Monday, June 20, 2016

Surat tunjuk sebab kepada Pas Kelantan

ULAS PIRAKE (ii)

Keputusan dua Pirake di Sungai Besar dan Kuala Kangsar semalam, tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja terutamanya oleh parti agama (Pas) tanpa membuat analisa mendalam secara waras. Pas mesti berbuat sesuatu dengan segera dengan penuh keinsafan dan professionals.

Kembalikan Husam
ke dalam Pas.
Sekiranya Pas masih lagi beretorik bermain dengan seribu kata-kata indah, membina ayat-ayat power untuk menyedapkan hati, mengulik perasaan, parti itu akan terus lemah dan menjadi parti terpencil. Tidak mustahil juga ia akan pupus seperti dinosour.

Perhatian penuh perlu diberikan oleh Pas Kelantan. Dalam hal ini saya ingin memberi "surat tujuk sebab" kepada Pas Kelantan. Pas Kelantan tidak boleh meriba tangan dan menerima apa yang berlaku dalam dua Pirake itu, kekalahannya sebagai takdir Allah semata-mata. Pas perlu mencari sebab musabab dan mengambil iktibar terhadapnya. Jangan berlindung dengan kata-kata (escape) keadaan di Kelantan berbeza dan politik Kelantan unik.

Apa lagi menganggap senario politik di Kelantan berbeza dengan politik di luar seperti Kuala Kangsar dan Sungai Besar itu.

Jangan marah apabila saya sebut Pas kalah dalan dua pilihan raya itu. Pas kena terima istilah dan hakikat ini. Di Sungai Besar Pas dimalui oleh bekas rakan-rakanya sendiri Amanah. Jangan peduli apakah undi Amanah itu undi Cina, India atau apa. Yang penting teori dan hukum politik telah mengesahkan Amanah mendapat undi lebih daripada Pas. Undi merupakan sokongan dan ia mengeraskan semangat juang.

Pas juga tidak boleh berbangga dengan mendapat undi pure Melayu. Hakikat yang kena disedari di kawasan-kawasan campuran, Pas atau mana-mana parti juga memerlukan sokongan daripada semua kaum. Kedegilan hanya menerima satu kaum sahaja ia tidak akan membawa kemenangan dan menjadi pilihan raya itu tidak bererti apa-apa. Titik simpul dalam pilihan raya ialah menang, dapat kerusi bukan soal undi pure apa-apa puak. Dapat undi pure tetapi kerana terlepas, tidak ada guna juga.

Sama ada undi diperolehi Amanah daripada ahli DAP, PKR atau sesiapa tidak berbangkit, tetapi dalam pilihan raya itu, calon Amanah di Sungai Besar yang dianggap kubu Pas, Azhar mendapat undi lebih banyak daripada calon Pas Dr Rani Osman. Bezanya, 707 undi. Di Kuala Kangsar Amanah pula berkurangan 765 berbanding Pas/

Dalam darjah politik, undi Cina ke, Melayu ke, India ke, Orang Asli ke, muslim, mualaf dan kafir sama sahaja nilainya. Tidak bermakna undi daripada Melayu mempunyai nilai tambah yang besar daripada undi Cina dan India.

Saya hairan apa bila ada sesetengah pentaksub Pas (budak-budak baru belajar menjolak cempedak) seperti tidak mahu mengiktiraf "kemenangan" dan kedayaan Amanah itu. Kononnya ia bukan mewakili suara orang Melayu? Apakah kalau kebetulan undi ahli DAP dan PKR diberikan kepada peti undi Pas, Pas sedia menolak dan tidak mahu mengakui ianya sebagai undi dan sokongan kepada Pas. Jangan double strandard dalam membuat penilaian.

Beberapa kerusi Dun di Selangor yang dimenangi Pas, adalah kerana sumbangan undi bukan Melayu.

Dalam situasi politik Malaysia yang rencam ini, tidak sepatutnya diakan batas-batas jenis undi dan sokongan mengikut sentimen kaum dan puak. Hakikat yang kena terima, mana-mana parti mengamalkan politik kepuakan mereka tidak akan berjaya sampai ke khiamat pun.

Kenapa Umno masih kekal menjadi pemerintah hingga sekarang kerana kebijaksanaan parti itu dalam berkolabrosi dengan semua kaum. Umno tidak cuba memisahkan dan membezakan undi yang diperolehinya mengikut kaum. Umno merima apa sahaja, sebab seperti dikatakan tadi dalam teori dan rukun politik, nilai undi seseorang itu sama sahaja, tanpa mengira anak peribumi, pendatang atau anutan agama dan budaya.

Pas dan parti pembangkang perlu berlajar daripada Umno, mengambil teorinya dan berpegang kepadanya. Apa yang dipraktikan dalam Piraum (Pilihan raya umum) tahun 2008 dan 2013 di mana pembangkang sepakat membentuk Pakatan Rakyat telah menampakkan hasilnya. Tetapi kenapa setelah telor hamnpir menetas kita membuang ibunya dari sakak?

Saya rasa ada tokoh-tokoh siasah Pas faham mengenai teori dan rukun itu. Tetapi kerana sakit hati dan untuk menyedapkan diri serta merendah-rendahkan orang lain maka pemisahan itu dilakukan. Pas berbangga dengan undi pure walaupun kurang terlepas. Berdendam dalam politik satu tindakan yang tidak bijak.

Makan air mata

Tersasar jauh pula saya. Apa yang hendak saya sebutkan di sini, sebagai surat tunjuk sebab kepada Pas Kelantan, apa yang berlaku di Sugai Besar dan Kuala Kangsar itu memberi gambaran buruk kepada Pas Kelantan. Sekiranya Pas masih beristiqamah untuk bersendirian, tidak msuathil Pas akan kehilangan kerajaan di Kelantan pada Piraum akan datang.
 
Dengan mengambil kira kelakuan (apa berlaku) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar itu, (Pas dan Amanah gagal bermaufkat untuk berhadapan BN secara dua penjuru), sekiranya ia berlaku pertandingan tiga penjuru di Kelantan, (dan Pas istiqamah (degil) dengan politik sedarhana matangnya, bertanding sendiri), Pas akan "makan air mata di Kelantan". Saya tidak perlu memberi apa-apa jawaban atas risiko itu? Jawablah sendiri. Mungkin contoh klasik apa dialami Pas tahun 1978 boleh dijadikan cermin sakti untuk menilik natijahnya.

Apakah Pas akan istiqamah (degil) menganggap mereka akan tetap mendapat keredhaan Allah meskipun kalah? Allah hanya akan meredhakan sekiranya perjuangan itu benar dan haq. Apakah Pas akan menganggap berlawan dengan Umno dan BN di Kelantan dalam pilihan raya kelak sebagai perjuangan kebenaran? Kalau begitu bererti Pas memfatwa atau menerima fatwa tahun 60-an yang diheret pula ke tahun 1986 bahawa melawan Umno adalah halal?

Dalam surat tunjuk sebab ini, kita mahu penjelasan macam mana Pas hendak pertahankan kerajaan yang menjadi legasi Tokguru Nik Abdul Aziz itu. Saya tidak nampak jalan dan cara untuk Pas atau kepimpinan sekarang ini akan dapat mempertahankan Kelantan sekiranya kelakuan dan petunjuk di Sungai Besar dan Kuala Kangsar itu berlaku di Kelantan. Pas perlu mengubah pendekatan dan merombak istiqamah itu.

Ada dua cara yang boleh difikirkan oleh Pas Kelantan untuk mengelak parti itu "makan air mata" dalam Piraum akan datang. Pertama, Pas kena melupai hasrat untuk bertandingan bersendirian. Untuk itu Pas kena sedia bergabung dengan Amanah dan PKR. Pelawaan Amanah untuk bersama Pas bagi mempertahankan kerajaan Kelantan perlu diterima dengan waras dan ikhlas.

