Saturday, December 12, 2015

Najib pukul Muhyiddin secukupnya kemudian minta maaf

PENANGGUHAN

Bagi perwakilan PAU yang dibius beberapa hari kemudian disedarkan pada hari akhir persidangan, untuk mendengar penggulungan oleh presiden parti, terkejut beruk sambil mengangkat tabik kepada Najib Razak yang dianggap sebagai wira apabila presiden Umno itu menunjuk baik membuka pintu hatinya dan menghulur salam kemaafan kepada semua orang yang bersalah dengannya.

Muhyiddin menyanyi tanpa angkat tangan.
Mereka akan menganggap Najib benar-benar berjiwa besar seperti mana diakui perdana menteri itu, bahawa dia, Najib Razak berjiwa besar sanggup memaafkan sesiapa yang menentannya.

Ucapan atau huluran kemaafan Najib itu dilihat dituju khas kepada Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin yang membuat kritikan dan teguran kepadanya.

Mereka - para perwakilan mengira Najib adalah pemimpin yang tidak ada dua dan tiga bagi mereka dan dianggap seorang baik dan pemaaf?

Pemimpin Pas tidak sekata dengan pelawaan Najib

ULAS ISU

Wah nampaknya seorang Naib Presiden Pas tidak mempedulikan arahan parti agama itu agar jangan membuat apa-apa kenyataan berhubung pelawaan Najib Razak untuk berbaik dengan Pas. Naib Presiden berkenaan bukan sahaja engkar arahan berkenaan, tetapi memberi gambaran parti nasionalis itu tidak perlu mengajak Pas untuk berkerjasama walaupun atas maslahat bangsa dan agama.

Kelmarin dikeluarkan kenyataan daripada Pas yang mengarahkan supaya semua pemimpinnya tidak membuat apa-apa kenyataan berhubung huluran salam ukhwah yang dibuat Najib semasa membentang ucapan dasarnya di perhimpunan agung Umno.

Pengarah Pilihan Raya Pas, Mustapa Ali orang yang dilihat paling berkuasa dan "politis" dalam Pas pun tidak berani untuk membuat ulasan sebaliknya menyerahkan kepada kebijaksanaan presiden melayannya. "Kita serah kepada presiden sahaja mengulasnya," demikian Mustapa dipetik.

Friday, December 11, 2015

Masa terbaik untuk Pas sambut salam Umno

BUKAN KHUTBAH

Abdul Hadi Awang
Apabila Najib Razak telah menghulurkan salam silaturahim secara terbuka kepada Pas di hadapan 2,600 perwakilan Umno semalam, sepatutnya Pas, khas presidennya Abdul Hadi Awang menerima huluran salam itu dengan penuh keinsafan, kegirangan dan tanpa prejudis.

Huluran salam Najib itu tidakkah sesuatu yang ditunggu-tunggu selama ini bukan sahaja oleh sebahagian ahli Pas, tetapi para pencinta damai di negara ini. Huluran itu membawa signifikan menunjukkan bahawa Umno sangat terdesak dan sangat mengharapkan Pas. Jangan hitung mengenai sejauh mana keikhlasannya.

Thursday, December 10, 2015

Najib terus berdolak dalik, tidak berani bertanggungjawab

ULAS UCAPAN NAJIB

Najib 13 kali teguk air.
Lupa keadaan diri sekejap apabila mengikuti ucapan dasar Najib Razak dalam perhimpunan agung Umno ke-69 menerusi siaran langsung disiarkan televisyen. Dalam catatan saya Najib mengambil masa lebih satu jam dengan mengemukakan 184 point dalam ucapannya kali ini.

Sejak awal hingga akhir ucapan Najib itu walaupun sudah dibayangkan ia tidak banyak berbeza dengan ucapannya sebelum ini, tetapi ia ditunggu-tunggu kerana perkembangan Umno ketika ini.

Apa agenda Azmin sebenarnya?

Ramai orang bertanya dan mahu pandangan saya mengenai sikap MB Selangor Mohamed Azmin Ali yang masih berlunak dengan Pas meskipun parti agama itu tidak berada dalam pakatan baru, Pakatan Harapan. Mereka yang bertanya termasuk pimpinan tertinggi parti.

Ada nada kesal kepada Azmin dengan keputusannya tetap menerima Pas sebagai rakan dalam kerajaan Selangor. Saya akan cuba memberi pandangan dari perspektif saya mengenai perkara ini. Dari firasat saya tanggapan kepada MB itu kurang tepat, dan meleset. Saya rasa ada motif tertentu kenapa Azmin masih atau ingin Pas kekal dalam kerajaan Selangor.

Apa yang Azmin lakukan itu bagi saya satu kebijaksanaan politik yang lebih kepada maslahat politik PKR dan dirinya sendiri? Tunggulah ulasan dan pandangan saya mengenai hal ini. Wassalam Mso.

Wednesday, December 9, 2015

Khairy perlu sahut cabaran Rafizi

SUARA PETANG

Setuju dengan cadangan Rafizi Ramli supaya Khairy Jamaluddin melepas jawatan sekiranya ketua pemuda Umno itu benar menentang kenaikan harga barang. Tidak guna bagi Khairy kononnya menentang dan marah dengan kenaikan harga barang yang membebankan rakyat dalam gelanggang sendiri kerana tindakan itu tidak lebih daripada hendak tunjukkan jantan dalam kain palikat sendiri.

Kata Rafizi tindakan Khairy meletak jawatan ia mempercepatkan proses pengunduran Najib Razak yang merupakan punca bala segala masalah kini. Benar, memaksa Najib berundur merupakan salah satu penyelesaian terbaik terhadap masalah ekonomi dan mengembalikan penghormatan umum kepada negara.

Sekiranya Khairy hanya tahu berkata, (membantah) tetapi tidak membuat aksi, jelas suara beliau marahkan kenaikan harga barang itu sebagai satu tindakan populis sahaja untuk memberi gambaran dia seorang pemimpin yang berani dan terbuka.

Tuesday, December 8, 2015

Najib boleh pecat Muhyiddin daripada Umno

ANALISA

Majlis bersama Timbalan Presiden Umno yang menampilkan Muhyiddin Yassin dan Dr Mahathir Mohamad di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru malam tadi boleh disifatkan majlis pengistyharan perang oleh Muhyiddin - Mahathir terhadap Najib Razak. Walaupun majlis itu bertujuan baik untuk menyelamatkan Umno, tetapi hubungan mereka berdua dengan perdana menteri itu tidak dapat diselamatkan lagi.

Baik Muhyiddin dan Dr Mahathir tidak dapat menyokong Umno lagi selagi ianya dipimpin oleh Najib Razak. Usaha-usaha mereka yang membuat teguran secara baik kepada Najib gagal dan mengecewakan mereka sehingga terpaksa melancarkan perang terbuka.

Gesaan yang dibuat oleh Muhyiddin agar Najib berihat bagi membolehkan siasatan secara telus terhadap skandal 1MDB menjelaskan apa yang termaktub dalam hatinya. Muhyiddin sudah hilang sabar.

Monday, December 7, 2015

Nasib Muhyiddin dalam Umno ditentukan malam ini

ANDAIAN

Perhimpunan agung Umno (PAU), yang akan bermula 8 hingga 12 Disember, tampaknya akan bermula lebih awal dari itu. PAU kali ini juga luar biasa daripada sekala. Selalunya PAU dimulakan dengan majlis penerangan presiden (pre council), seperti mana kebiasaan, tetapi kali ini diubah dengan satu acara tersendiri.

Perubahan ini menyebabkan PAU kali ini melangkau tradisi dan sedikit suspen. Perubahan atau "pembaharuan" yang dimaksudkan itu ialah apabila malam ini Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin akan mengadakan ucapan dalam satu himpunan jam 8:00. Ianya dianjurkan oleh para penyokongnya yang tidak setuju dengan tindakan MT (baca Najib Razak dan Zahid Hamidi) yang tidak membenarkannya berucap dalam PAU.

Sunday, December 6, 2015

Ada "kuliya" kalau undang-undang MKN digubal untuk selamatkan Najib

Walaupun pemahaman Dr Mahathir Mohamad mengenai Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri (KDN) yang dilulus dalam parlimen kelmarin dengan undi mempunyai unsur prejudis kepada Najib Razak, tetapi jika dilihat kepada kejadian-kejadian atau tindakan PM itu sebelum ini, ia ada benarnya.

Dr Mahathir menyifatkan kelulusan undang-undang berkenaan sebagai merampas kuasa Yang Di-Petuan Agong dan memberi kuasa mutlak kepada Najib sebagai perdana menteri. Bagi Dr Mahathir martabat dan kuasa yang ada kepada PM naik sedarjat lagi dan mengarahkan kepada wujudnya seorang PM diktator.

"Dengan kuasa itu dia boleh mengistyharkan darurat dengan mendakwa terdapat ancaman keselamatan. Siapa sahaja yang didakwa cuba sabotaj negara boleh ditangkap." Demikian kata Dr Mahathir dipetik.

Saturday, December 5, 2015

Pengotoran dalam demokrasi

SUARA SABTU

Beberapa hari tidak mengisi blog dan terbaring menghitungkan nasib diri kerana sakit, betapa rindu kepada blog tidak dapat dibayangkan. Memang kalau boleh hendak menulis tanpa berhenti tentang apa-apa sahaja dengan nawaitu setiap catatan memberi manfaat tersendiri.  Teringin juga minta kebenaran ward untuk membawa laptop?

Nurul Izzah Anwar
Muhyiddin Yassin
Seperti saya katakan dalam status terbaharu dalam Fb, hari ini ada sedikit kelegaan, kudrat yang banyak hilang juga sudah perlahan kembali ke dalam diri, jadi ada peluang untuk saya berblog. Alhamdulilah. Saya yakin dan percaya penjengok yang kecewa kerana tidak ada status baru dalam blog ini memahami akan kesulitan saya. Maaf...

Beberapa hari lalu banyak isu atau kejadian yang berlaku, khasnya dalam danau politik. Macam-macam, ada yang tidak pernah terfikir pun sebelum ini. Apakah "kemacam-macaman" itu menandakan politik kita makin shofisikated atau pun tercelaru?