Tuesday, December 26, 2023

Khawarij: Bertindak sebelum terlambat

SUSUPAN PAGI

KEWUJUDAN kumpulan parti politik disebut berfahaman Khawarij, yang mengambil pendekatan kekerasan dan sombong hendaklah diberi perhatian serius. Kumpulan ini sombong, langsung tidak boleh ditegur dan menganggap mereka sahaja Islamik. 
Persidangan Majlis Raja-Raja. Hiasan.

Kumpulan ini hanya mengakui mereka sahaja yang benar,  manakala yang lain terkeluar dari Islam, pihak lain semuanya kafir dan wajar diperangi.

Paling membahayakan sejarah kumpulan ini menganjurkan pembunuhan kepada pihak yang tidak selari dengan pemikiran mereka. Dizaman selepas kewafatan Rasulullah S.a.w kumpulan yang tidak bersetuju dengan para sahabat melancarkan pembunuhan ke atas pemimpin selepas Rasulullah.

Pemahaman ini sedang menyubur di negara kita. Perkara ini "disebutdedahkan" oleh mundir Rafit Al Mustopa Machang Muhaizad Muhammad menerusi satu youtubenya yang boleh diakes dalam medsos.

Menurut Muhaizad kumpulan ini ekstrem dan sangat ego tidak boleh dikritik langsung dan akan menganggap mereka sahaja benar manakala golongan lain sebagai kafir.

"Sesiapa yang mengkritiknya akan dianggap kafir, terkeluar dari Islam" tegas Muhaizad.

Membahayakan fahaman ini kerana ia dipraktikan oleh sebuah kumpulan politik. Muhaizad tidak menyebut kumpulan politik itu, tetapi segala tindak tanduk haraki itu mengarahkan kepada fahaman Khawarij dan Syiah yang telah diketahui umum.
 
Kumpulan Khawarij ini sama dengan fahaman politik Syiah yang mana sanggup mengkafirkan dan membunuh pihak yang tidak selari dengan pemikirannya. Jelas Muhaizab pada mulanya berlaku perbahasan politik untuk merebut kuasa dalam Syiah kemudian ia bertukar menjadi iktikad, akidah.

"Mula perbahasan politik untuk merebut kuasa sahaja tetapi ditukar menjadi iktikad," kata Muhaizab. Inilah yang berlaku dan dilakukan oleh kumpulan berkenaan menjadikan fatwa politik sebagai akidah.
Apa disebutdedahkan Muhaizab itu sesuatu yang sangat bahaya kepada kehormonian hidup ummat dinegara ini jika ia dibiarkan tanpda sebarang tindakan tegas.

Justeru sudah sampai masanya kalau pihak berwajib termasuk Majlis Raja-Raja Melayu sendiri membuat satu "dikrit" agar mana-mana kumpulan politik tidak dibenarkan terjebak dengan fahaman berkenaan, apa lagi mengambil fahaman itu sebagai akidah politik.

Majlis Raja-Raja yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam wajar bersidang untuk membuat semakan dan ketatapan, kalau perlu mengharamkan parti yang mengambil fahaman berkenaan, diharam, haramkan.. kerana ia sangat merbahaya.

Terutamanya parti yang bernuansa Islam yang menggunakan Islam sebagai nama parti mungkin boleh dipertimbangkan semula kebenarannya kerana kencenderungan mereka ke atas itu lebih besar. Sekiranya penggunaan nama Islam boleh menimbulkan masalah, menjejaskan kestabilitan kerajaan elok sahaja ia diharamkan.

Adalan sangat bahaya kedudukan dan nama Islam dipakai dalam parti politik apabila ia diguna untuk merancuni dan menuba pemikiran rakyat dengan tujuan memberi gambaran bahawa parti mereka sahaja berhak memperjuangkan Islam, manakala parti lain tidak. 

Rakyat yang tidak berpengetahuan dan taksub akan berpegang parti berkenaan sahaja yang patuh "disujudi".Mengajak rakyat berpegang kepada sesuatu yang karut adalah berdosa dan merugikan negara.
 
Selain daripada itu, Kementerin Dalam Negeri (KDN) juga perlu mengambil langkah pencegahan penyebaran fahaman Khawarij seperti disebutdedah Muhaizad itu. Saifuddin Nasution Ismail boleh meminta mana-mana badan membuat penyedilikan berhubung hal ini untuk diambil tindakan.
Apa-apa peristiwa yang berbau tindakan politik berunsurkan fahaman berkenaan sebelum ini mungkin boleh dijadikan hujah dan alasan untuk bertindak. 

Jangan tunggu terlalu lama untuk mengambil tindakan. Suatu masa dahulu Mahathir Mohamad semasa menjadi PM pernah mencadangkan untuk bertindak ke atas parti menggunakan Islam sebagai nama, tetapi tidak diteruskan. Mungkin Mahathir takut kehilangan kuasa dan tentangan dari puak-puak itu. Anehnya hal sama dilaksanakan ke atas Jemaah Darul Arqam tanpa berhadapan dengan masalah besar. Bukankah ekoran penjernihan ke atas Arqam itu akhirnya menyedarkan ahli jemaah berkenaan yang disesatkan oleh pemimpinnya sebelum ini. 
 
Rasanya tidak perlu takut kepada tentangan balik dari puak-puak itu, melawan musuh untuk menegakkan kebenaran dan melupuskan kekufuran adalah WAJIB. Baik rebah sekali daripada suatu hari rebah tidak boleh bangkit lagi. Baik kalah kerana menegakkan yang haq daripada bersikap tawakus kerana takutkan kepada tindakan musuh. Trims. [wm.kl. 11:17 am 26/12/23]

No comments: