Friday, September 20, 2013

BN perlu sambut kesediaan PR untuk berdialog

TAZKIRAH JUMAAT                                                                            

Barang kali sudah sampai masanya, sebenarnya kita sudah terlewat untuk insaf bagi mengamalkan politik berminda tinggi tanpa perkelahian sepanjang masa dan tidak meletakkan perbezaan ideologi itu sebagai satu sempadan besar yang memisahkan di antara kita. Selama mana lagi kita mahu mengamalkan politik benci membenci, bermusuhan serta angkuh mendabik dada, akulah yang betul dan kamu yang salah semuanya.

Seharusnya kita semua menjadi cerdik dan bijak. Menjadikan gelanggang politik sebagai wadah memperkasakan kepentingan negara dan rakyat, bukannya wadah untuk terus bergaduh dan bertelingkah sepanjang masa sehingga melupai tanggungjawab kepada negara. Orang-orang politik juga wajar menandakan bahawa politiking ada batas dan ada musimnya.

Kita selama ini tidak menanda batas dan musim dalam dunia berpolitik. Kita tidak kira atau mengikut peredaran iklim dan cuaca secara almiah. Politik kita kehilangan kompas dan tidak ada jadual. Kita berpolitik (politiking) sepanjang masa. Musim banjir, ribut atau kemarau kita tetap dengan rasa dan nada sama menghentam dan menyerang sesama sendiri. Tanpa kita sedar cara kita beperang sepanjang masa itu sebenarnya kita membunuh diri dan kenegaraan sendiri.

Sudah sampai masanya, walaupun sudah lewat sebenarnya untuk kita kembali mengambil dan mengikut musim untuk berpolitik. Kita buanglah abuk-abuk dan lendir kebodohan yang menyaluti saraf fikir kita. Jadi kesediaan Pakatan Rakyat untuk mengadakan dialog nasional bersama BN seharusnya disambut baik oleh semua pihak khasnya BN. BN perlu menerimanya sebagai ajakan penuh kejujuran tanpa ada prangsangka apa-apa di sebaliknya.

Pernyataan bersama majlis presiden Pakatan Rakyat terhadap cadangan itu sesuatu yang sangat baik. Pengulangan kesediaan untuk mengadakan dialog itu jangan dibiarkan berlalu begitu saja, pihak BN hendaklah menyambutnya.

Janganlah anggap ajakan itu kerana pihak Pakatan Rakyat atau sesiapa sudah terdesak. Selagi kita berfikiran negatif dan busuk begitu selamanya kita tidak akan menjadi baik. Kepada saya mereka yang cuba memberi pentafsiran buruk ke atas ajakan itu dia adalah anti perpaduan dan musuh negara atau pun pemakan bangkai.

Kita perlu sedar keadaan negara dalam keadaan runcing dan terancam. Kita tidak boleh beretorik bahawa negara kita aman, ekonomi kita masih stabil atau elemen rasisme, pertelingkahan atas sentimen agama dan bangsa agama masih boleh dibendung. Sebenarnya kita sudah parah dan semua orang kena mengakui hakikat itu. Apa lagi fakta dan bukti untuk kita mengakui ini? Apakah sesudah semuanya hancur dan atau sesudah nasi menjadi bubur? Begitukah?

Kalau diselidiki kita bergaduh dalam semua isu dan aspek sepanjang masa, siang dan malam. Tidak ada kerehatan dan tidak pernah ada ruang untuk seiya sekata walaupun sesuku hari. Masa yang diambil untuk bergaduh dan tidak sejalur dalam berfikir lebih banyak dari masa diambil untuk mencari perdamaian dan jaya.

Ambil contoh terbaru mengenai kematian Chin Ping. Kita berdebat mengenai kewajaran sama ada mayat atau abunya boleh dibawa ke negara ini atau tidak. Apakah untungnya perdebatan itu? Begitu juga dalam isu-isu yang lebih bersifat nasional seperti plan pendidikan, agenda memperkasa ekonomi bumiputera dan sebagainya. Semuanya kita debat dan mewujudkan konflit mengenainya. Kita (baca BN dan PR) sesungguhnya tidak pernah ada persamaan. Sedarlah bahawa bila disebut kerajaan bukan bermakna semua ia benar dan bila disebut pembangkang bukan bermakna semua membangkang.

Jadi ada munasabah dan tepat pada masanya kalau pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan kesediaan untuk berdilog dengan kerajaan dalam beberapa isu mustahak itu. Keterbukaan PR di dalam hal hendaklah disambut baik oleh BN dan Najib Razak. Banyak manfaat sekiranya dialog itu diadakan kelak. Ia boleh mendekatkan jarak duduk antara keduanya. Rakyat juga seronok melihat kalau pemimpin dari kedua-dua pihak duduk bersama. Kesan besarnya kepada psikologi rakyat, pengikut kelak, bahawa mereka akan merasakan musim damai sudah mahu tiba di Malaysia.

Apabila fikiran manusia damai maka alam juga akan turut damai kerana naluri alam itu terpancar dari amarah manusia.

Apabila ada dilog secara kejiwaaanya ia memberi gambaran kepada rakyat bahawa kita semua sepakat untuk membangun dan menjaga negara. Bahawa negara ini bukan sahaja milik parti pemerintah tetapi menjadi tanggungjawab oposisi juga. Dan dialog itu adalah sumbangan oposisi dari kedudukannya. Dengan ada majlis itu akan wujudlah hubugan mesra dan kepecayaan terhadap keikhlasan masing-masing.

Menerusi dialog itu pembangkang boleh mengemukakan cadangan mereka secara lebih mendalam lagi secara jujur di samping mendapat penjelasan konkrit dari kerajaan mengenai perancangan terhadap sesuatu program atau projek. Dari dilog itu juga sudah pasti akan mencambahkan idea baru yang mungkin lebih bernas dan bernilai dari apa yang kedua-dua pihak fikirkan sebelum ini.

Jangan dialog itu untuk mencari kelabaan politik. Rakyat pastinya akan teruja dengan majlis itu nanti. Walaupun perbahasan isu-isu negara di parlimen, tetapi dari segi semangat dan rohnya tidak seperti dialog di luar kerana ia lebih santai, harmonis dan rileks.

Sudah pasti hasil dari dialog itu nanti akan ada rumusan-rumusan yang diluar pemikiran kedua-dua pihak sebelum ini. Dengan bermulanya dialog itu tentu juga akan diadakan siri-siri dialog seterusnya dan dengan cara itu lama kelamaan kedua-dua pihak akan dapat merasai keikhlasan jiwa masing-masing.

Waktu paling sesuai untuk dilaksanakan dilog itu ialah selepas Umno mengadakan perhimpunan agungnya. Untuk diadakan dalam masa terdekat mungkin tidak sesuai kerana Umno sibuk dengan pemilihan kepimpinan mereka. Biarlah agenda yang satu ini menjadi kenyataan. Kami (penjengok blog MT) yang tidak menganut mana-mana ideologi politik secara taksub dan fanatik ingin sangat melihat susana ini wujud. Kalau tidak secara berkala tetapi cukuplah sekali bagi dicatat dalam lembaran sejarah.

Untuk memastikan cadangan ini menjadi kenyataan rasanya Yang di-Pertuan Agong boleh memain peranan dengan kuasa atau wisdom yang ada kepadanya. Cukup kalau baginda menitah dengan sebaris ayat sahaja menyatakan dialog ini perlu, insya-Allah dialog nasional demi rakyat dan negara ini akan menjadi kenyataan. Ingat jangan ditanya Mahathir, sebab kalau ditanya kepada beliau jawabannya pasti negatif. Betul tak Mat, Mat mana lagi kalau bukan Ahmad Maslan. Felda sihat ke? [wm.kl 8:45 am 20/09/13]

2 comments:

MANSOR JUNUS said...

Saya bersetuju dengan artikel di atas. Sesungguhnya pertemuan seumpama ini sepatutnya disambut baik, tetapi pada hemat saya ini sukar berlaku atas sebab2 berikut:

1. Rakyat yang memerhati itu akan dapat menilai siapakah yang lebih bijak mentadbir negara kalau hasilnya positif.

2. Kerajaan yang diteraju oleh BN sekarang memang tiada niat untuk berubah. Kerana dengan sistem yang ada sekarang memberi keelesaan untuk meneruskan kerja2 korup masing2. Apa ruginya mereka, kalau tak cukup duit letak traktor di atas belakang rakyat.Semua sedia maklum, melayu yang sudah tercucuk hidung akan tetap memenangkan mereka dalam p/raya.

3. P/raya baru saja berlalu. Kalau kantoi pun dalam pentadbiran, PRU14 lambat lagi. Masih boleh joli katak. Hutang negara sudah mencecah lebih dari 1/2 trillion. Mereka tak nampak cemas pun. Kerana... yang susah bukan kaum mereka. Tambang bas naik, harga barang2 keperluan naik. Tak apa. Mereka ini beli bukan dengan duit sendiri. Yang penting jaga Polis, jaga Hakim, jaga SPR sudah ok.

4. Kini sudah jarang kita dengar projek itu million2, rata2 dah jangkau billion2. Semua orang tahu kenapa jadi bagitu. Tapi apa peduli. Cukup tempoh, julap sikit dengan BRIM semuanya boleh ok. Kalau nampak berat sikit, kumpul, Bangla, Myanmar, Indon, bagi IC. Semuanya akan settled... cantik.

5. Bagi mereka patriotism hanya ujud dalam slogan. Mereka ini umpama ketam. Dua2 sepit yang besar nampak relax saja. Tetapi yang kecil yang duduk tepi mulut tu lah yang duduk kampoi buat kerja.

Rumusannya dengan sistem pentadbiran yang ada sekarang mereka kenyang. Buat apa nak sibuk ubah.

Maaf komen di atas hanya pandangan peribadi saja.

Unknown said...

Kalau pr mmrintah pun,pr xakn stju dgn cdgn ni,