Showing posts with label POJIK. Show all posts
Showing posts with label POJIK. Show all posts

Tuesday, May 19, 2009

Celoteh Murai 45

Jangan Sembunyi Rasuah Bawah Kupiah

MURAI tersenyum dan merasa lega membaca laporan mengenai kenyataan Abdul Hadi Awang yang mengatakan tidak ada politik wang yang berlaku dalam parti berkenaan. Baguslah... kalau Pas terselamat daripada bahana politik wang. Tidak elok kalau parti Islam terikut-ikut sama dengan perangai Umno. Nanti lama kelamaan orang tidak akan kenal dan dapat bezakan mana satu nangka dan mana satu cempedak pula.

Dalam laporan itu juga Murai baca tidak ada apa-apa tindakan dikenakan ke atas orang yang mendakwa berlaku rasuah dalam parti itu. Mat Iraq ketua ulama parti itu tidak dikenakan apa-apa tindakan. Sebelum ini riuh terdengar desakan supaya ketua ulama itu dikenakan tindakan disiplin sekiranya dia gagal mengemukakan bukti mengenai rasuah seperti mana didedahkan itu.

Apakah tindakan itu tidak dikenakan kerana ketua ulama itu hanya berandaian saja? Kalau iya, macam mana pula dalam hal sepenting itu seorang ulama boleh berandaian. Dalam soal yang memberi implikasi hukum tidak boleh pakai agak-agak? Kalaulah ulama begitu digunakan pakai oleh Pas selama ini, maka tidak hairanlah Murai kalau Pas juga boleh berdolak dalih dalam soal-soal hukum hakam!

Murai jadi pening-pening lalat dalam hal ini dan menyebabkan Murai tergaru-garu kepala sendiri sampai tercabut bulu dengan apa yang berlaku itu. Kalau benar tidak ada rasuah dalam Pas kenapa Mat Iraq tidak dikenakan tindakan disiplin? Apakah Pas memberi amaran kepada Mat Iraq? Kalau amaran kenapa pula tidak disebut ia diberikan amaran?

Logik dan adilnya kalau dah buat fitnah, hukum saja jangan taruh dan simpan lagi. Pas tentu arif mengenai bahaya fitnah dan kata-kata Rasulullah mengenai anaknya Fatimah! Apakah Pas juga mengamalkan tindakan double standard macam parti cap keris itu? Dalam Umno ada yang bersalah tidak diambil tindakan, atau tindakannya berbeza-beza dan yang jelas bersalah dilepaskan pula.

Apakah kerana Pas kini sudah rapat dengan Umno maka perangai Umno juga terikut-ikut dalam Pas?

Murai tidak fikir Hadi cuba menyembunyikan isu rasuah atau politik wang di bawah kupiah kerana nak jaga maruah parti. Tentu Hadi tahu apa hukumnya hipokrit dan munafik serta persoalan di Mahsyar kelak. Kalau Hadi juga berbuat begitu bermakna Hadi juga mengamalkan politik tusuk punca dalam kain?

Murai cukup benci kalau orang bercakap; berkatalah yang benar walaupun pahit, tetapi bila kena gilirannya sendiri yang pahit tidak mahu dikatakan dan hanya suka mengatakan yang manis-manis sahaja. Dalam firasat Murai keputusan yang Pas ambil berhubung dengan rasuah itu menjelaskan bagaimana wibawa para ulama dalam Pas itu sendiri!

Murai: Sudah dapat agak kenapa Prolib tidak suka pada ulama.

Sunday, January 18, 2009

Celoteh Murai 20

Tak Habis-Habis Kakak Tua Mengatakan Belatuk

SI KAKAK TUA pun jadi gatal mulut lalu berkokok mengulas mengenai kekalahan bekas partinya di Kuala Terengganu semalam. Kata kakak tua kekalahan itu disebabkan pengundi benci kepada pemimpin bekas partinya itu. Pemimpin parti itu meletakkan calon yang orang tidak disukai orang ramai, begitulah tafsirnya.

