Showing posts with label Himpunan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Himpunan Rakyat. Show all posts

Wednesday, January 16, 2013

Pujian Najib Kepada HKR Tidak Ikhlas

ULASAN HKR                                                                                                                 

Najib Razak tampaknya cuba hendak menunjukkan baik dengan pembangkang dan dalam masa sama untuk melembutkan hati rakyat apabila beliau mengucapkan terima kasih kepada para peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Sabtu lalu kerana himpunan itu berlangsung dalam keadaan aman dan tidak menimbulkan sebarang kekalutan dan kekacauan seperti sebelum ini.

Yang duduk di kaki lima itu adalah SB.
Kata Najib, dia ucap terima kasih kepada Pakatan Rakyat kerana berjaya berhimpun secara baik, walaupun tegasnya dia tidak bersetuju dengan Pakatan Rakyat. Ucapan terima kasih Najib itu disambut dengan rasa senang hati oleh setiap peserta himpunan dan juga orang ramai yang bersimpati dengan Pakatan Rakyat.

Sejak lebih 10 tahun lalu 'ini kalilah' perdana menteri mengucap terima kasih kepada pembangkang. Cara itu terima kasih itu menunjukkan Najib setidak-tidak ada sedikit telor masak merah. Begitu pun beliau tetap 'bermukah kata' dengan mengatakan kejayaan himpunan itu adalah kerana kejayaan polis kawal keselamnatan.

Pujian terhadap polis itu menjadi pesimis kepada mereka yang menyertai himpunan. Apa yang boleh lakukan pada hari itu, dari bentuk mana kawalan dilakukan polis? Sekali lagi Najib mendapat gambaran serong mengenai peranan polis. Apakah sebuah halikeptor yang berlegar-legar di langit stadium hari itu adalah pasukan polis yang membuat kawalan agar hujan tidak turun?

Sunday, January 13, 2013

HKR: UBN Perlu Lawan Dengan Himpunan Raksasa

ANALISA                                                                                                                               

Kejayaan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) semalammembawa pengertian berlainan kepada Pakatan Rakyat dan UBN. Bagi Pakatan ia memberi makna besar dan pakatan itu wajar merasa merasa gembira kerana ia berjaya menutup beberapa isu yang disondorkan ke atas mereka ke belakangan ini.

Anwar keliling stadium sambil lambai tangan kepada hadirin.
Pastinya himpunan berkapastiti setengah juta itu menjadi benteng mengukuhkan halangan dari diserangan UBN ke atas mereka. Secara tidak langsung gah himpunan itu yang bergema ke seluruh negara malahan di santero dunia menyebabkan isu-isu yang digunakan UBN untuk menyerang PR rakyat tenggelam begitu saja.

Berlainan dengan pihak UBN, himpunan itu membuat UBN khasnya Umno "kenalin" sampai berlaga gigi atas dengan gigih bawah terpaksa mencari tektik dan juga peluru baru untuk diserang kepada Pakatan Rakyat. Segala tuba dan racun yang dihembur ke dalam minda rakyat hari hari ini, menjadi tawar dan 'dawas' dengan himpunan semalam. Himpunan semalam juga boleh disifatkan hujan sehari yang melanda kemarau setahun.

Mulai sore semalam membawa kepada hari ini, esok dan rapat ke pilihan raya orang ramai akan bercakap mengenai kejayaan himpunan berkenaan. Orang akan melihat akan keseriusan dan nekad rakyat bangkit untuk menumbangkan UBN. Ia akan menjadi momentum cukup power dan bersakti untuk rakyat membuat tindakan dalam pilihan raya kelak.

Saturday, January 12, 2013

HKR Yang Memeningkan Kepala Media PB

CATATAN DAN PERISTIWA                                                                                                  

Saat ini sudah tentu bilik berita beberapa agensi berita PB kalut dan para wartawannya sibuk sedang menyiapkan berita atau laporan mengenai Himpunan Kebangkitan Rakyat yang baru berakhir sekejap tadi untuk disiarkan malam atau pagi esok.

Doa Nik Aziz turut diaminkan bukan Islam.
Sudah tentu ada wartawan yang tergaru-garu kepala untuk membuat intro berita masing-masing mencari sudut atau angle mana yang hendak diambil agar ia menarik dan menyeronokkan hati taukeh mereka dan dalam masa sama menyakiti hati penyokong Pakatan Rakyat.

Yang penting juga berita itu nanti memberi damage kepada Pakatan Rakyat dan biarlah kalau boleh rakyat membenci Pakatan Rakyat. Kalau perlu direka, mereka perlu merekanya sebaik mungkin kandati najisnya 'berbolot sampai ke atas belakang. Itu tidak menjadi masalah, dalam dunia media massa di negara ini soal kebenaran, sumber yang sahih dan kod etika itu tidak penting itu adalah perkara nombor dua

Tuesday, January 8, 2013

Polis Beri Jaminan HKR Akan Berlangsung Aman?

