Wednesday, August 1, 2012

Pemimpin PKR Kecam Penangkapan Rafizi, Johari

RESPONS

Tangkapan dan pendakwaan Mohd Rafizi Ramli dan Johari Ahmad di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan hari ini dikecam oleh pemimpin PKR yang menyifatkan tindakan itu bukti jelas keterdesakan Umno dan BN untuk melindungi skandal NFC kepada rakyat.

Timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan menyebut UBN sedang menggunakan pelbagai cara untuk menutup segala pekung penyelewengan dan salah guna kuasa daripada diketahui rakyat.

Namun ujarnya beliau yakin rakyat Malaysia akan bersatu untuk menolak rasuah dan segala penyalahgunaan kuasa demi kemaslahatan negara. Berikut kenyataan penuh Azmin yang dikirimkan;  

KEADILAN mengecam keras tindakan pihak polis yang menahan saudara Rafizi Ramli, Pengarah Strategi KEADILAN di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan. Penahanan dan pendakwaan yang dilakukan adalah bukti jelas keterdesakan UMNO - BN akibat pendedahan butiran skandal National Feedlot Corporation (NFC).

KEADILAN percaya UMNO - BN sedang menggunakan pelbagai cara untuk menutup segala pekung penyelewengan dan salah guna kuasa daripada menjadi pengetahuan rakyat. Namun kita yakin, rakyat Malaysia akan terus bersatu untuk menolak rasuah dan salah guna kuasa demi kemaslahatan negara.

Justeru, KEADILAN menyeru supaya seluruh rakyat bangkit menyatakan solidariti bersama saudara Rafizi Ramli serta mendesak supaya beliau diadili secara adil di Mahkamah. Semoga beliau terus diberi kekuatan oleh Allah S.W.T untuk meneruskan perjuangan demi rakyat.

[wm.kl.2:50 pm 01/08/12]

No comments: