Semalam telah berlangsung satu forum yang diberi tajuk Survival Pas Dalam Arena Politik Malaysia yang diadakan di dewan perhimpunan China Selangor di Kuala Lumpur. Forum itu menampilkan ahli panel terdiri dari dua naib presiden Pas, Husam Musa, Salahudin Ayub dan bekas ahli parlimen Kuala Selangor dan Adun Batu Buruk, Terengganu Syed Azman Syed Ahmad Nawai.
Nasarudin Hassan |
Saya hanya jenguk seketika kemudian turun minum di gerai mamak sambil berbual-bual dengan pengarang edisi Bahasa Melayu Malaysiakini, sdr Fathi Aris Omar. Banyak yang kami bualkan termasuk perihal muktamar Pas dan juga perhimpunan agung Umno.
Apa butiran yang diforumkan saya tidak tahu cuma mengetahui setelah melihat laporan protal berita pagi ini. Yang dapat saya rumuskan, forum berkenaan banyak mengkritik gerak kerja dewan pemuda Pas yang dilihat tidak bergerak seiringi dengan pemuda PKR dan DAP. Bila dewan pemuda dikiritik maka dapatlah saya hidu hala tuju forum berkenaan.
Kenapa forum itu menjadi medan mengkritik dewan pemuda Pas? Mungkin ia ada agenda tertentu. Yang mungkinya seperti mana saya poskan terdahulu ada ura-ura salah seorang exco dewan Pemuda akan cabar kedudukan Nasarudin Hassan sebagai ketua pemuda hari ini. Kononnya salah seorang exconya akan menentang Nasarudin, dan ia akan diumumkan pada malam itu. Tetapi tidak menjadi kenyataan.
Sewaktu berjumpa dengan salah seorang ahli forum pada siang sehari sebelumnya, ahli panel berkenaan membayangkan ada sesuatu yang penting diumumkan pada forum berkenaan?
Saya tidak mahu menyentuh mengenai kemungkinan akan ada perlawanan di peringkat ketua pemuda dan timbalan ketua pemuda Pas itu. Pas sebagai parti tidak mempraktikan syura tetapi mengamalkan demokrai, perlawanan dibolehkan. Tetapi di sini hendak memberi sedikit pandangan serta penjelasan dari kaca mata saya mengenai pemerhatian umum tentang kurangnya penampilan dewan pemuda Pas dalam ruang umum nasional memperjuangkan soal-soal dasar dan kenegaraan. Memang hakikat ini diakui. Nampak dewan pemuda Pas bergerak secara eksklusif.
Tetapi sesiapa pun tidak boleh menolak akan penampilan menarik dewan pemuda dalam sudut dawah (Islamiknya) dan approachnya untuk menarik golongan muda agar mendekati dan memahami Pas. Aktviti santai dewan ini dengan anak muda dalam pelbagai bentuk. Dari mengadakan filem kontot, minum tea dengan artis (perempuan) sampailah kepada melayani mat rempit kemudian kempen perli kenaikan harga minyak dengan mengheret motosikal sampai berpeluh pelai.
Kempen ini nampak simple tetapi ia membuktikan bahawa dewan itu tetap aktif concern dengan tanggungjawabnya. Mungkin dalam soal-soal lebih global, henyutan ke atas kerajaan agar lebih prihatin dalam menangnai isu-isu sosial, ataupun hubungan dengan luar tidak menjadi perhatian. Kemampuan dewan itu hanya setakat melaungkan takbir keramat di laman masjid untuk menyatakan bangkangan mereka kepada imprialis moden ke atas kekejaman dilakukan zionis dan Yahudi sesuatu yang perlu diberikan pujian juga.
Justeru kalau hendak dilihat atau dibandingkan dewan pemuda Pas dengan pemuda PKR dan DAP maka agak jauh ketinggalan dari sudut yang dibandingkan itu. Sebaliknya dimensi lain yang tidak dilihat oleh umum, dewan pemuda Pas jauh ke depan sebenarnya. Misalnya dalam isu-isu keagamaan, akhlak dan moral serta memberi didikan ke dalam kepada ahli ianya sangat berjaya.
Ada tiga program perdana dewan pemuda Pas yang pada saya menarik dan mendapat sambutan hebat. Pertama ialah Ijtimak Tarbawi yang dianjurkan pada setiap tahun. Program ini lebih terkhusus kepada kalangan pemuda dari peringkat cawangan, kawasan dan negeri. Melalui program ini ahli-ahli pemuda Pas berhimpun mencacah angka puluhan ribu. Mereka diberikan penekanan mengenai moral, akhlak, spritual dan akidah. Dalam kata lain dewan pemuda melakukan pengukuhan akidah dan kekuatan moral kepada ahlinya. Modiul ini tentulah berbeza dengan pemuda-pemuda parti lain.
Satu lagi program ialah Himpunan 30,000 sebagai penerusan kepada program yang diilhamkan oleh bekas ketua lampau Salahudin Ayub. Himpunan ini lebih mirip kepada himpunan politik bagi mengemblingkan tenaga dan semangat maufakat politik di kalangan parti-parti pakatan rakyat. Himpunan ini memberi lambang kerjasama dan permaufakatan dewan Pemuda Pas dengan pemuda-pemuda dalam Pakatan Rakyat untuk menentang UBN.
Manakala satu lagi program yang juga merupakan program tahunan ialah Jembori Jabatan Amal Malaysia yang menghimpunan semua ktivis parti, sukelawan dan Ngo-ngo. Jelaslah dengan tiga program perdana dewan pemuda Pas ia menafikan dakwaan ada pihak mengatakan dewan Pemuda Pas kurang penampilan. Memang diakui kalau dibandingkan cara agresif pemuda PKR atau DAP, dewaan Pemuda Pas terkebelangan sedikit. Tetapi harus difahami dewan ini sebagai dewan kepada sebuah parti yang menekan kepada akhlak, modal dan akidah tentulah aktivitinya tidak bersifat agresif yang melampau batas-vatas adat dan agama.
Secara peribadi saya merasakan apa yang ditampilkan oleh Nasarudin Hassan sebagai ketua dewan pemuda Pas hari ini berjaya dari segi mencorakkan anak-anak muda Pas sebagai golongan yang tidak terheret jauh dengan dunia kontemporari apa lagi hendunisme. Dalam erti kaya lain dewan Pemuda Pas masih ada identiti, nilai dan syaksiahnya tersendiri.
Adalah silap kalau bagi pemerhati mahu melihat dewan pemuda Pas juga ikut sama memasuki ke gereja atau tokong, bagi menunjukkan mereka dinamik. Cukuplah kalau mereka hanya berada di luar bendul sementara menanti rakan-rakan yang masuk ke gereja atau tokong. Usaha untuk menentang Nasarudin atau timbalanya Nik Mohamad Abduh Nik Mat juga bukan mudah setidak-tidaknya untuk penggal ini. Nama mereka sebagai 'ahli parlimen' juga memberi markah besar buat mereka berdua. [wm.kl.1:01 pm 03/10/13]
1 comment:
Salam tuan.
Tiada masalah kalo Dewan Pemuda begitu gerak kerjanya. Yg dinantikan adalah di akhirat sana. Namun jgn smpai kerja org lain dipertikaikan. Masing2 ada cara perjuangan. Kalo kta x menghina org, hormat dtg pd kta.
Post a Comment