Friday, October 4, 2013

Setiausaha Dewan Ulamak tidak perlu kasar sangat

TAZKIRAH JUMAAT                                                                        

Muhamad Sabu dihina.
Saya rasa sikap Setiausaha Dewan Ulamak, Khairuddin Azman Razali dalam memberi pandangan tidak menunjukkan sifat seorang ilmuan yang berhemat atau pun kurang diplomasi politik apabila beliau merujuk terus pandangannya dalam soal memilih timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.

Sebagai sama-sama duduk di dalam jemaah tidak seharusnya beliau jadi begitu out spoken sehingga butir bicaranya boleh melukai hati pihak lain. Rasulullah S.A.W. sangat melarang daripada umatnya menyakiti hati orang lain. Banyak hadith mengenai hal ini, carilah dan geoogle lah sendiri.

Memang menjadi hak beliau bercakap untuk mempertahankan resolusi multaqa ulamak se Malaysia, tetapi janganlah memberi nasihat sampai tuan badan dan penyokongnya boleh terasa hati. Kadang-kadang sesebuah negara besar itu boleh berperang kerana kesilapan sepatah ucapan dan kata-kata sahaja.

Khairuddin tidak perlu direct menasihat (apologis) kepada Mat Sabu dengan berkata; Timbalan Presiden Pas sekarang seorang pemimpin Pas yang hebat. Cuma barang kali yang kurang adalah fakih (mendalami) soal agama."

Justeru katanya; "Kita mencadangkan saja, maka dia (Mohamad Sabu) tidak perlu rasa hati dengan resolusi kami." Kenapa sampai sebut namanya begitu sekali. Soal fakih atau tidak saya kira subjektif sebab ilmu Islam itu sangat luas dan tidak terbatas kepada ilmu-ilmu kalam dan syahadah semata-mata.

Lebih mengejutkan lagi beliau juga dipetik sebagai berkata di dalam majlis syura hari ini semuanya ulamak dan fakih agama. Kalau benar pun tidak perlu mengaku kerana ia takabul dan riak. Apakah kedudukan atau makam itu menjamin kepada kemenangan perjuangan? Atau apakah sudah dipastikan bahawa ulamak di dalam dewan itu terjamin kebersihan dan kescuian dan tidak bersubahat dengan elemen-elemen mazmumah dan madiyyah? Mungkin secara kumpulan (namanya) iya tetapi tidak kepada peribadi.

Ingin saya jelaskan kepada Khairudin, Pas adalah parti politik yang ikut sama bermain 'politik' menggunakan matlamat menghalalkan cara. Machivelisme turut diamalkan dalam Pas, tidak boleh tidak. Jadi, dalam kontes ini ulamak yang fakih agama tidak mencukupi untuk meraih kemenangan. Sebuah kenderaan yang cantik belum tahu ketahanan kuasa enjin jika tidak diuji.

Dalam politik atau apa-apa gerakan ia memerlukan seorang ahli yang profesional yang arif mengenai seluk belut politik, tahu mengatur tektik dan strategi untuk berdepan dengan musuh. Politik dan kausa tidak akan menang dengan hanya membaca ayat-ayat Quran dan hadith atau doa. Apa lagi apabila berdepan dengan orang kufur dan munafik, kecanggihan strategi dan kekuatan fizikal diperlukan.

Selalu saya melihat perjuang Islam gemar beretorik dengan sejarah masa lampau. Dengan kejayaan hebat masa lampau terutamanya yang dipimpin oleh para mujahid seperti Ahmad al Fateh, atau di zaman Rasulullah, Ummar Khattab, Walid al Walid dan lain-lain. Selalu menjadikan para wali sebagai penyala sumbu perjuangan. Tetapi lupa mengkaji di sebalilk kejayaaan itu bagaimana perancangan dan stretagi yang dilakukan kerana musuh tidak akan berundur dengan doa tanpa melibatkan fizikal. Manakala kehebatan para wali pula bukan sesuatu yang bersifat nyata melainkan ia hanya spritual saja. Pas tidak boleh mengambil 'sunnah' itu.

Maaf saya, orang yang mengaku ulamak di dalam Pas snagat naif strategi politiknya. Kejayaan yang mereka dicapai pada eranya banyak dibantu oleh golongan profesional. Hakikat ini kena sedar dan insaf. Kalau tidak percaya boleh dibuat testimoni, cuba sekali Pas menghadapi pilihan raya hanya dengan berdoa, bermunajak dan bersolat hajat sahaja. Jangan ada strategi dan tektikal. Cubalah.

Berbalik kepada nasihat dan signal kepada Mat Sabu agar tidak terasa hati, tidak baik berbuat begitu. Kalaupun Mat Sabu tidak ulamak dan fakih agama, bukan cara bercakap langsung begitu. Ia menunjukkan kita kurang berhemat dan berdiplomasi atau sengaja meremehkan orang lain. Bukankah perbuatan itu sangat keji? Khairuddin harus cermat dalam mengeluarkan kata-kata di masa akan datang.

Justeru Khairuddin kena memohon maaf atau menarik balik kata-kata langsungnya kepada Mohamad Sabu itu. Sebelum orang lain juga menjadi tajam kepada kita, sampai terlanjur menyebut hal-hal tidak elok mengenai kita, elok ahli parlimen Hulu Nerus berbuat apa yang saya sebutkan ini. Saya sangat yakin Khairuddin juga mempunyai banyak hal yang tidak manis untuk disebut.

Walaupun Mat Sabu bukan ulamak dan fakih agama dia dipilih oleh perwakilan Pas. Dia seperti Khairuddin kata, dia adalah timbalan yang sah. Mat Sabu mungkin benar tidak fakih tentang agama tetapi siapa boleh persoal pengorbanan dan jasanya kepada Pas. Keimannya kental dia sudah keluar masuk penjara beberapa kali kerana berjuang. Setidak-tidaknya Mat Sabu telah diuji beberapa kali, berbanding dengan golongan mengaku ulamak apa lagi Khairuddin tidak pernah usahkan digari melihat gari pun belum.

Sebuah firman dalam surah Al Ankabur: ayat 2: Allah menyebut; jangan kamu menyangka kamu sudah beriman sedangkan kamu belum diuji. [wm.kl.9:12 am 04/10/13]

14 comments:

pok amid littor said...

Ulamak ke ni? Tak layak menjadi ahli dewan. Orang jenis ini lah yang memecah-belahkan parti. Ilmu menggunung tapi 'amal yilek!!! Aku dan ramai lagi penyokong PAS benci kepada bendul-bendul keras jenis ni yang mengaku ulamak. Berpolitik jenis kohong!!!!

Al-Khattab said...

begitulah sikap segelintir kepimpinan PAS yang merasa diri hebat seolah-olah orang tidak hebat....bukankah ini TAKBUR ??

putra bertam said...

Salam tuan,

Harap hj mat sabu jgn ambil hati sangat dgn budak2 yg baru sehari dua bergelumang dgn Pas tapi nak tunjuk terror...

samudra said...

Ramai lagi mereka yang betul2 ulama tidak setuju dengan 2 resolusi , kerana mereka tahu kemampuan mereka dalam era global , jadi resolusi yang Maha bodoh dan tak berguna itu patut dibakul sampah , dan baling bakul tersebut ke muka mereka yg mengaku ulama ,

samudra said...
This comment has been removed by the author.
sizzly7761 said...

Betulkah semua dalam Majlis Syura tu ulamak? Kalau diteliti tulisan Ustaz Idris Ahmad rasanya ramai malah mungkin semua yang ada dalam Majlis Syura tu belum layak lagi digelar Ulamak! Tata kelaku dan sikap setiausaha dewan adalah cermin kepada ahli Majlis Syura! Ulamak tidak akan mengeluarkan 'statement' macam yang dibuat oleh SU Dewan.....mungkin perasan ulamak kot? Penglibatan dalam PAS belumpun lama dah memandai nak sindir dan 'kenakan' veteran yang dah teruji macam mat sabu! Kalau nak harapkan golongan Ustaz saja tanpa profesional dan aktivis rasanya PAS dah lama tak relevan dalam politik nasional.Geng-geng 'ulamak'lah yang telah cuba ambil cara mudah untuk senangkan diri sendiri dengan cuba untuk ber 'UG' dengan UMNO!

Ridzuans said...

Salam Tuan.

Setiausaha Majlis Syura dan Dewan Ulama As ni sy kira dr 1 lori sampah yg sama. Apa yg diagungkan dgn ilmu kalo x beramal? Apa guna dok bg ceramah agama kalo ilmu sendiri x amal? Sedih betul ulama mcm ni..ke Ular-dalam-semak atau Alamak gelaran utk geng UMNO kta bleh pkai utk depa ni...

Yusof Sulong said...

