Petang semalam saya menyusupkan catatan kemungkinan Presiden PKR, Dr Wan Azizah Ismail akan dicalonkan sebagai calon pilihan raya kecil Kajang sebagai menggantikan Anwar Ibrahim yang ternafi haknya untuk bertanding selepas dijatuhi hukuman lima tahun penjara.
![]() |
Catatan yang saya lepaskan petang semalam. |
Pengumuman itu dikira tepat untuk memastikan PKR meraih kemenangan besar dalam pilihan raya berkenaan. Dr Wan Azizah dikira dapat menarik sokongan undi kaum wanita dan pengundi atas pagar yang bersimpati dengan nasib diterima oleh suaminya.
Sukar untuk diramalkan, apakah Dr Wan Azizah akan memenuhi pelan transisi sebagai MB Selangor seperti dirancangkan melalui Kajang Move?