Showing posts with label Fokus Jeli. Show all posts
Showing posts with label Fokus Jeli. Show all posts

Thursday, March 14, 2013

Plan Untuk Pakatan Menang di Jeli

FOKUS KAWASAN JELI                                                                                    

Dua kawasan parlimen di Kelantan semacam sudah dianggap sebagai telaga buruk oleh PAS di mana harapan untuk memenanginya tipis. Dua kawasan itu ialah Gua Musang dan Jeli. Kedua-dua kawasan ini ditakhtai oleh tokoh Umno yang sudah terbilang akan kehebatan dan budinya kepada rakyat. Umno sendiri menandakan kawasan ini sebagai super white.

Apandi: Pernah tewaskan Mustapa.
Dalam catatan ini saya hendak menyorot kawasan parlimen Jeli saja tidak bawa sama Gua Musang. Apakah kawasan ini benar-benar sebagai sebuah 'telaga buruk' di mana PAS tidak ada harapan untuk menang? Apakah Mustapa Mohamed seorang yang kebal dan mempunyai pelbagai tangkal dan azimat untuk mempertahankan dirinya?

Kata orang kalau hendak seribu daya dan tidak hendak seribu dalih. PAS boleh membaiki nasib malang di Jeli itu kalau mereka mahukan demikian. Tuhan menyuruh kita berusaha kemudian berserah kepadanya. Jalan untuk menang tidak pernah tertutup. Sebenarnya Jeli bukan telaga buruk bagi PAS, begitu juga Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian bukan telaga buruk bagi UBN.