Kedua, Pas Kelantan perlu memulihkan hubungan dalaman parti itu yang retak ekoran bermain dengan perasaan sentimen dan kebencian sesama sendiri. Husam Musa yang dipecat oleh Pas atas kemahuan Pas Kelantan perlu diusahakan agar ia kembali kepada Pas. Pas Kelantan jangan pandang rendah kepada aura dan pengaruh Husam. Penyelamatan Husam, berada semula dalam Pas bagi membendung berlaku "lari" undi.

Itulah dua tindakan paling afdal dan bersifat politeness yang terbaik bagi Pas. Jika dua tindakan itu dapat diusahakan Pas juga akan dilihat sebuah parti benar-benar berprinsipkan Islam.

Atau sekiranya Pas berasa malu dan janggal untuk mengambil tindakan itu, satu lagi jalan bagi Pas mengekalkan kerajaan Kelantan ialah dengan bergabung dengan Umno. Pas kena berpakat dengan Umno dan hadapi Piraum akan datang secara bersama. Kaedah dan teknikal bentuk persamaan (taawun) politik itu Pas boleh fikirkan.

Proses penyatuan itu hendaklah dilakukan secepat mungkin. Jangan tunggu pada saat-saat akhir. Ketika ahli masih yakin dan istiqamah dengan kepimpina  Guru Hadi dan Guru Harun, lakukan. Hari ini kalangan akar umbi Pas yang menerima politik Pas sebagai jalan dakwah, tidak akan membatah sekiranya Pas bergerak ke arah itu. Malahan mereka akan sedia bertaubat nasuha untuk memaafkan Umno.

Saat paling sesuai untuk ijab kabul dengan Umno atau membawa Husam balik ke dalam Pas atau menerima pelawaan Amanah ialah pada Idulfitri mendatang.

Demikian surat tunjuk sebab saya kepada Pas Kelantan. [wm.kl.11:44 am 20/06/16]

19 comments:

Unknown said...

Adalah agak mustahil Pas dibawah kepimpinan sekarang nak berkerjasama dengan PH, saolah2 Pas dah berkerat rotan dengan DAP, menekala dengan PKR pula banyak berbalah terutama sekali dengan pemimpin PKR yang bukan Islam. Mengenai perhubungan dengan Amanah pula, ianya tak perlu dihuraikan lagi. Ada senario yang munkin bolih menjernihkan situasi bagi Pas, ialah: Kepimpinan baru mengambil alih dangan TITM menjadi teraju utamanya atau Haji Hadi meletakkan jawatah. Pada saya agak sukar.

Unknown said...

Saya setuju dengan Sabtu Awab, cuma Adakah Tuan Ibrahim ada keberanian untuk kehadapan? Untuk mencabar Tuan Presiden agak malu-malu segan silu nampaknya.

Unknown said...

Rasanya UMNO suka akan situasi begini dan dia akan pastikan situasi ini berlanjutan sampai bila-bila. Dia dah nampak dah hasil. Tak perlu bawa masuk PAS dlm BN pun boleh menang besar. Asalkan pembangkang bercakaran sesama mereka yg menatijahkan 3 penjuru dan rakyat pun muak dgn pakatan.. Tapi ianya takkan diluahkan, UMNO akan tunjukkan minat jugak yg dia nak PAS menyertai mereka. Dalam masa yg sama dia akan memastikan segala usaha baik pembangkang utk berbaik2/bekerjasama dlm pembahagian kerusi digagalkan dr dlm. Dia akan main tarik tali dan lepaskan tali itu bila sampai masanya hingga menyebabkan PAS jatuh tergolek atas tanah.

Yang menjadi penentu sekarang adalah PAS. PH tidak mampu berbuat apa2. Dan kita pun tahu apa halatuju PAS mutakhir ini. Sama ada terus dengan agendanya Melayu-Islamnya itu, atau bersama-sama dengan PH membaluti luka akibat bercakaran sesama mereka yang menuntut keikhlasan hati yang tinggi.

Jika terus dengan agenda itu, bukan shj PAS lingkup, tetapi semua rakan pembangkang yg lain lingkup atas keegoaan masing2 untuk berbincang dasar bersama untuk menukar kerajaan UBN. Alamatnya 10-20 tahun lagilah jawabnya baru UBN dpt dikalahkan.

Unknown said...

Tiada yg tidak benar apa yg dituturkan oleh sdr Sabtu Awab dan sdr Muhammad Fahim melainkan benar belaka.
Natijahnya UMNOBN akan terus merasuk parti PAS untuk 'menari' mengikut rentak rancangan mereka. Cadangan pindaan Akta 355 telah berjaya membuatkan PAS lupa diri dan merosakkan blok pembangkang. Bulan Oktober ni Hj Hadi dapat bentangkan usul tersebut??? Kirim salam ler jawabnya...
Dan hudud akan tetus menjadi senjata ampuh UMNOBN untuk buatkan PAS lupa diri aeperti dirasuk jin... melolong dan mengilai merosakkan blok pembangkang.
Dengan saf kepimpinan bodoh sombong PAS yg ada sekarang ni, memang jadi lauk yg sedap utk UMNOBN goreng sampai lumat...

troubadour said...

Empat komen yang sangat baik di atas. Saya setuju 100%

Unknown said...

Pada pandangan saya pula kedua2 PRK benar2 membawa rahmat kpd PAS.. spt yg kita dah jelas PAS lebih kuat brsendirian jika dibandingkan dgn DAP bersendirian dan PKR bersendirian.. toksah komen pasal PAN sbb semua org dah tahu..

Begitu juga bilamana PH telah mewujudkan precedent iaitu dgn melanggar kawasan PAS.. jadi PAS tak perlu malu2 alah lagi utk langgar kawasan PH pd pru14 nanti..

Saya ingin mencadangkan agar PAS bertanding di kawasan PAS yg sediada dan juga kawasan PKR yg pernah dipinjamkan kpd PKR sebelum ini.. manakala bagi kerusi2 PKR yg lain dan kerusi DAP, PAS letak calon parti gabungan blok ke 3 tapi masih guna lambang PAS.. yg ada buat masa ni ialah parti ikatan.. pastikan setiap jentera cawangan dan kawasan PAS digerakkan seluruhnya di kawasan parti ikatan bertanding.. ini adalah bagus utk latihan kpd parti ikatan atau parti gabungan yg lain kelak.. itu shj yg dapat saya fikirkan buat masa ini..

azhar rangkuti said...

Saya berkongsi pandangan yang sama

Ahmad said...

Kata sstgh pimpinan pas, jgn hrp titm nak amik alih kepimpinan pas. Bahasa arab pun tak reti. Ke situ pula mereka demi nak mengekalkan hadi awang

Unknown said...

Politik tu perang dan untuk menang perang perlukan taktikal yg betul. Sepatutnya PH bertahan dan belajar berjuang tanpa kelibat PAS. insya Allah suatu masa rakyat akan melihat keikhlasan kita dan memberi sokongan solid. Yg penting pergunakan setiap instrumen yg ada dgn sebaik mungkin. Sejarah membuktikan betapa byk kerajaan besar yg jatuh kepada wirawan dan gerakan rakyat yg asalnya kecil.
Apalah diharap kepada PAS kerna kendatipun mereka kembali kpd Gabungan Pakatan Harapan barang tentu mereka sekali lagi me nunjukkan sikap keras kepala terutama cth: pembahagian kerusi PRU. Akhirnya rakyat akan meluat dan yang akan terkesan adalah kita PF. Jangan diletak harap kepada puak yng gemar bermetafora macam PAS. istilah Patah sayap bertongkat bahu, patah bahu bertongkat siku, patah siku bertongkat kuku, patah kuki bertongkat paruhku bukan untuk gerakan Parti...
Sepatutnya perjuangan parti berbunyi 'kalau tegak menjadi tiang, kalau rebah jadi jambatan, kalau patah jadi jambatan, kalau terkorban jadi ingatan..
+601110610116

Unknown said...

Sedih tgk statement2 dato amar pasal PAN...nanar,sami,tongkat ali....statement dan cara berpolitik yang membuatkan org2 yg mula nak kenal dan berjinak2 dgn islam pun jadi meluat... islam ajar mcm ni ka kat saudara seagama mereka sendiri? Nabi ajar mcm ni ka? Kami merinduimu arwah Tok Guru yg amat sygkan Pakatan Rakyat....

Unknown said...

Mengapa semua salahkan PAS sdg kan itu kawasan PAS bertanding jgn hanya telunjuk lurus kelingking berkait

Unknown said...

pada pandangan saya PAS bertanding dikawasan DAP ..sebab DAP pasti lawan MCA dari BN jadi pengundi melayu Islam dan ataspgar akan bersatu menjadikan DAP menangis dan PAS boleh menang dan bejihad kerana menentang 2 kafir..

Unknown said...

PAS bertanding kawasan DAP lawan MCA so melayu islam dapat JIHAD menentang 2 kafir.

kutar said...

kenapa melayu islam benci pada DAP cina...mereka cuma kaum manoriti jer...tak tergugat pun islam di malaysia...berbaik lah ingat kita beli barang keperluan pun kat kedai cina...p pasar beli ikan pun kat cina...hantar kereta rosak pun kat kedai cina...repair itu ini pun kat kedai cina...beli keperluan anak barang2 sekolah buku kasut baju pun kat kedai cina...pinjam duit bila terdesak pun kat cina (along)...gadai barang kemas emas pun kat kedai pajak cina...kenapa nak musuh sama cina ramai juga kaum cina masuk islam...dari kaum melayu masuk cina. PAS berbaik2 lah sama cina...dalam islam pun ada berkata tuntut lah ilmu sampai ke negeri cina...knape???

Unknown said...

Pas terlalu beremosi dgn amanah...kerana pemimpin amanah keluar parti digelar pengkhianat..kalau pas benar2 mengamalkan politik matang..dia tak perlu beremosi..peganglah prinsip perjuangan lain-lain tapi objektif tetap sama..bekerjasamalah dgn amanah..lagipun kawan2 mereka semuanya..berpakat..dikelantan..amanah tak perlu bertanding..kerah semua oenyokong amanah termasuk pkr menyokong pas..tapi di selangor atau kerusi pas yg yakin tak menang bagi amanah bertanding dan kerah penyokong pas undi amanah...isya Allah ada harapan menang...tapi ini tak akan terjadi kalau pas masih beremosi..tak tau lah saya beremosi ini ada dlm ajaran islam atau tidak...

Unknown said...

Terbaik tuan situasi menang-menang.

Unknown said...

Jumlah undi diperolehi PAS di Sungai Besar
PRU 2004 - 7,988 ( Tanding Sendiri )
PRU 2013 - 18,286 ( Tanding bersama Pakatan )
PRK 2016 - 6,902 ( Tanding Sendiri )
Jumlah undi merosot 11,384

Jumlah undi diperolehi PAS di Kuala Kangsar
PRU 2004 - 5,748 ( Tanding Sendiri )
PRU 2013 - 13,136 ( Tanding bersama Pakatan )
PRK 2016 - 5,684 ( Tanding Sendiri )
Jumlah undi merosot 7,452

PAS bukan kuat, tapi perasan kuat. PAS tanpa Pakatan dpt undi lagi teruk drp PRU 2004..

Unknown said...

Berpolitik tanpa hujah tulah amalan nik amar. Menjatuhkan husam melalui pengaruh nya yang rapat dgn kerabat kelantan

M Farris Noorzali said...

Rakyat yang matang lebih berminat tentang bagaimana sesuatu parti bertanding atau sesebuah gabungan ingin menawan Putrajaya & menukar kerajaan sedia ada. Kerana dengan menukar kerajaan kpd yang lebih baik sahaja Malaysia dapat kembali gemilang di persada dunia.

Kata kunci adalah 'Strategi Kemenangan'. Itu yang kami mahu dengar. Bukan saling berbalah sesama sendiri dengan isu dangkal sedangkan pada masa yang sama BN ketawa terbahak-bahak merompak hasil negara untuk diri, keluarga dan kroni masing-masing. Akhirnya rakyat terganga, melopong tak cukup gula.