SUSUPAN PETANG
SELEPAS usai pilihan raya kecil (Pirake) Dun Simpang Jeram dan parlimen Pulai Johor orang ramai menanti sessuatu yang signifikan sesudah peristiwa itu. Kemenangan dikedua-dua kerusi itu mengubati kerawanan hati para penyokong Harapan dan BN amnya, perdana menteri Anwar Ibrahim khususnya serta pemimpin PH dan BN seluruhnya. Kemenangan menebuskan kekecewaan.
"Kekalahan" di pilihan raya dienam buah negeri Ogos lalu terubat dengan kemenangan Ir. Nazri Abdul Rahman (Simpan Jeram) dan Suhaizan Kayat (parlimen Pulai) itu. Kandatipun ia tidak menambahkan kerusi, tetapi segi moralnya Harapan menang kerana dapat mempertahankan jumlah 148 kerusi di parlimen (sebelum budak menarik sokongan).
Lantas kemenangan tersebut tentu menggembirakan Anwar juga lebih-lebih lagi Umno dan Amanah. Umno berhak merasakan gembira kerana kemenangan itu membuktikan parti itu masih relevan di Johor, negeri yang melahirkan parti Melayu itu 72 tahun lampau.
Begitu juga Amanah disamping gembira kerana menang dikedua-dua kerusi yang ditinggalkan timbalan presidennya Allahyarham Salahuddin Ayub kerana dapat mempertahankan maruah. Bayangkan kalau kedua-dua kerusi itu kalah ia memberi petunjuk masa depan Amanah suram temaram di Johor.
Keputusan Pirake itu menunjukkan Amanah masih padu dan berpengaruh di Johor.
Sehubungan kemenangan Harapan di Johor itu, selain ia sangat melegakan perdana menteri, gelombang hijau dapat dipatahkan dari bergelora di Johor. Ia memberi semangat kepada Anwar Ibrahim untuk melakukan sesuatu bagi memperkemaskan kerajaanya yang sering diperkatakan kini.
Salah satu tindakan yang mungkin dalam pemerhatiannya, ialah untuk memperkemaskan kerajaanya dengan melakukan rombakan kabinet. Sebelum ini diduga Anwar akan membuat rombakan kabinetnya sekiranya pilihan raya dienam buah negeri tempoh hari berpihak kepadanya, setidak-tidak dapat merampas Kedah dan Terengganu. Tetapi angan-angan itu meleset apabila harapan itu tidak dicapai. Apa lagi negeri Selangor yang dianggap sebagai kubu dan pengkalan utama Keadilan itu hampir-hampir tertumus dan ternafi majoriti 2/3 di Dun Selangor.
Kehilangan kuasa majoriti 2/3 itu benar benar mengejut dan menyenakkan hempedu Anwar Ibrahim. Tetapi apa yang berlaku itu tidak boleh dijadikan sebab untuknya menanggunhkan "pembaikian" ke atas kabinetnya.
Setelah lapan bulan berlalu dan kerajaan Perpaduan terlembaga, kebolehan dan prestasi para menteri sudah boleh dilihat dan dinilai satu persatu. Anwar sendiri sudah pasti dapat melihat mana-mana menteri yang menunjukkan prestasi, yang boleh mengikut retak caranya berkerja dan mana yang masih terkial-kial mencari retak atau melakukan kekhilafan menunjukkan kelemahan diri.
Begitu dengan agensi atau syarikat GLC milik kerajaan. Tentunya para penerajunya, khasnya pengerusi dalam pemerhatian Anwar. Sudah pasti berada dalam pengetahuannya, mana pengerusi yang mempunyai gagasan atau masih bermegah kerana dapat kereta dan pemandu.
Yang nyatanya masih ada agensi atau badan-badan kerajaan yang tidak disusun atau pun mempunyai ketua. Masih ada agensi atau badan-badan kerajaan berketuakan ketua lama di zaman kerajaan sebelum ini yang kesetiaaanya masih diragui dan bertindak menjadi sebahagian kerajaan terpendam (deep state).
Justeru kita percaya sudah tiba masanya untuk Anwar membuat rombakan kabinet dan menyusun segera segala jentera pentadbiran secara menyeluruh. Beliau boleh menggunakan alasan untuk menyusun dan mengemaskan kabinetnya serentak dengan pengisian kekosongan yang ditinggalkan Sallahuddin Ayub di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Kementerian ditinggalkan Salahuddin itu sangat penting dan perlu diisi segera memandangkan keadaan semasa mencabar. Harga barangan keperluan masih tidak menentu, kerakusan dan ketamakan peniaga juga kian menjadi-jadi apabila kawalan dan penguatkuasaan lemah. Untuk memenuhi kekosongan itu seorang yang berkerja serajin Salahuddin perlu diganti segera.
