Showing posts with label Ngo Beras Kampit. Show all posts
Showing posts with label Ngo Beras Kampit. Show all posts

Monday, April 2, 2012

Rahsia Malam

Pejabat Ngo Beras Kampit Sunyi Sepi?

Ngo yang namanya serupa dengan beras kampit, Jati telah pun memiliki pejabatnya sendiri. Pejabat yang menjadi pusat gerakan dan urus kerja Ngo itu terletak di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Katanya di pejabat itulah Hasan Ali alias Hasan Akidah bermesyuarat dan mengatur segala perancangan untuk mempertahankan akidah umah Islam negara ini.

Dari mana Hasan mendapat bantuan untuk membuka pejabat ini timbul pelbagai spekulasi. Ada mengatakan beliau membelanjakan wang sendiri. Kalau tidak silap beliau pernah mengakui kalau pun tidak menjadi Exco beliau masih berpendapatan RM60,000 sebulan. Mungkin beliau berbelanja menggunakan wang peribadi itu ataupun mengadaikan mana-mana hartanah demi Ngo itu?

Ada juga mengatakan Ngo beras kampit itu mendapat bantuan dari pihak tertentu termasuklah ahli perniagaan berjiwa Islam dan sealiran dengan Hasan. Ada juga menuduh Hasan mendapat bantuan dari Kementerian Belia dan Sukan. Dan tidak kurang juga Hasan mendapat peruntukan dari orang kaya Umno yang mempunyai agenda sendiri untuk kepentingan Umno.

Saya pernah diberi tahu sumber dalaman Jati mendapat geran sebanyak RM300,000 untuk menggerakkan kerja-kerja dakwhanya termasuk juga kerja memburukan Pas dan Anwar Ibrahim. Yang tentunya kalau tidak ada peruntukan dan ada pihak bermurah hati tidak mungkin Hasan boleh menjelajah seluruh negara dalam menjual Ngonya.

Perbelanjaan majlis Jati juga mewah di mana signboard dan papan iklan bernilai tinggi.

Timbul keanihan juga kenapa sidang akhbar Jati tidak diadakan di pejabatnya yang terletak di Taman Tun Dr Ismail. Beliau selalu mengadakan sidang akhbar di rumahnya di Pinggiran Tun Dr Ismail.

Apakah pejabat Jati itu hanya sebagai gajah putih sahaja? Dijadikan umpan untuk mendapat modal dan kewangan? Lewat petang ini saya menerima tiga keping gambar susasana pejabat Jati. Keadaanya sunyi sepi dan tidak berpenghuni. Pejabat itu juga penuh dengan peralatan.

Apakah kesunyian pejabat ini menandakan Jati sudah pun bersiap sedia untuk mati beragam? Sebelum ini saya diberi tahu orang kepercayaan Hasan selama ini bermasalah dengannya. Orang itu yang bertindak menjadi penasihatnya, katanya tidak dibenarkan memasuki ke pejabat itu. Kenapa?

Saya penuh yakin Jati juga akan jadi seperti beribu-ribu Ngo lain yang ditubuhkan atas ketamakan dan nafsu manusia bukan kerana ikhlas hendak berjuang, semuanya akan mati beragam. [wm.kl.8:25 pm 02/04/12]

Thursday, March 15, 2012

Senggang Masa

Ngo Beras Kampit Turut Bertanding Dalam Pilihan Raya?

Ada seorang kawan yang bergerak cergas dalam Ngo beras kampit memberi tahu presidenya sedang mengenal pasti beberapa buah kerusi Dun di Selangor yang akan diganggu oleh Ngo itu dengan cara ikut bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Kesemua kerusi itu dimenangi Pas.

Kata kawan itu Ngo itu akan memastikan sekurang-kurang lima kerusi yang mereka ganggui untuk memastikan kerusi itu tewas bagi membolehkan UBN menang dan seterusnya membentuk kerajaan di Selangor.

Di antara kerusi yang disebut kepada saya yang menjadi perhatian Ngo beras kampit itu ialah Gombak Setia yang kini disandang presidenya yang menang atas tikit Pas, Hulu Klang, Lembah Jaya, Meru, Bangi, Sejangkang dan Chempaka. Dari tujuh kerusi itu dua kerusi mungkin tidak akan diganggu. Kerusi itu, Sijangkang yang dimenangi Ahmad Yunus dan Chempaka dimenangi Iskandar.

Bentuk gangguan menurut kawan itu Ngo beras kampit akan menurunkan orangnya untuk bertanding atas tikit bebas. Mereka menghitung calon mereka akan dapat menarik 500 hingga 1,000 undi.

Kalau ini menjadi kenyataan kerusi-kerusi Pas yang dimenangi dengan majoriti 1,048 hingga 5,513 undi itu mungkin akan jatuh kepada UBN sekiranya formula itu menjadi kenyataan.

Kata kawan itu kalau Ngo beras kampit itu berjaya membantu UBN menumbangkan Pas beberapa orang pemimpin utama mereka akan diberi ganjaran termasuk dilantik menjadi pengerusi atau pengarah dalam syarikat GLC. Salah seorang dari mereka katanya akan dilantik menjadi senator kononnya untuk dilantik menjadi menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam. [wm.kl.7:43 pm 15/03/12]