PANDANGAN                                                                                                                        

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat lewat petang ini mengenai Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari nanti menggembirakan semua orang. Menurut kenyataan itu pihak polis memberi jaminan akan mengawal himpunan berkenaan dan mahukan ia menjadi satu sejarah? Sejarah apa masih kabur?

Ismail: Bagi jaminan HKR aman?
Perkara ini dinyatakan oleh Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bersama Timbalan Presiden PAS Muhammad Sabu serta Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali.

Menburut mereka perkara itu dinyatakan oleh Ketua Polis Negara, Ismail Omar dalam pertemuan dengan mereka petang ini yang dikatakan dalam keadaan kondusif.

Saifuddin menegaskan IGP (Ketua Polis Negara) berhasrat ini akan menjadi himpunan berkenaan detik bersejarah, untuk belajar dari kelemahan dan kekurangan program-program terdahulu.

Dalam pada itu jelasnya Polis akan memberi servis terbaik untuk memastikan semua hak yang termaktub dalam undang-undang dan Perlembangan dihormati. Sekiranya ini menjadi kenyataan satu tabik hormat dua belah tangan kepada polis boleh diberikan.

Semua rakyat berharap di sepanjang himpunan itu nanti tidak akan ada lagi cemuhan dan kata nesta kepada anggota polis seperti sebelum ini yang diciskan oleh orang ramai kerana sikap tidak profesional mereka memukul dan membelasah orang ramai sewenang-wenangnya.

Bagaimana pun janji pihak polis itu masih lagi belum dapat diyakini sepenuhnya kerana ia tidak dijelaskan dari mulut Ismail Omar sendiri di mana ia boleh jadi betul ataupun selepas ini akan dinafikan dengan alasan Saifuddin silap memahami butiran perjumpaan dengan beliau (Ismail). Kalau ini berlaku ia tidak ganjil kerana sudah ada kekeliruan seperti itu sebelum ini.

Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein juga belum bersuara berhubung sikap polis itu. Apa pun kalau Najib Razak mahu mengurangkan rasa benci rakyat kepadanya seharusnya beliau membenarkan polis melakukan apa yang difikir terbaik.

Maruah dan martabat Najib serta pandangan umum kepadanya akan menjadi lebih tinggi kalau beliau sedia memenuhi janjinya untuk membenarkan himpunan berkenaan berlangsung dalam keadaan tersusun, aman dan diberikan lokasi seperti dipohon, iaitu Stadium Merdeka.

 Petang ini beberapa pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan perbincangan dengan pihak polis berhubung program Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) pada 12 Januari akan datang. Kalau esok atau lusa Tv no 3 tidak membuat laporan huduh berhubung HKR, apa yang dijanjikan polis itu boleh diterima. Tengoklah nanti apa fatwa Tv no 3 dan Harusani mengenai HKR itu. [wm.kl.8:56 pm 08/01/13]

Saturday, November 17, 2012

Lebih 40,000 Di Stadium Sultan Mohamad Ke IV

CERITA SEKEPING FOTO                                                                                                                  



Kata orang gambar boleh menceritakan seribu makna dan membawa seribu erti. Tidak cukup 1,000 patah perkataan untuk menghuraikan maknawi di sebalik sekeping gambar. Saksikan dan renunglah gambar ini, himpunan rakyat anjuran Pakatan Rakyat bertempat di stadium Sultan Mohamad Ke IV malam tadi. Lebih 40,000 hadir.

Himpunan itu diadakan sempena muktamar Pas ke 58 yang diasakan di Pusat Tarbiyah Islam (Putik) Pengkalan Chepa Kelantan.

Semua pimpinan tertinggi parti Pakatan Rakyat hadir; ia diketuai sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan seluruh pimpinan Pas. Hadir sama Penasihat Umum PKR Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim kit Siang yang turut berucap.

Di himpunan malam tadi juga Pas menerima ahli baru sepasukan bekas tentara dari Kerabat - badan kebajikan bekas tentera. Seramai 700 orang menyerah borang menyertai Pas.

Selain itu bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (Jakim) Mohd Nahwari Hashim juga ikut menyerahkan borang menyertai Pas.

Sudah pasti gambaran himpunan semalam yang penuh dengan semangat dan keghairan untuk menawan Putraja sedikit sebanyak membuatkan Umno Kelantan kegerunan. Variasi himpunan hijau, merah dan oren telah menenggelamkan gelombang merah yang cuba diolakkan oleh Umno.

Gambaran semalam menyebabkan Najib Razak terus menumpang dagu di meja makan untuk menentukan bilakah tarikh hendak membubarkan parlimen dan mengumumkan tarikh pilihan raya. [wm.kl.10:18 am 17/11/12]