Thursday, April 22, 2010
Menebak Perisitwa Hulu Selangor 7
MENURUT bilik Gerakan BN Dr Mahathir Mohamad akan ikut sama berkempen di Hulu Selangor. Apakah kesediaan Mahathir itu keputusan parti ataupun ia adalah keputusan diri Mahathir sendiri. Disebabkan kerana tidak boleh tidur kerana telinga ternigan-ngian bunyi pembesar suara dan tepukan maka beliau meminta untuk turun?
Ataupun BN yang memanggilnya. Merasakan beliau perlu turun. Apakah BN sudah merasai tekanan kini dan kemunculan pertama kali Najib Razak malam semalam tidak berapa menyengat. Pemanggilan Mahathir menunjukkan BN sudah kehabisan tenaga. Atau tenaga yang ada tidak berkesan.
Apakah BN sudah fikir implikasi dengan turunnya Mahathir itu. Pilihan raya Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Mahathir tidak turun. Beliau hanya turut pilihan raya Bukit Gantang. Ceramah merapu Mahathir menghentam Anwar disiar secara langsung. Ternyata kehadirian Mahathir tidak berjaya menganjakkan keputusan pengundi. Kekalahan di Permatang Pauh, Bukit Gantang menjelaskan kedatangan Mahathir ditolak.
Mungkin orang tua menerima Mahathiur kerana mereka ingin bernostalgia. Tetapi dari kalangan anak-anak muda, pegawai kerajaan muda tidak merasai apa-apa istimewa dari Mahathir. Apa lagi kalau ceramahnya juga merapu-rapu seperti Muhyiddin Yassin.
Sambutan kehadirian Mahathir di Bukit Gantang tempih hari dilaporkan bukan main hebat. Bila peti undi dibuka calon BN kalah.
Apakah kwong (kenan) di Bukit Gantang itu sudah hilang? Maka BN memanggil Mahathir? Atau Mahathir sendiri yang mintanya?
Saya nampak tenaga tersisa Mahathir itu diperlukan kerana mungkin kerana BN merasakan kedudukannya kini tidak berapa selesa. Laporan dari risikan BN termasuk pihak polis dikatakan tidak begitu menyenangkan.
Kalau BN sudah okey, untuk apa dia menyusahkan Dr Mahathir. Ataupun pengusungan Mahathir itu kerana Pakatan Rakyat akan usung Nik Aziz malam esok? Mahathir dibawa semata-mata untuk membelasah Nik Aziz?
Sudah tentu malam ini (kalau jadi) Mahathir akan ditugaskan menjadi tetuang untuk menghentam Anwar dan memuji Najib Razak. Saya tidak fikir Mahathir akan mengkritik Zaid Ibrahim. Sebagai seorang yang berprinsip, Mahathir akan kekok untuk mengkritik Zaid. Anwar akan dibelasah habis-habisan kerana dendamnya kepada bekas TPM itu tidak pernah terpadam seperti tidak pernah matinya api di rumah ibadat orang Majusi, (kecuali sekali).
Kita dengar dulu apa yang Mahathir akan perkatakan malam ini dan kita ulas esok dan kaji kesannya. [wm.kl. 10:15 am 22/04/10]
Untung P Raya Hulu Selangor 5
Balai raya yang sebelum ini terbiar sepi kini diwarnai dengan poster calon PKR. Keadaan balai raya itu juga dikemas dan kelihatan berseri-seri.

Jadi untuk meninjau sendiri apakah masalahnya Zaid sanggup datang ke kampung berkenaan.
Lebih bererti lagi kepada penduduk kampung peneroka haram itu, apabila Dr Wan Azizah Ismail turut sama mengunjunginya. Walaupun sudah tersesat jalan untuk memasuki ke kampung berkenaan tetapi presiden PKR itu tidak berputus asa untuk mencarinya semata-mata kerana ingin mendengar rintihan penduduk berkenaan dan mengiringi Zaid menemui orang ramai.
Setiap seorang memilik dua ekar di mana keluasan seluruh kampung itu 1,500 ekar.
"InsyAllah saya akan cuba membawanya supaya masalah ini dapat diselesaikan sebaik mungkin," katanya. Beliau juga terkilan dengan kerenah kerajaan yang sukar untuk meluluskan tanah kepada rakyat.
Katanya, sepatutnya kerajaan tidak mengambil masa lama untuk melulusakan tanah untuk rakyat, apa lagi keluasannya hanya dua ekar saja.
