Sunday, August 24, 2014

BN masih boleh menang di Pengkalan Kubur?

PENGKALAN KUBUR 1                                                                       

Lumrah dalam politik dan kejamnya dunia politik apabila seseorang wakil rakyat itu meninggal dunia maka orang politik menjadi sibuk. Mereka bukan sibuk untuk menguruskan pengembumian jenazah atau berfikir apa-apa yang perlu, tetapi sibuk membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya kerana kekosongan kerusi yang ditinggalkan si mati.

Barang kali dalam politik sudah hilang rasa hormat dan kepedulian kepada soal-soal fardu kifayah. Orang politik baik pemimpin dan pemain bawahannya semua berfikir soal kebendaan dan komersial. Bagi merka semua boleh diuruskan dengan ringgit, dan semua "bangsa" perlu dipolitikan.

Kebejatan manusia politik ini terkesan sekali lagi, apabila Adun Pengkalan Kubur Noor Zahidi Omar, 57 meninggal dunia di China pada 21 Ogos lalu. Tatakala jenzah masih berada di Guang Zhao, tetapi manusia politik di tanah air sudah pun berkira-kira dan membuat perhitungan mengenai pilihan raya kecil Pengkalan Kubur. Sudah yang ada membuat perhitungan siapa calon dan peluang parti yang akan menang.

Saya sendiri dihubungi oleh sekurang-kurang tiga wartawan politik daripada akhbar arus perdana termasuk sebuah akhbar berbahasa Cina mahu bertanyakan hal Pengkalan Kubur. Mereka mahu pandangan daripada saya. Kenapa saya, mungkin kerana saya berasal dari Kelantan.

Saya tidak melayan semuanya dengan memberi alasan tunggulah sehari dua lagi. Jenazah wakil rakyat yang meninggal pun masih di China kata saya. Biarlah kita bercakap setelah jenazah disempurnakan dan marilah kita tunjuk solidariti kepada keluarga si mati yang masih bercukacita.

Wartawan dari akhbar berbahasa Melayu memahami dan dia hanya meminta pandangan umum sahaja. Jadi selepas bercakap dengan wartawan berkenaan, saya tidak membuat apa-apa ulasan awal mengenai Pengkalan Kubur termasuk dalam blog. Ada penjengok yang sudah merintih dan meminta saya membuat ulasan mengenainya. Inilah catatan awal saya khasnya kepada penjengok blog ini yang mungkin mahu mengtahui situasi di sana.

Sebelum itu, menurut Ketua Penerangan Umno Kelantan Mohd Alwi Che Ahmad, jenazah Noor Zahidi selamat disempurnakan pada malam kelmarin (23 Ogos). Jenazah dibawah dari Guang Zhao tiba di KLIA kemudian diterbang dengan pesawat Herculis TUDM ke Pengkalan Chepa Kelantan. Turut berada semasa pengkembumian ialah Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob. Kebetulan juga kerusi Pengkalan Kubur berada dalam parlimen Tumpat dimana Ahmad adalah Yang Dipertua Pas kawasan itu.

Apa yang orang ingin mengetahui hal Pengkalan Kubur ialah dua perkara utama. Pertama apakah BN dapat mengekalkan kerusi berkenaan, dan kedua siapakah atau daripada fraksi manakah yang akan menentang BN dalam pilihan raya kecil yang bakal diumumkan itu. Inilah dua perkara awal yang sedang bermain dalam kepala orang ramai khasnya pemain politik.

Dalam pilihan raya lalu Allahyarham Noor Zahidi menang dengan manjoriti besar, mendapat 1,776 majoriti mengalahkan calon Pakatan Rakyat daripada PKR Saharun Ibrahim yang mengutik sebanyak 8,438 undi berbanding dengan Noor Zahidi yang memunggut sebanyak 10,174 undi. Keseluruhan pengundi berdaftar di Pengkalan Kubur ialah sebanyak 24,097 dengan eceran 91.8% pengundi Melayu, 0.97% pengundi Cina dan 7.03% pengundi bangsa lain terutamanya Siam.

Dalam pilihan raya umum 2008 kerusi itu dimenangi Noor Zahidi dengan kelebihan undi sebanyak 100 sahaja mengalahkan calon PKR Mat Hassan seorang calon kampungan. Pemerhati sedikit memeranjat apabila Noor Zahidi memperbaiki kedudukan dalam pilihan raya umum lalu dengan meraih sebanyak 1,776. Kejayaan Noor Zahidi ini dilihatsebagai keupayaan dan kepedulian beliau kepada rakyat. Ertinya beliau bekerja membaiki reputasinya di Pengkalan Kubur.

Perkara ini memanglah jelas. Noor Zahidi seorang wakil rakyat yang baik dan dekat dengan rakyat. Dan dengan kedudukannya sebagai Ketua Umno Tumpat yang memegang beberapa jawatan lantikan politik memberi kemudahan kewangannya kepadanya untuk mengurus dan membantu rakyat. Peluang itulah menyebabkan beliau mendapat undi lebih baik.

Persoalan kini apakah budi atau kebaikan Noor Zahidi itu akan terguna pakai dalam pilihan raya kecil kelak? Umno Kelantan mengira sedikit sebanyak ia membantu parti tersebut, tetapi tentulah tidak banyak. Kelebihan yang ada kepada Noor Zahidi sebelum ini juga kerana beliau seorang yang baik, Allahyarham juga mempunyai keluarga besar di Tumpat.

Orang-orang Pas termasuk Ahli Parlimen Tumpat Kamarudin Jaffar juga merupakan kawan baiknya. Hubungan inilah menyebabkan berlaku perbezaan undi diperolehi Kamarudin di Pengkalan Kubur berbanding dengan undi diraih Saharun Ibrahim.

Apakah situasi ini akan berlaku dalam pilihan raya kecil nanti? Jawabannya ia bukan mudah. Tidak semestinya kebaikan orang-orang Pas di Pengkalan Kubur yang tidak senang dengan PKR, akan berpindah undi kepada calon baru Umno kelak. Perhitungan dan pendekatan baru perlu dilakukan Umno kalau mahu menarik simpati berbelah bahagi itu.

Secara kasarnya Umno masih boleh mempertahankan kerusi Pengkalan Kubur, tetapi bukan dengan majoriti sebesar dikutip Noor Zahidi itu. Mustapa Mohamed selaku ketua Umno tidak boleh tidak kena mempertahankan kerusi berkenaan kerana ia adalah moral kepimpinannya. Mustapa harus membuktikan yang beliau masih mampu dan ada pengaruh di Kelantan. Kekalahan di Pengkalan Kubur akan memberi natijah yang buruk kepada Mustapa.

Annuar Musa yang selamanya dahagakan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan akan bijak menggunakan kekalahan itu nanti untuk menonjolkan semula kehebatannya di Kelantan. Untuk menjadi Pengerusi Umno Kelantan dua kali (menambah) tidak pelik kerana Tengku Razaleigh Hamzah dan Mustapa Mohamed juga "menambah" dengan jawatan itu, dan kenapa tidak dengan Annuar.

Bercakap mengenai peluang BN ini, calon memainkan peranan penting dan penentu kepada menang kecil atau menang besar. Muhyiddin Yassin sudah memberi gambaran awal yang BN akan menurunkan calon muda. Manakala di pihak Umno Kelantan memberi gambaran mereka tidak "kasik" dengan calon. Ramai muka-muka baru yang berpotensi. Soalnya siapa?

Persoalan kedua, parti mana antara PKR dan Pas akan meletakkan calon untuk merampas kerusi berkenaan. Kalau mengikut tradisi dalam Pakatan Rakyat (konsensus yang longgar), sepatutnya kerusi itu diserahkan kepada PKR. Tetapi Pas sudah lama mengidam untuk bertanding di situ. Kekalahan dua kali calon PKR dijadikan alasan muktabar oleh Pas.

Ada benarnya juga alasan Pas itu. Tetapi kekalahan PKR tidak tepat untuk dijadikan alasan bagi Pas mengambil kerusi berkenaan tanpa membuat analisa dan kajian menyeluruh kenapa PKR tertumus di kerusi berkenaan. Harapnya Pas jujur dan ikhlas dalam membuat anlisa mengenai kekalahan atau kegagalan PKR di Pengkalan Kubur itu.

Kalau kekalahan arwah Mat Hassan tahun 2008 dan kekalahan Shaharun 2013 berpunca sedikit sebanyak daripada sabotaj pihak Pas, maka alasan yang diberikan itu kurang tepat. Alasan itu tidak ikhlas dan menunjukkan Pas sebagai rakan yang adil dan saksama dalam Pakatan Rakyat Sebaliknya kalau punca kekalahan itu kerana faktor lain tidak ada kena mengena dengan sabotaj Pas ia boleh diterima. Dan PKR sendiri tidak perlu bertekak untuk melepaskan kerusi itu kepada Pas. Kerana apa yang penting ialah kemenangan.

Sesuatu yang cacat sudah lama berlaku di Pengkalan Kubur di mana keadaan ini orang melihat tidak mewujudkan suasana kondusif antara Pas dengan PKR. Walaupun kerusi itu diberikan kepada PKR bertanding dalam pilihan raya, tetapi jawatan penyelia DUN diberikan kepada Pas. Kalau mengikut amalan biasa yang betul, mana-mana kerusi yang kalah, ianya perlu diserahkan kepada parti yang calonnya kalah untuk menjadi penyelia. Dengan cara itu barulah calon kalah atau parti kalah tadi dapat meneruskan khidmat kepada masyarakat.

