CATATAN PERISTIWA
 |
| Husam mengadakan sidang akhbar sejurus tiba di airport. |
Adun Salor Husam Musa yang dipecat oleh Pas sudah memulakan gerakan untuk membina tapak bagi meneruskan iltizam politiknya untuk membina Kelantan menerusi parti baharu yang disertainya Parti Amanah Negara (Amanah). Gerakan dilakukan Husam bakal membentuk satu fenomena baharu di Kelantan.
Kepulangan Husam dari Kuala Lumpur jam 3:30 petang kelmarin diberi sambutan meriah di lapangan terbang Pengkalan Chepa. Beliau dijulang sebagai wira. Ini menandakan benih bakal disemari Husam akan tumbuh merimbun.