Thursday, November 15, 2018

Kata Dr M belum ada rombakan kabinet

SIULAN MALAM

Dr Mahathir Mohamad menegaskan tidak ada rombakan kabinet dalam tempoh terdekat. Begitu katanya dan kenyataan ini terbaharu. Kenyataan ini sebagai menegaskan kenyataan beliau sebelum ini. Dengan kenyataan terbaharu itu sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada menteri yang berasakan dirinya akan menjadi mangsa digugurkan sebagai menteri.

Kenyataan itu juga memberi peluang kepada menteri yang sebelum ini disuluh dan dinilai gagal menunjukkan prestasi sebagai menteri kabinet. Mereka perlu menggunakan masa atau peluang yang ada untuk melonjakkan pencapaian mereka.

Hendaknya para menteri tidak mengsia-siakan peluang yang diberikan Perdana Menteri itu. Bagaimana pun kenyataan itu bukan jaminan mereka akan selamat.


Boleh jadi juga ketidaksediaan Dr Mahathir merombak kabinetnya kerana belum mendapat lampu hijau daripada Anwar Ibrahim untuk berada dalam kerajaan. Sekiranya Anwar bercadang untuk berada dalam kerajaan sudah tentu isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail akan berundur dari kerusi Timbalan Perdana Menteri?

Dikirakan rombakan pertama kabinet itu untuk membawa masuk Anwar dan beberapa yang lain ke dalam kabinet disamping menggugurkan yang lain.

Saya percaya selepas Anwar memberi persetujuan untuk berada dalam kerajaan, Dr Mahathir bila-bila masa sahaja melakukan rombakan kabinet, disamping untuk membawa Anwar masuk menukar ganti menteri yang gagal menyerlahkan kemampuan.

Ertinya nasib menteri yang kini diberitakan akan digugurkan terletak atas langkah Anwar.
Anwar sebelum ini mengeaskan dia tidak akan menyertai kerajaan Dr Mahathir sebagai TPM sebaliknya akan terus mengambil alih kedudukan sebagai PM.

Makna lain yang yang boleh ditafsirkan dengan perkembangan ini Dr Mahathir akan terus berada di kerusi PM seperti mana dikonsensuskan selama dua tahun, atau lebih?  [wm.kl.8:31 pm 15/11/18]

No comments: