Showing posts with label PABT (5i). Show all posts
Showing posts with label PABT (5i). Show all posts

Thursday, April 29, 2021

Pintu Ajal Belum Terbuka (5) Bhg Dua.

MENJADI ORANG MATI

Bab Kelima (ii). 

Kenangan 45 tahun lalu semasa melalui ujian badanian dalam satu pengajian, kembali ke dalam diri. Iya, inilah manfaat hasil daripada demonstrasi. Masa kecil dulu aku pernah diusung dalam keranda buluh dalam satu permainan “spiritual” mati olok-olok bersama rakan-rakan sekampung.

Permainan itu "simulasi" dilakukan upacara pengembumian. Aku seorang anak yang agak nakal dan tidak tahu takut melakukan sesuatu yang aneh dan pelik. Hari itu aku dan rakan ke kuburan, kebetulan dua tiga hari lepas ada jiran yang baharu meninggal. Jadi kerandanya masih belum dirombak dan dibiarkan di atas kubur. (Dulu keranda dibuat daripada buluh setiap kali ada kematian, keranda akan dibuat untuk membawa jenazah ke kubur). Kami gunakan keranda itu untuk main mati-mati.