Thursday, September 12, 2013

Tiada Perbincangan Untuk Gadai YIK

PERLEPASAN MALAM                                                                                                         

Exco Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Dr Mohd Fadzli Hassan menafikan perkhabaran kononnya perbicangan dijalanan untuk menyerahkan sekolah-sekolah dibawah kendalian Yayasan Islam Kelantan (YIK) kepada Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) atau kementerian pendidikan. 

Beliau merujuk kepada satu status yang saya (Mso) lepaskan di wall Facebook semalam, yang bertanya sejauh manakah kebenaran khabar mengatakan sekolah-sekolah YIK akan diserahkah kepada Pusat termasuk soal pembayaran gaji dan sebagainya.

Status itu menyebut khabarnya perbincangan ke arah itu akan dijalankan.


Fadzli dalam menjawab posting berkenaan menafikan perbicangan seperti dikatakan itu tidak ada langsung.

Katanya; "Saya ingin ambil kesempatan ini untuk menafikan berita tersebut. Untuk makluman tuan-tuan, tiada langsung perbincangan dengan mana-mana pihak untuk berbuat demikian."

Menurutnya sekolah dan pelajar agama adalah aset penting negeri dan rakyat Kelantan di mana setakat ini kerajaan memperuntukan satu perlima dari perbelanjaan negeri untuk YIK.

"Kita korbankan sudut lain dalam pembangunan negeri semata-mata bagi menjamin survival pembangunan pendidikan Islam," tegasnya.

Dengan penjelasan itu khabar mengatakan sekolah-sekolah YIK akan diserapkan ke Jakim atau Kementerian Pendidikan tidak berbangkit. Terima kasih kepada Dr Fadzli atas penjelasan. [wm.kl.7:42 pm 12/09/13]

No comments: