Saturday, September 14, 2013

Jenazah Sabariah Selamat Dikebumikan

BALESUNGKAA                                                                               

Jenazah isteri tercinta Syed Husin Ali, Allahyarham Sabariah Abdullah, 68 selamat disembahyangkan di masjid Kampung Tunku Petaling Jaya jam 11:00 pagi ini dan dikebumikan di perkuburan Kota Damansara. Kira-kira 200 orang terdiri daripada saudara mara, sahabat handai tokoh rakyat itu hadir memberi penghormatan terakhir kepada isterinya dan ikut sama menyembahyangkan jenazah.

Jenazah Sabariah siap untuk disembahyangkan.
Antara kenalan dan sahabat seperjuangan Syed Husin yang hadir, Sanusi Osman yang suatu masa dahulu berganding dengan beliau dalam parti Rakyat Malaysia (PRSM).

Aktivis politik dan sosial kontenporari yang juga merupakan anak didiknya di Universiti Malaysia turut sama kelihatan. Antaraya Kamaruzaman Yaacob, Hishmuddin Rais dan lain-lain. Beberapa orang wakil rakyat Pakatan Rakyat dan pimpinan PKR juga hadir.

Antara wakil rakyat yang hadir, Tian Chua, N Surendran dan lain-lain. Setiasuaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Dr Mohd Nor Manute (Ahli MPT), Senator Syed Shahir Syed Mohamud, Dr Wan Suhaimi Wan Daud (Ketua Cabang PKR Pasir Mas) juga kelihatan.

Bekas ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad satu-satu pimpinan Pas yang kelihatan. Turut sama hadir memberi penghormatan ialah penyair dan pengarah filem Yassin Salleh.

Allahyarham Sabariah meninggal petang semalam di rumahnya. Beliau adalah isteri yang gigih dan setia kerana terpaksa menghadapi zaman perit semasa berpisah dengan Syed Husin apabila pejuang rakyat (Syed Husin) itu ditahan di bawah akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) enam tahun.

Belia juga turut membela di atas penahanan suaminya menerusi lisan dan juga menerusi penyebaran surat-surat pernyataan atau berucap pada majlis-majlis kemasyarakatan. Allahyarham seorang guru bukan saja suri kepada Syed Husin tetapi teman seperjuangan dan sepanjalan.

Allahyarham meninggal tiga orang cahaya mata. Semoga roh Allahyarham ditempatkan Allah di makam para mukhlisin. [wm.kl.12:36 pm 14/09/13]

1 comment:

Unknown said...

Innallilah... semoga Tuan dr Syed Husin Ali & keluarga tabah. Kami yg tau perih & jerih perjuangan tuan & istri turut berdukacita. Moga Allah berikan kekuatan pada tuan Syed sekelurga & menempatkan Allahyarhamah dikalangan org yg mendapat keampunan & kemuliaan diakhirat kelak, amin.