Sunday, June 14, 2015

PasMa tidak jadi organisasi politik, satu tindakan bijak

POJOK TENGAHARI                                                                                         

Keputusan dan tindakan yang dibuat oleh Pertubuhan Ummah Sejahtra Malaysia (PasMa) untuk kekal menjadi badan Ngo dan tidak bersedia untuk mengubah status itu kepada sebuah parti politik sebagai mengganti Pas dalam Pakatan Rakyat adalah satu keputusan bijak dan berpandangan jauh.

Keputusan itu juga menjelaskan apa yang diperjuangkan oleh PasMa bukan untuk kepentingan individu tertentu apa lagi tergilakan jawatan, tetapi untuk memastikan Pakatan Rakyat kekal menjadi wadah kepada rakyat setidak-tidaknya untuk pilihan raya umum akan datang.

Keputusan itu diumumkan oleh Presidennya, Phahrolrazi Mohd Zawawi semalam selepas parti itu mengadakan perbicangan meja bundar di Shah Alam Selangor yang dihadiri oleh pimpinan Ngo itu dari seluruh negeri.

Mengapa Samad Said terlepas ke pangkuan DAP?

SESUSAH SUBUH                                                                          

Saya berkereta kira-kira lebih 300 km dari Kuala Lumpur ke Gua Musang semalam bukan untuk menyaksikan pengistyharan Sasterawan Negara A Samad Said menyertai DAP, tetapi untuk melihat satu upacara penyerahana 70 buah rumah mangsa banjir yang dibina dan dibaiki pulihkan oleh Gerak Impian Kelantan (GIK), Cakna UT dan DAP

Pak Samad menerima kad keahlian DAP daripada Kit Siang.
Tetapi tidak sangka pula, dicelah majlis itu berlangsung satu majlis ringkas lain yang penuh bersejarah dan sedikit mengejutkan, pengistyharan SN A Samad Said sebagai ahli DAP.

Terus terang saya nyatakan sebagai sorang Melayu yang tebal juga dengan semangat nasionalis, tidak begitu baik bagi saya untuk menyaksikan majlis pengistyharan Pak Samad sebagai ahli DAP itu. Walaupun peristiwa itu ada signifikan, tetapi sebak juga untuk menyaksikanya. Tersisih dan terkilan juga jiwa.

Saturday, June 13, 2015

Dua peristiwa penting berlaku hari ini

NOTIS                                                                                                  

Ada dua peristiwa besar hari ini pertama ialah penyertaan Sasterawan Negara A Samad Said ke dalam DAP, dan kedua pengumuman oleh Presiden PasMa, Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi tentang sebuah parti baru akan ditubuhkan sebagai "mengganti" Pas.

A Samad menunjukkan kad keahlian DAP .
Pengumuman penyertaan A Samad ke dalam DAP dibuat oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang disempena majlis penyerahan rumah mangsa banjir di Kampung Pasir Puteh, Gua Musang yang dibaik dan baikpulih oleh Gerakan Impian Kelantan (GIK), Cakna UT dan DAP berserta dengan beberapa Ngo lain.

Walaupun pengumuman kemasukan A Samad di Gua Musang itu dinafikan sebagai ada signifiken, tetapi ia tetap membawa pengertian dan simbolik tertentu. Pengumuman itu boleh dibuat di Kuala Lumpur, tetapi kenapa ia dilakukan di nun jauh pendalaman di Gua Musang?

Justeru, ia ada simbolik dan membawa mesej tertentu.

Apakah parti baru yang akan didokong oleh Ngo pro Pakatan yang diumumkan oleh Ir Phahrolrazi itu. Tunggulah ulasan saya esok mengenai dua peristiwa itu. Untuk makluman saya baru sampai rumah dari Gua Musang. Wassalam Mso. [wm.kl.8:34 pm 13/06/15]

Thursday, June 11, 2015

Pegawai eksekutif Pas semua geng ad Din

TERKINI                                                                                           

Mesyuarat pertama ahli jawatankuasa Pas malam kelmarin tidak mengumumkan nama-nama yang mengisi jawatan pegawai eksekutif parti seperti Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan dan juga Pengarah Pilihan Raya.

Katanya pengumuman lantikan itu akan dibuat pada 21 Jun depan. Serentak itu juga akan dibuat enam perlantikan sebagai AJK tambahan dari kalangan mereka yang tewas dalam perebutan jawatan pada muktamar lalu.

Bagaimana pun dari apa yang difahamkan, nama-nama untuk mengisi jawatan ekskutif berkenaan telah pun dibuat ataupun dikenal pasti. Untuk jawatan Setiausaha Agung seperti mana yang dispekulasikan, Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan telah dilantik untuk mengisi jawatan berkenaan.

Wednesday, June 10, 2015

11 Faktor kenapa Prolib kalah

ULASAN PETANG                                                                                              

Seperti mana dijanjikan di sini saya kemukakan ulasan dan pandangan luaran saya mengenai kekalahan teruk golongan Prolib dalam pemilihan Pas minggu lepas. Alasan yang saya beri ini adalah semata-mata dari sudut pandangan saya dan apa yang saya lihat sendiri.

Sebelum saya menurunkan ulasan atau posmortem kekalahan mereka, saya nak jelaskan; saya sudah menyebut kepada beberapa orang pimpinan prolib dan dicadangankan agar mereka jangan bertanding. Mereka hendaklah serahkan jawatan itu kepada golongan "sinu", yang mengakui mereka ulama dan ustaz itu. Saya membuat cadangan itu kerana arus yang berlaku saat itu begitu kencang sekali dan perancangan untuk menumbangkan golongan prolib sangat tersusun.

