Sunday, October 13, 2013

Kelantan sebagai pusat hubungan industri kreatif

RENCANA KHAS                                                                        

Keizinan Allah s.w.t. kepada Pas Kelantan menerajui kerajaan negeri Kelantan Darulnaim selama 23 tahun ia bukan sahaja telah berjaya mengutuhkan kedudukan Kelantan sebagai negeri lembahan wahyu (ilmu), negeri berbudaya dan bersenian comel tetapi ia juga berjaya meletakkan Kelantan di atas peta dunia.

Hasil usaha dan kesungguhan itulah hari ini kalau di geoogle nama ‘Kelantan’ ia akan mencatat sebanyak 13 juta nama ‘Kelantan’ dipamirkan.

Penemuan ini membuktikan nama Kelantan tidak asing lagi ia sudah memenuhi setiap ruang alam siber dan media konservatif.

Tidak melampau kalau disebut Kelantan hari ini sudah dikenali di beberapa benua yang sebelum ini asing mengenai Kelantan. Intraksi menerusi pelancongan dan perdagangan mewujudkan keadaan itu. Kekerapan dan kerajinan tanpa mengenal pamrih kerajaan Kelantan mempromosikan nama Kelantan juga sudah membuahkan hasil.

Ahmad memantapkan pencapian.
Sedar atau tidak penglibatan rakyat Kelantan dalam bidang perniagaan (industri) bukan baru dan ia bukan bersifat kedaerahan lagi. Ia global. Sebenarnya apabila bercakap mengenai tradisi kerajinan dan ketabahan orang Kelantan ia tidak pelik. Orang Kelantan pernah membawa barangan dagangan mereka jauh ke luar Kelantan sebelum ini. Ia terhimbau ke Singapura, Pulau Pinang, Calcuta, Jeddah dan Makkah.

Jemaah-jemaah haji dari Kelantan disamping mereka menunaikan fardu haji setiap tahun mereka juga bertindak menjadi duta pelacung dan perdagangan Kelantan menerusi barangan dagangan mereka bawa sebagai bekalan seperti; garam, ikan masin, buah pinang, sireh, kapur, buah jering, buah petai jeruk, beras dan sebagainya. Barangan bekalan itu ada yang mereka jual di perantauan itu.

Teknik pemasaran produk Kelantan ini juga sungguh unik dan tersendiri. Ia dilakukan dalam keadaan selamba dan serampang dua mata. Misalnya batik cetakan Kelantan sudah lama dikenali di negeri-negeri luar Kelantan yang dibawa oleh orang Kelantan. Sambirin mereka merantau ke negeri-negeri lain untuk mencari rezeki, memukul padi atau membuka tanah hutan misalnya Kedah atau Pahang mereka akan membawa sehelai dua pelikat atau kain batik lepas untuk diperdagangkan atau pun dijadikan cenderamata. Melalui cara itu promosi barangan keluaran Kelantan berlaku.

Naluri atau minat berdagang yang mentradisi dan sudah merentasi daerah dan benua inilah menjadi penyuntik semangat kerajaan Kelantan untuk terus mempromosi dan memodenkan pemsaran barangan dagangan mereka ataupun budaya dan keseniaan mereka agar mendunia lebih luas lagi.

Contoh booth ekspo.
Komitmen dan tradisi rakyat Kelantan inilah menjadikan Kelantan utuh sebagai sebuah negeri bertradisi melangsungkan perdagangan dan menambahkan nilai budaya dan ketamdunan sesuai degan ciri-ciri seperti mana dituntut oleh Islam. Hari ini Kelantan cuba mengindusterikan dua elemen itu serentak.

Lokasi tapak ekspo.
Cuma sayang sedikit usaha berterusan dan memelihara tradisi murni Kelantan oleh kerajaan Kelantan tidak itu mendapat dokongan daripada kerajaan Pusat seperti mana diharapkan dari semangat federalisme. Kelantan berusaha sendiri secara diam dan berdikari. Namun pun begitu dalam diam-diam itu pelbagai persidangan, forum, dialog, pameran dan ekspo keseniaan, makanan, meritim dan sebagainya telah berjaya diadakan.

Kejayaan ini menunjukkan kerajaan negeri Kelantan dibawah pimpinan Tokguru Nik Aziz Nik Mat yang kini disambung oleh Ahmad Yaakub mempunyai iltizam dan komitmen yang tinggi untuk membawa Kelantan ke mercu yang diharap-harapkan rakyat Kelantan seluruhnya.

