Wednesday, November 26, 2014

Khairy bermuka dua tampang - Nik Nazmi

KENYATAAN                                                                                                   

Nik Nazmi Nik Ahmad
Ketua Angakatan Muda Keadilan Malaysia, Nik Nazmi Nik Ahmad mengkritik Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sebagai bermuak dua "tampang" apabila di khalayak umum menampil sikap liberal tetapi di dalam perhimpunan agung Umno mengikut rentak perkauman.

Kata Nik Nazmi, Khairy juga membelakangkan masa apabila terus mempertahankan Akta Hasutan dan cuba membangkitkan sentimen perkauman menerusi soal Kedudukan Istimewa Bumiputera.

Nik Nazmi berkata demikian dalam kenyataan akhbar yang turut diemailkan kepada blog ini. Berikut adalah kenyataan penuh Nik Nazmi.

UCAPAN DASAR KHAIRY TERUS MEMBELAKANGI MASA

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin, di dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO menyuarakan partinya sudah ‘membelakangi masa’ dengan mengenepikan pimpinan muda berbanding Pakatan Rakyat.

Pun begitu, nampaknya, Khairy sendiri membelakangi masa apabila beliau terus mempertahankan Akta Hasutan dan cuba membangkitkan sentimen perkauman menerusi soal Kedudukan Istimewa Bumiputera.

Khairy berkata undang-undang kolonial Akta Hasutan adalah perlu untuk mengelakkan negara hancur apabila isu-isu sensitif dimainkan. Namun selama ini kita lihat pimpinan UMNO sendiri dan kumpulan-kumpulan ekstrem yang didokong UMNO memainkan isu-isu sensitif, tiada kekecohan berlaku meskipun hampir keseluruhannya tidak didakwa bawah Akta Hasutan.

Sebaliknya, pemimpin Pakatan, aktivis masyarakat, mahasiswa, ahli akademik dan agamawan menjadi mangsa. Malang sekali Khairy sendiri mendapat pendidikan terbaik di Universiti Oxford, tetapi nampaknya tidak dapat menerima keterbukaan di kalangan ahli akademik di Malaysia.

Sudah wujud peruntukan di bawah Kanun Keseksaan bagi memastikan sebarang pengucapan yang boleh mendatangkan kacau-bilau diambil tindakan. Ini sepatutnya alternatif kepada undang-undang lapuk seperti Akta Hasutan.

Khairy juga mencabar golongan bukan Melayu agar tidak mencabar Kedudukan Istimewa Bumiputera. Beliau berkata perkara-perkara dalam Perlembagaan seperti hak pendidikan vernakular tidak dipersoalkan oleh masyarakat Melayu. Namun pemimpin-pemimpin UMNO sendiri sebelum ini ada mempersoalkannya.

Hakikatnya, majoriti besar rakyat Malaysia tanpa mengira kaum tidak mempersoalkan muafakat Perlembagaan. Yang dipersoalkan adalah rasuah yang berleluasa dan kesenjangan ekonomi yang semakin melebar, yang membebankan semua rakyat Malaysia termasuk golongan Bumiputera.
Statistik menakutkan ini didedahkan oleh laporan Institut Penyelidikan Khazanah baru-baru ini. Hakikatnya, UMNO lah yang menerajui kerajaan selama ini. Tidak wajar untuk Khairy menuding jari pada kaum-kaum lain, sebaliknya beliau perlu melihat dimanakah kegagalan dasar-dasar kerajaan selama 57 tahun mereka mentadbir negara.

Soalnya, adakah ini wajah sebenar Khairy? Jika di khalayak umum, beliau menampilkan imej liberal tetapi di dalam perhimpunan UMNO beliau mengikut rentak perkauman.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA
26 November 2014 [wm.kl.5:17 pm 26/11/14]

3 comments:

bat8 said...

Tuan MSO

Saya amat teruja membaca kenyataan Nik Nazmi. Jika ramai pemimpin muda kita mempunyai daya intelektual begini, cerah masa depan kita orang melayu. Orang muda yang mampu berfikir dalam bentuk gambar besar dan berpijak dialam nyata.

Nik Nazmi, Rafizi, Nurul Izzah adalah bintang-bintang masa hadapan dimana menjadi harapan kita orang melayu.

Tetapi ciri-ciri yang sama kita tak nampak dikalangan pemimpin muda PAS. Nik Abduh, Tantawi masih terkepong pemimiran mereka. Isu paling besar yang mereka nampak hanyalah isu-isu remeh seperti mutu pengadilan bolasepak Liga M. Hatta Dato Dr Khairudin Aman Razali At takiri yang mempunyai ijazah Phd pun kelaut. Isu besar dia hanya mengetuai DUPP buat demo menentang penjualan arak je.

Letih tuan...letih pemuda parti Islam kita

Unknown said...

Khairy terpaksa buat kerja seperti itu kononnya nak dapat sokongan daripada 47% undi popular termasuk penggundi Melayu yang diperolehi oleh BN dulu.Beliau pun ghairah nak capai impiannya menjadi PM dan sesiapa bakal pemimpin UMNO beraqidah bahawa mengapi-apikan atau memperjuangkan sentimen orang Melayu adalah salah satu kriteria nak sampai ke tampuk pemerintahan.Jadi tak salah berperanan dua muka khasnya di khalayak orang Melayu atau pada macik FELDA kerana itu boleh membantu Khairy meskipun Khairy sedar yang orang Melayu umumnya semakin cerdik dan UMNO pun tak lagi akan runtuh atas graviti prestasi buruknya sendiri mengikut hukum sosial sesebuah institusi yang telah lama dan korap memerintah.Jangan khuatir kena sabar sehingga akhir minggu ini luapan ilogikal yang berbaur perkauman dan agama akan meletus di Pehimpunan Agung UMNO, kemudian tu apabila balik kampung nanti Khairy akan tunjuk bagaikan dia tu cerdik, liberal dan keliru juga.

sizzly7761 said...

Yang cerdik kalau masuk UMNO akan terus jadi bodoh! Kalau masuk NGO yang UMNO friendly pun sikit banyak akan terpalit dengan kebodohan walau pun pernah jadi ketua Yang Amat Arif....contohnya kebodohan adalah seperti membandingkan nasib melayu akan jadi seperti red indian adalah satu perbandingan guna kepala lutut! Ini sebab tak baca sejarah red indian yang berjuang dan menitiskan darah dan air mata.. pejuang UMNO menitiskan apa?