Jaminan Zaid itu melegakan kira-kira penduduk yang hadir. Setidak-tidaknya mereka merasakan keluh kesal mereka didengar dan dipedulikan. Zaid juga berjanji kepeduliannya kepada nasib penduduk itu bukan bergantung kepada keputusan pilihan raya 25 April ini. Katanya apa yang penting rakyat diberi pembelaan dan keadilan sewajarnya. [wm.kl. 8:45 pm 23/04/10]
Rileks Mata
POLITIK itu penuh dengan seni. Seni pula perlu dihayati dan ditafsir dengan tekun untuk mendapat intipatinya. Politik tidak pernah jujur dan hati-hati politik menyembunyikan maksud yang tertusuk di lubuk hati. Selalunya rakyat tertipu oleh orang politik.Tengok dan renung gambar ini dengan menghalusi. Gambar ini dirakam oleh Bernama. Ertinya tidak ada pembohongan. Dan gambar in memang pun tidak mempunyai apa-apa pembohongan. Ia bukan superimpose seperti gambar Zaid membidik botol arak, atau seperti superimpose gambar Najib sedang makan malam dengan Altantuya.
Cuba tenguk baju Muhyiddin, baju Kamalanathan, baju Najib, baju Zahid Hamidi dan baju Shaziman Mansor. Baju Najib dan Kamalanathan ada lambang keramat dewasa ini 1Malaysia. Ini lah juga slogan dan tema pilihan raya Hulu Selangor.
Tetapi kenapa di baju Muhyiddin, di baju Zaid tidak ada lambang 1 Malaysia. Mungkin di baju orang lain, tidak perlu dipersolkan. Muhyiddin adalah timbalan presiden, Zaid adalah naib presiden Umno.
Apakah Muhyiddin dan Zaid ingin menyampaikan mesej secara senyap bahawa mereka tidak begitu gembar dengan calon BN, Kamalanathan? Seperti mana terpaksa diumumkan Muhyiddin Kamalanathan adalah calon 1 Malaysia Muhyiddin terpaksa berada di pentas bersama Najib.
Apabila mereka tidak memaki lambang 1 Malaysia boleh ditafsrikan mereka tidak berminat dengan Kamalanathan. Begitukah? Tafsirlah sendiri. [wm.kl. 1:05 22/04/10]
Dalam Persiapan Untuk Ke Hulu Selangor
Di sini bukan nak dibicarakan soal NGO Perkakas itu, tetapi untuk merenung kembali kepada perbuatan sebilangan kecil orang MIC yang menghina Perdana Menteri ke 5 itu. Mungkin setengah orang sudah lupa dan MIC cuba menyembunyikan kejadian itu dan mereka merasa gerum untuk menimbulkannya semula.
Ramai yang tidak tahu siapakah yang mempunyai idea di sebalik cadangan untuk menghina Mahathir dalam rangka membela maruah Samy Vellu itu. Para peminat dan penyokong Mahathir dan setiap insan yang kagum dengan Mahathir perlu ketahui hal ini. Mereka perlu mengingatinya satu perbuatan yang cukup terkutuk oleh sekumpulan ahli MIC itu.
Orang Melayu Umno tidak boleh melupai sejarah ini. Bila ia cuba menghina Mahathir, kehinaan itu terkena juga ke atas batang hidung Umno. Bukankah Mahathir adalah pemimpin agung Umno dulu, kini dan selamanya.
Sekiranya benar Kamalanthan terlibat wajar kalau Umno meminta calon BN itu memohon maaf secara terbuka kepada Mahathir dan para penyokong Mahathir. Untuk memastikan orang Melayu yang terus bernostalgia dengan Umno, yang bersemangat Melayu setajam lembing, dan keras semacam kepala kapak, Kamalanantha perlu memohon maaf.
Tetapi kalau beliau tidak terlibat dan kena mengena dengan idea itu, mungkin tidak perlu beliau memohon maaf tetapi harus juga menjelaskannya. Beliau perlu mengambil peluang dalam pilihan raya ini memohon maaf bagi MIC atas apa-apa kesalahan termasuk perbuatan atau orang yang memberi idea untuk mengalunkan leher Mahathir dengan kasut. Menghina Mahathir bererti menghina Umno Baru yang ditubuhkan Mahathir. [wm.kl. 10:55 am 22/04/10]
Maklumat Pagi
PETANG ini beberapa orang ahli Angkatan Muda Kadilan Kelantan akan mengistyharkan diri keluar dari parti dan menyokong Umno. Alasan digunakan ialah kerana tidak percaya kepada kepimnpinan Anwar Ibrahim. Masalah pemilihan Zaid Ibrahim sebagai calon juga akan dijadikan alasan.
Pengumuman ini bagi mengejutkan ahli dan penyokong PKR dalam menghadapi pilihan raya Hulu Selangor. Tetapi bila diteliti kepada wibawa dan keperibadian orang yang akan mengistyharkan diri ini ia tidak pun memberi bekas. Mereka adalah budak-budak yang tukang bag lapan tong kosong Ezam Mohd Noor.
Katanya, setiap mereka ditawarkan 'kemudahan' wang sebanyak RM20,000. Sekurang-kurang tiga orang akan berbuat demikian. Seorang ahli dari Gua Musang yang panggil untuk menjual diri dengan bayaran RM20,000 bagaimana pun tidak sedia menjual diri dan tidak hadir.
Mereka akan didampingi oleh beberapa orang yang bertindak keluar parti sebelum. Mudah-mudahan apa yang dijanjikan mereka itu dibayar dengan sepenuhnya dan tidak dibuat secara ansuran RM2,000 seorang sebagai pendahuluan dan selebihanya entah bila.
Desas desus ini sudah tersebar sejak kelmarin lagi. Ia sengaja disebarkan untuk mendapat perhatian pihak PKR. Mereka telah mengugut parti untuk mendapatkan wang dan jika tuntutan mereka tidak dipenuhi mereka akan umum keluar parti.
Mungkin PKR tidak melayan mereka kerana menyebabkan mereka menyerah diri kepada pihak BN untuk membeli mereka mengikut harga semasa, dan harganya RM20,000 dengan cengkeramnya antara RM1,000 hingga RM2,000.
Kepada ahli dan penyokong PKR jangan terkejut dan jika mahu mendapatkan wang mudah disaat ekonomi tidak berapa sihat ini bolehlah mengambil kesempatan sama. [wm.kl. 10:20 am 22/04/10]
Kopi Pahit Dinihari
Sebelum meninggal kawasan pilihan raya, saya sempat singgah di padang awam bandar baru Batang Kali di mana berlangsungnya karnivel jualan pakaian dan makanan. Di pentas pidato Husam Musa sedang berucap. Inilah pertama kali saya mendengar suara orang Pas di pentas ceramah di Hulu Selangor! Saya tidak menghampiri pentas ceramah dan mengambil gambarnya, atau mencatat isi ceramahnya kerana bimbang takut disaman olehnya.Ketika saya hendak meninggalkan lapangan itu, pentas itu diisi pula oleh Chua Jui Meng yang kemudian Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin. Anwar pula tiba selepas saya menuju ke kereta. Naib Presiden Pas, Sallahudin juga tiba sejurus kemudian, tetapi sayang sudah sudah berada di Ulu Yam.
Malam-malam sebelum ini tidak ada suara tokoh Pas di pentas utama bersama Zaid ataupun Anwar Ibrahim. Walaupun Pas sudah masuk dan berkubu, tetapi Pas berada di ceruk kampung dan Felda saja tetapi tidak menguasai kawasan bandar.
Begitulah nasib Pas. Tempat-tempat yang sukar dilalui dan jauh ke pedalaman diserahkan kepada Pas. Mana-mana kawasan becak atau ada surau buruk diserahkan kepada Pas. Alasannya Pas lebih mesra dengan orang kampung berbanding dengan orang bandar. Kawasan bandar, banyak kedai makan diserahkan kepada kumpulan lain. Nampaknya anggapan Pas sebagai parti kampung masih tebal lagi. Pas pula kebetulan tidak pernah sedar diri.
Barangkali benar juga kalau ada orang mengatakan Pas diperalatkan oleh PKR?
Ketiadaan tokoh Pas di pentas ceramah itu menjadi persoalan saya. Selepas disiasat baru diketahui apa masalahnya. Katanya pihak PKR mulanya tidak mahu memberi ruang besar kepada Pas terlibat dalam pilihan raya itu. Mereka mahu urus sendiri. Dan Pas diminta melakukan apa yang mereka arahkan saja. Pas hanya jadi priovet manakala sarjannya PKR.
