Wednesday, May 30, 2018

Selepas 100 hari saya akan melukis bayangan masa depan PH

TERASA dan teringin benar untuk memberi gambaran awal mengenai perjalanan kerajaan Pakatan Harapan ini. Bayangan masa akan datang sudah ada yang tersilau masuk ke dalam mata dan kepala. Kadang kadang ia terbawa-bawa masuk ke dalam tidur pula.

Bayangan atau silauan itu ada kalanya tajam menikam, ada kalanya ia sebam sahaja. Ada suara dan cakap-cakap di kuping telinga yang perlu dihindarkan dahulu.

Nawaitu itu biarlah, ditangguhkan dahulu. Sekurang-kurangya selepas 100 hari, di mana tempoh itu dianggap tempoh berpantang dalam budaya kuno Melayu, tidak baik kalau diperapa-apakan. Sebaik-baiknya juga sebelum sampai ke tempoh itu semua pihak dalam PH mengejapkan saf dan menyempitkan jurang perbezaan.

Insya-Allah selepas tempoh itu saya akan cuba melukiskan bayangan terhadap kerajaan PH yang dipimpin oleh Dr Mahathir Mohamad dan Dr Wan Azizah Wan Ismail kini dan membuat spekulasi berdasarkan maklumat yang ada dan berpandukan kepada makrifat pengalaman lalu.  [wm.kl.5:38 pm 30/05/18]

No comments: