Wednesday, January 8, 2025

Lembu sebaka tidak akan berlaga

Sikit Lagi Tentang Isu Addendum 

Lokman Noor Adam mengenali hubungi 
Zahiud dengan Anwar. 
PENJELASAN isu addendum oleh Lokman Adam adalah terbaik, jelas dan boleh dipercayai. Bukan keranna beliau bersumpah atas nama Allah ketika menyebut dan menjelaskannya, tetapi hubungan rapat beliau dengan ibu Pe
jabat Umno dan Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi memungkinkan Lokman mengetahui cerita sebenarnya. Ceritanya akurat.

Lokman menangkis dakwaan sesetengah pihak termasuk dari kalangan Umno pro-PN bahawa Zahid tidak berusaha untuk mendapatkan pengampunan untuk Najib Razak. Ada tafsiran Zahid sengaja berbuat begitu kerana bimbang jika Najib bebas ia mengancam kedudukanya? 

Pihak itu sengaja mereka cerita dan membentuk keadaan agar Zahid berlaga dan bertembung dengan Najib kerana kepentingan diri.

Hakikatnya cerita Lokman, Zahidlah bersama dengan rakan rakan termasuk Menteri Undang-Undang Azalina Othman Said dan lain-lain berusaha keras untuk mendapatkan addendum itu dengan bantuan perdana menteriku (PMku) Anwar Ibrahim.

Menurut Lokman sebaik titah addendum dikeluarkan pada 29 Januari 2024, Zahid memanggil mesyuarat MKT untuk menjelaskan isi dan rupa addendum berkenaan. Zahid juga terus telefon Perdana Menteriku Anwar agar tidak segera mengumumkan kerana dalam addendum itu tiada arahan pengampunan agar Najib ditahan dirumah. Di sini bermaksud addendum itu tidak memenuhi "makrit", kehendak Zahid dan Umno. Zahid terus berusaha ke saat akhir untuk membebaskan Najib sekurang-kurang memberi kebenaran tahanan rumah.

Apa dikehendaki dan diusahakan Zahid dengan kerjasama dan sokongan Anwar itu berjaya, Yang diPertuan Agong berkenaan mengeluarkan addendum tambahan. Tetapi malangnya addendum tambahan itu menurut tafsiran Peguam Negara ia tidak boleh dipakai kerana ia dibuat di luar mesyuarat pengampunan dan tiada dalam minit. Dalam kata lain addendum itu expire. Perkara itu bukan rekaan tetapi ditafsirkan sendiri oleh Peguam Negara Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh. 

Lantaran itu Zahid segera tampil memberi penjelasan kepada pimpinan tertinggi Umno diseluruh peringkat Wanita, Pemuda dan lain lain keesokan hari selepas mesyuarat khas MKT pada malam sebelumnya.

Ramai yang tidak faham dan mengerti mengenai tafsiran Peguam Negara ini mengenai addendum tambahan itu yang tidak terpakai kerana dibuat di luar mesyuarat. Untuk menjelaskan ini keadaan atau kewujudan addendum tambahan yang tidak berlaku itu samalah dengan kewujudan duit yang sudah lupus tarikh seperti dialami pemuda Ashbul khafi dahulu atau keadaannya seperti duit daun pisang di zaman Jepun. Saking lamanya pemuda Ashbul khafi lena selama 300 tahun sehinggakan mata wang dizamannya sudah tidak laku kerana tarikhnya lupus. Nah begitu juga keadaan duit daun pisang di zaman Jepun, kalaupun kita memilikinya berbillion tetapi tidak membawa makna sebab ia tidak laku.

Apa disebut Lokman ini tally dan benarlah apa diceritakan Mandane Saifuddin Nasution Ismail, yang mana pihaknya menerima surat daripada Peguam Negara mengenai addendum itu ada tiga perkara saja, mengurangkan separuh hukuman penjara, denda dan dikenakan penjara setahun jika gagal bayar RM50 juta. Tiada perkataan perintah tahanan rumah disebut. Jelas dan sahih bahawa Saifuddin tidak berbohong dan menyembunyikan sesuatu di sini. 

Dalam hal ini, tidak ada ada isu penyembunyian addendum atau pun sengaja hendak menganiayakan Najib. Zahid tidak tidur dalam berusaha untuk membebaskan sahabatnya itu. Hubungan persahabatan Zahid dengan Najib lebih intim dan menjerap daripada hubungan mereka yang baru mengenali Umno dan mengharapkan secebis roti daripadanya.

Sesungguhnya Zahid tidak tidur daripada berbuat sesuatu untuk membebaskan Najib, manakala Saifuddin atau Anwar tidak sesekali menyembunyikan addendum berkenaan. Hanya mereka yang matanya tersumbat abuk dan abu sahaja melihat Zahid tidur.

Tentang addendum itu mereka hanya menyebut dan mematuhi apa yang diputuskan Yang diPertuan Agong dan apa dinasihat dan ditafsirkan oleh Peguam Negara, Ahmad Terrirudin. Addendum tambahan itu tidak expire bukan tafsir Zahid, Saifuddin atau sesiapa tetapi peguam negara.

Apakah ada yang mahu addendum tambahan itu diback dated untuk membolehkan ia terpakai. Dan jika dibuat begitu bukankah ia melanggar peraturan dan suatu perbuatan lebih busuk daripada apa dituduh terhadap Zahid dan Anwar itu.

Disini jelas isu addendum itu sengaja dimain dan diputarkan dengan motif tertentu untuk kepentingan sendiri dan puak sehingga sanggup membelakang adat dan agama. 

Yang dalam Umno mereka mahu melagakan Zahid dengan Najib. Mereka mahu retak dan relaikan hubungan persahabatan Zahid dengan Najib kerana itu memudahkan mereka mencuri. Zahid dan Najib adalah penghalang pintu kota Putrajaya untuk mengamankan PMku Anwar. 

Pembangkang pula mahu menimbulkan ketegangan diantara PM dengan Umno. Mereka sedar dan tahu kepaduan kerjasama Anwar dengan Zahid  menjadi azimat keutuhan kerajaan. Jadi mereka jadikan addednum untuk meruntuhkan kerjasama itu. Tanpa mereka harap dan doakan berlaku istidraj addendum mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan Madani. 

Usahlah mahu lagakan Zahid dengan Anwar mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan hasutan dan berlaga di antara satu sama lain kerana mereka asalnya dari satu baqa. Kandati lembu atau kerbau kalau datang dari satu baqa atau keturunan mereka tidak akan berlaga. Hal ini sudah ditegaskan Zahid bahawa dia satu fikrah dengan Anwar dan mempunyai chemistry.

Dalam masa mereka mahu memberi imej buruk kepada Anwar mahu membuat naratif berlaku penderhakaan Anwar kepada Raja Raja. Mereka akan buat naratif itu sekurang kurang akan terpakai untuk terus membuat gimik sekali lagi selepas ini yang kononya Anwar ditolak oleh Raja Raja Melayu.

Itulah maksud dan tujuannya.

Dan yakinlah pembangkang atau mereka yang benci PMku tidak akan berhenti setakat ternokhtahnya isu addendum itu. Mereka akan terus berusaha dan berusaha sampai kapan pun. Usaha jahat ini akan terhenti tatkala kedua mata mereka tertutup rapat dan jasad mereka kaku beku. 

Dugaan saya pada sidang parlimen  Februari nanti pembangkang akan terus menyaringkan jeritannya yang akan disambut oleh para cytro hewan ternakan dengan cerita undi tidak percaya kepada PM dan kerajaan akan dibawa pada sidang itu nanti. Trims. [wm.kl.10:21 am 08/01/2025]

Tuesday, January 7, 2025

Menyimpul solidariti addendum Najib

Ketua Pemuda Umno Akmal Salleh hadir.
ULASAN

PERSOALAN addendum atau titah tambahan kepada Najib Razak sudah ternoktah. Tiada lagi perkara berputar dan tersumbat dalam kepala, sudah release. Perkara yang ditunggu sudah pun terjawab, bahawa addendum tambahan itu ADA, disahkan oleh mahkamah. Najib menang dengan nisbah 2 - 1. 

Dengan kewujudan itu maka kes itu dipulang kepada Mahkamah Tinggi untuk mendengar semakan kehakiman bekas PM itu. Bagaimana pun pembebasan Najib (tahanan di rumah) masih tergantung. Addendum itu jadi kecoh sedikit apabila ia tidak langsung dibawa semasa mesyuarat pengampunan. Kenapa diberi dari luar?

