Thursday, September 19, 2013

Ariffin Jadikan Buku Dihadiah Nik Aziz Sebagai Azimat Lawan Wan Ismail

TERKINI                                                                                                

Tokoh usahawan hartanah Kelantan yang sedang meningkat naik, Ariffin Mahmood, 51 atau lebih dikenali dengan Ariffin Atira tidak akan bergajak dari naiwatu asalnya untuk terus menentang Wan Ismail Wan Jusoh bagi merebut jawatan Yang diPertua Pas kawasan Ketereh.

Ariffin (kiri) ketika mengunjungi Tokguru Nik Aziz.
Mesyuarat kawasan itu akan berlangsung Sabtu ini yang akan dirasmikan oleh Ajk Pas Pusat Abu Bakar Chik.

Difahamkan walaupun ada usaha untuk kompromi beliau menolaknya atas alasan perlawanan dibenarkan di dalam parti apa lagi perlawanan merebuta jawatan di peringkat kawasan itu dilakukan secara anak beranak dan penuh kemesraan.

"Wan Ismail adalah kenalan saya dan kami rapat. Jadi perlawanan ini adalah perlawanan anak beranak saja," demikian jelas Ariffin semasa dihubungi sambil menafikan perlawanan itu kerana beliau kurang senang dengan karektor Wan Ismai sebagai pemimpin.

Menurutnya perlawanan itu juga bagi memenuhi harapan akar umbi yang mahu melihat perubahan kepimpinan didalam Pas Ketereh yang mereka rasanya ia tidak berubah sejak lebih 20 tahun lalu.

"Saya sebenarnya sibuk dengan urusan perniagaan saya, tetapi kerana tidak mahu mengecewakan harapan ahli disemua peringkat untuk melihat ada anjakan paradigma di Ketereh, tidak tergamak untuk saya mengecewakan harapan mereka. Kebetulan juga saya diberikan sedikit rezeki untuk diinfak kepada parti dan juga perjuangan mendorongkan saya untuk meneruskan hajat ini," jelasnya lagi.

Desakan yang kuat berlaku di Ketereh ini juga katanya bukan saja diperingkat cawangan tertapi termasuk di kalangan pemuda, muslimat dan hampir separuh pempinan kawasan sendiri.

Sehari dua lepas ada usaha untuk memujuk Ariffin supaya tarik diri dari bertanding. Beliau juga dijanjikan untuk memberi peranan sewajar didalam parti sekiranya beliau bersedia menarik diri. Usaha itu dilihat kedudukan Wan Ismail sebagai penyandang kini tergugat dan mungkin perlawanan ini terhebat di Ketereh.

Arifin Atira selain daripada terlibat dengan pembangun hartanah beliau juga mempunyai firma konsulatan dalam bidang perancangan bandar dan pembangunan wilayah. Sebelum mencebur diri dalam bidang perniagaan beliau pernah menyertai bank BMF (1991 -1995) dengan jawatan terakhirnya selaku timbalan pengurus besar bahagian kontrektor.

Beliau yang juga bekas Presiden Perakan Malaysia juga merupakan ahli lembaga pengarah perancangan bandar disamping dilantik menjadi ahli lembaga pengarah beberapa GLC Kelantan.

Ditanya apakah pertandingan ini tidak memburukkan masa depan politiknya, beliau menjelaskan; tidak mengapa kalau saya kalah pun, sebab perlawanan ini tidak akan menjejaskan hubungan antara kami. Lagi pun Pas adalah sebuah parti yang kuat ukhwahnya, penuh prihatin dan tidak akan menganiayaan mana-mana ahlinya.

Petang semalam Ariffin telah mengunjungi Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat di pejabat Institiut Pemikiran Tok Guru di Kota Darulnaim. Dalam kunjungan itu Ariffin menyatakan hajat untuk menentang Wan Ismail sebagai Yang diPertua Pas Ketereh.

Ditanya apakah nasihat Tokguru, Ariffin menjelaskan Tokguru tersenyum dan menghadiahkan sebuah buku. "InsyaAllah buku itu saya jadikan azimat untuk berdepan dengan Wan Ismail," balas Ariffin berseloroh.

Pertandingan merebut jawatan ketua di Ketereh ini merupakan satu-satunya kawasan Pas di Kelantan yang terlibat dengan pertandingan. Kawasan lain khabarnya tidak melibatkan pertandingan merebut jawatan peringkat jawatan Yang Dipertua.  [wm.kl.3:27 pm 19/09/13]

Post a Comment