Thursday, September 12, 2013

Raihan Ambil Tanggungjawab Tentang Sharizat

ULASAN PETANG                                                                               

Raihan, pencabar baru Sharizat.
Apabila bekas Puteri Umno Azalina Othman Saad membuat pengumuman dia akan mencabar Sharizat Abdulk Jalil sebagai ketua Wanita Umno saya sudah tertanya-tanya sendiri, (kurang yakin) apakah benar bekas menteri kabinet ini atau hanya sebagai satu ugutan kepada Sharizat.

Entah kenapa saya tidak yakin kerana melihat kepada penampilannya sebelum ini nampak hebat tetapi kosong. Azalina hanya petah bercakap tetapi kadang-kadang cakapnya tidak ada nilai dan hilang fokus. Dia nampak berani dan serius tetapi keberanian itu hanya kerana dia berpanggang atas profesyennya sebagai peguam.

Tidak pernah saya melihat bagaimana handalnya dia berhujah di mahkamah bagi melihat sejauh mana kualiti dia sebagai seorang peguam. Mungkin juga selama ini dia hanya peguam yang menguruskan perjanjian jual beli sewa rumah saja.


Penampilan atau muqadimah orang mengenali beliau ialah semasa dia menjadi perantara untuk sebuah rancangan forum televisyen. Memang dia handal tetapi setakat itu sahaja lah - menjadi pengacaraan sebuah forum. Kepetahan bercakap tetapi tidak memiliki syaksiah diri tidak mudah diterima orang untuk menjadi ketua. Sikap 'jantan'nya juga menjadikan ada wanita Umno yang bertatsusila timur merasa gerun dan takut.

Jadi tidak menghairankan apabila beliau yang nampak bersungguh untuk mencabar Sharizat kemudian bersungguh pula menarik diri. Ada maklumat atau cerita-cerita kurang sedap mengenai Azalina kenapa dia berbuat begitu. Saya tidak perlu mengulasnya kerana kita dapat membuat andaian sendiri. Biasanya kalau orang kuat bercakap maka besarlah juga penyumbatnya.

Azalina dikatakan tidak pernah bersuami, tetapi dia ada melihara seorang anak? Mungkin juga kekurangan ini menjadikan beliau takut untuk memimpin wanita Umno yang rata-rata bersuami dan sudah bercucu piat.

Penarikan diri Azalina walaupun atas apa sebab dan apa imbuhan, tidak memberi keselesaan kepada ketua wanita Umno yang lakinya menjadi taukeh lembu gemuk (NFC) itu. Kini muncul seorang yang boleh dianggap wanita besi menjadi galang ganti atas kepalsuan Azalina untuk menentang Sharizat itu. Wanita dimaksudkan oleh Raihan Suleiman Pelastin.

Mungkin tidak berapa ramai mengenali Raihan. Tetapi dari kalangan Puteri Umno yang kini sudah pun menjadi nenek atau sesetengahnya menjadi madu ke lapan, kenal siapa Raihan ini. Dia pernah mencabar, bertanding untuk merebut jawatan Ketua Puteri Umno. Jiwa penentang dan melawan sudah adalah dalam diri perempuan ini.

Sebenarnya dialah paling layak untuk membuat tawaran menentang Sharizat Jalil bukannya Azalina. Tetapi dia mungkin tunggu dan lihat waktu itu maka dia stand by dari belakang. Raihan mungkin sudah kenal Azalina luar dan dalam, tepi dan rusuk maka dia hanya mendiamkan diri untuk menjadi pengalang ganti. Raihan sudah membaca apa yang bakal berlaku dan ia benar berlaku.

Tidak hairan kalau Raihan memberanikan diri atau dianggap menentang arus. Dia anak Sauleiman Pelastin seorang pejuang Umno yang tidak boleh melihat kemungkaran begitu sahaja. Bapanya pernah menentang Hussein Onn untuk jawatan presiden Umno. Darah Sulaiman sudah tentu mengalir ke dalam tubuh dan urat nadi Raihan. Mencabar Sharizat atas alasan untuk membawa perubahan ada kesenimbungan bapaknya.

Dalam SMS rengkas beliau kepada saya, Raihan menulis; "Reaseon Umno sudah tercemar jadi kena bersihkan sebelum PRU 14. Kita hendak rakyat cakap masalah dia orang, bukan pemimpin bermasalah. Kalau tak lakukan perubahan dari atas maka akan berlaku perubahan dari bawah. Maka rakyat yang tak bersalah akan terbabit seperti di Syaria dan Mesir. So pemimpin Umno kena fikir korban diri atau ramai rakyat yang mati."

Selamat berjuang dan menentang Sharizat untuk membela rakyat. Mudah-mudahan Raihan tidak akan menjadi Azalina yang kedua pada saat akhirnya. [wm.kl.4:03 12/09/13]

No comments: