Showing posts with label Harun Taib. Show all posts
Showing posts with label Harun Taib. Show all posts

Saturday, January 25, 2014

Ketua Dewan Ulamak Pas kembali ke Rahmatullah

BELASUNGKAWA                                                                              

Jam 12:00 malam tadi Ketua Dewan Ulamak Pas, Harun Taib telah kembali ke Rahmatullah di Hospital Hospital Sultnah Nur Zuhirah Kuala Terengganu. Jenazahnya akan disembayangkan jam 10:00 pagi ini di Markaz Terbiyah Pas Pandang Lembek, Manir Terengganu.

Harun dianggap sebagai pemimpin spritual Pas Terengganu selepas Abdul Hadi Awang. Beliau pernah menjadi wakil rakyat Dun Manir beberapa penggal. Semasa Pas Terengganu memerintah negeri itu 1999 beliau dilantik menjadi anggota Exco.

Allahyarham juga pernah dilantik menjadi Pesuruhjaya Pas Terengganu. Dalam pilihan raya lalu beliau tidak bertanding kerana memberi laluan kepada anaknya. Kali pertama beliau bertanding dalam pilihan raya kecil Telok Pasu tahun 1989 dan menang. Al Fatihah. [wm.kl.7:30 am 25/01/14]

Saturday, September 14, 2013

Ingat Tempoh Untuk Pas Berpecah Sudah Pun Tiba

ULASAN PETANG                                                                                

Ketua Dewan Urusan Ulamak Pas Harun Taib (foto) membuat cadangan supaya Pas mengkaji semula kerjasama (tahaaluf syiasi) dengan PKR. Beliau dilaporkan mengemukakan cadangan itu semasa merasmi Mutlaqa Ulamak se-Malaysia yang berlangsung sehari suntuk di Kedah hari ini.

Alasan itu katanya kerana banyak perkara menerusi tahaaluf syiasi itu boleh melemahkan Pas. Beliau tidak menyebut apakah bentuk kelemahan-kelemahan secara spesifik dan ilmiah, hanya menyebut salah satu kelemahannya menyebabkan sokongan Melayu terhadap Pas berkurangan berdasarkan kepada pilihan raya lepas. Tentunya andaian ini silap sebab tahaaluf syiasi itu bukan bersifat macam ayam mengawan tetapi bersifat anjing berjimak (lama).

Pandangan Harun ini adalah subjek yang akan menggemakan muktamar Pas yang akan berlangsung di Shah Alam pada November depan. Sudah tentu muktamar akan datang akan memberi fokus kepada cadangan itu dan ia akan menjadi agenda utama muktamar. Apabila Harun melontarkan isu itu, ia menjadi isyarat kepada ahli-ahli Pas terutamanya golongan merasakan diri mereka 'ustaz, hafiz atau mendapat pendidikan Timur Tengah dan lebih bangsa 'Melayu' akan membahas perkara berkenaan.

Monday, June 10, 2013

Harun Taib Tidak Faham Politik

SINGGUNGAN RASA                                                                      

Kata Harun Taib beliau tidak setuju kalau himpunan diadakan untuk melakukan revolusi, sebaliknya dia setuju kalau himpunan secara aman dengan mengadakan ceramah. Kerana ujarnya cara itu pernah dibuat oleh Pas.

Kenyataan beliau ini seperti dia menarik balik kenyataannya sebelum ini yang tidak setuju dengan himpunan politik seperti Black505 bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 yang didakwa tidak ada dan jahat. Justifikasinya untuk menarik kenyataan itu ialah kerana parti (Pas) bersetuju dengan himpunan Black505.

Semalam mesyuarat jawatankuasa Pas membuat keputusan semua ahli Pas diarah menghadiri himpunan Black505 pada 15 Jun ini di Padang Merbok Kuala Lumpur.