SUSUPAN TENGAH MALAM
Kedudukan Ketua Dewan Pemuda Pas Nasarudin Hassan (foto) dikatakan akan dicabar oleh salah seorang Exco Pas. Perkembangan terbaru ini menafikan desas desus sebelum ini menyebut seorang peguam muda dikatakan akan mencabar kedudukan ahli parlimen Termeloh itu.
Peguam berkenaan pernah mengeluarkan kenyataan akan mencabar Nasarudin di dalam beberapa media baru.
Pengumuman mengenai hal itu katakan akan dilakukan malam besok dalam satu majlis yang akan berlangsung di Kuala Lumpur.
Perkembangan ini sudah tentu menjadikan muktamar Dewan Pemuda Pas kali ini menarik perhatian dan penuh dramatik. Sehubungan itu kalau kedudukan Nasarudin Hassan dicabar sudah pasti kedudukan timbalan ketua Nik Abduh Nik Aziz juga akan turut dicabar.
Sebelum ini pernah terdengar seorang jawatankuasa pemuda menyebut kedudukan Abdul sebagai naib ketua akan dicabar sekiranya kedudukan Nasarudin tercabar. Cabaran di dalam Pas ini juga dilihat sebagai cabaran di antara dua kumpulan di dalam dewan berkenaan.
Exco yang akan tampil mencabar Nasarudin juga merupakan calon dalam pilhan raya di kerusi state tetapi tewas. Alasan beliau mencabar Nasarudin ialah untuk menyelamatkan dewan pemuda Pas.
Manakala ada juga desas desus mengatakan pemuda yang akan mencabar kedudukan Nik Abduh juga seorang exco kanan dewan berkenaan yang sangat populer kerana peranannya selama ini. [wm.kl.1:05 am 02/10/13]
1 comment:
Pada pendapat saya untuk PAS maju ke hadapan. Ketua Pemuda yang lain adalah diperlukan. Seseorang yang lebih berketerampilan dan lebih 'approachable less ulamak'.
Post a Comment