Friday, January 24, 2014

Batal debat kalimah Allah, desakan Abim tepat

TAZKIRAH JUMAAT                                                                             

Desakan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) agar akhbar Sinar Harian membatalkan wacana berhubung isu kalimah Allah di antara Khalid Samad dengan Noh Omar yang dirancangkan pada Isnin depan adalah tepat sekali.

Wacana berkenaan tidak perlu kerana ia boleh mengelirukan orang ramai. Apa lagi wacana berkenaan berlaku di antara dua orang penganut Islam. Pas juga seharus tidak membenarkan Khalid untuk berdebat walaupun atas sifat peribadinya kerana ia akan dilihat pandangan Khalid kelak adalah pandangan Pas.

Menurut Setiausaha Agung Abim, Muhammad Faisal Abdul Aziz, wacana Sinar siri ke-26 yang menggunakan pendekatan perdebatan itu tidak akan dapat menyelesaikan polemik kalimah Allah kerana isu tersebut seharusnya dibincangkan oleh kumpulan ilmuan yang senantiasa berlapang dada dan mengambil pendekatan bersederhana.
Apabila ia melibatkan dua orang ahli politik sudah pasti seorang akan mempertahankan Kristian boleh menggunakan kalimah berkenaan manakala yang seorang lagi akan membantahnya. Wacana itu juga dilihat lebih bersifat politik yang akan digunakan kedua-dua pendebat untuk kepentingan politik partisan yang mereka dokongi.

Abim katanya sudah menghantar surat desakan itu. Sinar Harian sebagai penganjur sepatutnya melihat implikasi disebalik perdebatan berkenaan dan tidak hanya melihat kepentingan bisnisnya semata-mata. Kalau akhbar berkenaan berniat untuk menyelesaikan isu tersebut bukan dengan cara meletakkan dua orang Islam bercakap hal berkepentingan agama lain. Sebaik-baik cara dan usaha ialah dengan membantu memperkuatkan akidah orang Islam.

Molek benarlah batalkan wacana berkenaan. Hendaknya dilain kali akhbar Sinar Harian lebih berhati-hati menyediakan kandang laga untuk mana-mana tokoh dan individu dan topik dalam mempublisitikan perniagaan akhbar berkenaan dengan menilai dan meletakkan keutamaan dari segi untung dan rugi kepada orang ramai dan Islam. [wm.kl.1:22 t/hari 24/01/14]

1 comment:

Unknown said...

Apa yang di sarankan oleh ABIM itu elok di pertimbangkan oleh Sinar Harian. Jangan lupa bahawa perkataan ALLAH itu berupa universal. Ia nya tidak di khas kan untuk sesuatu kaum, terutama Bani Melayu. Malah di dalam Al-Qur'an sendiri tidak pernah menyebut Bani itu.

Gali lah sedalam mungkin maksud ayat satu dari surah Al-Fatihah. Di sebalik ayat yang pendek itu telah pun di nyatakan dengan jelas maksud nya. Mengapa masih mau di pertikaikan?

Dalam hal ini mengapa ada dua undang undang di mana di Sabah dan Sarawak di boleh kan, tetapi tidak di Semenanjung. Ada kah di tempat yang berbeza, ALLAH itu berlainan?

Jangan lupa bahawa pehak gereja telah memohon dari pehak yang berkuasa untuk menterjemah kan "BIBLE" kedalam bahasa Melayu pada tahun 1968 dan di luluskan pada 1970. Setelah sekian lama mengapa sekarang baru di heboh heboh kan. Kehebohan nya pula sama saperti Jom Heboh. Ia nya telah pun di haramkan oleh seorang Mufti tetapi ia nya tetap "HEBOH". Yang menghebohkan nya ada lah Bani Melayu yang di kata kan beragama "ISLAM".
Saya sendiri pernah membaca beberapa buku yang di katakan "BIBLE". Sebagai contoh, The old Testiment, the new testimant, book of John, Book of Methiews dan banyak lagi, namun buku buku itu dengan izin ALLAH tidak mampu menperngaruhi saya kerana kebanyakan isi nya bercanggah dengan Al-Qur'an. Contoh mudah bila mereka memberi alasan mengapa Jesus@Nabi ISA di salib, konon nya untuk menanggung setiap dosa yang di lakukan dan bakal di lakukan oleh umat nya. Mana kala di dalam Al-Qur'a ALLAH telah mengelaska bahawa Nabi Isa telah di angkat ke sisi nya dan kan di turunkan kedunia bila dunia hampir kiamat.

Mungkin Khalid Samad punyai jawapan yang kokoh tetapi bagaimana dengan Noh Omar!!! Kalau fahaman "ISLAM" nya tinggi, beliau tidak akan berada di sana dan berperanggai saperti mana yang pernah di gambarkan oleh ADUN Sekincan.

Untuk tidak mencelarukan dengan lebih terok berkaitan dengan kecelaruan yang telah di timbulkan, elok lah Sinar Harian membatalkan hasrat nya untuk melihat kecelaruan yang semakin parah kepada Bani Melayu yang ternyata ramai masih tidak tau apa itu "ISLAM" dan tuntutan nya.