Monday, April 17, 2017

Apa yang penceroboh pejabat MB Kelantan ingini?

Hari ini kita dikejutkan dengan laporan berlaku pencerobohan di pejabat MB Kelantan. Dalam laporan oleh media PB sekejap tadi menyebut antara yang diambil penceroboh ialah dua bentuk cincin zamrud, dan juga wang.

Polis sedang menyiasat kejadian itu. Katanya rakaman CCTV di bangunan menempatkan pejabat MB berkenaan tidak dapat mengecami penceroboh berkenaan. Penceroboh berkenaan saya difahami memakai topi dan bergaya macam James Bond. 

Persoalan kini untuk apa pejabat MB diceroboh? Apakah yang dicarinya. Apakah MB Ahmad Yakob ada menyimpan apa-apa dokumen di pejabatnya? Berapa banyak wang yang dikaut? Kita tunggu hasil siasatan pihak polis, dan juga penjelasan umum Ahmad Yakob berhubung kejadian itu sepulang dari luar negara nanti

Khabarnya hari ini beliau tidak ada dalam negeri kerana membawa rombongan seramai 21 orang ke luar negara. Kejadian seumpama ini belum pernah berlaku sebelum ini baik sejak zaman pemerintahan Ishak Lotfi, Mohd Asri Muda, Mohamad Nasir, Mohamad Yakob atau pun Nik Aziz Nik Mat.  [wm.kl.8:57 pm 17/04/17]

No comments: