Monday, September 30, 2013

Tabik untuk Ahmad Maslan

DARI PARLIMEN                                                                                  

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan atas jawaban dan penjelasan dalam perbahasan rang perbekalan tambahan 2013 bagi Kementerian Kewangan di parlimen hari ini. Saya tertarik dengan cara Ahmad menjawab begitu teratur, lendik dan kemas serta autantik sekali. Semua pertanyaan yang dibangkitkan, serta pencelahan diberi respon yang baik.
Ahmad Maslan

Sikap timbalan menteri atau ahli parlimen sebeginilah yang perlu dicontohi. Berkualiti, telus dan terbuka serta tidak mempersendakan setiap persoalan yang ditimbulkan di dewan. Dalam jawabannya Ahmad tidak menyindir atau menggunakan floornya untuk mengkritik pihak pembangkang seperti mana sering berlaku kepada menteri atau timbalan menteri ketika menjawab pertanyaan sebelum ini.

Cara Ahmad menjawab dan memberi penjelasan diterima dengan senang hati oleh ahli parlimen. Ini terbukti bila mana tidak ada gangguan atau pun sorakan ketika beliau memberi jawaban. Semuanya serius dan memberi tumpuan kepada penjelasannya. Bermakna ahli dewan menerima tanpa takwil.

Paling menariknya penjelasan Ahmad detail, jelas beliau membuat homework yang mendalam. Tidak ada sebarang pertanyaan yang tidak boleh dijawab kecualikan permintaan dari ahli parlimen yang mengemukakan soalan spontan yang memerlukan jawaban bertulis atau pun notis.

Ahmad juga adil dalam melayan dan tidak 'memancung' atau mengenepikan pertanyan-pertanyaan spontan oleh pembangkang.

Selain itu apa yang menariknya bahasa yang digunakan Ahmad kemas dan menggunakan bahasa Melayu standard tanpa melakukan melacurkan bahasa seperti mana kebanyakan ahli dewan lain yang jahil mengenai bahasa terutamanya kata majmuk 'mereka' dan 'para' yang disebut 'mereka-mereka' atau 'para-para'.

Sekiranya amalan atau pendekatan seperti diambil Ahmad Maslan ini dapat dilaksanakan sepenuhnya sudah pastikan parlimen kita akan menjadi kemas, tertib dan dewan legislatif itu mencapai matlamatnya untuk kepentingan rakyat.

Syabas untuk Ahmad Maslan kerana berjaya meletakkan diri anda sebagai seorang timbalan menteri yang berkualiti dan contoh. [wm.kl.4:05 pm 30/09/13]

4 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Elok di ambil iktibar oleh semua ahli parlimen. Saolan pun Jangan 'nakal dan bangsat' supaya tidak mendapat jawapan yg sama status.

Masuk tuition kelas bahasa malaysia, Jangan asyik 'dengan izin' dan guna bahasa pasar atau bahasa warganegara kelas kedua.

Unknown said...

Alhamdulillah, kalau begitu Ahmad Maslan sekarang bukan Ahmad Maslan yang dulu. Dengan status bekas pemidato terbaik waktu sekolah dulu, Ahmad sepatutnya berhujah secara matang dan mengelak menyerang lawan secara peribadi. Kita bukan saja mahu melihat perbahasan yang muncul daripada pembahas yang berilmu dan professional, tapi juga melangkaui parti yang diwakili. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Budaya yes man dalam sesebuah parti akan mewujudkan budaya selesa kepada pemimpin yang akan menghancurkan parti.

Cikgu Zakaria said...

Salam semua. Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada YB Datuk Ahmad Maslan. Jika kepalanya berkualiti, badan dan ekornya akan turut sama berkualiti juga, insha-Allah. Nampaknya lepas ini kuranglah sikit modal untuk mengusik timbalan menteri yang ini dalam blog! .... Hehe.

person said...

Harap terus kekalkan penampilan yang berhemah dan intelektual.