Tetapi ia tidak berlaku di Pengkalan Kubur dan juga di tempat lain. Penyelia Dun diberikan kepada Pas menyebabkan kerja untuk masyarakat bertindih dan pihak PKR selalu bekerja hanya dengan gusi dan air liur. Hal ini juga turut diamalkan bila mana kerusi Kuala Balah yang ditandingi PKR tetapi penyelianya diberikan kepada Pas. Calon PKR Ramlan Mat yang dilantik menjadi penyelia kemudian "disenyenjah" turun penuh kezaliman.

Bagi saya sikap dan perbuatan ini adalah sabotaj dan bukan sikap setiakawan yang baik. Jadi kalau ia sabotaj ertinya perkiraan Pas untuk mengatakan PKR tidak ada kekuatan tidak benar, kerana kelemahan PKR itu turut sama dicanang oleh Pas.

Dengan kejadian ini kalau Pas memutuskan kerusi Pengkalan Kubur ditandingini Pas, ia tentu akan mendapat kritikan daripada pihak PKR. Bukan senang dan mudah untuk PKR menyerahkan begitu sahaja kerusi itu walaupun ianya tidak ada apa-apa ikatan. Pengambilan tanpa mendapat perlepasan baik daripada PKR menimbulkan masalah kepada Pas. Ingat kegagalan Pas untuk merampas kerusi Pengkalan Kubur ia akan dikaitkan dengan kepimpinan Ahmad Yaacob sebagai MB dan Pesuruhjaya.

Mereka yang sedang menanti atau mencari kelemahan Ahmad Yaakob akan menggunakan isu ini untuk menikamnya.

Pun begitu kalau kerusi itu terus diberikan kepada PKR untuk meletakkan calonnya, harapan untuk menang sangat tipis, bahkan ia lebih tipis daripada Pas. Kemenangan untuk Pas dan PKR dapat dicapai hanya dengan satu cara sahaja kedua pihak berkomrpmi dan iklas menghadapi pilihan raya berkenaan. Dengan wujudnya persefahama sampai ke tulang hitam begitu sahaja memungkin kerusi Pengkalan Kubur itu mampu dirampas. Catatan seterusnya potensi calon. [wm.kl.10:22 am 24/08/14]

2 comments:

unknown said...

Salam Tuan MSO,

Kalu ikut logik dalam suasana sekarang berdasarkan senario Pas vs PKR di Selangor, samaada Pas mahu pun PKR sangat sukar memenangi kerusi tersebut.

Pas akan dicanang sebagai parti yg tidak boleh dipercayai atau munafik terhadap rakan sendiri.

Seperti yang tuan nyatakan apa yang pas lakukan di Pengkalan Kubur dan kuala Balah, malah aoa yang telah berlaku di 3 Dun di Trengganu, 2 di Selangor, 1 di Pulau Pinang dan satu di Johor yang berjumlah 9 kawasan pilihanraya yang diserahkan kepada PKR telah dikhianati oleh Pas.

Sembilan kes itu ditambah pula oleh Presiden Pas yang belot dalam kes MB Selangor dan ditokok lagi oleh 13 Adun Selangor yang khabarnya masih enggan menyokong Pfesiden PKR untuk jawatan MB Selangor walau pun isu tersebut telah diputuskan oleh badan tertinggi Pas.

Apakah dengan 11 kes ini dan ditambah dengan kes 16 September plus syor Pas melantik Tengku Razaleigh sebagai PM jika PR menang PRU 13 yang bermakna telah 13 kali Pas mengkhianati PKR, masih relevankah Pas mendakwa ia sebuah parti Islam yang patut dipercayai?

Tolong bagi pencerahan Tuan MSO!!!!

Anonymous said...

buat masa ini, elok pkr serahkan kerusi tsb kpd pas sbg hadiah khianat pas krn tidak menyokong kak wan sbg mb Selangor. ia juga dpt elak dari tuduhan gila kuasa.

mulai skrg pkr n dap mesti menganggap pas tiada lg dlm pr. bekerjalah meraih sokongan rakyat tanpa pas. jgnlah dipedulikan pas lg. kalau pas nak join, terima jelah dgn senyuman sb adab bersopan tp jgn ambil pot. padamkan pas dan parti islam semalaysia dari kamus pkr dan dap.

spt yb mat sabu kata: tiada parti boleh menang sorang2. cukuplah pkr dan dap sbg alternatif bnumno.