Monday, September 9, 2013

Tahniah Pas Kawasan Kuala Krai

CATATAN RAYA                                                                                   

Latif, Dr Hatta dan Fauzi menyampaikan wang raya.
Semalam adalah majlis rumah terbuka Aidifitri terakhir untuk siri 1434H atau 2013M ini yang saya hadir. Ia merupakan majlis rumah terbuka anjuran Pas kawasan Kuala Krai. Lokasinya di Taman Medan, Jalan Klang Lama, sama lokasi tahun lepas. Pas kawasan Kuala Krai boleh dikatakan antara Pas kawasan yang aktif dalam mengambil 'cakna' kepada rakyat terutamanya pengundi yang berada di luar kawasan seperti Lembah Klang. Setiap tahun majlis seumpama itu diadakan.

Pas kawasan ini juga konsisten dalam menjaga dan mempedulikan pengundi. Mereka bukan saja mendekati rakyat semasa menjelang pilihan raya, tetapi boleh dikatakan sepanjang masa. Ada-ada sahaja program yang diaturkan. Kepedulian berusan tanpa mengira masa ini juga melambangkan keikhlasan Pas kawasan ini dalam menjaga rakyat.


Apa yang saya dapat gambarkan kejayaan Pas Kuala Krai ialah kerana kemantapan kepimpinannya. Perpaduan dan kerjasama pemimpin adalah penting untuk menjayakan sesuatu program sebesar itu apa lagi di luar kawasan. Kalau pimpinan di semua peringkat tidak 'semakan', 'rohok'lah sikit untuk mengadakan majlis.

Turut hadir Zulkifi, Wan Suhaimi dan Ir hamzah.
Tidak kedengaran Pas kawasan Kuala Krai bertelingkah sesama sendiri. Tidak ada desas desus berbunyi orang itu dengki orang ini khianat hendak menjatuh dan menolak sesama sendiri. Semuanya memberi kerjasama penuh pesefahaman.

Atas asas inilah juga satu-satunya kawasan yang ahli parlimennnya orang luar yang ada di Kelantan. Pas Kelantan mempecayai kepada Pas Kuala Krai untuk terus meletakkan Dr Mohd Hatta Ramli menjadi ahli parlimennya. Mungkin kalau kelebihan itu tidak ada, Dr Hatta tidak diletakkan disitu. Dr Hatta bertuah kerana mendapat sebuah kawasan yang selesa dan menghormati kehadirannya.

Kemantapan Pas Kuala Krai berdasarkan program yang diadakan dan sambutan terhadapnya, bergantung besar kepada pimpinannya Abdul Latif Abudl Rahman yang juga ketua pemuda Pas Kelantan. Pimpinan Latif diterima oleh semua pihak. Sokongan padu diberikan kerana kemampuan dan sikap kepimpinan yang ada kepadanya.

Majlis rumah terbuka semalam dihadiri oleh semua pimpinan Pas kawasan itu. Semua wakil rakyat termasuk bekas wakil rakyat hadir kecuali bekas ahli Parlimen Kuala Krai, Nsir Daud dan Ibrahim Mohamad. Selain Abdul Latif (Mengekebang), Dr Mohd Hatta Ramli (Parlimen), Fauzi Abdullah (Manik Urai) dua dua bekas wakil rakyat juga hadir, Zulkifli Yaacob dan Aribillah.

Penyelia Dun Dabong yang kalah baru-baru ini Zaki dan Ketua Cabang PKR Pasir Mas Dr Wan Suhaimi Wan Daud serta Presiden Perakan Ir Hamzah juga hadir sama. Lebih 2,000 hadir pada majlis berkenaan.

Paling istiewa juga satu-satu kerusi PKR di Kelantan yang menang adalah di Kuala Krai. PKR memenang kerusi Guchil menerusi Roslan Puteh. Sudah tentu kemenangan Roslan itu atas sokongan padu ahli-ahli dan penyokong Pas Kuala Krai. Menginsafi kedudukan PKR di situ sekiranya tidak ada sokongan padu Pas, 'rohok' untuk Roslan menang. Situasi ini juga menggambarkan mungkin kekalahan calon PKR di kawasan lain kerana tidak ada sokongan mantap dari ahli dan penyokong Pas kalau pun tidak sampai cah keting.

Inilah kelebihan Pas Kuala Krai, ikhlas dan jujur dalam menerima rakan mereka PKR. Roslan khasnya dan PKR harus berterima kasih banyak kepada Pas Kuala Krai.

Mungkin tidak keterlalun di sini kalau Pas Kuala Krai dijadikan model sebuah kawasan yang berjaya, maju dan bersemangat. Pas Kelantan patut memberi pengikhtirafan sebagai contoh sebuah kawasan yang mengambil berat perhatian kepada rakyat. Pas kawasan lain wajar mempelajari dan meniru apa yang berlaku dalam Pas Kuala Krai.

Dalam pada itu selain Pas Kuala Krai boleh disebut salah satu kawasan yang tidak pernah lupa meraikan rakyat dan pengundi di perantauan ialah Pas Machang. Pas kawasan Machang juga kerap mengadakan majlis-majlis perjumapaan dan ramah mesra dengan pengundi dan rakyat berada di luar. Sayang saya tidak sempat hadir rumah terbuka Pas Machang yang diadakan minggu lalu.

Jelas kejayaan dan kemampuan Pas Machang mengadakan program luar untuk meraikan pengundi ialah kerana kemantapan Pas kawasan itu yang dipimpin Zulkefli Mamat yang juga Adun Pulai Chondong yang dibantu Dr Mohd Fadzli Hassan Adun Temangan.

Pas kawasan lain nampaknya 'cerlang cerluk', kadang ada kadang tidak ada. Yang menonjol dan bersungguhnya saat hendak pilihan raya sahaja. Itu pun semacam prgoram diada kerana tepaksa takut tidak dikatakan tidak 'cakduh' kepada rakyat. Saya dapat simpulkan kenapa Pas kawasan lain yang jarang mengambil peduli hal-hal ini kerana ada masalan dalaman. Bila sesama sendiri tidak belaga angin, maka majlis-majlis sebegitu sukar untuk diuruskan.

Begitu juga ada Pas yang kawasannya selamat merasakan tidak perlu merai pengundi di luar kerana ia membuang masa. Pas kawasan Pengkalan Chepa, Kubang Kerian dan Kota Bharu misalnya. Tetapi Pas Kota Bharu apa yang diketahui akan mengadakan majlis raya rutin tahunan mereka bertempat di Lembah Pantai. Apakah tahun ini sudah berlalu atau pun tidak diadakan kerana ahli parlimennya Takiyuddin Hassan menang besar mencecah 16 ribu majoriti?

Memandangkan Pas Kuala Krai sebuah kawasan yang mantap dan maju barang kali boleh difikirkan Pas kawasan ini mengambil Pas kawasan Gua Musang untuk dijadikan anak angkat. Kerana Pas Gua Musang seakan tidak berjumpa momentum untuk menawan Gua Musang apa kata kalau Pas Kuala Krai diarah agar mengurus Pas Gua Musang? [wm.kl.11:57 am 09/09/13]
Post a Comment