Thursday, April 25, 2013

Bekas Pimpinan Umno Tanah Merah Akan Sertai PKR?

BERITA TENGAHARI                                                                                                     

Calon PKR untuk kerusi parlimen Tanah Merah, Nik Mahmod Nik Hasan akan mendapat suntikan semangat dan sokongan tambahan apabila bekas pemimpin Umno bahagian Tanah Merah akan menyertai PKR dalam sehari dua ini.

Perjumpaan untuk membincangkan kemasukan bekas pemimpin yang pernah menjadi pemangku ketua bahagian Tanah Merah itu akan diadakan hari ini.

Rundingan itu juga akan turut dihadiri sama beberapa kumpulan yang menentang Ketua Bahagian hari ini Ikhma Ihsan Abdul Aziz yang bertanding di kerusi parlimen Tanah Merah.

PKR Tanah Merah sebelum agak lemah apabila pencalonan Nik Mahmod tidak berapa dipersetujuan. Gara-gara itu hanya ketua wanita bersama suami dan dua ahli jawatankuasa PKR Tanah Merah sahaja yang membantu Nik Mahmod.

Bekas ahli Parlimen Tanah Merah yang juga ketua cabang Amran Abd Ghani tidak kelihatan sejak sebelum hari penamaan calon hingga ke hari ini. Beliau juga tidak menjawab telefon dan membalas SMS rakan-rakan yang dihantar kepadanya.

Ada maklumat mengatakan kehilangan misteri Amran itu disebabkan beliau malu untuk keluar disebabkan tidak dicalonkan dan ada yang mendakwa beliau sudah ditangkap oleh Ikhma? [wm.kl. 11:26 am 25/04/13]

No comments: