutip dan dijadikan alat.

Seperti mana video lucah yang membabitkan Anwar Ibrahim dengan pelacur itu, ia bukan mudah untuk dipercayai. Kalau benar sekali pun ia tidak akan dipercayai kerana dunia hari ini sudah dibelit dengan pembohongan yang melampau. Apa lagi pendedahan video lucah itu dilakukan sendiri oleh Umno maka tahap keboleh percayaan itu boleh dipertikaikan. Inilah kalau belawak terlalu banyak dan jadi budaya, macam Zulkefli Nordin hidupanya dalam seharian tidak sah kalau tidak cakap bohong. Sebab itu Umno boleh menerima Zulkefli Nordin sebab mereka sama-sama melampau dan belawak.

Buatlah sumpah laknat ke sumpah khianat ke sumpah pontianak ke orang tidak akan percaya. Sebaliknya segala sumpah itu akan terpulang melekat kepada diri yang menyumpah. Saya ingat kekecohan yang Obama mengatakan Osama Ben Ladin itu mati samalah dengan kekecohan yang Umno lakukan mengatakan video lucah yang ditayang di seluruh dunia itu adalah Anwar Ibrahim.

Cuma bezanya Umno menjaja maruah orang untuk kepentingan politiknya manakala Obama pula menjaja mayat untuk menunjukkan kehebatan Amerika. Kedua-duanya tidak bermaruah.

Keduanya tidak mudah untuk dipercayai selagi bukti-bukti sahih termasuk DNA sahih tidak dikemukakan. Kalau setakat sumpah laknat semata-mata go to hell dengan segala berita berita yang seolah-olah benar itu. Bukankah Umno itu sendiri anak kepada Amerika?

Dan sesungguhnya kalau Osama dijemput Allah untuk istirehat di syurga lokanya, tidak ada salahnya kerana setiap dari kita ini semuanya akan mati. Apa yang membimbangkan ke mana kita sesudah terpisahnya jasad dengan badan, apakah kembali ke alam barzah ataupun mati tergolek macam katak di tepi ril keretapi di Pasir Mas. [ttdi.kl 2:05 pm 02/05/11]