[kemaskini] Mini Stadium Kajang malam tadi bertukar menjadi lautan manusia yang hadir untuk mengikut kempen menjelang hari mengundi pilihan raya kecil Kajang esok dan juga sempena pelancaran secara rasmi Reformasi 2:0. Esok 38,965 pengundi Kajang akan menentukan siapakah wakil baru mereka, sama ada Dr Wan Azizan Ismail ataupun Chew Mei Fun. Kempen akan berakhir sebelum jam 12:00 tengah malam ini dan malam tadi merupakan kempen terakhir.
![]() |
| Dari satu sudut di stadium Kajang malam tadi. |
Reformasi 2:0 untuk membela Anwar Ibrahim yang dianggap diperlakukan tidak adil dan zalim telah dirancang sebaik sahaja mahkamah rayuan telah menjatuhi lima tahun penjara terhadap Anwar kerana dakwaan liwat.
Lautan manusia malam tadi itu menjadi indikator bukan siapa yang akan menang, tetapi ia menjadi petunjuk berapakah majoriti yang akan dikutip oleh Wan Azizan. Berdasarkan sambutan hangat pada majlis malam tadi, sudah pasti Azizah akan menang dengan besar. Kemenangan bagi Mei Fun pada ketika ini sangat mustahil, seperti mustahilnya akan ditemui pesawat MAS MH 370 yang hilang.