Adalah sangat baik kalau Anwar mengambil dan mencari sosok yang sesuai untuk mengisi tempat ditinggalkan Salahuddin itu dengan ikut sama merombak kabinet. Yang jelasnya ada beberapa kementerian penting perlu diperbaiki demi melonjakkan maruah dan prestasi kerajaan Perpaduan yang ketika ini kurang berkeupayaan di beberapa kementerian.
Salahuddin adalah timbalan presiden Amanah. Ertinya kementerian berkenaan adalah kuota untuk Amanah. Apakah Anwar akan mengekalkan kementerian itu kepada Amanah? Sebenarnya tidak menjadi kemestian kementerian itu diberikan kepada Amanah. Anwar tidak perlu mengambil kira itu tetapi perlu memilih seseorang yang dapat meneruskan kerja Salahuddin. Yang penting bukan soal kouta tetapi komitment menteri itu kelak.
Ada juga membuat perhitungan kementerian itu akan diberikan kepada Amanah. Lantaran itu beberapa nama disebut-sebut uituk mengisi tempt itu. Yang paling popular ialah Adly Zahari yang kini menjadi timbalan menteri Pertahanan. Adly yang merupakan salah seorang naib presiden Amanah akan dinaikan pangkal menjadi menteri penuh.
Selain itu, nama-nama lain dalam Amanah yang disebut termasuk Dr Mujahid Yusof al Rawa. Mujahid adalah naib presiden Amanah. Bagaimana pun jika dinilai dan dipadankan dari sudut pembawaan Mujahid tidak superti Salahuddin. Mujahid tidak mampu untuk membawa kementerian itu superti apa ditujukkan Salahuddin. Lainlah kalau Mujahid dibawa masuk bukan untuk disandarkan dikementerian lain. Maksudnya ada pertukaran kementerian untuk Amanah.
Seperti yang disebut tadi selain itu Anwar perlu segera mengisikan kekosongan itu dengan sosok yang sesuai dan mampu menggalas tugas dan tanggungjawab Salahuddin, beliau juga perlu melakukan perubahan ke atas kabinetnya. Mungkin tidak sampai perlu melakukan pengguguran tetapi mungkin porfolio wajar ditukar. Ada menteri yang tidak perform disandangnya kini, dan ada yang kelihatan naif untuk menggunakan kasa yang diberikan kepadanya.
Setengah tindakan mereka seperti mengharap tunjuk ajar atau mendapat blessing daripada perdana menteri terlebih dahulu untuk bertindak. Masih ragu-ragu dan tidak berani untuk menggunakan kuasa. Biarlah kita sebutkan kemeterian yang menjadi sebutan kini tentang kelemahan atau ketidakupayaan menteri mengendali kementerian masing-masing.
Antaranya Mohamad Sabu yang memikul tugas dan tanggungjawab di kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Hari-hari orang mempertikai dan menyoal apa yang dilakukan presiden Amanah itu. Belum ada program atau pelan konfrehensif khusus yang dibentangkan oleh Mohamad Sabu. Dalam Bahasa mudah tidak nampak apakah jasa beliau selama lapan bulan sebagai menteri selain dapat melihat gambarnya panjat belakang lembu sado.
Fadzlina Siddek yang memikul tanggungjawab di kementerian Pendidikan. Kelemahan Fadzlina di kementerian itu belum dapat berkominikasi dengan para warga guru yang mengesankan. Beliau nampak baik dan mesra dengan murid sampai boleh urut kepala, tetapi tidak dengan warga guru dan pegawai pendidikan. Situasi ini memberi kesan buruk kepada kerajaan. Contohnya dalam Pirane dahulu warga pendidikan tidak memberi sokongan padu kepada kerajaan.
Seorang lagi menteri yang nampak kacak dari segi penampilan tetapi kurang dari sudut bekerja ialah Fahmi Fadzil yang memikul tangungjawab sebagai menteri Komunkasi dan Digital. Kementerian ini penting untuk menyampaikan maklumat dan menanamkan wawasan dan misi kerajaan kepada orang ramai. Namun tugas itu belum berkesan.
Misalnya RTM hanya menyiarkan logo Madani serta menghuraikan falsafah Madani tetapi masyarakat di luar sana masih belum memahami apa itu Madani. Konsep Madani Sendiri tidak disampaikan dengan terang dan jelas atau secara mudah difahami oleh masyarakat di luar sana. Begitu juga cara Fahmi menggunakan kuasa menteri untuk mengancam kebebasan media sesuatu yang agak malang.
Selain tiga nama menteri itu masih ada menteri dan timbalan menteri yang tidak berkeupayaan yang mana mereka perlu diberi perhatian berat. Dalam rombakan kabinet nanti mungkin tidak perlu sampai digugurkan, tetapi mungkin ditukar ke kementerian yang lebih ringan. Dan kerana banyaknya beban dipikul perdana menteri yang nampak seperti tidak terpikul, elok kalau beliau menjemput satu atau dua tokoh tertentu untuk menganggotai kabinetnya. [wm.kl.10:47 14/09/2023]
No comments:
Post a Comment