Saya juga berasa hairan dengan kerenah tokoh-tokoh muda yang berpendidikan agama dalam PAS yang berasa diri mereka ulama sehingga memperlekeh golongan yang dikira bukan ulama dalam perebutan jawatan tertinggi dalam parti. Sudahkah mereka muhasabah diri mereka dan bandingkan besar mana sumbangan mereka dalam meneruskan perjuangan parti berbanding tokoh yang mereka perlekehkan. Tahukah golongan ulama muda ini bahawa kewujudan kepimpinan ulama dan majlis syura inipun Mat Sabu pun ada jasa tau? Era kepimpinan ulama adalah pengaruh kejayaan Revolusi Iran yang menjatuhkan regim Syah Iran. Saya juga melihat segelintir ulama muda dalam PAS hanya berselindung disebalik imej warak. Siapakah kamu yang meletakkan diri kamu sebagai ulama dan memandang orang lain tidak fakih. Sesungguhnya yang maha mengetahui tentang kebaikan manusia itu hanyalah Allah. Pesan Rasulullah, tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam dirinya ada kesombongan walaupun sebesar biji sawi.

Pak Su said...

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)

razali said...

Golongan yg mengaku ulmak di Malaysia jangan sombonglah....realitinya pelajar-pelajar 'first class' akan memilih aliran sains& teknology. Selalunya yg mengambil aliran golongan di atas terdiri dari pelajar-pelajar.............? Janganlah golongan ini menyerlahkan ketidak cerdikan mereka di mata umum yg sekaligus mengikis rasa hormat yg sedang mereka kecapi sekarang. Ingat.... ilmu yg ada hanyalah berupa pinjaman. Allah berhak utk mencabutnya pada bila-bila mass.

Qaseh Bonda said...

Kadang-kadang naik jelek jugak pada kumpulan yang mengaku ulamak lah sangat padahal belum tentu telah diuji sedang usia baru setahun jagung berkecimpung dalam ilmu beralim ulamak.

Orang alim pun boleh tergoda. Mereka tidaklah maksum. tidak terkecuali dari dosa.

Yang digeruni setan dan iblis adalah orang ikhlas.Iblis pun berjanji semua akan disesatkan kecuali hamba Allah yang ikhlas.

Ikhlaskah para ulamak dalam berpolitik? Mudah-mudah saudara Md. Sabu menang lagi demi mewarnai PAS agar tidak jumud dalam perjuangan.

Jangan dimandulkan otak perjuangan dalam PAS.

Ali Omar said...

Salam Tuan MSO....
Syaitan mendepani manusia dengan pelbagai kaedah yang amat seni, org awam lain caranya, org fakih agama lain pula caranya,fakihkah ilmu agama kita kalau bersuara dengan nada penuh kesombongan...parti politik merupakan satu jemaah, jemaah itu menunjukkan kepelbagaian latar belakang seseorang, saling bergantung merupakan sumber kekuatan sesebuah jemmah itu.
Wsalam...

ismailom oma said...

Tuan MSO

Sebelum pergi lebih jauh elok kita sama sama faham maksud ulama. Maksud sebenar ulama yang telah diselewengkan oleh segolongan "cerdik pandai". Makaud ulama yang sebenar ialah bukan " orang berilmu" tetapi orang yang tahu menggunakan ilmu dengan betul" kalau kita setakat tahu menghafal beberapa kitab atau formula tetapi gagal mengaplikasikannya maka kita tidak boleh dinilai sebagai ulama.

Cikgu Zakaria said...

salam semua. Tajam tulisan ini! Kalau Ahmad Maslan baca pun, dia boleh tersenyum.

Kita boleh bersetuju dengan seseorang dan pada masa sama kita juga harus berlapang dada untuk tidak disetujui oleh orang lain.

Mad Sabu merupakan orang lama dalam PAS. Tidak siapa pun yang boleh menafikan sifat istiqamah beliau dalam perjuangan dan pengorbanan dalam PAS. Walaupun sudah 3 kali berturut-turut kalah dalam pilihanraya umum, beliau tetap bersama PAS. Pada era 80-an dan 90-an Mad Sabu merupakan antara tokoh penting dalam menggerakkan sokongan golongan muda kepada PAS. Biarpun dalam isu PKM saya mungkin tidak sependapat dengan Mad Sabu, tetapi sumbangan dan sikap istiqamah beliau dalam perjuangan cukup mengkagumkan saya. Mudah-mudahan Allah mengampunkan kita semua dan mengembalikan kita semua ke landasan perjuangan yang hakiki, insha-Allah.