Dengan keputusan mahkamah semalam, sedikit sebanyak ia menjejaskan wibawa kerajaan terutamanya PMku Anwar Ibrahim yang sebelum ini dituduh sebagai sengaja menyembunyikan addendum berkenaan kerana mahu menganiaya Najib. Anwar juga jadi seakan hilang formula untuk menangani addendum itu, berhadapan dengan serangan pembangkang yang mahu meremehkannya. Sampai ada lawyer hilang akal dalam parlimen.

Tetapi bagi mereka memahami kedudukan PM dalam isu ini, mengerti dan menyedari bahawa usaha untuk memberi keadilan kepada Najib itu telah dilakukan oleh Anwar apabila beliau mencadang pengampunan Najib dibawa ke dalam mesyuarat pengampunan yang terakhir dipengerusikan oleh Al Sultan Abdullah selaku Yang diPertuan Agong. 

Sebenarnya peluang diberikan Anwar itu sudah cukup untuk disyukuri dan diterima kasih oleh Najib dan penyokongnya kerana beliau sudah mendapat separuh daripadanya. Najib tidak perlu menagih paha selepas dapat betis. Usah jadi tamak.

Sebahagian yang hadir bersolidariti.

Cadangan itu merupakan satu bantuan (ehsan kemanusiaan) atau usaha besar Anwar dalam memastikan berlaku proses keadilan kepada Najib. Apa penting disini Anwar telah melaksanakan cita-citanya untuk memberi keadilan kepada semua. Keadilan adalah satu prinsip yang menjadi rangka besar dalam kerajaan Madani.

Sekiranya Anwar tidak mencadangkan pengampunan Najib dibawa untuk dipertimbangkan, mungkin tidak ada (pengampunan) pemotongan hukuman penjara dan bayaran denda untuk Najib. Najib diberi pengampunan mengurangkan tempoh jalani hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam (6) tahun, denda daripada RM120 juta kepada RM50 juta sahaja. Dan sekiranya tidak mampu bayar denda hendaklah jalani setahun penjara tambahan. 

Pengampunan itu cukup adil dan beruntung buat Najib jika ketimbang banduan lain. Najib telah memperolehi lebih daripada sepatutnya jika dibanding dengan jenayah dilakukannya. Semestinya jika pengampunan iu tidak dibawa addendum itu juga tidak akan ada. Tahulah berterima kasih.

Keputusan mahkamah semalam memberi peluang kepada Najib untuk mendapat tahanan rumah seperti diperintah dalam addendum berkenaan. Namun suatu perkara perlu difahami ia tidak semudah itu, sekiranya Najib diminta mengemukakan pengampunan baru, dimana ini menyebabkan addendum itu tidak berlaku. Jadi dalam hal ini Najib akan jadi menang sabung kampung tergadai.

Sementara itu solidariti untuk Najib di hadapan Istana Keadilan semalam adalah satu testing atau pelumbaan kekuatan pengaruh dalam Umno di antara Najib Razak dengan Zahid Hamidi. Ia bukan satu solidariti ikhlas dan jujur untuk Najib. Ia suatu pertaruhan dan suatu percubaan bagi bertanding dan melihat kekuatan dua sosok, bekas presiden dengan presiden Umno itu. 

Awal-awal lagi pengujian sudah dibuat. Mereka yang beriya untuk bersolidariti dengan Najib bukan daripada ibu pejabat Umno, tetapi datang daripada luar. Itu sebab, saya kata ia bukan ikhlas. Kebanyakan mereka terlibat adalah mereka yang tiada kedudukan dalam kerajaan, tepatnya yang tidak senang dengan Zahid selaku presiden, bahkan ada yang sebelum ini terang-terang marah dan geram dengan Najib tetiba datang mengendeng.

Tegasnya yang bersolidariti itu bukan ikhlas untuk bebas Najib, tetapi mencari kepentingan dirinya sendiri oleh mereka yang tidak punya kemampuan dan wibawa untuk naik dalam politik atau berkuasa. Mereka mahu memberi isyarat dan kalau boleh menyingkirkan Zahid daripada Umno dengan harapan Najib atau wakilnya mengambil tempat Zahid bagi membolehkan mereka bernafas kembali. Solidariti itu untuk dijadikan momentum jatuhkan Zahid demi survive mereka.

Perkara ini benar sebab itu tidak ada mana-mana pimpinan tertinggi Umno ikut hadir. Tidak ada seorang pun naib-naib presiden, Khalid Norden, Johari Abdul Ghani dan Wan Rusdy hadir. Timbalan Presiden Mohamad Hassan juga tidak nampak. Malahan wakil rakyat atau ahli parlimen juga tidak kelihatan kecuali ketua pemuda Dr Akmal Salleh yang kini gila mencari publisiti untuk menjadi berok baru politik.

Yang menjadi pertuturan ialah kehadiran Pas ke solidariti itu. Ini tidak pelik dan ganjil, kerana terkilas ikan di air kita sudah tahu apa maksud dan tujuan Pas, mereka tumpang semangkuk ikut sama bersolidariti bahkan menjadi lebih sudu dari kuah kerana ada motifnya. Sikap Pas ini tidak ubah seperti mereka yang tidak reti bahasa dan tahu halal haram akan memunggut barangan terbalik dari lori berkemalangan. Itu kerja Pas. 

Pas mengarah ahlinya hadir dari jauh menggunakan bullsiht amnya untuk mengarah dan perintah. Pas ada udang disebalik sokongan itu ia untuk political mileagenya.  Pas bukan ikhlas dan jujur sangat hanya mahu menangguk di air keruh seperti mana mereka dari Umno yang mengambil kesempatan daripada kerjaya politik Najib.

Suasana bersolidariti aman dan tenteram.
Kenapa Pas bersungguh menunjukkan sokongan kepada Najib ada sebabnya. Pas ingin mengajar Zahid yang enggan menerimanya. Pas kecewa dan kesal dengan Zahid yang menolak pinangannya. Sebelum ini Pas mahu menjadikan Zahid sebagai beruk politiknya setelah kecewa dengan Mahiaddin Yassin dan kurang yakin dengan beruk tua politik, Mahathir Mohamad.

Seperti mana didedahkan Zahid empat pemimpin pembangkang (dipercayai daripada Pas) menemuinya mmencadangkan untuk diadakan muafakat atau kehemah baru untuk tumpangkan Anwar Ibrahim dengan menawarkan Zahid sebagai PM. Kata Zahid, Pas membawa maksud untuk menyertai kerajaan dengan harapan hendak menjadi menteri, timbalan menteri dan GLC.

Namun Zahid menolaknya, atas alasan dan prinsipnya beliau tidak akan menikam belakang pemimpin yang diangkatnya, yakni Anwar Ibrahim. Tidak cukup itu Zahid dalam satu podcast menegaskan yang beliau memiliki fikrah sama dengan Anwar dan punya chemistry. 

Penolakan Zahid dengan ajakkan Pas itulah menyebabkan Pas meroya dan sakit hati lantas mahu mengajar Zahid. Caranya  dengan menyokong Najib dengan bersolidariti di Putrajaya. 

Sebenar gelagat Pas ini tidak pelik kerana begitulah hipokrasinya Pas dalam politik sehingga sanggup melakukan apa saja termasuk politik Machiavellisme, matlamat menghalalkan cara.

Selain itu himpunan di Putrajaya semalam juga secara tidak langsung mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan Madani. Kegagalan himpunan itu dan kemunafikan Pas menjadikan kedudukan Anwar sebagai PM kian kuat. 

Kenyataan oleh Premier Sarawak Abang Johari Openg yang mahukan Anwar kekal sebagai PM hingga tamat penggal menjadi kunci palang pintu menstabilkan kerajaan Madani.

Ketiadaan sama TPM Zahid Hamidi dihimpunan itu, para menteri kabinet dan juga ahli parlimen Umno serta TPM Fadhilah Yusof menambahkan lagi keyakinan kita bahawa kerajaan Madani pimpinan PMku Anwar Ibrahim tidak akan tergugat seperti mana diharap dan dicanangkan sebelum ini. Maka menggilalah ngauman hewan peliharaan yang kelaparan.

Hanya sedikit kebimbangan bersarang dalam jiwa ini hendaklah jangan gara gara addendum dan solidariti yang disamun Pas itu menyebabkan Umno retak dan berpecah sekali lagi. Jika itu berlaku maka Umno berjaya digodai oleh syaitan dan iblis politik Pas. [wm.kl. 8:43 am 07/01/2025]