Monday, July 4, 2022

Umno perlu bersama PH dan SaveKelantan

ULAS PANDANGAN

Pas sudah sah bersama Bersatu.
PERTANDINGAN tiga penjuru nampaknya tidak dapat dielakkan daripada berlaku sekali lagi di Kelantan dalam piraum ke-15 nanti. Dalam piraum lalu, 45 kerusi Dun dan 14 kerusi parlimen di Kelantan menjadi rebutan tiga buah parti (komponen), Pas, Umno dan PH (DAP, PKR dan Amanah). 

Keputusannya, hanya UBN dan Pas menang. Tiga buah parti lagi yang bergabung dalam PH, semua kecundang dan hampir semua calon-calonya hilang wang pertaruhan. PH memperolehi undi tidak sampai 10 peratus pun.

Keputusan piraum lalu mewujudkan suasana tidak kondusif dalam DUN Kelantan bila mana lapan Adun Umno mengambil sikap berkompromi dengan Pas. Dun Kelantan tidak ada suara pembangkang, menjadikan Pas sebagai lembu tidak ditambat. 

Umno yang sepatut jadi pembangkang bertukar menjadi "pak angguk" kerana terpesona dengan lagu nyanyian Pas. Selama Umno berkolaborasi dengan Pas dalam DUN, suara kritis rakyat Kelantan tidak lagi kedengaran. Rakyat Kelantan semacam tidak mendapat pembelaan dan kewujudan DUN sebagai formaliti untuk melaksanakan rutin dewan sahaja yang telah disiapkan. Kondisi seperti itu tidak baik untuk sebuah kerajaan dan rakyat. 

Macam mana pula situasinya dalam piraum ke-15 nanti? 

Husam pemimpin SaveKelantan.
Walaupun sebelum ini kerjasama Pas - Umno sudah dibentuk menerusi Maufakat Nasional (MN) yang memperlihatkan kedua-dua parti itu akan bergabung untuk menghadapi pilihan raya ke-15 nanti, nampaknya hasrat itu tidak menjadi.

Mulanya Umno dan Pas beriya-iya membentuk kerjasama itu. Kerjasama itu sesuatu yang baik dari segi perpaduan dan mengurangkan politiking, sekiranya ia digagaskan atas hasrat rakyat bukan kepentingan politik. 

Menerusi kerjasama itu, yang paling mengharap ialah Umno, setelah mereka kehilangan kerajaan Malaysia. Umno mahu menjadikan Pas sebagai tongkat dan tali hayat untuk menyelamatkannya dan kembali berkuasa. Umno mulai sedar selepas kekalahan itu akan kelemahan mereka. Kerana kekangan dan hambatan itulah mengapa Umno beriya mengusahakan agar ia menjadi kenyataan. 

Peringkat awal ia telah menunjukkan hasil apabila beberapa siri pirane dimenangi oleh Umno, keadaan ini mengembirakan Umno. Kemuncak kerjasama dengan Pas ialah kemenangan dalam pilihan raya kecil parlimen di Tanjung Piai Johor menerusi calon MCA. Kemenangan calon MCA itu menunjukkan penyokong dan ahli Pas sudah menerima BN yang dianggap kafir selama ini. 

Kenapa tidak, presiden Pas Abdul Hadi Awang sendiri menyiapkan serangkap pantun berbunyi; Tanjuing Piai pergi ke Dumai, Sampai di sana naik kereta; keluar mengundi beramai-ramai, undi MCA kawan kita, meminta ahli dan penyokong Pas mengundi BN. Pantun Hadi telah memansuhkan hadith dan ayat-ayat Quran yang melarang undi MCA yang dibaca sebelum ini. 

Malangnya, MN itu berjalan sekerat jalan sahaja, apabila ia dipintas oleh Bersatu yang menculik Pas untuk bersamanya. Tawaran, atau politik scheme of things dilakukan Mahiaddin berjaya memecah mecilkan MN itu apabila pemimpin terpancing dengan metarial. Mahiaddin dan Pas telah menubuhkan Perikatan Nasional (MN) yang secara langsung menindak MN. Penubuhan MN ini katanya tidak mendapat restu muktamar Pas dan ia diusahakan atau perancangan beberapa pimpinan tertinggi Pas, khasnya Setiausaha Agung dan Presiden sahaja dengan Mahiaddin semata-mata. 

