Tuesday, September 17, 2013

Tahaluf Syiaasi Perlu DiKaji Kerana Punggung Sakit!

SEBANGUN PAGI                                                                                 

"MSO tulis lagi fasal Pas sedap...tidak puas apa yang MSO tulis sebelum ini, terutamanya mengenai kisah "tahaluf syiaasi" itu. Banyak orang tidak faham". Begitulah SMS yang masuk ke dalam telefon saya, entah dari mana dan siapa dia saya tidak tahu. SMS bermaksud begitu juga dimasukkan ke dalam pm facebooks dan juga email dalam blog saya.

Saya terfikir sama ada hendak menulis lagi atau tidak. Rasanya tidak perlu. Orang semua sudah faham apa itu tahaluf siyaasi dan kenapa isu mengenai kerjasama dengan PKR, (saya baca dengan Anwar Ibrahim) minta dikaji semula. Lagipun makin tulis makin celaru dan meletihkan kerana bukan mudah untuk mendamaikan orang politik yang akalnya berbingkai-bingkai mengkut disiplin ilmu masing-masing.

Apa lagi kalau yang ada pandai terjemah dan menghurai filsofi mengikut firman dan hadith lagi menyerabutkan.

Bila minta dikaji semula, ertinya ada orang Pas yang tidak suka berkawan dengan Anwar. Senario ini sudah dapat dilihat lama sebelum ini, sebelum pilihan raya. Kedatangan Anwar ke Terengganu negeri Harun Taib tidak disambut baik. Bahkan ada majlis melibatkan Anwar disebotaj.

Sebelum pilihan raya juga sudah ada orang jumpa Anwar minta dia agar jangan jadi PM dulu. Permintaan itu jelas apa maksudnya. Jadi bagi saya apa yang Harun Taib lakukan itu adalah kerana ada orang bernama Haron juga berpendapat begitu, tidak mahu kepada Anwar. Habis cerita dan jelas duduk perkaranya.

Adapun Harun Taib lebih umum sedikit menyatakan tidak mahu kepada PKR, berselindung, tidak secara langsung dan jujur seperti orang bernama Haron. Jadi kedudukan perkaranya jelas, bahawa sesetengah orang Pas tidak sukakan kepada Anwar Ibrahim. Khalas. Apa nak lagi?

Anwar dianggap mendatang penyakit kepada Pas. Menjadi hijab kepada kemenangan Pas. Pas perlukan keputihan yang suci untuk menang sebab dia Islam. Allah tidak akan bantu Islam kalau penganutnya tidak ikhlas. Itulah persepsi yang dicipta ke atas Anwar Ibrahim. Untuk menimbulkan kebencian itu ditimbulkan berbagai cerita, yang kita sedia maklum. Walhal cerita sedemikian juga ada kepada orang lain, tetapi tahap usaha untuk menimbulkan kebenciannya tidak sehebat apa dilakukan ke atas Anwar.

Hijap-hijap juga wujud di kalangan ahli Pas sendiri. Banyak pemimpin Pas yang menyembunyi dosa khufinya, 'ketandulan' yang menjadi hijap kepada perjuangan? Cuba perhatikan ekor serban tiap daripada kita dengan sejujur dan seikhlas hati tentu ada bintik-bintik dikenali 'petit lalat'. Cuba belek ada ke? Adaaaa...

Jadi kalau sudah bencikan kepada Anwar apa boleh buat. Yang benci tetap akan benci, manakala yang 'sayang' merasakan Anwar perlu digunakan tetap akan bersama Anwar. Saya juga percaya tidak ada sesiapa di dalam Pas yang mahukan Anwar menjadi PM. Bodohlah kalau dia sebagai ahli Pas tetapi mahukan Anwar jadi PM. Baik dia jadi PM sendiri walaupun tidak layak. Saya setuju dengan gurauan Abdul Hadi, seronok juga kalau boleh jadi PM.

Tahaluf syaasi Pas dengan Anwar adalah satu strategi sahaja untuk menjadikan Anwar sebagai alat. Tidak lebih dari itu. Itu adalah hakikatnya dari sudut Pas dan perkara ini juga difahami oleh Anwar dan PKR. Bila dinamakan alat Anwar hanya alat tunggangan sahaja. Ibarat kepada kenderaan kaldai atau kuda atau unta, Anwar hanya ditunggang tidak diterima lebih dari itu. Betapa hebat unta atau kuda melarikan kita membawa untuk sampai ke sesuatu destinasi, katakan rumah seseorang yang ingin kita tuju, bila sampai ke perkarangan rumah itu, unta atau kuda akan ditinggalkan dibawah. Ia tidak akan dibawa naik ke atas rumah. Alat tetap alat.

Perkara atau anologi ini tidak difahami oleh sesetengah orang Pas sehingga menjadikan ia bertindak tidak berhemah dan sering pula dikejar bayang-bayang sendiri.

Dan semestinya juga Anwar yang dijadikan alat, akan juga mengambil kesempatan. Anwar sebagai alat bernyanwa dan ada nafsu dia juga ada cita-cita dan perkiraanya. Sudah tentu disamping bawa orang dia juga hendak mencapai tujuannya. Kalau orang bawa dia untuk pergi ke rumah seseorang, bila sampai dia juga hendak naik, untuk sama-sama makan kueh dan minum tea sebab dia ada perasaan. Cuba fikir kenapa Pas sedia menjadikan Anwar sebagai alat? Tentunya kerana dia ada nilai dan kelebihan tersendiri, bukan?

Di sini terpulang serah kepada Pas dan Anwar dalam merebut nikmatnya. Kalau Pas cerdik Pas akan mendapatnya kalau tidak akan terlepai berputih mata. Kalau Pas merasakan dengan kenderaan bernama Anwar itu mereka tidak berdaya melawannya, adalah kenaifan Pas dan wajar ia berpisah dengan Anwar. Tetapi apakah dengan menggunakan alat lain (Umno) ia mampu membawa Pas ke hampir destinasi jaya itu seperti hari? Mungkin...

Kerencaman sifat politik ini perlu difahami agar kita tidak mudah kecewa dan tertipu.

Saya bersetuju sangat dengan ulasan Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali yang mengatakan cara Harun Taib itu tidak bijaksana. Strategi parti mana boleh didedahkan secara umum menyebabkan ia silap tafsir akhirnya memberi kesan buruk kepada parti dan persepakatan. Perkara-perkara seperti inlah menyebabkan kita berpendapat golongan merasakan diri mereka al ulamak, matang berpolitik, tidak faham langsung mengenai tektikal politik. Orang seperti ini hanya layak menjadi buluh pengayuh rakit saja. Ia tidak boleh menjadi kayu senduk penyeduk gasing uri, kerana kedudukannya yang lurus tidak ada bengkang bengkok mustahil dapat mengaman gasing yang ligat berpusing di atas lidahnya

Hanya pengikut dan pentafsir yang lurus sahaja akan mengikut sesuatu yang lurus. Peluru senanpang akan keluar laju dan deras dari laras yang lurus dan sekata lubangnya.

Selain itu mungkin juga Harun ada 'bijak' sedikit tetapi buat sengaja tidak bijak kerana beliau hendak jadikan cadangan itu sebagai modal kempen dalam muktamar. Ia mahu dijadikan signal supaya orang-orang yang terus hendak menggunakan Anwar sebagai kenderaan kalah dan tidak berada dalam mainstream parti. Mungkin begitu, malahan itulah tujuannya. Kenapa saya berkata begitu sekiranya dalam pilihan raya lepas Pakatan Rakyat menang menjadi pemerintah negara ini, idea agar dibuat kajian semula kerjasama dengan PKR itu tidak akan timbul sama sekali.

Mungkin kini semua orang bergembira kerana sudah mendapat ghanimah masing-masing. Yang susah hari ini ialah kerana punggung lekok duduk atas kerusi keras Van C20. Kalau punggung sudah berlabuh di kusyen Mercedez 7 Siries pasti semuanya diam. [wm.kl.11:46 am 17/09/13]

7 comments:

Ridzuans said...

Salam Tuan MSO..

Tulisan kali ini lg sedap dibaca dr entri sblm ini terutama komen pasal senduk..hahaha..apa2 pun kedua2 Haron ini walaupun tggi ilmu agama tp x cerdik pemikiran..susah kalo tlebih maksum mengalahkan Khomeini nih...nmpk diri saja hebat, org lain hanya sampah..kalo begini caranya, apa lah nasib Pas bila bertukar Mursyidul Am nnt..jwabnya tggl nama saja lah Pas ni...terlalu inginkan menang putih bersinar smpai mengabaikan jalan2 membawa kemenangan pun salah juga...

melor boy said...