Tuesday, June 9, 2015

Bagaimana rupa bentuk kabinet baru Pas

MERUNGKAI IDEA                                                                                           

Malam esok Pas akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa yang pertama dipercayai untuk menyusun kabinet dan melantik pegawai parti untuk sessi 2015 hingga 2017. Mesyuarat iti dijangka akan membuat perlantikan Setiausahaka Agung, Bendahari, Ketua Penerangan, Pengarah Pilihan Raya Pas dan lain.

Takiyuddin: Setiausaha Agung.
 Kemungkin juga mesyuarat itu akan turut membuat perlantikan Pesuruhjaya negeri-negeri yang baru, sementara pengisian lujnan dimasa yang lain.

Sesuai dengan semangat kepimpinan baru yang menjadikan "mendapat keredhaan Allah" sebagai motto, sudah tentu mereka yang bakal dilantik nanti mempunyai daya istiqamah dan zuhud yang tinggi. Jika berdasarkan kepada motto berkenaan sudah tentu para pemimpin yang dibuang menerusi muktamar dua tiga hari lepas yang dibuat secara pukal, tidak akan dilantik mengisi jawatan-jawatan berkenaan.

Monday, June 8, 2015

Perbalahan Pas - DAP bakal goyang kerajaan Selangor

RENUNGAN T/HARI                                                                       

Azmin pening kepala?
Sekiranya perseteruan antara Pas dengan DAP yang tampaknya makin hari makin tegang, (dan makin menegang selepas Pas selesai mengadakan muktamar dan membuat pilihan secara borong raga), ianya bakal membawa padah kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Tidak mustahil kerajaan berusia dua tahun itu akan hancur dan satu pilihan raya negeri terpaksa diadakan. Keadaan ke arah pilihan raya negeri Selangor diadakan pernah terbayang sebelum ini apabila Pas tidak sekata dalam soal untuk menurunkan Abdul Khalid Ibrahim MB yang berbuat tanpa mengikut kehendak parti, akan diganti dengan Dr Wan Azizah Ismail.

Pas menenatng cadangan PKR itu dengan alasan projek Kajang Move itu tidak dirundingkan dengan mereka terlebih dahulu. Pas menuntut dia ada hak dalam urusan menenurunkan MB itu, walhal konsensus telah dicapai Selangor adalah hak PKR, melantik MB.

Apabila Dewan Ulama kurang bijaksana

SELEPAS SUBUH                                                                           

Dalam apa juga bidang memerlukan kebijaksanaan. Untuk menjadi bijaksana, seseorang itu perlu menakluki atau pun sekurang-kurangnya mengetahui secara asas semua bidang ilmu. Kebijaksaan atau fatanah adalah empat daripada sifat yang menjadi "pakaian" Muhammad s.a.w menjadikan dia pemimpin agung yang hebat.

Sinonimas sifat itu dengan karektor Rasulullah itu menunjukkan sifat itu sangat penting dalam konteks pemimpin dan kepimpinan. Tanpa kebijaksanaan tidak mudah sesuatu perjuangan itu mencapai matlamatnya atau mempertahankannya selepas ia berjaya dirangkul.

Apabila sebut bijaksana, ia perlu memandang jauh, mengintai kesan dan implikasi ke atas sesuatu yang hendak dibuat. Kebijaksaan itu termasuklah bijak membaca dan menghurai sesuatu keadaan bakal terjadi.

Sunday, June 7, 2015

PasMa tidak perlu tukar jadi parti

SUSUPAN PETANG                                                                         

Phahrolrazi tidak perlu gopoh.
Saya terbaca laporan 13 Jun ini Persatuan Ummah Sejahtra Malaysia (PasMa) akan menentukan sama ada Ngo itu akan muncul sebagai sebuah parti politik baru ataupun tidak. Perbincangan pada tarikh itu akan dihadiri oleh semua pimpinan Ngo itu dari seluruh daerah dan negeri.

Menurut laporan pertemuan itu penting. Bagaimana pun tempat dan waktunya tidak disebut.

Sudah pasti ilham untuk membincang perkara itu ia bertitik tolak selepas apa yang berlaku dalam muktamar Pas dua hari lepas. Sebelum ini pun Phahrolrazi Mohd Zawawi yang bertindak menjadi presiden PasMa sudah menyatakan kedudukan Ngo itu akan ditentukan, sama ada kekal sebagai Ngo atau menjadi sebuah parti selepas muktamar Pas.

Telatah di hari akhir muktamar

ULAS MUKTAMAR                                                                       

Macam-macam gelagak yang dipamerkan pada hari akhir muktamar Pas khasnya pada masa penangguhan dan penggulungan perbahasan. Beberapa orang mengambil peluang bercakap di hari akhir itu, terutamanya mereka yang tewas, menelurkan berbagai emosi. Ada yang sedih dengan kekalahan, ada yang sebak sehingga tidak dapat berucap dan menitiskan air mata.

Ada yang melarikan rasa sedih dan sebak dengan menyanyi lagu penuh sindiran dan makna. Lagu yang memberi gambaran dan mesej bahawa kalau si penyanyi itu tiada lagi selepas ini atau berada di pihak lain jangan ditangisi.