Kerajaan Kelatan dengan cogankata “Membangun Bersama Islam” telah menjadi perisai bagi menzahirkan sebuah negeri Islam contoh. Cogankata itulah juga yang menjadi daya tarikan pelacung walaupun orang belum tahu yang Kelantan masih melaksanakan Islam sepenuhnya. Tetapi keazaman itu telah meletak dan menjadikan peneraju Kelantan hari ini lebih berani dari negeri-negeri lain.

Barang kali ia boleh disebutkan semua itu terbibit dari Exco Cheng Ho: Kelantan - China Trade Fair 2011 yang kemudian membawa kepada ekspo Festival Antarabangsa Seni Kreatif Kelantan 2013 kali kedua yang akan berlangsung pada 31 Oktober hingga 3 November merupakan satu tarikan baru bagi Kelantan.

Kewujudkan festival ini menggambarkan iltizam dan keazaman kerajaan meletakkan Kelantan sebagai menjadi pusat jalinan hubungan industeri serantau dalam beberapa aspek serentak, perdagangan, persaudaraan dan pelancungamn. Kesediaan Kelantan menjadikan negerinya sebagai pusat penghubungan perdagangan industri ini mengesahkan akan kehebatan agama Islam yang diberi keutamaan oleh kerajaan Kelantan sebagai agama persaudara sejagat.

Mungkin rakyat Kelantan sendiri tidak menyedari apa yang berlaku di negeri mereka kerana keterbatasan publisiti dan sebagainya. Tetapi realitinya Kelantan dengan adanya keperihatinan, kesedaran dan dokongan agensi menjadi nadi penggeraknya melatkkan ia setanding juga dengan negeri-negeri maju lain yang mempunyai pelbagai kemudahan. Dalam kata lain Kelantan tidak terkalah dan tidak malu.

Festival ini sekali lagi membuktikan kemampuan kerajaan Kelantan dan kekreatifan agensi yang mendokongnya yang menjadi pejana minda kepada kerajaan dalam industri perdagangan. Festival itu sekali lagi akan meletakkan Kelantan atas landasan yang tepat dengan suasan hari ini, sejajar dengan hasrat Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakub yang mahu Kelantan terus mempertahankan kegilangan yang ditempah bekas MB lalu.

Seperti mana disebut dalam prospektif, http://www.icreativekelantan.my/objektif festival itu ialah untuk mengentengahkan pelbagai bentuk perniagaan (industeri) dan menjadikan Kelantan sebagai pusat perkembangan industri kreatif dunia. Dengan matlamat itu nanti Kelantan akan dikenali sebagai lembah industri kreatif di rantau sebelah sini.

Banyak manfaat dan perlu diambil kesempatan oleh para perniaga, pencipta rekebtuk, penjaga perniagaan dan sebagainya menerusi festival ini. Pedagang dari seluruh dunia akan hadir untuk memperkenalkan barangan mereka masing-masing dan dalam masa sama dapat mencari peluang-peluang rakan dagangan baru serta memperluaskan daerah pemasaran serta mengeratkan jalinan perdagangan bersama.

Secara kasarnya antara objektif itu ialah;

1. Meneroka peluang-peluang perniagaan antarabangsa dan meningkat pemasaran.
2. Mempromosi produk baru.
3. Mempamerkan pembangunan dan perkhidmatan yang inovetif dan menemui kretiviti-kretiviti baru.
4. Berpeluang bertemu dengan eksekutif dalam pelbagai bidang industeri kreatif di seluruh negara.
5. Bertukar maklumat dan peluang memperluakan jaringan perniagaan.

Festival ini akan disertai lebih 100 syarikat tempatan dan antarabangsa yang mencakupi dalam pelbabagai bidang perdagangan, rekaan, pengeluran, seni kreatif dan sebagainya. Ianya akan berlangsung di perkarangan stadium Sultan Muhamad Ke IV manakala perasmiannya di KTC. Tidak syak lagi usaha kerajaan menganjurkan festival bersifat tahunan ini satu usaha ke depan bagi menjadikan Kelantan sebagai anjung dan pusat perangkaian industri kreatif di Malaysia.
[wm.kl.12:10 pm 13/10/13]
Post a Comment