Wednesday, October 23, 2013

Foto sekitar penamaan calon PKR Sungai Limau


SERPIHAN RASA                                                                                  

Seperti sudah sedia maklum hari ini berlangsung pernamaan calon pilihan raya kecil Dun Sungai Limau Kedah. Hari mengundi ialah 4 November. Dua calon yang mengemukakan borang penamaan calon Mohd Azam Abdul Samat, 37 calon Pas dan Ahmad Sohaimi Lazim, 52 calon UBN.

Ribuan mengiringi calon Pas.
Seperti selalu penamaan calon meriah. Calon diarak oleh para penyokong masing-masing dengan julangan bendera parti dan sepanduk perang saraf.

Jumlah rombongan perarakan calon ini akan memberi suntikan semangat. Walaupun ia bukan indikator sebenar tetapi sering kali dilihat sebagai peluang awal kepada calon.

Perarakan hari ini nampaknya sama ramai. Ribuan penyokong mengiringi calon masing-masing dengan diiringi oleh pemimpin tertinggi. Perakan calon Pas diketuai sendiri oleh presiden Abdul Hadi Awang. Rakan Pas dalam Pakatan Rakyat juga turut sama hadir memberi sokongan.

Untuk tidak menghauskan para penjengok blog Merah Tinta di sini saya paparkan beberapa keping gambar ehsan dari sdr Bashir Ishak yang saya kutip dari wall Facebooknya.

Terima kasih kepada Bashir atas kesudian meminjamkan gambar-gambar ini.


Mohd Azam dijulang tangan oleh Abdul Hadi Awang.
Bersemangat membawa Azam untuk berdepan dengan UBN.
Tanda gentlemen kedua calon bersalam di hadapan pengerusi SPR.
Mukhriz tidak kekok untuk merapati pemimpin Pas.

[wm.kl.8:47 pm 23/10/13]


Post a Comment