Wednesday, October 9, 2013

Tiada kelulusan hutan simpang Chabang Tongkat manakala tanah Sg Tuang dah jadi milik orang

ULASAN SIDANG DUN KELANTAN                                                  

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakub bersikap 'tawaduk' dan jujur menerima apa-apa isu yang dibangkitkan berhubung pentadbirannya dan mengucap terima kasih atas segala maklumat kerana membantu beliau boleh segera membuat semakan dan tindakan demi memperbaiki dan mempertingkatkan darjat kerajaan Kelantan.

Ahmad berterima kasih kepada Adun Salor.
Ahmad menzahirkan demikian semasa menggulung perbahasan dalam memberi respon kepada isu yang dibangkitkan pada perbahasan Bajet 2014 yang dibentangnya.

Isu paling panas mengenai permohonan hutan simpan di Hulu Sat Machang sebanyak 3,500 ekar yang dibangkitkan oleh Adun Salor, Husam Musa.

Sebagai pemerhati kerdil politik Kelantan saya juga turut memberi singgungan kepada isu berkenaan secara lebih rakus sedikit beberapa hari lalu. Ia agak tersasar dari segi figure bila mana tersalah petik menyebabkan timbul kemarahan oleh pihak kerajaan Kelantan. Perlukah saya menyatakan kenapa dilakukan demikian kerana ia adalah untuk kebaikan. Saya tidak ada apa-apa rekod kepentingan diri saya di Kelantan walaupun Kelantan sudah diperintah Pas 23 tahun. Justeru saya tidak gentar untuk terus membuat teguran.

Sekurang-kurang dua Exco yang memberi respon kepada isu yang dibangkitkan oleh saya itu, khasnya. Seorang Exco menyifatkan ia satu fitnah dan tohmahan nakal berhubung isu sekolah agama YIK, manakala seorang lagi tentang keluasan tanah yang berbangkit di daerah Machang. Saya akui akan kesilapan itu tetapi dalam beberapa jam kemudian setelah dicheck dan diperiksa angka itu perbetulkan.

Saya rasa kalau saya tidak membuat tohmahan nakal berkenaan isu berhubung YIK itu akan merebak lebih luas lagi. Apakah exco berkenaan tidak terfikir bahawa di sebalik kejahatan itu ada nilai baik yang boleh dijadikan iktibar? Barang kali beliau suka kalau orang memuji mengenai dirinya biarlah kalau pun pujian itu boleh meriakkannya.

Walaupun figure mengenai keluasan tanah itu sudah diralat lebih dari dua kali, namun Exco berkenaan yang hafal membaca hadith dan ayat-ayat Quran, fasih hafal doa sebelum dan selepas 'berjimak', terus membangkit dan mengungkitnya untuk melebatkan khutbahnya di dalam DUN Kelantan. Barang kali dia merasakan mutu beliau sebagai seorang wakil rakyat (Exco) meningkat dengan cara itu. Atau pun dia terlupa bahawa Dewan bukanlah masjid tempat untuk mengajar taranum, tajwid ataupun dijadikan jampi serapah hendak menunjukkan kita alim.

Sekiranya Exco yang satu ini tidak buta IT dan tidak lembab mengejar maklumat dalam media baru dan bersikap serta bekeperibadian sebagai seorang yang taat kepada ayat-ayat yang dibacanya, beliau tidak terus 'melawak' demikian sebaliknya mengulas mengenai isu atau subjektif yang ditimbulkan. Beliau perlu terbuka menerimanya di samping membuat pembetulan dengan berhikmah.

Exco ini boleh disifatkan orang tidak pandai bersilat tetapi melaung-laungkan dan 'mengepong' gendang dan gong ke sana ke mari untuk mengatakan dia pandai bersilat.

Alhamudlilah Ahmad Yakub bijaksana dalam hal ini, beliau tidak memperlecehkan segala maklumat yang disampaikan baik oleh pihak BBC maupun pembangkang. Beliau terima dengan bersangka baik dan dicerakinnya dengan bijak. Bahkan beliau mengucapkan terima kasih kerana isu itu dibangkit dimana membolehkan beliau memahami sesuatu perkara dan menjadi lebih berhati-hati di masa akan datang.

Annuar Tan Abdullah, rengkas.
Katanya, misalnya selepas isu hutan simpan Hulu sat itu dibangkit beliau telah membuat semakan dengan memanggil Pengarah Perhutanan. Dalam semakannya mendapati permohonan itu memang ada dan beliau mengakui meminit dengan perkataan "sila uruskan" tetapi menjelaskan tidak ada apa-apa kelulusan atas permohonan berkenaan.

"Saya ucap terima kasih kerana membangkitkan perkara ini kerana membolehkan saya membuat semakan," begitulah kata Ahmad Yakub. Saya yakin dia berkata dengan jujur dan ikhlas. Sikap dan pendirian gentlemen beginilah yang kita mahui dan perlu dipuja sebagai pemimpin. Seorang pemimpin bukan saja boleh memberi nasihat kepada rakyat menegur kelalaian pegawai kerajaan tetapi dia juga harus bersedia untuk dinasihati.

Walaupun isu berkenaan sudah pasti menyakiti hatinya sebagai MB namun beliau masih boleh tersenyum dan cuba memberi penjelasan sebaik mungkin. Seharusnya sikap tawaduk, terbuka dan tidak suka melawak ataupun mengkhutbah orang seperti itulah yang harus ditiru dan dimiliki oleh para exco Kelantan dan juga wakil rakyat seluruhnya.

Dalam pada itu juga Ahmad dalam meletakkan kerajaanya sebagai kerajaan yang suci dan mulia memberi jaminan dan akan menjadikan dasar setiap permohonan hutan simpan khasnya di Hulu Sat yang melibatkan kawasan tadahan hujan tidak akan diluluskan sebelum ia mendapat persetujuan Jawatankuasa Kecil Perhutanan (JKKP) yang dipengerusinya sendiri.

Sebenarnya inilah hikmah di sebalik timbulnya isu permohonan hutan simpan itu, ia boleh memberi ruang dan jalan kepada kerajaan menjelaskan pendirian dan status sebenarnya. Kritikan seperti itu juga boleh mengemaskan kedudukan kerajaan seterusnya menjadi lebih berintegriti. Saya bersetuju dengan kata-kata Husam Musa mungkin juga kalau isu itu tidak dibangkitkan awal-awal menyebabkan ia boleh terlulus. Inilah rahmat dan hikmahnya.

Sementara itu DUN Kelantan juga menjelaskan berhubung permohonan PMBK ke atas tanah seluas 3,000 ekar di Sungai Tuang yang dikatakan mempunyai meneral bernilai ratusan juta ringgit bagi tujuan dijadikan modal membina lebuh raya rakyat.

Exco Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat, Annuar Tan Abdullah menjelaskan kenapa permohonan PMBK itu tidak boleh diluluskan kerana lebih separuh kawasan itu telah diberikan kepada dua buah syarikat lain melibatkan keluasan 2,500 ekar. Jelasnya sebanyak 24 buah syarikat yang memohon untuk mendapatkan kawasan berkenaan.

Dengan penjelasan rengkas dan tepat Annuar Tan itu bermakna penolakan permohonan PMBK yang bertujuan untuk membina lebih raya seperti dinyatakan Husam itu sebenarnya bukan disengajakan melainkan kerana ia sudah diluluskan kepada syarikat lain terlebih dahulu. Menghairankan juga kenapa butiran-butiran begini tidak diketahui Husam sedang beliau pernah berada dalam kerajaan lebih lapan tahun.

Isu permohonan hutan simpan Hulu Sat dan penolakan permohonan PMBK ke atas tanah Sungai Tuang itu boleh dianggap selesai dengan penjelasan yang tuntas, telus dan terbuka di dewan hari ini. Semoga sekiranya ada hal-hal yang agak sulit tidak lagi dibawa ke dewan dan selesaikan diluar dewan kerana cara itu lebih harmonis. Dan perasaan berjauhan dan sakit hati juga boleh dihindarkan sekiranya exco yang fasih membaca ayat-ayat Quran dan mematikan hujah orang lain dengan seloka tok lebai tidak diberi masa panjang untuk bercakap. [wm.kl.4:29 pm 09/10/13]

8 comments:

samudra said...

