Friday, February 22, 2013

Ridhuan Tee Terlepas Jadi Calon?

ANALISA ISU                                                                                                                 

Perkembangan yang melingkungi pensyarah Universiti Pertahanan Malaysia (UPM), keturunan Cina Ridhuan Tee Abdullah menjadikan satu-satunya orang Cina bersemangat lebih Melayu dari Melayu itu mungkin terlepas untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Tee Chuan Seng
Ridhuan adalah antara beberapa orang berkeperibadian ustaz (Islamis) yang akan diturunkan oleh Umno dalam pilihan raya akan datang bagi mencerminkan parti nasionalis itu adalah sebuah parti memperjuangkan Islam.

Saya mendengar cadangan ini sejak tahun lepas lagi di mana mediator rancangan televisyen bercorak agama ini diturunkan sebagai calon dalam kategori sebagai winnable candidate. Ridhuan atau nama sebenarnya Tee Chuan Seng beranak lima juga sudah maklum akan kedudukan dirinya itu.
 
Nama-nama lan yang turut dikenal pasti oleh Umno akan diturunkan sebagai calon winnable candidate dari 'ranggas' ulamak bersama beliau ialah, Fatul Bahari Mat Jahya, (yang baru-baru kahwin dengan gadis Filipina), Dr Mohd Asri Zainal Abidin (bekas mufti Perlis), Harusani Zakaria mufti Perak dan lain-lain.

Media PB Terus Burukkan Imej Nik Aziz

BICARA JUMAAT                                                                                                                   

Usaha untuk memerangkap Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Mat agar kelihatan buruk dan kontras dengan syaksiahnya sebagai seorang ulamak dan menteri besar terus dimainkan oleh media massa penjilat buntut. Media massa ini yakin dengan cara itu saja imej dan wibawa Nik Aziz akan hancur dan akhirnya rakyat akan membenci beliau seterusnya memberi undi kepada UBN.

Tokguru Nik Aziz semasa dalam masjid Haram.
Kesanggupan melakukan manipulasi ini adalah gambaran keterdesakan yang amat sangat di pihak musuh politiknya UBN sehinggakan sanggup melakukan apa saja cara tanpa lagi mengira dosa dan pahala.

Media massa PB ini akan mengintai dari segenap sudut dan 'jerun' mana untuk melihat kesalahan Nik Aziz. Semua sunnah Nik Aziz akan dipersalahkan. Dari cakap-cakapnya, cara berjalannya, batuknya hatta cara dia memutar serban juga diintai dan ditilik. Kalau boleh cara Nik Aziz tidur bersama isterinya juga akan dipersoalkan.

Thursday, February 21, 2013

Tabung Penyelengaraan Blog Khas PRU-13

KENYATAAN                                                                                                                    

Assamualakumum ... saya bercadang untuk menyediakan laman blog khas untuk liputan aktiviti pilihan raya umum ke-13 nanti. Laman ini akan diuruskendalikan oleh blog saya Merah Tinta. Sehubungan itu untuk melaksanakan ini saya melancarkan tabung penyelengaraan untuk membiayai blog berkenaan.

Blog ini bakal memberi liputan meluas dan dengan lebih cepat lagi serta telus. Ia juga berbentuk bebas, adil dan profesional. 

Sekiranya tabung ini mendapat sokongan saya bercadang untuk melantik beberapa orang koresponden atau perwarta di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Sehubungan itu sesiapa berminat sila hubungi saya untuk mendapat penjelasan, persiapan atau arahan selanjutnya. Email resume anda ke msomalaysia@gmail,com


Koresponden ini terbahagi kepada dua yang akan berkhidmat secara sukarela dan akan dibayar menerus tabung penyelengaraan yang dilancarkan hari ini. Justeru saya sangat mengharap kerjasama dan bantuan suci dan ikhlas daripada anda sekali untuk menjaya rancangan ini.

Sumbangan anda boleh dimasukkan ke dalam bank nombor akaun seperti mana tertera di iklan di atas. Atas kerjasama dan komitmen anda pembaca budiman diucapkan berbanyak terima kasih. Jaya atau tidak bergantung kepada sumbangan ikhlas dan sokongan anda budiman. Wassalam Mso. - BERITA LEBIH LUAS LEBIH CEPAT & TELUS. [wm.kl.6:54 pm 21/02/13]

Zawawi Sudah Jelas Menegnai Foto 1Malaysia

KENYATAAN                                                                                                                       

Akhirnya Setiausaha Majlis Syura Ulamak (MSU) Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh menyahut cabaran saya agar membuat penjelasan berhubung sekeping gambar beliau bersama bekas MB Perlis Shahidan Kassim dan Presiden MCA Chua Soi Lek serta beberapa orang lain yang sedang mengangkat telunjuk seperti simbol 1 Malaysia.

Foto yang jadi isu disiarkan dalam blog Merah Tinta.
Gambar itu menjadi tanda tanya bukan apa kerana beliau bersama pemimpin Umno dan MCA dan berkebetulan membuat pula simbol yang selalu dilakukan Najib Razak seakan mahu menyocoh sesuatu.

Seperti saya kata foto itu remeh saja dan tidak perlu pun diberi perhatian. Tetapi kerana waktu ini saat pilihan raya tiba ia menjadi penting dan perlu dijelaskan mengenainya.

Ikrar Integriti Yang Tidak Membawa Apa-apa Makna

RENUNGAN                                                                                                 

Semalam Najib Razak bersama para pemimpin parti-parti komponen BN telah menanda tangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency Internationl yang merupakan satu kontrek sosial di antara beliau dan BN dengan rakyat untuk mendokong ketelusan didalam proses pilihan raya dengan menentang amalan rasuah.
Najib dan pemimpin BN tanda tangani ikrar.

Ikrar itu akan turut ditandatangi oleh semua calon-calon BN yang akan bertanding dalam pilihan raya nanti. Najib berharap apabila semua calon menanda tangani ia akan dapat melahirkan satu barisan kepimpinan yang bersih. Kontrek itu juga sebagai jaminan kepada rakyat bahawa BN akan menjadi sebuah kerajaan yang bersih dan berwibawa. 

Dari satu sudut ikrar itu menandakan kesungguhan Najib untuk melakukan transformasi dalam kepimpinan kerajaan UBN yang berusia lebih 50 tahun itu. Perlukah ikrar berkenaan yang lebih merupakan gimik politik? Tidakkah dengan ada ikrar berkenaan secara automatik orang beranggapan bahawa kerajaan UBN selama ini kotor dan penuh dengan penyelewengan, rasuah dan ketidakadilan kepada rakyat?

Wednesday, February 20, 2013

Zawawi Buat Isyarat Syahadat 1Malaysia...?

FOTO PILIHAN                                                                                                                 



[kemaskini] Ada berbagai respon mengenai gambar ini yang mana ia boleh diambil kira dan merupakan maklumat tambahan untuk difahaminya. Gambar ini katanya diambil ketika Nik Zawawi dan beberapa yang lain menghadiri satu majlis (seminar, forum dsb) di Vietnam 10 tahun lalu. Ada yang kata ia tidak wajar diheret... tetapi saya sudah jelaskan ini dunia politik, apa-apa pun menjadi wajar sebab politik itu serba mungkin. Saya mempunyai tanggungjawab sosial dan memegang amanah bangsa.

Tanpa ada jawaban dan penjelasan Nik Zawawi ia tidak memuaskan hati saya dan orang lain juga. Bukan apa, hanya penjelasan direct darinya saja yang diperlukan. Selepas Subuh tadi ada hamba Allah menghubungi saya mengakui tahu apa yang berlaku di Vietnam itu dan mendakwa ada gambar yang lebih jelek lagi dari ini. Saya mengira itu hanya satu 'ugutan' saja. Namun saya mencabar hamba Allah itu untuk menyerahkan foto yang lebih jelek itu kalau ia benar memilikinya. Wassalam. 

 Ada Iya bukannya apa hanya sekeping gambar biasa saja yang tidak perlu pun menjadi kontroversi. Foto sebegini tidak lebih dari rakaman detik kenangan untuk disimpan dalam album peribadi. Tetapi ia menjadi salah kerana ia melibat individu penting dan orang ada jawatan penting dalam politik.  Pulak tu masa gambar ini di publishkan di saat orang semua panas kepala.

Siapa 'Jibrail' Disebalik 'Jibrail' Dalam PAS?

MEMBONGKAR CERITA                                                                                                

Pertemuan eksklusif di antara Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din dengan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim beberapa hari sebelum saya meninggalkan negara kerana ke Madinah dan Makkah telah menjadi isu panas dan jadi kontroversi.

Haron Din: Suka anti klimeks.
Bukan pertemuan di antara dua umarak (politician) dan ulamak itu yang menjadi isu, tetapi intipati pertemuan itu yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan ramai.  Yang menyebabkan orang merasa kurang senang, kesal dan terkilan yang amat sangat sehari dua ini.

Tidak hairanlah sejak beberapa malam lalu sudah ada orang bersolat hajat agar perkara ini - tujuan pertemuan itu - tidak akan menetas menjadi masalah kemudian akhirnya menguburkan harapan rakyat kepada Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan baru yang adil, telus dan saksama. Mereka tidak mahu nyalaan api untuk membakar UBN akan menjadi layu dan terpadam sebelum tiba masanya.

Tuesday, February 19, 2013

Tiga Ketua Bahagian Umno Kelantan Sudah Hampir Pasti Tidak Jadi Calon

TINJAUAN RASA                                                                                                              

Umno Kelantan mungkin akan mengguna kembali formula pilihan raya umum ke-11 tahun 2004 yang membawa kemenangan besar kepada parti itu yang hampir berjaya merampas Kelantan. Umno menang 21 kerusi daripada 45 kerusi state. Formula waktu itu dengan mensyaratkan semua ketua bahagian bertanding di kerusi state.

Mustapa Mohamed
Formula itu kemungkinan dipakai semula pada pilihan raya umum ke-13 ini, bagaimana pun dengan sedikit pindaan apabila terdapat beberapa ketua bahagian dikatakan akan dirihatkan kerana menghadapi masalah peribadi bagi mengelakkan peluang Umno terjejas untuk menang.

Dalam pilihan raya 2004 itu hampir semua ketua bahagian bertanding dikerusi state. Mustapa Mohamed ketua bahagian Jeli yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan ketika itu bertanding di kerusi Air Lanas, disamping kerusi parlimen Jeli. Beliau menang dikedua-dua kerusi.

Ada Projek Sekat Perjalanan Ke Putrajaya Dari Kalangan Pakatan Sendiri?

  PROMO                                                                                                                           

Inilah intri yang dimaksudkan itu.
Kurang 73 jam lalu saya ada melepaskan satu intri dalam laman diri (Fb) saya memberi ingatan atau signal kepada orang ramai khas rakan laman diri saya (Fb) agar bersiap sedia untuk menerima sesuatu perkhabaran mengejutkan menjelang pembubaran parlimen.

Saya memberi peringatan itu agar tidak ada yang menangis atau pengsan nanti apabila perkara itu sudah terbuka dan terbakar di dunia luas. Tujuan juga supaya anda tidak akan terkejut beruk setelah ia sampai ke telinga atau anda melihat sendiri peristiwa atau kejadian itu. 

Tradisi Mengeratkan Silaturahim Anwar

PERISTIWA                                                                                                                      

Tuan Hj Salleh sedang memberi tazkirah.
Majlis ilmu dan tautan ukhwah yang menjadi satu daripada tradisi dan budaya hidup Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dalam mengeratkan hubungan silaturahim sesama insan terus dilakukan walaupun dalam keadaan beliau sibuk dan terkejar-kejar dengan masa untuk menghadapi pilihan raya yang kian hampir.

Tidak ramai ahli politik termasuk pemimpin negara yang mengamalkan tradisi sebegitu secara konsisten. Kalau ada pun sesetengahnya lebih untuk mempamirkan yang mereka minat dengan majlis sebegitu kerana mengharapkan imej demi politik.