Salam Pak MSO,

Artikel yang sangat menarik, analogi yang sangat mudah untuk difahami. Bukan saya hendak menidakkan keupayaan PAS, perlu diingat kepercayaan rakyat pada PR hari ini adalah 70% dari faktor Anwar.

Seharusnya Pas bersyukur, kehadiran Anwar sebagai orang tengah banyak mainkan peranan penyatuan antara melayu dan cina malaysia. Bayangkan tanpa Anwar, adakah Pas mampu buat perkara yang sama?

Kalau macam inilah, sampai bila2 pun Pas takkan menang. Habis madu, sepah dibuang. Siapa pun takkan bekerjasama dengan Pas lagi.

alba said...

Melor Boy, Mungkin PAS bercita-cita nak join UMNO agar MP mereka dapat jadi MENTERI kot..? Dah bosan dalam PR lama sangat tak dapat jadi Menteri Kabinet..

zul said...

TAK SABAR TUNGGU PAS UMUM MUFARAKAH DENGAN PKR ...

Rasa lambat tunggu November Muktamar Agung PAS. Harap keputusan resolusi dan kajian yang diminta kumpulan ulama pro Harun Taib melegakan semua penyokongnya, agar PAS mufarakah dengan PKR. Jadi PRU 14 nanti, daripada 222 kerusi Parlimen, tolak +- 50 kerusi majoriti Cina, PAS boleh bertanding lebih 170 kerusi. Tak perlu lagi berkongsi kerusi dengan PKR. Jika PAS menang 111 kerusi majoriti mudah, PAS dah boleh perintah Putrajaya. PAS bolehlah ganti Umno. TG Haji Hadi atau Harun Taib boleh jadi Perdana Menteri. DAP ikutlah, sama ada parti itu nak join PAS atau tidak terpulang kepada Kit Siang dan pemimpin parti itu. PKR masa itu dah berkubur, legalah PAS tiada lagi PKR sebagai penghalang cita-citanya nak laksanakan Hudud sepenuhnya selama ini, sepertimana yang dikatakan Harun Taib pada Himpunan Ulama PAS di Kedah, baru-baru ini ! Pro Harun Taib tentu seronok .....

bat8 said...

Tuan,

Ambo ikuti cerita UG ini agak dari mula lagi. Watak yang konsisten dalam membawa idea ini di persada politik tanahair pada pandangan ambo ialah Ustaz Harun Taib. "Harun" yang satu lagi tidak menonjol sangat. Seorang lagi tokoh kuat juga senegeri dengan Ustaz Harun Taib sudah tutup mulut tetapi hati tak tahulah sebab kita tak boleh suluh hati orang.

2. satu kemusykilan timbul dibenak ambo sebagai penyokong PAS tetapi bukan ahli PAS iaitu tidakkah PAS telah menolak sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO dalam satu Muktamar yang diadakan di Ipoh beberapa tahun yang lalu?

Idea mengkaji kerjasama dengan PKR yang dicadangkan oleh Dewan Ulamak walaupun tidak menyebut secara terang dan jelas hasrat ingin berUG dengan UMNO sebenarnya itulah mesej sebenar.

Jadi, persoalan yang bermain didalam fikiran ambo ialah apa makna keputusan Muktamar di Ipoh yang sudah lama dibuat itu? mana wala kepada pemimpin dan jamaah kalau tidak mahu patuh kepada keputusan jamaah.

bat8

Rez said...

JAngan nanti, dah sampai destinasi ... alat tunggangan yang naik rumah makan nasi dengan dayang2 ... yang menunggang tinggal di kaki tangga melihat saja ...

padahal yang menunggang lebih ramai pengikut daripada alat tunggangan ... tak pasal beramai2lah penunggang dan pengikut2nya duduk di kaki tangga memikirkan strategi yang memakan diri ...

MOHD. SAYYID MU'AMMAR MOHD. YATIM said...

begitu sinis tuan MSO memberikan jenama kereta Mercedes no 7!

kenapa tidak dedahkan shj apa yg terjadi di terengganu sebenarnya?

kemudian saya ada satu cadangan jika tuan boleh bincangkan. mengenai kedudukan dewan ulama yg tidak 'suci'. kerana kita dpt lihat ahli dewan juga memegang jawatan rasmi (adun, menjadi calon) sepatutnya ahli dewan dpt memberikan pandangan berdasarkan syara bkn kepentingan politik? apa kata tuan?