Kerana itu kerja-kerja yang dilakukan hanya di kawasan tertentu saja. Pas tidak terlibat dalam mengatur gerak kempen pilihan raya berkenaan. Kalau diperhatikan sepanjang pilihan raya itu tidak ada kenyataan akhbar bersama dibuat oleh Pakatan Rakyat. Anihnya Pakatan Rakyat tidak ada bilik gerakan bersepadu dalam pilihan raya ini walaupun mereka dalam satu komponen.
Inilah bagi saya kelemahan jika dibandingkan dengan BN. Sepatutnya perkara ini dielakkan bagi menimbulkan imej tidak berpadu.
Itulah masalahnya. Jadi patutlah tidak ada pemimpin besar Pas khasnya di malam pertama dan ketiga kempen. Di Serendah, Kelumpang, Kuala Kubu Baru, Kerling tempat yang saya hadir tidak kelihatan tokoh besar Pas. Saya tercari-cari wajah Mat Sabu, Sallahuddin Ayub, Nasaruddin Tantawi dan lain-lain. Tidak ada.
Bagaimana pun sejak malam semalam dan malam tadi suara Pas sudah bergema di seluruh pelusuk Hulu Selangor. Mat Sabu sudah mula bergadang di Sungai Tengi. Pilihan raya itu sudah mendapat sentuhan Pas scara langsung. Petugas Pas sudah berbondong masuk dan mereka sudah mulai menyingsing tangan. Suasana ini akan menyemarakkan lagi bila Mursyidul Am Pas, Nik Aziz masuk ke kawasan pilihan raya mulai esok. Dianggarkan petugas Pas akan sampai kemuncak dalam tempoh 24 jam ini.
Mengenai kekompakan dan kepaduan jentera pilihan raya Pakatan ini menjadi pertanyaan saya sejak malam kedua kempen lagi. Ia seakan tempang dan persis ada kekosongan. Semangat setia kawan luntur. Tidak ada saya nampak batang hidung pemimpin tertinggi PKR bersama Zaid atau Anwar dipentas ceramah atau mengiringi Zaid ketika membuat lawatan ke tempat-tempat awam. Sepatutnya mereka menemani Zaid kalau tidak sepanjang hari tetapi sekali sekala bagi menunjukkan keakrabkan dan sokongan. Saya lihat Zaid berjalan bersendiri saja seperti anak dagang merempak di rantau orang.
Puas saya cuba mengendap mencari wajah Mohamad Azmin Ali, Saifuddin Nasution Ismail, Shamsul Iskandar Md Akin, Mustafa Kamil Ayub tetapi tidak nampak. Apakah mereka juga beselimut dalam gelap hanya bertanyakan perkembangan pilihan raya itu dengan SMS sahaja? Atau memantaunya dari parlimen? Apakah ketiadaan mereka kerana masalah calon. Mereka kecewa apabila diri mereka atau calon yang mereka kehendaki tidak dipilih. Virus yang hinggap Halili nampaknya turut terlekat pada mereka.
Terus terang saya katakan kalau mereka tidak komited dengan pilihan raya itu disebabkan pemilihan Zaid sebagai calon jelaslah mereka tak ubah sama dengan beberapa ahli parlimen yang melompat parti dan mengencingkan Anwar.
Anihnya kenapa jadi munafik, angguk dan bersetuju dengan keputusan Anwar, tetapi memprrotesnya di belakang? Inikah kesetiaan dan semangat berlawan? Ini sikap tidak baik kalau ia benar-benar berlaku. Saya berharap maklumat saya ketahui ini tidak benar sama sekali atau kalau benar perbetulkan kalau hendak menang.
Semua pihak kena ingat. Ini giliran Zaid. Esok lusa giliran mereka pula. Apa kata kalau ada orang akan membuat onar masa mereka bertanding? Ingat ada ubi ada batas. Dalam soal ini bukan saja jerat tidak melupai pelanduk, tetapi pelanduk yang terkena jerat juga tidak akan melupai jerat! Anwar menjaja di seluruh Hulu Selangor bahawa calon PKR berkualiti dan terbaik tetapi kita pula bersikap dingin. Macam mana.. ni?
Wednesday, April 21, 2010
Catatan Dari Luar Hulu Selangor
KETIKA dalam perjalanan ke Hulu Selangor melalui Lembah Beringin petang kelmarin saya menghubungi seorang pemimpin tertinggi Umno yang terkenal sebagai seorang radikal Melayu. Jiwanya begitu tebal sekali dengan semangat Melayu. Baginya pantang kalau mendengar Melayu tercabar dia akan bangkit mempertahankannya.
Sewaktu dalam kebinet dulu dia antara menteri yang memperjuangkan dan membela nasib Melayu. Hari ini pun semangat Melayunya masih kuat walaupun sudah berusia 64 tahun. Sayangnya beliau kini sudah berada di luar Umno.Beliau tidak senang dengan Abdullah Badawi. Rasa itu ditunjuk dengan tindakan beliau keluar dari Umno. Saya belum pasti apakah dia sudah rujuk semua kepada Umno atau tidak. Tetapi yang jelasnya tokoh ini tidak begitu selesa dengan cara Najib Razak mentadbir negara waktu ini.
Saya tidak pernah tanya mengenai 1 Malaysia tetapi dia sangat jelas kurang senang dengan beberapa pendekatan Najib yang mirip Anwar Ibrahim. Kalau beliau tidak senang dengan Anwar Ibrahim saya rasa cara Najib lebih tidak disenanginya.
Kira-kira 20 tahun lalu saya pernah bertanya kepada tokoh ini mengenai masa depan Anwar Ibrahim. Saya bandingkan dengan Najib. Katanya, daripada sokong Najib baik sokong Anwar. Anwar kalau pun tidak akan laksanakan Islam, sekurang-kurangnya beliau ada sebut dan ada nawaitu hendak melakukannya. Najib sebut pun tidak, katanya.
Disebabkan kedudukannya di luar Umno saya sengaja melontarkan kepada tokoh ini apakah pandangan beliau mengenai pilihan raya di Hulu Selangor. "Kita nak sokong sapa ni?" tanya saya. "You sokong sapa?" tanya dia balik sambil ketawa mesra. Dia suka melawak.
"Itulah nak tahu *** *** dulu sookong sapa?" tanya saya balik. "Nak sokong sapa, yang bertanding keling dengan Melayu. Kita kena sokong Melayu walaupun dia minum arak. Itupun dia sudah taubat, kita kena sokong dia. Lagipun kalau nak kira dalam Umno berapa kerat sangat tak tak kedarah arak..!" katanya. Saya hanya diam cuba menyelami apakah ikhlas dengan kata-katanya itu.
"Susahlah *** *** kalau Pas bertanding tentu kita kena sokong Pas. Atau kalau Umno bubuh calon Melayu mesti kena sokong Umno," acah saya.
"Iyalah sebab Pas tak bubuh calon, Umno juga penakut, jadi kerana Zaid calon Melayu kena pilih dialah," katanya. Saya merasakan dia jujur. "You tak pegi ke?" tanya dia balik.
"Saya on the way ni..." balas saya dengan nada sengaja mahu menggodannya. "Kalau *** *** nak berderamah saya boleh tolong aturkan," kata saya. "Ceramah atas apa?" tanya dia terus berlawa. "Kalau atas Umno maaflah, Sayuti..." sambungnya.
"Kalau ada apa-apa perkembangan bagi tahulah, saya nak dengar juga. Setidak-tidak saya boleh sokong dari jauh," katanya terus tergelak mesra.
Sepanjang perjalanan saya teringat kepada dialog tokoh berkenaan. Dia juga serba salah untuk membuat pilihan. Tetapi apa yang dapat saya selam walaupun jiwanya tebal kepada Umno, tetapi beliau masih rasional di sini, bila Zaid calon Melayu beliau memilih Melayu dulu. Rasanya ketulenan tokoh ini sangat jelas.
Dia nampaknya tidak meletakkan peribadi Zaid yang diburukkan itu lebih buruk daripada calon BN Kalamanathan. Sebelum saya hanyut dalam ladang kelapa sawit, saya membuat keputuan sendiri apa yang tokoh itu perkatakan memang benar. Seharusnya pengundi Melayu di Hulu Selangor melihat kepentingan dan sentimen seperti mana apa yang ada pada tokoh berkenaan lakukan!
Tetapi bagaimana kalau dua calon itu tertakdir ditanding oleh kedua orang bukan Melayu, mungkin ketika ini keperluan yang patut diberikan ialah memilih parti mana yang dikira akan melalukan perubahan untuk semua pihak. [wm.kl. 3: 45 pm 21/04/10]
Hulu Selangor 5 Di Luar Mata
Dalam hal ini kelebihan sedikit berpihak kepada BN. Mungkin kerana dengan pengalaman menguasai Selangor sejak lebih setengah abad menyebabkan BN sudah biasa dengan seluk belok kawasan berkenaan. BN sudah arif dengan kawasan dan sudah pun ada 'petolol-petololnya' di setiap pelusuk yang berkubu di kawasan berkenaan.
Semalam dengan bertemankan dua teman saya memasuki ke kampung Kerandang, mukim Sungai Tinggi di Bukit Tagar. Saya yakin jentera PKR belum pun menjejaki ke kawasan ini. Nama kawasan ini ada dalam peta pilihan raya. Tetapi kurang diminati kerana ia jauh dan tidak ada kemudahan IT serta kedai makan.
Sebelum Selimut Ditarik

Dalam blog ini terdapat beberapa gambar mengenai kegiatan Tok Guru sepanjang berada di Makkah selama hampir dua minggu. Bukan saja saya, kepada pencinta Tok Guru juga akan terubat melihat gambar ini. Menatap gmbar ini menjadikan rindu semakin membuak. Mata yang tadi layu keletihan tiba-tiba menjadi segar begitu terpandang gambar Tok Guru yang mengenalkan jaket berwarna hijau pucuk pisang.
Tuesday, April 20, 2010
Hulu Selangor 4
PAS telah mengerakkan jentera pilihan raya secara sepenuhnya untuk memastikan kemenangan calon PKR, Zaid Ibrahim. Dalam mesyuaratnya malam tadi yang dipengerusikan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang juga selaku Pengarah Pilihan Raya untuk pilihan raya kecil itu, Pas menambah kekuatannya dari 20% hingga 60% mulai hari ini.
Perkara ini dijelaskan Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali dalam sidang akhbar di pejabat agung Pas Jalan Raja Laut pagi ini. Menurutnya Pas mempunyai jentera yang tidak ada hak tetapi Pas akan menghantar mengikut keperluan yang diminta oleh pihak PKR.
"Semalam kita telah mengadakan mesyuarat dan memutuskan untuk menambah jentera pilihan raya," ujar Mustapa. Dalam pada itu Mustapa mengesahkan Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat akan turun berkempen di Hulu Selangor sebaik MB Kelantan itu pulang dari Makkah 21 April ini. Nik Aziz berada di Makkah sejak seminggu lalu.
"Iya kita sudah mendapat maklum Tok Guru Nik Aziz akan turut berkempen sebaik dia pulang dari Makkah.," jelas Mustapa.
Dalam sidang akhbar itu ketika ditanya berhubung isu arak yang dilontarkan kepada Zaid, Mustapa menjelaskan bagi pihak Pas isu itu sudah selesai apabila Zaid telah menjelaskannya.
Katanya bagi Pas isu peribadi tidak sepatutnya ditimbulkan dalam pilihan raya. "Bagi Pas, Pas tidak pernah memainkan isu-isu peribadi sejak mula menyertai pilihan raya lagi," tambahnya.
Katanya sekiranya Pas ingin memainkan isu peribadi, Pas mempunyai banyak maklumat mengenai peribai pemimpin Umno. Malah menurutnya beliau sendiri lihat dengan mata kepalanya ada pemimpin tertinggi Umno yang minum arak.
"Saya berani katanya, di kalangan pemimpin tertinggi Umno semuanya terlibat dengan arak, hanya Abdullah Badawi seorang saja yang tidak terlibat dengan arak," kata Mustapa.
Menurut beliau selain itu beliau juga ada beberapa maklumat mengenai keburukan lain pemimpin Umno tetapi tidak mahu mendedahkan kerana itu bukan cara Pas.
Beliau menyifatkan cara UBN memangkitkan isu peribadi menandakan UBN dalam keadana terdesak. Dalam pemerhatian katanya inilah pilihan raya balik rendah tarafnya kerana menimbulkan isu peribadi yang melampau.
Kata Mustapa yang menjadi serangan peribadi UBN dalam pilihan raya ini ialah apa yang dinamakan sebagai The Ibrahim Brothers, iaitu Anwar Ibrahim Khalid Ibrahim dan Zaid Ibrahim. Bagaimana pun yang teruk diserang ialah Zaid. [*** kl 2:15 bpm 20/04/10]