Pas telah "kahek" Umno.

Pelancaran MN peringkat negeri Kelantan Sabtu kelmarin, telah menamatkan kerjasama di antara Pas dengan Umno. Pelancaran itu serta pelantikan ketua-ketua badan kawasan menunjukkan Pas telah "kahek" Umno mentah-mentah. Sebaliknya apa yang berlaku, Pas akan berkerjasama sepenuhnya dengan Bersatu. Maknanya disini, Pas yang berkasih dengan dua jejaka jalang seketurunan, akhirnya memilih jantan bernama Bersatu untuk naik ke pelamin bukannya dengan Umno. 

Dengan pelancaran dan pelantikan ketua-ketua perhubungan kawasan PN di seluruh Kelantan, Umno tidak perlu menghitung hari lagi, sebaliknya perlu bangkit. Mereka perlu bangun dari tidurnya, melepaskan mimpi bersanggama dengan Pas. Umno kena sedar yang mereka dipermainkan Pas hidup-hidup. Kerjasama yang dijalinkan selama ini bukan berpijak dibumi nyata bagi Pas, cuma di atas latar pelangi indah sahaja.

Untuk terus kecewa di Kelantan, Umno tidak perlu berlengah lagi mereka sebaliknya segera menyusun strategi dan taktik untuk menghadapi piraum ke-15. Apakah hasil permukiman selama tiga hari di Bangkok lalu membawa apa-apa hasil. Jangan-jangan ada anggota pemukiman itu kini diserang aids menyebabkan alpa kepada parti?

Mana-mana suara yang merintih dan merayu kepada Pas, Umno jangan pedulikan lagi. Melayani suara mereka akan membawa rugi berguni kepada Umno. Umno juga kena bertegas kepada mana-mana ahli atau wakil rakyat yang terus mengenyit mata dengan Pas. Mereka itu adalah golongan oportunis yang lebih memikirkan kepentingan diri semata-mata.  

Ambil peluang.

Waktu ini rakyat Kelantan sudah bosan dengan kerajaan Pas yang gagal mengurus tadbirkan negeri dengan baik. Pelbagai kelemahan, penyelewengan, rasuah, penipuan dan kezaliman kepada rakyat dilakukan kerajaan Pas Kelantan seperti mana didedahkan. Paling dahsyat ialah penggodolan bukit bukau dan pemberian hutan simpan kepada rakyat asing. Diberita seluas tiga kali pulau Temasik tanah hutan simpan di Nenggeri telah dibongkar kononnya untuk peladagan dan sebagainya. 

Bertolak dari itu selera rakyat yang sudah muak dengan Pas. Dimana-mana rakyat Kelantan bercakap tentang kerakusan dan kegelojohan para pemimpin Pas dalam mengejar harta kekayaan. Perkembangan ini seharusnya diambil kesempatan dengan bijaksana dan penuh taktikal oleh Umno. Dalam pada itu Umno juga kena faham realiti untuk berhadapadan dengan Pas, parti itu tidak mampu untuk berlawan secara solo. Hendak tidak hendak, suka tidak suka Umno perlu "berkapuh" mencari kawan menguatkan pasukan. 

Untuk memastikan kemenangan Umno tidak ada pilihan lain melainkan bersama PH. Umno perlu sedia dan terbuka untuk bersama PH. Begitu juga dengan pihak PH juga perlu rela dan terbuka untuk menerima Umno sebagai rakan sepasukan bagi menghadapi Pas yang sudah berkongsi dan bekerjasama dengan Bersatu. Kedua-dua pihak harus fleksibel dan rasional dalam berpolitik. 

Khabarnya sudah ada rintisan ke arah itu. Tetapi ia bukan secara rasmi. Dipihak PH masih tidak tentu arah kerana gabungan itu sendiri tidak mempunyai kepala. Manakala ekornya pula bercabang-cabang dan (bercawi) macam ekor burung Damak. Misalnya parti Amanah yang kini sudah jadi PTC, berpecah dua, satu kumpulan putih satu kumpulan hitam. Parti itu menjadi tipis yang akan hilang begitu sahaja bila ditiup dek angin jika tidak bersama. 