Menurut kakak tua orang juga tidak suka Pas, tetapi kerana tidak ada pilihan lain maka mereka terpaksa pilih Pas. Ehwah.... Tidak habis-habis kakak tua nak mengencil dan mengata si burung belatuk. Baginya semua belatuk buat tidak betul dan busuk belaka melainkan dia saja yang syumul.

Penghinaan kepada Pas juga tidak pernah habis. Dari dulu hingga sekarang. Apalah dengki sangat kepada Pas! Padahal Pas pernah memberi ruang kepada kakak tua naik pentas Pas tahun 1969 bila mana bekas partinya pecat dia selepas dia malukan Tunku Abdul Rahman. Dia lupa barang kali, dan perangainya ini ditiru pula oleh Saleintia di Kelantan orang beri madu dibalas dengan tuba.

Kakak tua memberi fatwa kalau nak kembalikan sokongan rakyat kepada BN, BN kena singkir pemimpin yang tidak boleh diterima rakyat dan rasuah. Murai sokong fatwa ini kerana itulah juga menjadi pegangan Pas dan Pakatan Rakyat. Jujurkah fatwa kakak tua itu?
Cuma apa yang Murai hairan dan ingin tanya kepada kakak tua, saki baki pemimpin yang ada dalam kerajaan BN hari ini siapa yang lantik dan pilihnya? Bukankah sebahagian mereka itu wujud dan menjadi menteri atau pemimpin semasa kakak tua menjadi presiden parti itu selama 22 tahun?

Kalau begitu ini bermakna kakak tualah bertanggungjawab membawa pemimpin korup, salah guna kuasa dan terlibat dengan penyelewengan, skandal dan yang rendah moral duduk dalam kerajaan yang diwariskan kepada belatuk itu.

Bukankah sudah ada senarai penuh pemimpin BN yang korup dan yang perangai buruk? Kalau kakak tua sudah lupa, biar Murai sebut beberapa nama orang yang wujud sejak zaman kakak tua menjadi raja dulu. Pertama, Mohd Najib Razak, kedua, Samy Vellu, ketiga Nazri Aziz, keempat Rahim Tamby Chik, kelima, Muhammad Mohd Taib, keenam, Hishamuddin Hussein, ketujuh Rafidah Aziz. Nama-nama ini wujud semasa kakak tua menjadi ketua lagi.

Bahkan di zaman kakak tua jadi ketua dulu pernah ada seorang menteri yang sudah disahkan untuk didakwa atas kesalahan rasuah meluluskan saham untuk anak beranak tetapi ditangguhkan. Ada juga menteri yang rumahnya disita oleh BPR. Siapakah yang menangguhkan pendakwaan itu, bukankah kakak tua sendiri?

Nah kalau begitu yang salahnya dan bertanggungjawab melantik pemimpin busuk yang merosakan BN seperti mana kata kakak tua katakan itu sehingga orang ramai sudah menolak BN ialah kakak tua sendiri.

Kena ingat belatuk hanya baru lima tahun jadi ketua. Apakah dalam tempoh itu jumlah menteri yang rasuah, melakukan penyelwengan lebih banyak daripada zaman kakak tua memerintah? Cuba hisablah sendiri.

Murai tak nak sebut dan senarai kesalahan lain yang kakak tua lakukan, nanti orang kata Murai busuk hati pula. Tetapi Murai nak minta kakak tua kalau nak mengatakan orang pandanglah kepada diri sendiri. Kalau punggung kita 'bercepuah' (terpalit) dengan tahi jangan mengatakan orang lain melepas kentut pula. Tengok tengoklah dulu jangan tersalah buat nanti orang kata kita nyanyuk marahkan orang pula.

Murai: Burung kakak tua hinggap di jendala, kalau sudah tua semuanya akan lupa! Cip..cip...cippp!


Saturday, January 10, 2009

Celoteh Murai 25

Apalah Hebatnya Bergaya Dengan Duit Orang!

PAGI ini Murai ingin ucapkan terima kasih dan tahniah banyak kepada seluruh rakyat kawasan Parlimen Pasir Mas, khasnya pengundi pada pilihan raya umum lepas kerana apa.. kerana wang elaun untuk wakil rakyat yang mereka pilih telah diserahkan kepada Utusan untuk dimasukkan ke dalam Tabung Palestin.

Bukan main lagi wakil rakyat kawasan itu bangga, gambarnya telenggak (macam kerbau rabit) dalam akhbar berkenaan sedang menyerahkan wang berkenaan kepada wakil Utusan. Lepas ni Murai berdoa akan ada dua tiga orang wakil rakyat yang berbuat seperti wakil rakyat itu untuk membantu orang miskin.

Sekali pandang orang akan merasakan betapa hebatnya ahli Parlimen itu. Betapa suci dan mulia dan dermawannya dia. Murah dan baik hati kerana melahirkan rasa simpati kepada nasib rakyat Palestin yang kini dibom dan dibunuh oleh penjahat Tuhan, Israel Yahudi. Tetapi orang tidak sedar wang yang dihulurkan itu ialah wang rakyat Pasir Mas, teristiwamnya wang para ahli dan penyokong parti berlambangkan bulan Purnama, bukan wang peribadinya.

Sebab.. kalau ahli Palrimen itu tidak bertanding menggunakan bulan purnama, jamin dia tidak menang. Kata orang Pasir Mas, 'katak mampus' dia tak merasai duduk dalam Parlimen. Dan kalau tidak menang dia tidak berhak untuk mendapatkan elaun sebagai wakil rakyat sebanyak RM6,000 itu. Lainlah kalau dia keluarkan wang itu dari poket seluarnya atau dari dalam beg berjenama kepunyaan isterinya.

Ertinya lagak wakil rakyat itu bermurah hati dan bersifat Ali Baba kerana hasil wang tersepak.

Kalau wakil rakyat itu ikhlas dan mulia Murai berharap, kerana wang itu adalah wang rakyat, wang orang Pas, untuk elaun-elaun seterusnya wakil rakyat itu akan serahkan wang itu untuk pembangunan Pas dan rakyat di Pasir Mas. Dan kalau dia benar-benar gentelman dia kena serahkan kepada Penyelia Parlimen kawasan Parlimen Pasir Mas, Ismail Nuh yang rela dan suci hati menyerahkan kerusi itu kepadanya boleh Ismail gunakan wang itu untuk pembangunan rakyat.

Itu hanya cadangan Murai saja. Murai sendiri tidak fikir wakil rakyat itu rela dan sanggup berbuat demikian. Pitis, kata orang pitis sesiapa pun tak ada yang tak nak. Demi pitis seseorang itu rela menjelma menjadi apa saja. Bak pitis ni Murai juga nak pitis. Tetapi tenguklah dulu bagaimana cahaya pitis itu, hitam atau putih dan kalau sampai disebabkan pitis kita kena maki hamun siang malam tak guna juga.

Dalam hitungan Murai selama sepanggal seseorang ahli Parlimen boleh kumpul lebih kurang RM700,000. Banyak jugalah. Sapa nak bagi wang sebanyak itu? Mungkin sebab itulah ahli Parlimen itu rela melakukan apa saja termasuk menyemburkan setanggi pada tahi kerana semata-mata ingin jadi wakil rakyat.

Murai berani bertaruh potong jari kalau wakil rakyat itu tak sembur tahinya dengan setanggi dia sudah lama khlas! Apalah guna kita menjadi kaya dengan wang atau menajdi hebat dengan kuasa orang!

Murai: Telah mengirimkan selautan doa untuk rakyat Palestin.