Saturday, September 14, 2013

Yuganu Dan Rohani Dicabar di Pasir Puteh

SINGGUNG                                                                                          

Kehilangan dua kerusi Selising dan Semerak dalam pilihan raya lalu tidak memberi apa-apa iktibar kepada Pas kawasan Pasir Puteh dan nampaknya parti berbangsa Islam kawasan itu tidak menganggap kekalahan itu sebagai kifarah ke atas mereka.

Yuganu dicabar.
Seolah-olah musibah itu diterima begitu saja tanpa direnung muslihat dan hikmat disebalik apa yang berlaku. Jauh sekali untuk 'salualanabi' berkerjasama demi memantap parti.

Dua jawatan didalam kepimpinan Pas Pasir Puteh akan berlaku pertembungan. Kenapa harus berlawan dalam masa parti baru mengalami kekalahan? Jawatan yang dikatakan akan berlaku perlawanan ialah kerusi Timbalan Yang diPertua Pas dan Ketua Muslimat.

Rohani Mamat ketua dewan muslimat Pas akan ditentang oleh isteri kepada pimpinan Pas Pasir Puteh. Khabarnya pelan sudah diatur untuk memastikan Rohani tumbang. Manakala Adun Gaal, Tuan Mazlan pula dihala agar menentang Yuganus Yunus untuk kerusi timbalan YDP. Apakah untung yang diperolehi Pas kawasan Pasir Puteh dengan perkembangan ini.


Paling malang lagi penentangan itu katanya bertolak dari tanggapan kedua-dua mereka tidak sebulu dengan beberapa orang yang menguasi kepimpinan hari ini?

Kebetulan saya pernah mengikuti dari dekat Pas kawasan ini pada akhir tahun 70-an. Pas kawasan ini tidak penah sunyi dari perebutan jawatan. Paling menyedihkan ada kalanya mesyuarat kawasan terpaksa ditangguhkan kerana berlaku kekecohan sampai bertampar dan bertumbuk.

Apabila Pas Pasir Puteh baru hilang dua kerusi, tidak sewajarnya mereka menerusi amalan 'jahiliah' itu, bergaduh semasa sendiri. Apakah alasan maka Rohani dan Yuganus hendak diganti? Apakah kerana mereka dilihat vokal dalam parti berani mengkritik maka mereka harus dilenyapkan? Sampai ke bila pun Pas Pasir Puteh tidak akan tamadun.

Rohani dicabar kali kedua.
Rohani seorang yang dilihat berani mengeluarkan idea dan membuat kritikan ke dalam (muhasabah). Dia sering menegur dan mengkritik ke dalam tanpa menyebut mana-mana nama pemimpin dalam Pasir Puteh. Apakah kerana itu maka beliau harus dilenyapkan dan digantikan dengan wanita yang boleh mendiamkan diri?

Begitu juga dengan Yuganu. Apalah dosa guru ini maka beliau harus ditentang. Apakah kerana dalam mesyurat dua tahun lepas dia telah menumbangkan Drs Zainuddin Awang Hamat, maka kemenangan beliau itu harus dibalas? Begitukah?

Apakah Zainuddin emas tembaga pusaka di Pasir Puteh yang tidak boleh dileburkan untuk dijadikan perhiasan? Saya rasa Yuganus sudah banyak disakiti di Pasir Puteh. Dia dinafikan menjadi calon dan tidak dilantik megenag apa-apa jawatan lantikkan politik. Ini satu ketidakadilan.

Hak Yuganus sebagai ahli dan pemegang jawatan itu tidak boleh dinafikan. Dia dipilih didalam muktamar lepas dan beliau ada pengikutnya sendiri. Suara ahli yang memilihnya hendak dihormati.

Semangat yang perlu dibawa di Pasir Puteh ialah persaudaraan demi mengukuhkan parti. Nik Mazian Nik Mohamad sebagai ketua, Drs Zainduddin sebagai bekas timbalan dan juga wakil rakyat harus menjadi orang tua mendamaikan puak-puak yang sengketa. Drs Zainuddin terutamanya sepatutnya dia menjadi juara untuk menyatukan ahli atau memastikan tidak ada pertandingan berlaku berdasarkan puak dan nafsu. Ilmu hakikat dan makrifat yang ada kepadanya beliau boleh menjadi ulama besar di dalam Pas di Pasir Puteh.

Tidak dapat tidak bila berlaku perlawanan apa lagi kalau ia bertolak dari dendam perbalahan akan terjadi. Perpecahan tidak dapat dielakkan. Selama mana sangat seseorang yang dianiaya boleh bertahan dan sabar. Inilah yang perlu dielakkan. Apabila masing-masing sudah hilang sabar menyebabkan segalanya akan jadi 'berkucar wakyah'. Yang perlu diingat ialah PRU 14 dan masa depan parti. Paling afdal lagi Pas patut menjadi lebih baik dari Umno.

Adalah elok kalau semua pihak merenung kembali apa yang berlaku sekarang ini. Sikap kerana hendak membuang seseorang kerana nafsu adalah perbuatan yang tidak baik. Alasan pertandingan dibenarkan adalah tidak tepat apa lagi kalau menjatuhkan atas niat dendam dan sentimen assobiyah. [wm.kl.7:48 pm 13/09/13]

3 comments:

Unknown said...

Saya kenal Ustazah Rohani; seorang yg komited, tawadduk dan gigih dlm menerajui muslimat dan perjuangan Pas.

Para muslimat yg membuka mata kumpuan dan mata hati tiada 2 sebab utk tidak mengekalkan beliau sepenggal lagi.

Mat Pahit said...

Tak akan ada ubat,tiada jalan penyelesaian.Akan terus begitu,membujur lalu melintang patah.Namun pengikut telah lebih arif mengenainya!Hanya jauhari mengenal maknikam.

asilahzin.... said...

Berkokok luar gelangang bukan bererti kita cerdik... kenapa dlm gelangangg kita sunyi sepi.. saya harap MSO kaji balik.. saya bukan mudah dgr kata2 org saya berfikir dulu sblm saya komen. tima kasih atas kata2 MSO... saya ambil sbg cabaran demi menggalas amanah ini.salam perkenalan & ukhuwwah.