Begitu juga dengan PKR, sampai kini parti itu belum ada pengerusi negeri. PKR masih belum membuat lantikan kerana tidak ada tokoh yang berkelayakan dan dapat memimpin parti reformasi itu. Pengerusi yang dilantik sebelum ini, hanya mampu "bbual" besar sahaja. 

Manakala DAP, hanya ada semangatnya sahaja di Kelantan manakala jasad tidak ada. DAP tidak perlu wujud pun di Kelantan dan juga berada dalam PH, dalam konteks politik Kelantan yang rakyatnya skeptikal dengan parti itu yang dianggap parti Cina. Kehadiran dan keberadaan DAP di Kelantan bukan membantu tetapi menjada liabiliti kepada sesiapa berkawan dengannya.

Sekiranya PH gagal untuk dijadikan rakan dan sahabat oleh Umno, dengan kedudukannya tidak menentu itu, Umno mungkin boleh mengundang Ngo SaveKelantan untuk menjadi rakan stragiknya dalam pilihan raya nanti. Melihat kepada kerajinan dan menyeluruhnya sokongan rakyat Kelantan kepada SaveKelantan, Ngo itu mampu untuk dijadikan rakan oleh Umno.

Untuk tujuan ini SaveKelantan tidak perlu didaftar sebagai sebuah parti, tetapi ia boleh mengambil bahagian dalam pilihan raya, sam ada bertanding atas simbol bebas atau pun menumpang simbol Umno. Yang penting SaveKelantan berkolaborasi dengan UBN. 

Bagi mengejapkan kerjasama itu, Umno perlu membenarkan SaveKelantan bertanding. Para pemuka Savekelantan boleh bertanding atas simbol apa sahaja kalau tidak ada mahu menggunakan simbol BN. Tetapi sebaik-baiknya menggunakan simbol BN.

Sekiranya pemuka Savekelantan ingin bertanding atas simbol BN sekalipun tidak perlu ragu dan takut kerana era ini parti tidak menjadi hal penting lagi. Simbol bukan lagi menjadi keutamaan yang wajib seperti dahulu. Parti-parti politik sama sahaja, ia dibezakan oleh saksiyiah dan idealisme individu masing-masing bukan parti. Mood rakyat Kelantan pada masa ini akan memilih body (batang tubuh) bukannya parti, Fenomena ini nampak begitu tinggi sekali.  

SaveKelantan juga tidak perlu berasa canggung atau geli geleman dengan Dacing sebagai simbol, apa yang penting baginya ialah menyertai pilihan raya dan menumbangkan kerajaan Pas Kelantan itu. Dari segi matematik politik hanya UBN sahaja dapat menyangi Pas dan Bersatu di Kelantan memandangkan parti itu wujud sejak tahun 1946 lagi di Kelantan serta pernah menjadi kerajaan selama 12 tahun 1978 - 1990. 

Apapun untuk menjadikan gabungan UBN besar dan setanding dengan PN yang telah dilancarkan Sabtu lalu, hanya dengan penyertaan Savekelantan sahaja. Kalau pun Umno bersama PH, tanpa SaveKelantan ia tetap tidak menjadi grand kerana waktu ini yang mendominasikan isu-isu politik di Kelantan adalah SaveKelantan. 

Masalah kerusi ia boleh dirunding dan dibahagikan dengan adil dan munasabah, sikap dan semangat win-win kenalah dipraktikan. Proses atau formula pembahagian kerusi bukan atas ketamakan, tetapi atas nawaitu yang satu untuk menghadapi lawan. Umno, PH dan SaveKelantan jangan terlalu lewat membuat perundingan dan keputusan kerana Pas dan Bersatu (PN) telah pula mula mengatur langkah dengan padu.  [wm.kl. 8:55 am 04/07/2022]

Glossori:

Berkapuh = berpakat, berkawan, bergabung,

Kahek = luah, buang, ludah.

Bbual = cakap besar.

Piraum = pilihan raya umum.

No comments: