Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakub perlu lebih prihatin kepada perkembangan negeri Kelantan kerana banyak hal-hal yang boleh mengejutkan berlaku sejak kebelakangan ini. Setengah perkara atau masalah itu ia adalah lanjutan dari zaman Nik Abdul Aziz Nik Mat jadi MB.
Ahmad perlu prihatin. |
Sebagai contoh mengenai satu projek usahasama di antara sebuah majlis daerah dengan sebuah syarikat pemaju dari Kuala Lumpur untuk membangun hartanah berupa bangunan kedai dan rumah di atas tanah seluas hampir 40 hektar. Projek itu melibatkan perbelanjaan melebihi RM100 juta? Ia dilaksanakan atas tanah rakyat katanya nilai yang dibayar dengan harga yang tidak munasabah.
Nilai seekar dibayar RM120 ribu sahaja dimana kalau mengikut nilai semasa sekitar RM200 ribu hingga RM250 ribu. Penilaian itu dibuat oleh pihak kerajaan telah menaniayakan rakyat. Memang peluang untuk membuat bantahan diberi tetapi kerana setengahnya terdiri dari orang kampung serta tidak ada wang untuk membayar fee peguam menyebabkan mereka terpaksa menelan harga itu begitu sahaja.
Ekoran penilaian rendah oleh majlis daerah ini menyebabkan berlaku protes secara senyap terhadap kerajaan Kelantan. Walaupun ada aduan-aduan dan rintihan dibuat tetapi ia tidak mengubah keadaan. Tidak sepatutnya kejadian sedemikian berlaku di negeri Kelantan.
Harga yang ditetapkan pemaju untuk nilai satu lot rumah rumah ialah RM650 ribu.
Iya juga menimbulkan keganjilan apabila pada mulanya sumbangan dipersetujui sebanyak RM1.2 juta tetapi dikurangn sehingga RM5,900 sahaja. Ia merupakan angka yang tidak logik sama sekali dan disyaki berlaku ketidaktelusan. Khabarnya penurunan jumlah sumbangan ini setelah syarikat berkenaan berunding dengan Jawatankan Khas Projek.
Jumlah bayaran sumbangan itu menyebabkan timbul rasa tidakpuas hati dan kepelikan di kalangan pegawai di majlis berkenaan termasuk Pegawai Jajahan. Ini menyebabkan kemungkinan laporan kepada SPRM akan dilakukan?
Perundingan di antara Jawatankuasa Khas Projek berkenaan dengan syarikat berkenaan juga diadakan di luar Kelantan termasuk di Kuala Lumpur. Dalam pada itu projek itu juga katanya tidak dibincang dalam mesyuarat penuh majlis berkenaan seperti selalunya. Ahmad sebagai MB wajar mengambil perhatian perkara ini dengan membuat semakan dalam kes ini. [wm.kl.11:34 pm 13/09/13]
3 comments:
alhamdulilah saya suka dan senang hati dengan cara tok tie menegur..jujur dan jelas..sesungguhnya telah wujud kerisauan mendalam sejak peralihan pimpinan negeri..harap2 ianya tak semakin parah
wasalam
Banyak perkara yang telah dan sedang berlaku. Ada baiknya juga SPRM masuk campur. Projek pembangunan rumahkedai di Gua Musang dijual pada harga lebihkurang RM798 ribu. Untuk ini, penduduk setinggan asal yang telah menduduki tanah tersebut sejak tahun 80an telah dihalau dengan gantirugi yang tidak seberapa. Banyak tangan ghaib terlibat. Mungkin tanpa pengetahuan MB.
Mb kelate xleh kata itu diluar pengetahuan. Sgala apa yg berlaku di bwh negeri tadbirannya perlu diambil tahu.
Post a Comment