YB meranti patut di hantar kursus cara untuk berucap dalam dewan, provokasi kebudakan terhadap pembangkang adalah satu tindakan kebudakan , soalan dari salor berkenan hudud menampakkan tidak matangnya dalam memahami soalan , selepas meranti kena balik buat kerja , cari pakar hudud dan bukukan untuk penerangan kepada rakyat Malaysia , kalau setakat forum setahun sekali tidak memadai , saya masih ingat tahun lepas di pejabat pas kota bharu , bila diadakan pertemuan halaqat pimpinan pas pun ramai tak tahu apa pun tentang hudud , baru nak buka buku , malu oiii , YB meranti kena kerja la sikit , padan dengan gaji tu , cari pakar2 dalam hudud , tapi jangan la pula cari orang tak habis belajar macam sorang YB tu ,

Al-Khattab said...

YB Meranti ni "bekeng" sikit orangnya....

reggie said...

Yo lo ko Adun Meranti ni ngaji tak tamat??
So lagi kalu dah di minit kan surat tu "sila uruskan" maksudnya dah di perkenankan oleh pihak atasan la.Tu kalu ikut gholib di jabatan kerajaan.

mso.im said...

Saya tidak mahu perpanjangkan mengenai hutan simpan Hulu Sat ini. Secara dasar saya terimanya sebagai selesai dan tidak perlu dibangkitkan lagi.
Tetapi disini saya nak jelaskan sedikit satu persoalan yang mungkin boleh dijadikan perhatian, kajian atau diuruskan.
Begini:

TARIKH YG TERCATAT ATAS SURAT PEMOHON.
1. 20.6.13 (surat mohon AFDB Gemilang Timber kpd pej hutan).
2. 16.7.13 (diterima oleh pej hutan)
3. 22.9.13 (MB minit - puan pengarah sila urus).
ISUNYA : mcmana minit MB TERLEWAT dari tarikh yg d terima oleh pej hutan.

TARIKH YANG TERCATAT ATAS SURAT SUS
4. 6.8.13 (Surat sus kanan kpd pengarah hutan).
5. 21.8.13 (catitan pengarah hutan - pd dasarnya ditolak).
6. 21.8.13 (minit pengarah hutan - tim pengarah semak status).
ISUNYA:
(1)mcmana surat sus kanan(6.8.13) kpd pgrh hutan mendahului tarikh yg di minit oleh MB (22.9.13/14??)
(2) begitu juga minit pgrh hutan(21.8.13) mendahului minit MB (22.9.13).

Sekian harap maklum.

faudzis said...

Tuan MSO
Ada maklumat tambahan ke siapa AFDB Gemilang Timber ini. Kalau dilihat semacam ada tangan ghaib sebelum surat sampai ke MB.....

samudra said...

Ambo kesian kepada MB Kelantan kerana dikelilingi oleh buaya , Ambo takut MB dipergunakan , masa tok guru dulupun pernah ada orang nak mainkan tok guru ,

Ahmad Izhan said...

bagitau lah syarikat mana yg dapat kawasan bijih bergred tinggi tu??

ahmad ke? ah meng ka? itu mutu ka?

bila pohon...bila lulus... setakat bagi alasan mcm tu..stail pegawai kerajaan gred N17 sahaja..

pelik betul... anak syarikat kerajaan dengan syarikat swasta lebih diutamakan syarikat swasta...kalau anak syarikat dah kaya betul, ok la nak diswastakan.



Ahmad Izhan said...

jawab le stail ahli exco bukan stail pegawai bergred N17.

kat sg.tuang, syarikat mana yang dapat? itu kawasan bijih bergred tinggi... adakah ahmad... adakah ah meng lagi? adakah mutu??

bila syarikat tu pohon, bila lulus... kenapa masa permohonan PMBK tak dijelaskan terus sudah ada kelulusan untuk syarikat swasta...tiada tercatitkah dalam minit mesyuarat EXCO kelulusan ini?? kalau ada....adakah husam tak membaca minit ke? memang pemalas lah..dan gelojoh membuat dakwaan..

kalau tak lulus lagi...kenapa syarikat swasta diutamakan dari syarikat milik kerajaan?? adakah PMBK sudah kaya gila? kenapa pembesar2 ini tidak mementingkan pendapatan yang solid kepada state? sebaliknya hanya berpuas hati mendapat hampas sahaja?

betul2 pelik kerajaan ini... sama saja dengan UMNO... dengan keluasan hutan...dengan timbunan mineral masih lagi tak reti menjana pendapatan...

tapi ada hati ingin menjadi ketua dan timbalan dan naib2!!! kah kah kah