Saturday, August 13, 2022

Transformasi kepimpinan dalam Keadilan

SUUPAN PETANG

PELANTIKAN pengerusi-pengerusi MPN Negeri dalam Keadilan sebagai persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 telah pun selesai dilakukan. Pelantikan itu memperlihatkan parti itu khas presidennya Anwar Ibrahim telah melaksanakan transformasi atau peralihan kepimpinan dalam parti berusia 22 tahun itu. 

Rata-rata pengerusi MPN negeri dilantik merupakan pemimpin pelapisan dibawah usia 55 tahun. Kebetulan pula mereka dilantik itu berkedudukan dalam harakat kepimpinan utama parti tersebut. 

Rafizi Ramli yang juga timbalan presiden Keadilan yang baru dinobatkan telah diberi tanggungjawab untuk menerajui Keadilan negeri Johor. Tiga naib presiden, masing-masing Aminuddin Harun yang juga MB Negeri Sembilan diberi tugas mengendalikan Melaka disamping kekal memimpin Negeri Sembilan. 

Seorang lagi Naib Presiden Nik Nazmi Nik Ahmad diberi tanggungjawab mengemudikan dua negeri di pantai Timur, Terengganu dan Kelantan. Manakala Amiruddin Shari yang juga Menteri Besar Terengganu turut diberi tanggungjawab menguruskan Keadilan Pahang di samping Selangor. 

Ahli Parlimen Tanjung Malaim, Chang Lih Kang yang juga turut terpilih sebagai naib presiden dalam kongres nasional baru-baru ini diberi tanggungjawab mengepalai Keadilan Perak. Sementara seorang naib presiden yang dilantik, Nurul Izzah Anwar diberi tanggungjawab mengemudikan tiga negeri di utara, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. 

Rata-rata pengerusi MPN negeri itu berusia dibawah 55 tahun ke bawah. Takah usia pimpinan Keadilan ini menjelaskan bahawa parti itu benar-benar melukan transformasi kepimpinan yang muda, bersemangat ke dalam parti itu.

Peralihan ini satu hal menarik sekaligus menunjukkan kesedaran akar umbi parti berkenaan dan juga telah memaksa presidennya yang telah berusia 75 tahun memenuhi aspirasi akar umbi itu.

Sudah tentu pelatihan dan perubahan ini sesuatu yang menarik bakal menjadi kayu ukur kepada sejauh mana Keadilan akan mendapat manfaat daripada penstrukturan baharu itu. Pemimpin lama yang menjadi penggerak reformasi tidak lagi diberi peranan utama. 

Tindakan ini sekali lagi menunjukkan Keadilan mendahului perubahan dan memahami kesedaran semasa berbanding dengan parti lain yang terus berkeras mahu mengekalkan "ayam-ayam tua" dan "dogel" mereka sebagai pemimpin.

Kemampuan parti berlambangkan mata itu juga memberi pertunjuk bahawa parti itu kaya dengan tokoh-tokoh kepimpinan walaupu ia menghadapi perpecahan besar dua tahun lepas ekoran pengkhianatan persis hewan yang mengguting dalam lipatan dan musang berbulu ayam.  [wm.kl. 4:29 pm 13/08/2022]

No comments: