Thursday, September 5, 2013

Duta Baru Malaysia Ke Indonesia Tidak Ada Kriteria?

SUSUPAN MALAM                                                                            

Menteri Luar Anifah Aman telah mengesahkan bekas ahli parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamaed Hashim (foto) dinamakan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia. Bagaimana pun bila Zahrain akan memulakan tugas masih belum diketahui. Wiama Putera akan mendapat persetujuan dari pihak pemeritah Indonesia terlebih dahulu. Oh...

Indonesia sebenarnya tidak ada hak untuk menolak perlantikan itu kerana ia adalah hak mutlak kerajaan Malaysia atau mana-mana kerajaan berhak melantik duta mereka ke negara yang mempunyai hubungan diplomatik tanpa persetujuan negera berkenaan. Indonesia bagaimana pun hanya boleh untuk tidak memberi kerjasama dengan mana-mana duta apabila mereka tidak yakin atau berpuas hati dengan individu yang dilantik. Misalnya kalau Indonesia mengadakan kenduri kahwin, mereka boleh dan tidak salah kalau tidak mengundang Zahrain.

Tetapi tindakan itu jarang berlaku. Sebab ia akan dibalas. Sesebuah negara ada hubung diplomatik kena menerima sesiapa sahaja duta atau kuasausaha (perwakilan) negara yang dihantar ke negara berkenan tanpa perlu mengusulperiksa siapa mereka. Apakah mereka berkerapu, balar atau pun telinga besar sebelah?

Itu tidak menjadi soal, walaupun ia boleh dipersoalkan oleh Indonesia. Sudah tentu kerajaan Indonesia menyelidiki siapa duta baru ke negara mereka itu. Walaupun latar belakang Zahrain serta fahaman politiknya tidak penting dan diambil kira oleh kerajaan Malaysia seperti kata Anifah Aman, tetapi perkara itu tentu disuluh tengok oleh pemerintah Indoensia.

Nama Zaharin agak asing dengan Indonesia berpandukan kepada hubungan sosial beliau dengan negara itu sebelum ini. Zahrain tidak seperti nama-nama lain yang sebelum ini juga dicadang atau diimpikan untuk dilantik menjadi duta seperti bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd Noor atau Ruslan Kassim atau pun Annuar Musa yang kerap ke Jakarta.

Setidak-tidaknya kalau hendak diikutkan kepada jasa dalam membantu Najib Razak kekal sebagai perdana menteri, orang seperti Ibrahim Ali juga beleh dipertimbangkan. Dari segi pengalaman, hubungan luar dan daya diplomasi Ibrahim jauh lebih hebat dari Zahrain. Sekurang-kurangnya Ibrahim pernah menjadi timbalan menteri di JPM dan pengalaman itu boleh dimanfaatkan. Atau pun kalau tidak mahukan kepada Ibrahim Ali kerana kuat melompat, Mohd Zain Abdullah bekas menteri JKR yang kalah di Sepang baru-baru ini juga layak, bahkan lebih layak. Mereka ini tidak ada rekod bagi Indonesia.

Mengenai Zahrain itu setidak-tidaknya pemerintah Indonesia mengetahui kejujuran dan kesetiaannya semasa menjadi ahli parti. Indonesia juga tahu akan kerencaman politik Zahrain. Dia bertanding atas tikit PKR kemudian keluar meninggal parti. Bukan itu sahaja dia mendedahkan keburukan Anwar malam dan siang. Integriti Zahrain dari segi politik out.

Melihat kepada dia menyerang Anwar seperti dia seorang yang berdendam dengan Anwar Ibrahim? Atau seorang pengkhianat kepada parti PKR. Pemerintah Indonesia tentu tahu hal itu. Latar belakang yang tidak menjadi kriteria kerajaan itu sudah tentu ada dalam tangan pemerintah Indonesia. Apakah Zahrain akan diberi kerjasama sebaik mungkin oleh pemerintah Indonesia? Perkara ini perlu difikirkan oleh Wisma Putera.

Kita tahu bahawa Anwar mempunyai hubungan persahabatan dengan ramai tokoh di Indonesia termasuk yang berada di dalam kabinet SBY sekarang ini. Anwar menjalani hubungan intim dengan pelbagai gerakan dan massa di Indonesia sejak beliau aktif di dalam ABIM tahun 70-an lagi. Sudah pasti Anwar ada di dalam hati Indonesia dan apakah keadaan ini, dengan kehadiran Zahrain yang 'begitu-begitu' itu tidak menimbulkan masalah?

Atau pun Najib Razak telah mempertimbangkan segala itu. Mungkin kerana menyedari bahawa pengaruh Anwar besar di Indonesialah maka beliau perlu menghantarkan orang seperti Zahrain Hashim sebagai duta bukan Zaharin Mat Yassin. Dengan adanya Zahrain, diharap dia dapat menenangkan keadaan Malaysia - Indonesia dalam isu Anwar. Dalam erti kata lain penghantaran Zahrain ke Jakarta bukan atas kepentingan hubungan negara sangat tetapi ia lebih terdorong untuk kepentingan Najib secara peribadi untuk mengekang pengaruh Anwar di sana.

Kenapa saya berkata begitu kerana masih ada betimbun-timbun lagi bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan atau bekas wakil rakyat atau tokoh teknokrat yang berpengalaman lebih layak dan sesuai untuk dihantar ke Indonesia sebagai duta. Kalau bukan kerana hendak membalas jasa dan budi Zahrain kerana menyerang Anwar, apa lagi alasannya? Betul tak Mat, Mat mana lagi kalau bukan Ahmad Maslan. Ezam menggeleng-geleng kepala, kenapa? [wm.kl.10:58 pm 05/09/13]

1 comment:

sabina said...

Dalam UMNO mana ada perlu kriteria untuk menjawat jawatan yang penting orang yang dilantik mesti ikut telunjuk dan arahan dari aku ,ini telah pun dilakukan semenjak Che Det dulu lagi itulah sebabnya apa saja polisi yang dibuat oleh setiap menteri sentiasa berubah bila bertukar ya sesaorang menteri ,sepatutnya polisi ditambahbaikkan bukannya diubah terus ,sebagai contoh tindakkan operasi polis sekarang ini, kenapa semasa menteri lembik ketika jadi menteri dalam negeri tidak bertindak walhal kepala gengster telah berada dalam parti sendiri yang mengetahui perkara itu bukan orang biasa tapi ketua polis bahagian risik kan, kenapa diam?,inilah kerajaan BN yang dipimpin oleh UMNO ,ikut perentah dan telunjuk aku semua boleh dan selamat ,inilah juga terjadi pada hamba ini yang tidada wibawa untuk menjadi duta bagi negara ini bagitulah juga dengan pengerusi TBing Haji sekarang ini. Fikirlah senii.